![]() |
Buku Ombak Rindu ditulis oleh Fauziah Ashari |
saya dah baca novel ni masa zaman sekolah menengah dulu.
masa tuh saya memang suka baca novel2 remaja.
contoh: novel hasil nukilan Ahadiat Akasyah.
sejak filem Ombak Rindu diwar2kan akan keluar pawagam hujung thn 2011, saya cari semula novel tuh,
saya nk baca sebab dah lupa jalan ceritanya.
banyak sgt novel yg 'sedap' dibaca dan kekadang, ter mixed up antara sesama cerita tuh.
mujurlah saya tengok muvi ni bukan di panggung wayang.
memang dah berura2 dengan siblings nak pergi tgk kat panggung,
tp bnyk penghalang.
Alhamdulillah.
(agak2nya kalau Maya Karin baca entri ni, beliau kecik hati x?)
semalam baru saya tengok muvi ni.
2 kali.
mungkin saya yang salah.
saya sudah baca komen kak Fynn.
saya sudah baca komen Wardina Saffiyya.
dan ramai lagi.
di mana, komen2 mereka menegur ke'ustazah'an Izzah dalam filem ini
mereka lantang menyuarakan betapa filem melayu kita sudah terbiasa dengan aksi atas katil.
mereka menegur plot2 lemah pada filem. macam kerja cincai.
bila bnyk sgt komen2 macam tuh,
saya lagi teruja nak menengok muvi Ombak Rindu ni.
saya nk tengok muvi ni sebab saya rs pelik.
despite the critical thinking comments, kutipan filem ni tetap mencecah jutaan RM.
jutaan = millions.
in other words, banyak2 duit.
"takkan cerita low quality dapat sambutan juta2?"
ini soalan saya dalam hati.
saya tengok muvi ni 2x.
ya.
saya dah tulis tadi.
saje nak highlight.
selepas habis tengok kali pertama,
"mmg betul apa yang depa cakap. tapi, kenapa muvi ni boleh meletup?"
jadi, saya tengok kali kedua.
untuk mencari kelemahan pada tafsiran saya.
mungkin ada yang baiknya dalam filem ini, yg saya tak nampak.
habis tengok kali ke-2.
masih sama.
"mmg betul apa yang depa cakap. tapi, kenapa muvi ni boleh meletup?"
saya xberani dah nak tgk kali ke-3.
takut saya terbuat kerja2 overtime menacari jalan untuk menempah neraka.
Astaghfirullah hal'aziim.
saya betul2 muak dengan filem2 Melayu kita yg bertema kan hantu.
tapi, kalu bukan teman hantu, temanya adalah jiwang.
muak².
muak kuasa tiga.
muak kuasa empat.
muak kuasa lima dan banyak2 lagi muak.
memanglah Yasmin Ahmad tiada pengganti.
tapi penerus legasi Yusof Haslam bersepah2.
satu:
permulaan filem tuh, saya terkejut dengan watak Delimawati sebagai pesakit barah yang tak berdaya sedang berkemban dimandikan Izzah. (permulaan filem dh ada org perempuan berkemban?)
dua:
lepas tuh, watak xxx (lupa nama beliau) sebagai pak cik Izzah yang bermuka jahat keji dan bersuara garang macam watak Farok ketua Kumpulan Gagak Hitam dalam filem Gila-Gila Remaja.
watak bapak ayam di night club pun sama lavel dengan Farok.
semua orang jahat mesti muka macam itu kah?
senyum senget sebelah.
angguk2 kepala.
hisap rokok.
peluk bahu girlfriend.
so klise.
tiga:
saya pelik kenapa Izzah boleh lepas lari dr night club. masa tuh, bukan sorang bonzer yg pegang tgn dia.
kuat betul Izzah.
ke bonzer tuh yg lembik?
empat:
saya pelik kenapa Izzah mesti still meniarap atas jalan raya bila teksi tu dah blah.
tak boleh menjerit panggil "pak cik! pak cik!" sambil berdiri kah?
bila dah jatuh tergolek, tak boleh bangun semulakah?
(anak buah saya jatuh terduduk, pun bangun terus)
inikan pula orang dewasa;
yang terdesak nak kejar pak cik dan nak larikan diri dari bonzer2 night club yg nak heret dia ke kancah pelacuran.
*tarik nafas panjang*
lima:
transition scene ke scene yg seterusnye memanglah betul apa Kak Fynn ckp.lemah sgt.
Tomato punye lg 'hidup dlm hati'. <--- ini cakap saya.
enam:
die baget, scene Mail terjun dalam sungai semata2 nak amik jam Izzah tuh, 'cweet' sgt lah?
*geleng kepala*
*muntah hijau*
(pak long dan mak long saya lagi 'cweet cangat' lah!)
tujuh:
watak Harris tuh dah jauh sangat dari Harris dalam novel.
ok fine.
saya faham, novel dan filem adalah 2 perkara yg berbeza.
tapi hasilnya Harris dalam filem ni dah jadi macam lelaki yang mengikut cakap perempuan.
Izzah suruh keluarkan die dari night club tuh, die buat.
Izzah suruh nikah ngan die, die nikah.
Ibu dia suruh kahwin dengan Maya, dia nikah.
Maya selok2 nak kawen dgn die, Harris ikutkan.
(apakah lelaki seperti ini kita panggil?)
lapan:
watak Wafi tuh....hadoi...xtau nak cakap macam mana.
dia tak ada pun xapa.
ada lagi tapi saya rs baik pendamkan aja.
kesimpulan saya boleh buat:
satu2nya watak yg berkesan adalah Pak Dollah.
walaupun hujung2nya dah macam filem Hindustan sbb dia lempang Harris dan ceritakan hal yg Harris adalah anak kandung dia pada Datuk.
rs pelik cerita mcm ni dpt juta2.
rs pelik ada org tgk wayang filem ni sebanyak 7x.
rs pelik bila org puji2 filem ni.
saya bukan orang seni.
tapi,
saya sedih bila seniman2 buat filem mcm ni.
korang ni tak faham erti cinta.
cinta yang korang definisikan terlalu cetek, terkongkong, klise, teragung2 idea barat.
bila org kita puji2 lagu Indonesia lagi best, korang kecik hati.
bila ada orang kita puji filem Indonesia lagi best, korang kata kami tak sokong industri filem Melayu.
bila orang sponsor Westlife buat konsert kat Malaysia, korang kata kami tak support muzik tempatan.
sedih.
industri filem Melayu apa?
apa yang Melayunya?
apa yang ada dalam filem2 kita?
cakapkan pada saya.
saya akan cakapkan apa yang saya nampak.
satu:
sekarang, makin banyak hantu.
bermacam2 rupa.
kecik ada, besar ada, kulit hitam ade, hijau ada, baju putih labuh2 ade, rambut ngerbang2 ada, hantu penanggal ada, hantu cun macam Erra Fazira pun ada.
(kepelbagaian hantu ni bolehlah dibuat muzium...layak2)
dua:
dari dulu sampai sekarang,
jiwangnya 'berkiblatkan' Melayu tapi adat bercinta dan cara berpakaian kiblatnya ke Omputih.
skirt paras peha.
i pegang pipi u, u pegang pipi i.
peluk pinggang, peluk bahu, peluk macam2 dah.
buat scene atas katil lg. lame pulak tuh...
scene kene rogol la, koyak baju la.
tiga:
ni lagi xboleh blah.
kalu orang baik, mesti pandai mengaji.
bila kita dengar artis kita mengaji, huruf Kaf dengan Kof pun tak boleh beza.
alih2 baca Yassin. ada 114 surah dalam Al-Quran tuh. kamon...
kalu baca Al-Fatihah pun,......(perlukah saya cakapkan?)
empat:
xhabis2 org pergi jumpa bomoh, pawang dan sewaktu dengannya.
kalu dah syirik, syiriklah...
perlukah saya teruskan?
saya malas teruskan lagi.
saya tak nak mengajar orang2 lain membuat jahat dengan mengeloboratekan secara detail, jerih perihnya insutri filem Melayu yang semakin melayu.
saya sedih bila orang yang kurang ilmunya, bercakap tentang agama.
saya susah hati bila orang yang kurang ilmunya, mengetengahkan ajaran agama yang songsang pada umum.
saya susah hati bila orang yang kurang ilmu belajar ilmu agama dari org2 seperti di atas.
Islam yang ditunjukkan dalam filem ini is not the real Islam.
Melayu yang ditunjukkan dalam filem ini sudah hilang aslinya.
Melayu bukan sekadar pakai baju kurung dan kain batik.
Islam bukan sekadar bertudung, mengaji, dan solat.
Islam is more than that.
Islam is a way of life my dear brothers and sisters.
You can find Islam everywhere; UK, US, benua Arab, benua Asia, China dll.
how do they represent Islam?
Allah SWT and Muhammad SAW.
tapi kita?
Semoga petunjuk dan hidayah Allah sentiasa bersama kita.
Amin.
(sila baca berkali2 dengan sungguh2)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan