ikhlas xperlu disebut2.
kalu dah disebut2, xjadi ikhlas dah.
ye?
ini cakap saya:
ikhlas kahwinnya dengan sabar.
kalu bercerai, habislah cerite ikhlas tuh.
minta maaf lah ye.
tiada amalan di sebelah kanan lagi.
ikhlas saya untuk jaga Amma diuji hari ni dan semalam.
*senyum*
satu:
ada saudara yang menasihati...
"kerjalah apa saja. jangan memilih"
"interview nanti, buat betul2"
"kalu awak tak kerja, takkan mak nak tanggung awak pulak?"
*hati saya kena hiris*
tapi saya senyum pada dia.
walau tajam menikam ayat tuh,
saya sabarkan.
sebab mereka xfaham.
dan saya tahu yang mereka ambil berat.
Alhamdulillah.
setinggi mana harapan mereka mahukan saya berjaya mendapat kerja,
harapan saya lebih tinggi ke langit.
dua:
pernah rasa diherdik, dimaki right in front of your face?
saya dah rasa dah.
ini bukan drama slot Akasia atau Zehra di TV3.
tapi memang semacam itulah saya dikeji, dihinakan.
mula2 saya masih boleh senyum.
lama2, saya jadi defensive.
saya menjawab.
"owh..betullah tuh. lagi2?"
saya tak defend diri saya.
saya mengiakan saja hina caci si penghina.
lepas ni, saya solat mesti berkiblatkan dia.
kerana besar dosa saya pada dia, rezeki saya pendek, susah benar dapat kerja.
*paused*
perasaan menahan sabar apabila dikeji, sangat pelik.
berderau darah
di kaki saya.
tiga:
pengorbanan tak dihargai.
(perasaan itu sangat kejam...oke!)
tapi, kalu ikhlas kerana Allah,
xperlu timbul perasaan sedih2 ni.
xperlu rasa cemburu, pengorbanan saya kecil sekali untuk diingati,
pengorbanan orang lain selalu disebut2.
kate berkorban ikhlas kerana Allah,
sedih apenyer?
Allah berfiman:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ‘Kami telah beriman’, dan mereka tidak diuji?. Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Al-Ankabut: 2-3)
Ya Allah,
ampunkan kelalaian saya.
dosa2 saya.
sabarkan saya.
ikhlaskan saya.
Amin Ya Rabb.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan