zaman sekarang semua perlukan wang.
dengan gaji yang kita dapat sebulan, semuanya perlu diagih2kan seadilnya untuk mencukupkan keperluan dan kemahuan.
jadi, kita belajar buat budget.
semua expenses, kita senaraikan.
compare dengan monthly income yang masuk.
dengan cara ini, kita dapat kenal financial kita di tahap mana.
safe?
ke
sesak nafas?
*tarik nafas*
kadang2 saya tengah driving,
saya tengok orang yang drive kereta besar dan menjalar,
saya tertanya2;
"dari manalah depa dapat duit banyak beli kereta macam ni?"
bila tengok rumah orang yang besar,
saya tanya soalan yang sama;
"dari manalah depa dapat duit banyak2 beli rumah besar macam ni?"
*tengok diri sendiri*
ok.
memang xtercomparelah kan..
saya pernah baca buku Robert T. Kiyosaki "Rich Dad,Poor Dad"
bukunye saya pinjam dari IRC UTP.
kesimpulan yang saya dapat faham dari buku itu adalah;
satu:
orang yang bekerja makan gaji bagai nak rak siang malam untuk mendapatkan duit,
takkan pernah jadi kaya.
mereka hanya jadi hamba duit.
dua:
orang yang kaya dinilai dari berapa banyak duit yang mereka ada,
berapa nilai wang yang mereka simpan di dalam bank, berapa nilai asset land & property, berapa nilai saham dan lain2 lg.
bukan dari berapa banyak duit yang telah dibelanjakan.
bukan dari berapa banyak kad kredit yang anda ada.
itu menunjukkan anda ada banyak hutang, bukan banyak duit.
tiga:
orang menjadi kaya dengan cara mereka menggunakan wang untuk menjana extra money.
contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW adalah dengan: berniaga.
buat bisnes.
beli brg dgn harga kos, jual dengan harga jual. dapat untung di situ.
cara lain: beli rumah, sewakan, tunggu 10 years or 20 years, bila harga rumah dh meningkat, jual...dapat duit banyak2.
lagi: beli tanah, simpan bertahun2, after 5 years pun dah cukup untuk lihat peningkatan harga land and property. jual..dapat duit banyak2.
yg ni: beli emas jongkong, simpan. after several years, jual.
next: beli rumah lelong, jual dengan harga yang tak terlalu mahal seperti dalam harga pasaran sekarang, at least dapat balik modal dan dapat untung RM10 k - RM 15k pun dah cukup bagus.
empat:
kalu nak kaya, JANGAN TAMAK!
JANGAN NAK KAYA CEPAT!
kalu kita nak kaya cepat, mudah juga miskin cepat.
sbb tuh jangan buat duit dengan perkara haram;
contohnya: jual dadah, zina, sugar daddy/mummy, mencuri, menipu, etc.
xberkat namanya.
lima:
melabur dalam saham, unit amanah.
kalu nak kaya cepat dan sanggup tanggung risiko besar, boleh ke arah saham.
tapi kalau nak kaya tapi xberani amik high risk, pilihlah unit amanah.
dah namanya amanah...your money will grow in long term.
boleh simpan untuk persaraan, boleh simpan untuk pendidikan anak2 etc.
tapi perkara selalunya tak semudah yang dikata.
orang kadang2 cakap macam ni;
"dah duit nak belanje pun xcukup, macam mana nak simpan?"
betul jugak tu.
macam mana nak buat ye?
*senyum*
mudah aje: SEDEKAH.
Allah akan gandakan nilai yg kita sedekahkan.
dgn syarat niat kita IKHLAS.
xapa walau cuma RM 1 sehari.
kalu xcukup juga, 50 sen sehari.
kalu xcukup juga, 20 sen sehari,
buatlah ikut kemampuan dan seikhlas hati.
kalu 10 sen sehari pun xmampu, xapa.
paling2 nak sedekah pun, senyum.
senyum pun Allah kira sebagai sedekah.
Hebat Bangat Allah ni!
*senyum sampai nampak gigi*
org miskin pun boleh bersedekah, bukan orang yang kaya harta dunia ja.
sayrat kedua: SEDEKAH YANG BERTERUSAN. (konsisten)
syarat ketiga: DOA yang baik2 aja tau!
mari kita fikir sejenak;
iman tak dapat diwarisi dari parents yang bertaqwa.
kemiskinan pun sepatutnya tak patut diwarisi dari parents yang miskin.
firstly, kita mesti berilmu bagaimana untuk memperoleh wang.
secondly, kita mesti beramal dengan ilmu itu.
thirdly, jangan lupa zakat dan sedekah yg konsisten.
kenapa entri saya berkisar tentang wang kali ini?
mari saya ceritakan nasib Amma.
di usia 56 tahun, beliau dah pencen dan tiada lg monthly income.
KWSP yang dulunya dirasakan banyak, sekarang dh macam bukit yang selalu ditarah, makin tandus.
sikit hari lagi, kalu asyik tarah, asyik korek, lama2 habis.
niat nak pergi umrah pun xtercapai lg.
apatah lagi nak naik Haji.
ditambah dengan derita penyakit, penyakit kronik pula tu.
usia emas anda...hidup macam mana yang anda impikan?
saya yakin.
mesti anda tak mahu senasib macam Amma.
jangan rasa pencen atau KWSP mencukupi untuk menampung hari tua.
kerajaan tolong setakat yang dia mampu.
kitalah yang mesti bijak dan usaha.
sebab kita usaha untuk masa hadapan kita sendiri.
untuk femili kita yang tersayang.
insurance sepatutnya salah satu keperluan.
bila dapat gaji, simpan dulu baru guna untuk perbelanjaan.
bukan bila dapat gaji, belanja dulu dan simpan mana yang ada. itu salah!
bila dah simpan, jangan hanya simpan, grow your money.
be smart.
jangan biarkn kemiskinan diwarisi.
semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita.
Amin Ya Rahman, Ya Rahhim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan