hari ini ada Food Safety Class.
mengantuk weh..
haha..
tapi, overall, sangat informative lah.
dapat sijil lg you.
boleh gune untuk seumur hidup lagi...
*senyum*
sekarang Amma sedang cuba makan pil biji aprikot B17.
hasilnya...akan saya update dalam masa sebulan atau 2 bulan atau 3 bulan lagi.
saya mohon sama2 doakan kesembuhan Amma.
nak masuk 10 hari sudah saya bekerja di McD.
sekarang, rasanya saya boleh upgrade sikit la pendapat saya tentang kerja ni.
walaupun nama kerja McD xglamer.
duduk pulak sebagai kitchen crew.
gaji kecik pulak.
saya kadang2 frust bila ada yang tanya saya:
"k.ebby, bila nak kerja betulnyer ni?"
"k.ebby tak cari keje lain2 ke?"
hah?
*tepuk dahi*
adoi2.
saya kan tengah kerja ni.
kerja McD bukan kerja ke?
Allah saja yang tahu betapa saya nak menangis di hadapan cermin fitting room dalam Megamall sewaktu saya sedang cuba pakai baju tie-in.
dan sekarang, saya masih lagi sebal memakai baju sebegini, kerana itulah saya rela duduk dalam kitchen.
penat weh.
saya hampir tertidur di traffic light merah setiap waktu perjalanan balik rumah dr TC.
tapi saya sanggup.
biarlah sakit kaki berdiri lama.
biarlah terbakar tangan kena panas grill.
biarlah sakit pinggang bila menyapu dan mop lantai.
biarlah dimarah manager di hadapan kitchen crew yang lain kerana salah buat burger.
biarlah.
saya telan.
saya mohonkan tak ada sesiapa yang mengalih saya ke stesen lain..especially counter and lobby. dan kalau ada, saya mohonkan dibantu saya hindari training sebegitu.
yang saya bebel2kan tentang kerja di McD,
bukanlah gambaran buruk kekal tentang kerja di situ.
ada crew adik2 yang sangat baik hatinya.
yang xpernah kisahkan bila saya tumpahkan sos McChiken atas lantai.
yang xjemu ulang benda yang sama bila saya tanyakan dressing burger itu ini.
yang menyapa saya dengan senyuman.
yang offer saya air sewaktu tekak terlalu kering penat kerja waktu lunch hour.
ada lagi manager yang sangat ramah.
yang layannya trainee ini macam kawan sendiri.
boleh gurau2.
boleh beri tunjuk ajar dengan sabar.
yang boleh tolong di kala kami kesebalan.
kadang2,
saya lagi kagum dengan mereka2 ini semua.
kerana graduatenya mereka daripada universiti tepi jalan.
mereka lebih manusia.
cuma satu.
mereka lebih banyak kenal manusia dari kenal Allah.
saya doakan Allah akan bukakan pintu hati mereka.
semoga Allah kurniakan taufiq dan hidayah kepada mereka.
cantiknya budi.
indahnya akhlak.
cuma belum kenal Tuhan.
sayang.
1000 kali sayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan