Rabu, Mei 16, 2012

merangkak menuju pintu syurga

niat hati nak berlari,
berkejar ke pintu syurga.

walaupun belum tentu pintu tu terbuka untuk saya,
at least dah ada dekat dengan pintunya,
moga saya dah dapat cium bau wangi kasturinya.

namun,
realitinya,
nawaitu tinggal niat semata2.
hakikatnya saya sedang merangkak
dengan payah.

kerana jalannya bukan red carpet atau carpet berbulu2 di Alamoda
merangkaknya saya atas serpih kaca
sakit.

tapi xada darah yang mengalir.

yang ada dalam bentuk penyeksaan rs perit dlm hati.
paling sakit.
pling perih.


yang selalu dibuat adalah kesilapan.
dosa demi dosa.
taubat demi taubat.


dan demi Allah, saya katakan yang penat sungguh jadi pendosa.
penatnya membenci diri sendiri.


janji Allah bahawa seksa neraka itu benar.
tak ada siapa akan sanggup hadapinya.
trust me on this.


siapa tak takut neraka?
saya takut.
awak?


siapa tak mahu syurga?
saya mau.
awak?




setiap kali saya pandang muka Amma,
hati saya lembik.

mungkinkah ini tahun terakhir kami?









*tears*










walau apa pun terjadi, Allah....

ihdinassiratal mustaqim.



Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
Amin Ya Rabb.

Tiada ulasan: