Ahad, Januari 15, 2012

scent of a woman Korean series


mereka adalah 4 pelakon utama 16 episode of series ini.

recently, i watched this Korean series at youtube.
Alhamdulillah for the technology.
*senyum*

tajuk series ini: Scent of a Woman.
sebanyak 16 episodes.

*kerut dahi* sambil
*tarik nafas* dan
*senyum*

boleh tgk bila ada masa yang terluang lah ya.
kalu tak, tgk episode yang penting2 aja lah.
contoh: last episode.
haha.

sinopsis:
diplagarism dr sini.

A woman, Lee Yeon Jae, is given the grim prognosis that she only has a short time left to live. She decides to quit her job at a travel agency and live her life to the fullest.

saya pun belum dapat tengok kesemua 16 episodesnya.
sudah diminta pada adek Mimin untuk mendonlod bg pihak, maybe bulan Feb nnt baru boleh tgk yg complete. InsyaAllah.

jadi, dengan limited time yg saya menonton series ini, saya still mahu menuliskan satu entri khusus untuk series ini.

kerana apa?

kerana saya banyak belajar dari series ini.

serius.

nota tengah2 entri:
ok.ini drama korea, scene yg tak boleh dibuat oleh org belum berkahwin mmg ada, tapi, dah ada dlm cerita ni, xboleh nk ubah. jd, kita yg perlu ubahkan pandangan bila ada scene sebegitu..ok? aja2!

yang penting, kita dapat belajar darinya.

berbalik pada sinopsis series ini, ianya berkisahkan seorang gadis cun bernama Lee Yeon Jae yang disahkan menghidap kanser tahap yg paling kritikal dan doktor mengjangkakan beliau hanya dapat hidup dalam masa 6 bulan sahaja.

satu:
pengajaran yang paling pertama saya jumpa yang terlalu menyentuh hati saya adalah 'bucket list' yang ditulis oleh Yoen Jae. oleh kerana beliau hanya tinggal 6 bulan masa untuk hidup, beliau telah menulis 20 perkara untuk dilakukan sebelum beliau meninggal dunia.

*pause*

berapa ramai kita yang boleh berfikir sepositif ini bila berada di dalam keadaan semacam itu?
kita pasti sedih.
its normal.
Allah xlarang kita bersedih, cuma jangan melampaui batas.

tapi, kita nak sedih sampai bila? sedih sampai hayat kita nk diambil Tuhan?
takkan nak sia2kan masa singkat yang ada dengan menangis je?

series ini betul2 menyedarkan saya, betapa pentingnya kita mempunyai bucket list. bukan hanya untuk orang yang akan meninggal, orang yang xsakit pun perlu ada.

sbbnya, kita yang sihat ni bukannya tahu bila kita akan dijemput pulang. kn?

sebetulnya, mereka yang disahkan berpenyakit, akan digantung dsbg, lebih beruntung, kerana mereka tahu bila mereka akan mati. jd, sebelum mati, sempatlah nak bertaubat.

ini list Yoen Jae ke 13. saya pun xfhm apa.
InsyaAllah, saya akan create my own bucket list after this. *senyum*

kalu boleh, dalam bucket list ni, kita cuba minta maaf pada sesiapa yang kita pernah bersalah dan selesaikan hutang. kn bagus...
bila kita dh kembali kepada Allah, tak ada orang yang akan bercerita aib kita lagi.


dua:
kasih sayang seorang ibu yang agung, takkan dapat difahami seandainya diri sendiri belum bergelar ibu.

bila saya menonton series ini, saya banyak sedar yang saya telah banyak melukakan hati Amma.

a) Yeon Jae telah merahsiakan penyakit kanser ini daripada ibunya selama 2 bulan, walaupun dipujuk oleh bf dan doktor yang merawatnya, Yeon Jae still xmampu nak buat confession pada ibunya. Apabila beliau dinasihatkan oleh ibu kepada kawan sehospital yg juga menghidap kanser, barulah beliau berani membuat confession.

orang yg sakit ini, mereka selalunya mempunyai their own assumptions, predictions and conclusions.

contoh: sbbnya Yoen Jae tak beritahu ibunya adalah; tidak mahu ibunya sedih kerana ibunya pernah terlalu kecewa setelah ayahnya meninggal dunia dulu.

tapi kan, bayangkan hati seorang ibu apabila mengetahui yg anak mereka telah menyorokkan satu rahsia yang paling besar dan penting. lebih2 lagi, mereka adalah the last person to know. itu lebih menyakitkan daripada berita yang anak mereka sakit kanser.

ibu adalah ibu.
they are very strong.
trust me.

sekarang baru saya faham kenapa Amma membebel2 kalu kami kantoi dari berahsia darinya.

*senyum*


b) Yeon Jae telah keluar dari biliknya, kerana terlalu sakit. beliau tidak mahu mengganggu ibunya yang sedang tidur.

inilah perasaan orang yang sakit rupanya. mereka tidak mahu menyusahkan sesiapa.
baru saya faham kenapa Amma bnyk kali ckp pada saya;

"awok belajor je la ebby, jangan risaukan mak. mak boleh jaga diri sendiri nyer"

entah2 mlm2 hari Amma ada rasa sakit, tapi dia tak kejutkan saya pun.

*pejam mata*

manalah saya nak tahu kan, saya kan tengah tidur.

kadang2 saya suka tengok Amma tidur.
sekalipun Amma berdengkur, saya rasa tenang.
sbb saya tahu Amma ada di sisi saya lagi.

*mata berair*


c) apabila best friend Yoen Jae bakal berkahwin, mak Yoen Jae mengamuk2, marahkan Yoen Jae yang tak pergi cari kerja, xpergi cari husband atau bf.

Amma bukan agresif macam tuh. tapi saya tahu di sudut hati Amma, Amma teringin saya ada pasangan hidup. bila Amma berborak dengan makcik2, bercerita tentang kezen2 saya yang bakal berkahwin, Amma selalu ditanya;

"Ebby tu bila lagi?"

selalunya Amma akan jawab macam ni.

"Hurmm...ntohla Ebby tu. pakwe pun takde..." sambil gelak2.

walau Amma gelak, saya tahu Amma sedih dalam hatinya.

*senyum kelat*

saya sedih. saya sedih bila Amma sedih.
saya tahu jodoh saya Allah yang tentukan, tapi dalam masa yang sama saya tak boleh tutup mulut orang lain. saya harapkan Amma akan bersabar dan terus berdoa.


tiga:
doktor pun manusia jugak.

sejak Amma sakit tahun 2010, saya spend time 30 hari dalam HTAA temankan Amma di sana, siang malam.
honestly, saya cakapkan, saya bencikan doktor2 di hospital itu yang berlagak, tak menghormati patient dan tak ada perasaan.

tapi, bila saya tengok series ni, baru saya faham kenapa doktor2 tuh bercakap tentang sakit Amma macam tak ada perasaan aja.

bercakap dengan kita, sambil berborak2 ngan doktor lain. buat lawak berbagai.
kamon lah...
macam dia tak faham kita yang tengah tercongok depan dia..dan kita tengah sedih mendengarkan apa yang dia baru informed.

bayangkan, depa cucuk berkali2 tapi xdapat jugak amik darah.
tapi boleh berlagak2 dgn kita.
tak mintak maaf langsung buat kita sakit!
this is so unbelieveable!

rasa nak tumbuk2 aja muka doktor tuh.
kalu bukan dia doktor yang merawat Amma,
(in other words, kalu xada conflict of interest)
memang saya dah tumbuk muka doktor tuh.

tapi kan,

doktor pun manusia jugak, kalu kita sedih tgk org sakit, tgk org meninggal.
doktor pun rasa sedih jugak.
tp depa xtunjuk physically.
depa dididik untuk menjadi keras, kebal.

sebab bekerja di hospital,
hari2 pasti ada orang yang meninggal,
hari2 pasti ada orang yang sakit kronik masuk ICU,
kalu doktor layankan emosi sedih,
(bayangkan kita menangis, berapa jam? berapa hari?)
kalu bergaduh dengan bg/gf pun sampai xada mood nak pergi kerja.
apatah lagi doktor.
macam mana dengan patient lain yg perlukan perhatian doktor tuh?
imagine lah dalam public hospital ada banyak mana patient dalam satu ward?

saya salute doktor2 yang dah jadi doktor selama berpuluh2 tahun.
doktor2 yang telah dapat gelaran pakar.
betapa mereka banyak berkorban untuk orang lain.

lebih2 lagi doktor di public hospital;
kerja penat, kena maki dengan MO, kene marah dengan patient, gaji kecik, public holiday kene on call pulak.

patutla mereka bermuka: saya tak ada perasaan! dan i don't mind that you hate me!
kalu mereka ikutkan perasaan, doktor2 akan buat mogok mohon naikkan gaji di hospital..
akan ada pesakit yang meninggal tak dirawat.

saya doakan doktor2 di mana hospital pun,
teruskan tanpa pedulik pandangan orang yang tak mengerti.
they don't understand, please forgive them.
pandangan Allah lagi penting kan.

sekarang saya rasa saya dah boleh maafkan doktor2 tuh.

*senyum*


empat:
kalu sesingkat mana pun masa yang kita ada, janganlah berputus asa untuk terus bercinta dan saling sayang menyayangi.

dalam hadis ada mengatakan;

"kalu esok hari Kiamat, dan hari ini ada benih di tangan kamu, tanamkan benih itu"

nota: akan saya carikan hadis ini dengan lengkap kendian, InsyaAllah.

Yoen Jae tetap ingin bercinta walaupun beliau tahu beliau akan dapat bercinta dalam masa singkat sahaja. beliau tak akan berpeluang berlahwin.
tak akan berpeluang mempunyai anak.
tapi, kesimpulannya, masa yang ada jangan di sia2kan!

dalam hidup kita, kadang2 ada perkara yang terlalu perit.
contoh: saya membaca blog pesakit hiv +. beliau dijangkiti penyakit ini dari pasangan beliau.

kalu kita berada di tempat beliau..macam mana? sebagai isteri contohnya, kita harapkan suamilah tempat bergantung harap dan pelindung kita.
tup2, dia bagi penyakit pada kita.

Nau'zubillah.

*tarik nafas panjang*

saya faham, mesti kita rasa nak minta cerai.
mesti rasa nak tumbuk2 suami kita.

tapi, bersedihla untuk jangkamasa yang tak panjang.
jangan menangkan syaitan.
ingat Allah selalu.
setiap ujian yang Allah berikan, pasti ada hikmah-Nya.

bersedihlah untuk satu jangkamasa yg kita tetapkan limitnya.
after that, kita buat 'bucket list' dan mulakan perjalanan hidup yang masih bersisa dengan pasangan agar penghujungnya tidak membuat kita menyesal.

bukankah itu akan membuatkan kita lebih gembira dan bahagia sebelum menutup mata?


lima:
ada juga pengajaran untuk para doktor dalam series ini, dengan harapan doktor2 ini janganlah terlalu keras dengan patient. kalu dah buat silap, mintalah maaf.
patient marah sekejap je, kalu doktor sanggup rendah diri minta maaf, patient pun rasa tenang hati nak percayakan doktor tuh.

enam:
saya sukakan watak...(lupa nama) iaitu ex-cikgu Yeon Jae during secondary school yg juga merangkap ayah tiri dia. pelakon tu memang bijak melakonkan watak orang yang sopan, well mannered (correct spelling ka?), bersabar, sentiasa tenang, lelaki yang boleh diharapkan, boleh jadi tempat bergantung untuk mak Yeon Jae.

harap2 lepas ni, kita akan jumpa watak yg bagus macam ni lebih kerap dan di segenap umur. xsemestinya watak ayah2 je, ustaz2 je. orang muda pun patut belajar jd berperibadi macam tuh.

macam Rasulullah kite.
*senyum*

tujuh:
xsure dalam episode berapa, Dr yang merawat Yeon Jae (lupa nama jugak), telah ajak Yeon Jae berlumba lari sebab nak pujuk Yeon Jae yang tengah sedih.

berlari = bersukan = boleh sihatkan badan.

bila kita sehat, kita akan rasa heppi!

saya pun teringin nak berlari..bebas.

lapan:
apabila Yeon Jae dh kapel semula dgn bf die, bf die amik keputusan untuk berhenti kerja, to spend more time with her. bf die rasakan yang dia xpatut waste time. jadi, ayah bf dia pun dtg rumah Yeon Jae, dan marah2. Yeon Jae dipersalahkan kerana anaknya nak berhenti kerja.

jadi kn, Yeon Jae pujuk bf die. ayat die lebih kurang macam ni;
" selain dari awak, ada orang lain juga yang saya paling sayang, iaitu emak saya.
dan kalu awak berhenti kerja kerana saya, saya akan rasa sedih."

cara dia pujuk sangat berhikmah. kadang2 kita org sesama Islam pun kurang amalkan menegur dengan cara hikmah macam ni.

*senyum*

lagi satu, mesej nya sangat jelas dan bermakna. cinta bukan antara lelaki dan perempuan itu sahaja. it involves femili. kene pandai adapt dan toleransi.

lets try to do it.
InsyaAllah.


sembilan:
last episode of this series, bf Yeon Jae tanye soalan ni pada dia;
"if you had not been sick, do you think that you will have a better live now?"
Yeon Jae jawab apa?

yg ni;
"If I had continued to be the old Lee Yeon Jae, who was bullied so much that she did not dare to speak, I would not had have the courage to get close to you,........... fighting through my way everyday. And I am happy now."

soalan Yeon Jae yg buat saya terharu;

"What should we do tomorrow?"

*senyum sampai nampak gigi*

kita mmg xtahu bila kita akan mati.
jadi, why waste time..
do what you want to do.
live your life.....

without regrets.


kesimpulannya:
mari kita start buat bucket list. (dah ada...Alhamdulillah...*senyum lebar*)
mari kita start tulis wasiat.
mari kita mula menyimpan wang untuk keluarga yang bakal ditinggalkan.


semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Amin Ya Rabb.

Tiada ulasan: