Jumaat, Jun 22, 2018

22.06

Pagi ni aku dapat bithday notification dari FB.

Harini ulangtahun kelahiran Mak.

Satu perasaan yang susah untuk diluahkan dengan kata-kata.
Seperti biasa, air mata saja yang bisa berbicara.

5 tahun lepas, hingga sekarang, aku masih rindukan Mak.

Ebby sayang Mak.
Al-fatihah.

Aidilfitri 2018

Salam Aidilfitri 2018.

Semua kasih sayang-Nya yang memberkati kami adalah rahmat.

Semoga ianya terus membuatkan kami belajar untuk terus bersyukur pada-Mu Allah.
Terima kasih untuk tahun ini.

Jumaat, Februari 23, 2018

kenang dan rindu


Tuceng.

Tuceng dah balik kepada-Nya hari Isnin minggu ni.
Atas riba aku.
Pukul 11.00 malam macam tu.
Mimin tengah kerja, called.
Dan, kami sama-sama menangis.
Sama macam malam Mak pergi.

Jadi, malam tu jugak, Ayep mengorek tanah bawah pokok kat tepi rumah tanam Tuceng.
Aku dan Fyda mandikan Tuceng yang kotor sebab muntah dia yang melambak.

Dalam pukul 12 tengah malam, Tuceng dikebumikan.

Satu kesedihan yang tak dapat aku nak tahan.
Hidung aku tersumbat.
Kepala aku sakit.
Air mata tak dapat tahan sikitpun.
Turun macam air terjun.

Lepas tu, kami bersihkan toto yang Tuceng muntah dan masuk tidur.

Aku tak tahu pukul berapa aku tidur.
Aku tak boleh tidur sebab semuanya jadi cepat sangat.
Bukan senang-senang boleh mengantuk,
lepas tu tidor.


Bangun pagi Selasa,
emosi aku lembik.
Aku tengok cermin, mata aku bengkak 2 2.
Jadi, aku pun mesej bos cakap aku EL.

Tuceng,
boleh cerita yang baik tak tentang kami pada Tuhan?

Tuceng,
Auntie B sayang Tuceng.

Babai Tuceng,
Kita jumpa lagi satu hari nanti.

Isnin, Februari 19, 2018

video workout satu


Aku nak share kat sini, video yang aku downlod dari internet khusus untuk orang noob yang nak exercise macam aku.

Video ni best sebab step dia mudah tapi cukup memberi kesan pada peha aku.
haha.

in case, koram takda masa nak pergi gym,
boleh buat yang ni kat rumah.

all the best uols!

lirik Nama Yang Kau Lupa

Dari kejauhan engkau ku perhatikan dirimu kesepian
Tanpa persoalan tanpa pertanyaan wajahmu kemuraman

Kau bisikan semula nama yang engkau lupa
Tika diri di puncak sana
Kau tanya kan semula
Cintaku yang ke mana
Hilang antara sejuta bintang

Memaksa diri dalam mimpi
Berharap aku hadir bersama
Memaksa diri dalam rindu
Berharap aku masih seperti dulu
Yang dulu

(gitar solo)

Kau bisikan semula
Nama yang engkau lupa
Tika diri di puncak sana
Kau tanya kan semula
Cintaku yang ke mana
Hilang antara sejuta bintang

Memaksa diri dalam mimpi
Berharap aku hadir bersama
Memaksa diri dalam rindu
Berharap aku masih seperti dulu

Padamkan saja parut luka
Masa yang tak berputar semula
Pendamkan saja resah itu
Berjalan waktu ini lebur dirimu
Dirimu

Album Search terbaru - Nama Yang Kau Lupa

Search - Nama Yang Kau Lupa


satu kesedihan.
yang indah diiramakan.

maafkan aku Tuhan. 

Jumaat, Februari 16, 2018

aku benci betul bila...

Semalam, balik dari opis, sebelum sampai rumah, aku singgah mamak, sebab nak makan capati.
capati kat situ memang sedap.
lembut.

lepas aku basuh tangan, aku duduk kat satu meja yang paling strategik iaitu, bawah kipas. haha.

masa aku baru nak duduk, aku dah nampak ade sorang lelaki tengok aku.
aku buat dono.
tapi dia masih tengok aku lagi.

masa tu aku tengok depan orang lelaki tu ada orang perempuan, yang mana aku assume itu adalah isteri dia.

aku benci betul..

harini, sebelum pergi IKEA dengan adik-beradik aku, kitaorang makan kat mamak yang lain. ade jugak aku sedar yang sorang lelaki ni tengok aku.
dia perati yang mata tak kelip tu.
dan kat meja dia ada jugak orang perempuan dan budak kecik yang aku assume isteri dan anak-anak dia.

aku benci betul..


benda macam ni dah lame dan banyak kali aku kena.
boring betul.

haih...
untuk kedamaian hidup aku semasa makan di mamak lepas ni, aku memang kena tukar seat kalau ade orang lelaki mate tak reti nak jage ni. tak respect isteri langsung.

kalau aku nak salahkan orang lelaki yang tak pandai jaga pandangan mate,
salah tak?

aku datang mamak pakai baju dengan seluar elok-elok kot.
takkan aku pulak yang salah.
aku datang mamak makan capati kot.
kalau aku nak makan kat mamak, jadi salah ke?
kena bungkus je?

letih fikir.
benci betul aku.


Isnin, Februari 12, 2018

baju tahun 2018

Tahun lepas,
masa aku bagitahu abah yang aku nak kawen,
abah cakap, buat kenduri kahwen kat masjid je.

lepas nikah,
tetamu makan kat masjid,
lepas tu habis.

rumah tak sepah,
tak penat.
selamat.


Tahun ni,
abah dah ubah fikiran.
abah kata, selain dari kat masjid,
akan buat kat rumah dia.
masak sendiri.
nak hari Sabtu malam.
tukang masaknya, kami adik beradik.

yang kat sini,
nak jemput adik beradik mama, adik beradik abah, dan keluarga abang J.

yang kat masjid,
kawan-kawan aku, keluarga kami-kami je, dan keluarga abang J.


aku kena fikir baju kawen dua.
haha.

pengsan.
aku rasa aku kena buat baju raya yang boleh pakai untuk kawen jugak.
tapi,
nanti dalam gambar,
apekehenye, baju same.


hahahahahahaha.
aku rase aku boleh dapat migrain.

mengandung dan pantang

tengah hari tadi,
masa tengah sama-sama makan dengan Kak Su, Kak Arni, Kak Jan, Kak Jem, Kak Ila, aku dengar lah mak-mak ni berborak tentang mak mertua masing-masing.

Which, membuatkan aku terfikir tentang macam mana aku nanti lepas kahwin.
bila aku mengandung, lepas bersalin, masa berpantang.

2 2 mak ayah Abang J dan meninggal.
Mak pun dah pergi.

Mak mertua takda, Mak sendiri pun takda,
habis tu, sapa nak jaga aku masa pantang tu?


haha..


berangan.

i am back

fuh!

dua bulan lebih aku skipped gym.

banyak sebab.
atau alasan.

aku bukan tak nak pergi gym,
dalam masa dua bulan ni,
aku tak pernah tak rindukan gymm.
gitewww...
(macam rindu kt pakwe. hahahah)

setiap hari aku naik tangga aku akan cek stamina aku.
harini naik tangga rasa macam mana?
sama macam semalam tak?
harini dah rasa macam kaki berat sikit.
rasa macam tak laju dah nak naik tangga.

oh mai!
dan kadang-kadang,
benda tu buat aku stress sorang2 dalam bilik.
aku nak pergi workout semula macam dulu.

apa yang menyebabkan aku tak pergi gymm 2 bulan lebih ni?
satu, bulan 12 haritu, aku busy dengan soklan exam, dengan MQA, dengan semua kerja hakiki.
lepas tu aku cuti balik UUP.
kat sane, aku melantak makan nasi hari-hari,
workout langsung takda.

memang haru.

bulan satu,
aku jadi malas nak start semula pergi gym.
setiap petang, otak aku ligat fikir alasan taknak pegi gym.
aku bagi alasan, harini kena pick up baju customer.
harini kena hantar baju customer
harini penat lah, nak balik awal lah, nak rehat.
gym tu dah tak best sebab ada ramai orang, selalu kena tunggu turn nak dapat turn naik treadmill.

malamnye, aku memang nak pergi gym,
esok petangnya, aku terus balik rumah.
padahal kasut, stokin, baju, seluar semua dah ade aku simpan dalam kete.

harini,
pecah rekod aku dapat workout semula.
berpeluh-peluh aku.
dengan bilik tu yang memang takda kipas atau ekon.
itu memang dah membantu aku untuk berpeluh melebihi workout yang aku buat.

malam tadi, balik dari workout dengan Kak Ila,
aku dah download banyak-banyak lagi video workout dari Youtube.
semangat semangat!

haha..

Aku harapkan hujung bulan 3 ni, aku dah boleh pakai baju size M.
InsyaAllah..

by the time aku punya masa untuk nikah dah sampai nanti,
aku memang nak badan size S masa tu.
aku nak pakai baju kawen size S.

masa tu aku memang nak buat satu entri khas,
dari XXL kepada S. atau dari 92kg kepada xxkg.

bila aku berjaya capai target aku,
aku akan buat.

okeh!
doakan aku berjaya untuk target aku yang terdekat ni. baju zise M.

Ahad, Februari 11, 2018

Gundam







Rindu...
Tahun 2015, Fukui Japan.

masak memasak

Aku umur dah masuk 35 tahun 2018 ni.
selama aku hidup ni,
jujur, aku tak pandai masak.

setakat masa nasi goreng, megi, spagetti goreng boleh lah.
lepas aku tengok resepi dalam youtube, aku try sendiri kat rumah.

kalau nak aku masak nasi ayam, nasi minyak, nasi kerabu bagai tu,
gulai ke, kari ayam ke ape ke,
memang aku jujur ngaku, aku tak pandai.

kalau nak tengok sebab kenapa aku tak pandai masak,
aku boleh bagi macam-macam alasan.

contoh:
sebab aku duduk asrama sejak form 1.
dah tentu makan kat dewan makan.

sebab aku balik rumah, arwah Mak yang masak.

sebab aku tak boleh belajar dengan arwah.
aku panas bila dia komplen.
aku lambat kupas kulit bawang lah,
aku potong bawang lambat lah,
aku potong bawang salah lah,
aku salah amik mangkuk lah, kecik sangatlah,ape lah..

bila aku tarik muka, arwah pun naik hangin, last-last dia halau aku dari dapur.

aku pun pergi depan, tengok TV.
tanda protest.

hurmm...
aku masuk UTP,
aku asik beli makanan je kat cafe.
mane ade aku masak.

bila aku dah mula kerja,
baru aku belajar masak sikit2.

arwah pun dah takde.
satu kerugian.
sebab arwah Mak pandai masak segala-galanya.

sekaram,
bila aku msak kat rumah,
memam adik-adik aku komplen.

panas aku.

hadoi.
untuk orang tak pandai masak macam aku,
potong bawang satu yang benda yg cerewet tau.
apetah lagi nak potong sayur.
nak basuh ayam satu-satu.

bagi aku penatnya masak.
nak menyediakan segala bahan tu,
masanya amik banyak.

bila aku masak,
rsanya tawar.
rasanya pedas sgt.

mulut masing-masing macam longkang pulak.
tak reti jage hati aku langsung
buat aku panas.

aku merajuk,
tak hingin aku masak lagi dah.

haha.
bila fikir balik,
memang aku over sensitif masa tu.
haha.

well,
sekarang, aku masih belajar.
aku belajar dari kawan-kawan,
adik-adik,
youtube.

doakan aku berjaya pandai masak untuk keluarga aku secepat mungkin.
Thank you uols!


Selasa, Februari 06, 2018

meditasi

search for happiness

mohon buka link yang aku bagi kat atas.
aku tak jumpa lagi cara nak share video tu.
sebab video best ni datangnya dari FB.


Video atas ni adalah versi full video yang aku share link tuh.
Panjang 40 minit lebih.
Jadi, kalau koram takda masa nak tengok semua,
boleh cepatkan ke minit 6. 30

Kalau koram macam aku,
aku rasa hidup aku ada yang kosong.
somethis is missing.
aku rasa kalau aku ada kekasih,
hidup aku akan bahagia.
akan bermakna.

tapi,
bukan macam tu.
bukan.

Solat Jumaat

Hari Jumaat minggu lepas, aku drive kereta Kak Su dan kami, aku, Kak Su dan Kak Ikin pergi makan kat De Centrum.
takdalah jauh mane, tapi drive bagai.

waktu kami siap makan,
dah pukul 2.15.
jadi, jalan utama masuk blok A dah tutup sebab jalan jadi 'one way' nak bagi laluan kat semua jemaah lelaki yang baru balik solat Jumaat.
jadi, aku pun pusing ikut jalan Printing Unit, naik atas lalu depan blok B.
bila sampai simpang tiga, aku pun masuk sikit-sikit bila aku tengok ada gap antara kereta yang tengah jalan.

elok-elok kereta tu tengah separuh masuk, boleh kereta yang tadi jauh tu laju dekat nau dengan kereta Kak Su.

Bila aku dah masuk barisan tu, kereta belakang tu, driver nyer boleh cucuk-cucuk pulak kereta Kak Su.

Geram betul aku.

Ape masalah driver tu aku tak tau.
Baru lepas solat kot. ni baru beberapa minit hang keluar masjid.
Hang bukan baru keluar dari pub..

(boleh faham tak maksud aku?)


*mengeluh*

mujurlah kat Malaysia ni, undang-undangnya bagi orang lelaki je solat Jumaat.
orang lelaki je solat Jumaat pun dah parking berlapis macam jalan tu abah dia punya.
serabut.

macam manelah kalau orang perempuan pun boleh solat Jumaat.. macam kat Mekah, Madinah tu.


Isnin, Februari 05, 2018

reminder

"ikut arus dan masa Tuhan akan turunkan seseorang untuk berbicara supaya manusia itu dapat belajar dan tidak lari dari landasan."
Anna Alfah.

terima kasih Umi sebab sudi pinjamkan telinga dan sudi bagi nasihat pada saya.

aku ni jenis banyak fikir.
masalahnya fikir masalah ni, masalah jugak.
haha.

semoga aku boleh bertenang selepas ini dalam serabut dan tak.
 

Selasa, Januari 30, 2018

Mohon doa

Tahun 2017.
Aku dikenalkan dengan dia.

Salah satu doa yang aku bisikkan dalam hati dan luahkan dengan bahasa pada Tuhan.
Selama 34 tahun, aku struggle mencari cinta.
Mencari kebahagian untuk diri aku sendiri.


Masa aku diberitahu yang J cakap ok nak kenal aku,
Aku rasa tak percaya.
Aku rasa dia tak suka aku,
Aku rasa dia tak nak kat aku.
Aku rasa mustahil lah.

Tapi, aku tak tahu kenapa dia cakap ya.

Masa jumpa J pertama kali,
aku terus tanya J depan muka,
apa yang buat dia cakap ya.
sebab aku betul-betul nak tau.
manelah tau dia cuma nak jaga hati orang tengah yang kenalkan kami.

Lepas J jawab,
aku terdiam kejap.
aku terdiam sebab aku tak sangke ade orang yang macam dia atas dunia ni.

Hati aku lega.
Jadi, aku pun ubah persepsi aku pada dia.

Sekarang dah masuk 2018.
Aku dan J merancang untuk kahwin dalam tahun ni.

Kau tahu,
Aku..

Sebelum ada J,
aku sibuk mintak pada Tuhan,
sekarang dah ada,
aku jadi takut.

Takut kena tinggal,
takut tak jadi,
takut itu,
takut ini,
takut benda tu,
takut benda ni.

Lama jugak aku nak tenangkan hati aku daripada takut ni.
Ramai orang aku jumpa dan aku cerita perasaan takut aku.
Macam-macam nasihat.

Kesimpulannya,
takut tu tak perlu.
pokoknya,
aku kena jadi hamba-Nya.
bila jadi, kena bersyukur.
kalau tak jadi, pun kena bersyukur.

tuh lah.
benda ni bukan mudah nak buat tapi itulah dia.
haha.

Sekarang,
aku cuba sedaya upaya untuk terus berfikiran positif.
stress tak bagus untuk kesihatan.

Mohon doa untuk aku terus positif ya.
Terima kasih.

Hadiah birthday


Birthday aku tak lama dah.
Ini adalah antara hadiah yang aku nak untuk birtday aku.
Aku ushar jam ni dah lame.
Kat pasar malam ade jual dengan harge RM60.
Aku nampak jugak kat GM Klang. harge lebih kurang macam pasar malam tu.


Tapi, aku tak beli.
Bukan sebab takde duit,
Tapi sebab aku rasa macam membazir pulak beli jam dengan harga RM60.
Sebab aku boleh je beli jam lain harge lagi murah.
Tapi, jam tu bukan yang macam ni..
haha..


Kalau G-Shock original,
memang aku boleh cakap takda duit ar.
Giler haper!
Beratus-ratus kau.
Kalau aku gaji besar takpelah.

Lagi satu yang aku nak untuk birthday aku,
Power bank.

Sedih, power bank aku yang aku dah pakai 4 tahun, rosak dah.
Padahal boleh je beli kat Lazada.com.my tapi aku tak beli jugak.
haha.

ntah.
aku dah 35 tahun untuk tahun 2018 ni,
masih lagi nak kan hadiah birthday.
masih kebudak-budakkan.

*senyum*

Where is GOD?


Statement ni sangat menarik perhatian aku.
Aku amik dari satu group whatsapp yang aku ade dalam tu.

Aku rasa aku diberi satu peringatan yang sangat deep bila aku baca ayat ni.

Banyak masanya yang aku lalai.
Yang mana, aku akan selalu bertanya-tanya pada Tuhan.
Kenapa tu, kenapa ni?
Kenapa tak tu, kenapa tak ni?

Sampai aku terlupa yang aku merungut dengan lidah yang diberi-Nya,
aku mengeluh kesah dengan hati dan rasa yang diberi-Nya,

aku tak sedar yang aku masih bangun dengan kudrat-Nya di setiap pagi,
aku masih melihat di setiap pagi aku bangun,
aku masih bergerak dengan segala-gala kurniaan-Nya, kaki, tangan, kereta.
aku masih ada makanan dibentang di depan mata.
aku ada keluarga yang di sisi aku setiapnya senang, susah.

Tolong maafkan aku Tuhan.
Aku telah lupa dan lalai.