Isnin, Februari 12, 2018

i am back

fuh!

dua bulan lebih aku skipped gym.

banyak sebab.
atau alasan.

aku bukan tak nak pergi gym,
dalam masa dua bulan ni,
aku tak pernah tak rindukan gymm.
gitewww...
(macam rindu kt pakwe. hahahah)

setiap hari aku naik tangga aku akan cek stamina aku.
harini naik tangga rasa macam mana?
sama macam semalam tak?
harini dah rasa macam kaki berat sikit.
rasa macam tak laju dah nak naik tangga.

oh mai!
dan kadang-kadang,
benda tu buat aku stress sorang2 dalam bilik.
aku nak pergi workout semula macam dulu.

apa yang menyebabkan aku tak pergi gymm 2 bulan lebih ni?
satu, bulan 12 haritu, aku busy dengan soklan exam, dengan MQA, dengan semua kerja hakiki.
lepas tu aku cuti balik UUP.
kat sane, aku melantak makan nasi hari-hari,
workout langsung takda.

memang haru.

bulan satu,
aku jadi malas nak start semula pergi gym.
setiap petang, otak aku ligat fikir alasan taknak pegi gym.
aku bagi alasan, harini kena pick up baju customer.
harini kena hantar baju customer
harini penat lah, nak balik awal lah, nak rehat.
gym tu dah tak best sebab ada ramai orang, selalu kena tunggu turn nak dapat turn naik treadmill.

malamnye, aku memang nak pergi gym,
esok petangnya, aku terus balik rumah.
padahal kasut, stokin, baju, seluar semua dah ade aku simpan dalam kete.

harini,
pecah rekod aku dapat workout semula.
berpeluh-peluh aku.
dengan bilik tu yang memang takda kipas atau ekon.
itu memang dah membantu aku untuk berpeluh melebihi workout yang aku buat.

malam tadi, balik dari workout dengan Kak Ila,
aku dah download banyak-banyak lagi video workout dari Youtube.
semangat semangat!

haha..

Aku harapkan hujung bulan 3 ni, aku dah boleh pakai baju size M.
InsyaAllah..

by the time aku punya masa untuk nikah dah sampai nanti,
aku memang nak badan size S masa tu.
aku nak pakai baju kawen size S.

masa tu aku memang nak buat satu entri khas,
dari XXL kepada S. atau dari 92kg kepada xxkg.

bila aku berjaya capai target aku,
aku akan buat.

okeh!
doakan aku berjaya untuk target aku yang terdekat ni. baju zise M.

Tiada ulasan: