Selasa, Mei 20, 2014

Kursus Ulum Al Quran




kursus ini akan diadakan this weekend.
bayaran dikenakan.
maybe dah hujung bulan, bajet agak menghalang pergerakan.

namun, bila kita berusah demi jalan Allah, Allah noted action kita tu.
bila kita jadi kurang masa rehat demi jalan Allah, Allah noted susah kita tu.


kalau Allah noted kita, Subhanallah....rewardnya tak tahu nak cakaplah betapa hebat.
apa kata guna masa yang hujung minggu ini untuk dapatkan reward yang duniawi,
dapatkan ilmu tentang Al-Quran.


sebab, masa sekolah dulu berapa minit sangatlah pendidikan agama dalam seminggu.
ustazah pening nak habiskan silibus dan nak naikkan peratusan lulus dan dapat A.
fokus mereka adalah prestasi.


tapi, fokus kursus ini ialah: kita.
bila kita belum jadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan hidup,
makanya kursus ini untuk kita.

untuk kita belajar tentang AlQuran.
ya.
AlQuran pun perlu dipelajari.


kalau nak tukar pampers pun ayah kena belajar dari ibu,
apetah lagi AlQuran sebagai petunjuk ke jalan yang benar.

Ulum al Quran?

Ulum al-Quran merupakan antara ilmu Islam yang terpenting kerana ia adalah jalan bagi memahami Kitab Allah dan mengetahui hukum-hakamnya serta hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya.
Antara kepentingannya ialah:
1. Membantu untuk tadabbur dan faham al-Quran, seterusnya mengambil pengajaran dan hukum-hakam daripadanya dengan cara yang betul dan teliti. Hal ini sukar diperolehi tanpa mengetahui tentang cara bacaan al-Quran dan kepelbagaian bentuknya, sebab-sebab turunnya ayat, yang samar dan yang jelas daripadanya dan lain-lain lagi.

2. Menambahkan keyakinan terhadap al-Quran terutamanya yang berkaitan dengan kemukjizatannya, hukum-hakamnya dan pengajarannya. Keyakinan ini boleh dihasilkan dengan cara meneliti rahsia-rahsianya.

3. Memperkasakan diri dengan ilmu yang dapat mempertahankan kemuliaan dan kesucian Kitab Allah daripada serangan-serangan musuh.

4. Membekalkan diri dengan pengetahuan terhadap sumber utama agama bagi membolehkan diri membezakan antara fakta yang sahih dengan fakta yang palsu.

5. Mengetahui usaha-usaha yang telah dilakukan oleh para ulama sepanjang zaman bagi member khidmat keada Kitab Allah.

6. Menyucikan jiwa dengan cara membentuk ikatan yang kuat anara diri dengan wahyu Allah. Seterusnya mendapatkan ganjaran pahala di sisi Allah.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, boleh hubungi:
Bro Muhammad: 01121201435
Sis Syahirah: 0132829110

Tiada ulasan: