kali entri emosi
menunjukkan betapa rapuhnya hati saya
tak mampu nak bersabar dengan ujian dari Allah
tak pandai nak menilai banyaknya perkara yang masih boleh dan sepatutnya disyukurkan.
atas nikmat Allah.
yang tiada penghujungnya...
kelmarin, saya dah pesan banyak kali pada diri sendiri
"Intan, rezeki dr Allah, bukan dr GA allowances!"
semalam, saya cakapkan pada Amma begini
"Mak, jangan risau, rezeki dari Allah, kalu xada ga, mesti Allah bagi dari tempat lain"
cakap memam senang.
sebab apa, sebab guna air liur je.
bila kita dah rasa susahnya keluar bandar dengan duit RM 3 sahaja dlm purse,
baru rasa!
"Ya Allah, ini sajalah yang saya ada. janganlah diragut manusia"
tengok.
3 ringgit tu saya rasa macam tiga ratus.
manusia yg meragut pun, pulang balik la pada kita.
nak buat apa 3 ringgit?
ya.
apa aja yang boleh buat 3 ringgit?
itu sajalah 3 ringgit saya.
itulah yang saya punya.
bagi saya,
nilainya lebih besar dari angkanya.
nilainya lebih besar dari tiga ratus ringgit yang kamu punya.
*air mata trn*
*hati pecah*
sekarang berjalan di dalam kedai.
bila nampak barang2 yang perlu di rumah,
berdiri lama kat situ.
pegang.
letak balik.
terus jalan.
jangan pandang belakang lagi dah.
kutip sisa2 kesabaran dalam diri.
tell yourself;
"I can be strong!"
kat rumah.
Amma termenung tengok lantai.
sampai tembus bawah tanah ni.
saya tahu Amma risau.
saya pun.
saya tahu Amma sedih,
saya pun.
air mata saya tahan.
Amma terlalu banyak deritanya.
kadang2,
kita rasa kasih sayang kita pada parents terlalu tinggi dan mahal harganya.
padahal kita tak tahu yang kasih mereka pada kita lebih dari langit.
dan selalu kita mengira2 kebaikkan kita pada mereka.
kita rasakan kita dh berbakti cukup banyak pada mereka.
tapi rupa2nya,
Allah kata xterbalas walau nk banding dengan jasa mereka waktu menjaga kita masa kecil.
rezeki Allah ada di mana2 saja.
saya tak mahu sedih dengan apa yang tak dapat.
tak mahu!
semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
Amin Ya Rabb.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan