Jumaat ptg lepas, saya attended interview di McD Megamall Kuantan.
suprisingly, inilah satu2ya interview yang saya dapat.
haha.
Alhamdulillah.
*senyum*
xglamer keje McD?
saya mula2 ada rasa malu jugak.
saya bukan kisahkan kerja kemas meja, sisa2 tulang ayam, mop laintai ke aper...
tak2...
itu bukan perkara besar mane.
concern saya adalah baju yang perlu di tie-in.
jadi, saya seboleh2nye meloloskan diri saya dengan menempatkan diri di bahagian kitchen waktu orientasi dan training ni.
dgn harapan hanya segelintir kitchen crew yg lihat saya berpakaian gituh.
counted ke?
hari ni masuk hari ke -2 saya belajar di kitchen McD.
one word to describe the experience: PENAT!!!
*senyum*
this is reality,
training yang diberi adalah dalam real life situation.
imagine?
definisi training saya selama ini, adalah ajar secara teori;
ditunjukkan secara teori dan praktikal...
pastu cuba buat pulak.
bila silap, xada yang nak marah macamlah kita bakar McD tuh.
tapi kali ni, amik!
real life..itulah training!
tips untuk bekerja di sini adalah;
~ belajar buat kerja dengan cepat tapi sempurna.
~ tahan phisically - kerana kita akan berdiri selama 7 - 8 jam.
(kalu anda mahu buat OT, akan berdiri lebih dari itu lah)
sanggup?
~ kena belajar kerjasama, sedia terima tunjuk ajar walau dah tau prosedur tuh
~ belajar terima teguran dari senior2 walaupun lebih muda dari kita.
~ belajar jangan malu2 sgt...respon pada crew punye request
saya tak boleh expect belajar secara teori seperti yang saya belajar selama 8 thn dulu.
saya mesti ubah cara saya untuk belajar:
melalui observation.
tengok.
ikut.
kadang2...trainer2 tuh cakap mcm ni:
"kalu xfaham tanya, jangan malu2"
tapi bila kita tanya,
especially, bila kita tanya benda yang sama banyak kali..
"dah 3 kali ni...xingat lg?"
dalam hati memang rasa:
"hello....this is my 2nd day oke!"
tapi yang sepatutnya...adalah...
"sori2. saya akan belajar buat yg terbaik lg lepas ni."
bila fikir logik lah...
pukul 12 - 3 adalah peak hours,
keadaan kitchen memang sangat hectic.
trainer tu busy,
actually, semua org pun busy.
die pun boleh jadi irritated bila kita duk tanye soklan yg same.
kesimpulannya,
bukan senang mengajar orang.
bukan semua orang boleh jadi cikgu...
bukan semua orang pandai mengajar.
saya simpati pada ahli yang sorang tu,
bila dia silap shoot sos pada crown,
menjerit staff kat situ.
saya kat sebelah, terkejut. apehal jerit2 ni
sabo je la...
kecoh macamlah budak tuh bako kitchen tu.
dah nama tgh training, expectla kami yang bebal ni buat silap...
dahla hari ni baru 2nd day.
baru berapa minit budak tu duduk kat station awak..
bagilah can dia belajar.
masa awak trining dulu, awak xbuat silap ke?
??????
esok hari training ke -3.
InsyaAllah.
sampai sekarang saya masih sakit belakang badan.
di tangan saya ada 2 parut terkena grill yg panas.
(agak2nya harga saya akan naik x dengan adanya parut ni, tanda orang pandai masak?)
haha.
walaupun apa2 pun yang saya bebelkan kat atas ni,
saya tetap nak pergi training ni.
sebabnya saya nak belajar.
saya dah lame sangat belajar cara org belajar.
saya perlu belajar cara industri belajar.
sakit ni sekejap je, lama2..biasala tuh..
parut2 ni, nnt i dpt gaji, i beli Bio Oil.
haha...
pengalaman dengan harga rm4.35 sejam...
sapa nak bagi?
Alhamdulillah.
go intan go!
Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.InsyaAllah.
Amin Ya Rabb.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan