tadi saya baru aja tengok Debat PTPTN di Astro Awani antara Saudara Rafizi dgn YB KJ.
ilmu sy lebih jadinya malam ini.
kalau sebelum ini, saya mahukan caj 3% yg saya hadapi sebanyak lebih kurang RM150 per month itu dimansuhkan,
sekarang, saya mahu PTPTN dimansuhkan terus.
numbers never lies.
masalah bukannya pada 6% peminjam yg masih belum membayar, tapi pada kerangka ekonomi kita.
look at bigger picture.
sejak PTPTN ditubuhkan 1997 dulu, sampai sekarang, nilai yg berjaya PTPTN kutip balik dari peminjam, hanya 10% dari jumlah pinjaman yang diberi?
berapa tahun 1997 sampai 2011?
15 tahun.
dlm masa 15 tahun ni, hanya 10% duit yg dikutip balik?
dan, hati saya memang hancur luluh bila membaca komen2 di facebook seperti:
"pandai berhutang je, tapi bayar liat"
"xmahu bayar hutang, memang patut kena blacklist/ disekat ke luar negara"
saya percaya, yang berkomen2 itu majoritinya adalah bukan peminjam PTPTN.
hati saya dihiris dengan komen2 yang menghina saya secara tak langsung ini.
kata mereka, bayarlah hutang PTPTN walaupun hanya RM50. agar akaun itu aktif.
lihatlah saya.
saya peminjam PTPTN yg tergolong dalam 10% tuh.
oleh kerana xmampu nak membayar dengan jumlah yang sepatutnya, saya hanya bayar RM50 per month.
dan, FYI, RM 50 tuh masih belum kaver 3% ujrah. principle hutang pendidikan masih saya belum bayar walau satu sen pun.
no wonderlah after 15 years hanya 10% yg dapat dikutip balik.
samada kerajaan yang terlalu baik hati,
: baik bg pinjam duit pada pelajar supaya pelajar boleh belajar di universiti
: baik hati benarkan bayar balik dengan jumlah yang xboleh kaver ujrah pun.
: baik hati lalu mem'blacklist' kan peminjam yg gagal membayar hutang
: baik hati lalu menghalang peminjam 'blacklist' ke luar negara
ataupun
peminjam2 kita yang sengaja tak mahu bayar hutang.
: student kita yang baru graduate perlu bayar hutang setelah 6 bulan tamat pengajian.
:: berapa % yang mendapat kerja dalam masa 6 bln selepas tamat pengajian?
:: berapa % yang berjaya mendapat kerja tetapi gaji mereka tidak mencukupi untuk membayar hutang atas desakan kos sara hidup yang tinggi?
logically:
gaji untuk freshgraduate adalah rendah. krn freshgraduate tak ada pengalaman lagi. duduk pulak kat KL.
ada kemampuan ke nak bayar PTPTN RM 300 per month bila dapat kerja?
lain2 bil pun nak kena bayar.
saya xduduk KL, saya xrasa perit hidup dengan kos tinggi tapi bergaji kecil.
rata2, org2 yg alami keadaan tu, belum cukup bulan, duit gaji dh kering, terpaksa minta dari femili lagi.
kalau duit sara hidup pun minta mak, minta ayah, macam mana nak bayar hutang PTPTN?
saya boleh dikatakan bias.
saya peminjam PTPTN, hutang saya hampir RM 75 k.
sudah tentu saya mahu pembelaan.
saya mahukan PTPTN dimansuhkan terus.
ada banyak 'ustaz' dan 'ustazah' di fb, yang menyebut dosa xbayar hutang.
dosa xbayar hutang, tahu.
dosa riba, xde pulak nak cakap.
*mengeluh*
saya berhutang berpuluh2 ribu.
saya tahu.
saya nak bayar, tapi saya hanya bayar RM 50 per month.
agak2nya 'ustaz' dan 'ustazah' fb tuh pernah terfikir tak nak tanya kenapa saya hanya bayar sikit?
ini jawaban saya.
kerana saya tak mampu.
serius.
gaji bulan2 xmencukupi.
dan saya pasti, jawapan saya ini adalah jawapan majoriti yang 90% itu.
tak percaya saya tulis?
ok. fine.
anggaplah yang tak bayar hutang tuh jahat sangat2.
adakah semua graduate dari ipta dan ipts yang 90% ini manusia yang sangat jahat?
manusia yang pandai berhutang tapi liat bayar?
manusia yang memang patut dipadankan mukanya?
kesimpulannya:
90% adalah jumlah yang besar.
banyak orang jahat weh kat Malaysia ni.
dalam masa 15 thn hanya 10% bayaran balik diterima, macam mana negara mampu nak pastikan yg selebihnya dapat dibayar on time? dalam jangkamasa by 2020. how?
negara juga yang perit menanggung hutang berbillion2 sekarang dan in future.
bila PM kita beri bantuan BR1M, dan macm2 bantuan, kita gunakan duit tu bayar PTPTN, then?
apa bezanya dgn mansuhkan saja hutang PTPTN terus?
saya xkuasa nak teruskan sedih hati dengan 'ceramah' 'ustaz' dan 'ustazah' fb tuh,
sbb mereka bukan saya.
mereka xfaham.
jadi, 'ceramah' mereka saya kirakan sebagai invalid.
dan, saya tahu yang debat ini hanya akan tinggal debat.
tiada ujrah yg akan dimansuhkan,
tiada PTPTN yang akan dimansuhkan.
saya cuma disogok omong kosong.
saya penat lihat mereka mereka mengeji parti lawan.
nasib saya, siapa yang nak pertahan?
saya akan pertahan sendiri.
Biiznillah.
:)
Semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Amin Ya Rabb.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan