Khamis, Disember 09, 2010

ohara

i forgot why i laughed

but, all i know is you make me smile.



sarange, omma!

Selasa, Disember 07, 2010

zaman tidur mati

terus tidur.

itulah saya di zaman universiti.

punya rumet yang jauh cemerlang dari saya bak panggang dari api. -tp xpernah saya ikut contoh supaya cemerlang sepertinya juga.
punya teman2 yg baik hati. -tp sy xmencontohi.
punya kemudahan tuk belajar. -tp lambat datang lab krn lambat bangun. pernah ponteng kelas tuk tgk series. meniru sewaktu kuiz dan test sbb studi las minit. studi las minit sblm final exam.
punya akses internet di bilik 24 hours. -tp saya habiskan masa berfrienster.
ada intranet di dalam UTP. -saya lebih suka mendonlod lagu di #bingseng dan korean series. berchatting dan ber net meeting sampai pagi.
punya kereta seawal tahun pertama belajar. - sy berewang2 ke JJ ipoh dan bershopping yg kurang faedahnya.
mendapat pinjaman PTPTN. - belanja ntah ke mana. dlm erti kata lain: boros.

bila semuanya mudah, selalunya orang akan senang jadi malas. tidak kan mahu berusaha untuk perbaiki diri supaya jadi lebih baik dari hari ini. jadi buta dengan semua nikmat yg Allah beri. keselesaan yg dikecapi menjadi fantasi indah di setiap hari yang disangka realiti.

berhentilah!

bangun dari tidur!

keberadaan saya di sekeliling insan2 dan teman2 yg cemerlang membuatkan saya menjadi rendah diri. saya berasa saya takkan dapat capai seperti yang teman2 saya perolehi kerana saya memang tidak berbakat.

betapa rendah diri itu boleh membunuh keyakinan diri.
apabila keyakinan diri itu mati, sikap rajin dan usaha turut meninggalkan diri.
tanpa itu, kau tiada apa2.
walau berjaga di siang hari, tidak ada langsung bezanya dengan kau tidur di malam hari.
kau asyik dengan mimpi.
kau juga telah mati.

penyesalan?

ya.

memang saya menyesal kerana tidak pergunakan masa, kesempatan, kemudah dan semua yang saya miliki di suatu masa itu dahulu. tapi, menyesal tidak ada gunanya wahai kawan....

umur bukan makin muda.....

*tarik nafas*

mari saya khabarkan bahawa ALLAH itu MAHA PENYAYANG dan MAHA PENGASIH pada hamba2nya. pada sesiapa sahaja. walau kau adalah Bill Clinton. ALLAH tetap benarkan udara ini kau hirup buat kau terus cergas dan lantas sewenang2nya kau menggunakan otak dan akal yang telah dikurniakan untuk membunuh umat Islam di Palestin.

ALLAH kejamkah? membiarkan insan sekejam itu hidup?
atau
mana2 presiden USA pun yang kejam sebenarnya.

*senyum*

petikan dari lirik lagu Awaken oleh Maher Zain
" yes it's easy to blame everything on the West but in fact the focus should be on ourselves"

*senyum lagi*

setahun selepas grad, saya kembali ke UTP untuk bekerja sebagai Research Assitant. 3 bulan. cukup padat, penat, perit, dikhianati, dipermainkan tapi on top of that i woke up from my sleep.

i am no more sleeping beauty. tiada putera kacak yang akan kejutkan saya dari tidur yang panjang. itu hanya dongeng! dan dongeng bermaksud bukan realiti.

it took me 24 years to be awake.

selepas habis kontrak, saya sambung master di utp. walaupun tujuan utama bukanlah untuk mendapatkan msc degree, tp sy tetap mendaftar.

jika telah Allah tetapkan itu yang akan kamu lakukan, akan kamu lakukan juga walau sebanyak mana kamu benci.

memang benar kamu tidak tahu apa yang baik untuk diri kamu sendiri, hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI.

semester July 2007, bermulalah perjalanan hidup sebagai pelajar post graduate. di mana saya belajar erti hidup. tanpa erti hidup itu, tidak mungkin saya hidup sampai sekarang.

circle of friends sudah berbeza. in fact, saya tidak punya kawan yang dikenali. saya belajar mengenali karakter dan menilai sendiri mana boleh jadi teman, mana yang boleh jadi kawan biasa. musuh? saya tidak cari itu. tidak kira kulit cerah atau sebaliknya. bukan itu pengukur putih bersih di dalam hati.

berdiri atas kaki sendiri. kalu perlu keluar, sewa kereta, tp oleh kerana budget yang sempit, selalunya menumpang. dan inilah pengalaman pertama saya menaiki bas utp untuk ke pasar malam hari Rabu di Taman Maju. mmg terasa bukan Malaysian apabila berada di dalam bas sewaktu itu. baru saya faham pentingnya bas itu membawa pelajar2 bukan warganegara membeli belah di pasar malam. berjalan kaki pergi dan pulang dari lab walau di waktu malam sudah jadi biasa.

berjimat. barulah saya rasa penatnya belajar sambil bekerja, dengan gaji yang ada. mesti berjimat dengan bijak. budget mesti dibuat setiap bulan agar semuanya mencukupi dan dapat diberi pada orang dan tempat yang sepatutnya.

usaha. research methodology, symposium paper, conference paper, journal paper. semuanya makhluk asing. apakah?? peritnya belajar perkara yang langsung tidak tahu apa2. duduk di lab sampai jam 2 pagi. berbuka puasa di dalam lab. tidur di dalam lab semata2 untuk siapkan symposium paper.

sabar. dimarahi supervisor. dijerkah, ditengking di hadapan teman2 sama kapal.

Cahaya Mataku. yang menjadi perantara antara Dia yang Agung di atas sana dengan aku. mendengar cerita indahnya. melihat kesopanan tingkah lakunya. melihat ketaatannya pada satu Zat yang tak kelihatan. doa2nya sampai ke sana. mengajarku dengan sabar. bertangis dan senyum bersama2ku.

*senyum*
masih kurindukan waktu2 yang berlalu itu.

sehingga sekarang, masih saya terus belajar erti hidup.
jadi ibubapa di luar sana, atau yang bakal menjadi umi dan abah, daddy and mummy, ma dan pa, apa2 saja panggilan untuk kalian,

bantulah anak2mu untuk belajar erti hidup.
jgn disogok dengan wang jika tidak berkesempatan meraikan hari jadi anakmu. wang itu hanya salah satu alat supaya kita boleh hidup. tapi kamu, ibubapanya; adalah HIDUP MEREKA. jangan samakan kasih sayangmu dengan wang. itu hanya akan menghancurkan mereka. leretan kad kredit takkan sama dengan pelukan lembut darimu dikala hatinya gundah gulana.

jgn dimarah jika keputusan peperiksaannya banyak ditulis dengan pen merah.
kita semua tahu bahawa erti hidup tidak ada di dalam silibus sekolah. sistem persekolahan kita benyaknya menyebelahi pada pelajar yang pandai menghafal. jawapannya sudah terbentang dalam buku, tunggu di sedut dan dimuntahkan sewaktu exam. jangan buat anak anda rendah diri oleh kerana ketidak bijaksanaan mereka dalam bidang akademik. jangan diherdik anak BODOH! JANGAN SEKALI2! kalau anak lelakimu minat memasak dan menanam bunga, biarkan. selagi tidak dilakukan yang haram.

Alhamdulillah.
ALLAH jadikan setiap insan itu punya keistimewaan sendiri.
cari dan fahami.
baru mudah menerima dan memberi cinta.

Sabtu, Disember 04, 2010

bertatih- bukan hanya anak kecil

imbas kembali zaman persekolahan sy dahulu. sy bersekolah di 3 buah sekolah rendah yang berbeza. Shah Alam, Semenyih dan terakhir, Sekolah Kebangsaan Balok, Kuantan. di sekolah Balok sy hanya bersekolah di situ selama 1 tahun. dan di sekolah itu juga saya mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dengan izin-Nya, sy mendapat 4A. (waktu itu subjek Sains belum diambil kira). seingat saya hanya 5 orang pelajar di sekolah itu yg dapat straight A's pd tahun itu.

sejujurnya, saya tidak pernah merasa saya bijak. saya tidak studi 'maut' untuk mendapatkan 4A. saya tidak meletakkan 4A itu 'tujuan hidup' saya di masa itu. saya tidak faham apalah yang terlalu di'excited'kan oleh guru2 di sekolah itu apabila sy dan 4 lg kawan mendapat 4A.

sy pergi sekolah sbb semua orang pergi.
sy pergi sekolah sbb my emak suruh sy belajar.

sy xpernah faham kepentingan ilmu itu pd sy.

dengan keputusan yang dianggap cemerlang oleh guru2 dan rakan2, sy ditawarkan ke Kelas Rancangan Khas di sebuah sekolah di Kuantan, SMART. apa yang saya tahu, saya masuk sekolah itu kerana kedua ibu bapa saya sangat bangga dengan tawaran itu. skrg dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Abduk Rahman Talib (SMKART). sepanjang 5 tahun sy di sekolah itu, nama sekolah diubah, pengetua diubah, lambang sekolah ditukar, lagu sekolah ditukar. tapi apa yang mengecewakan saya, saya yang tidak berubah.

tahun 1998, di dalam Tingkatan 3, sy mendapat 7A 2B. niat untuk ke MRSM gagal. dlm erti kata lain, saya tiada pilihan lain selain daripada terus bersekolah di SMKART.

Tahun 1999, Tingkatan 4, sy harus memilih aliran pengkhususan. apa yg sy buat?

oleh kerana sy masih xfaham apa pentingnya ilmu, sy telah memilih aliran Sains Tulen seperti kebanyakan kawan2 saya.

iya.
saya pilih aliran Sains kerana saya mengikut kawan baik saya.
saya pilih aliran Sains kerana saya merasa bangga dengan aliran Sains.
saya anggap aliran Sains adalah aliran paling baik berbanding aliran lain yg ada di sekolah masa itu.

semuanya satu ketidak bijaksanaan sy.

di penghujung tahun 1999, sy sedang membuat latihan ulangkaji Soalan SPM past year subjek Biologi. sy menulis jawapan, (lebih kepada menyalin apa yang tertulis di dalam buku rujukan ke dalam ruangan jawapan di kertas soalan). dan saya berasa muak. rasa nak muntah.

saya bosan.
saya bosan menghafal.
saya bosan menjawab soalan yang tiada penghujungnya.

dalm erti kata lain, saya tak suka subjek Biologi.

:) after almost 1 year Intan?

its too late. dah xboleh tukar aliran.

i am stuck. starting from there, sy jd lemah semangat pd subjek Fizik pula. sy salahkan gurunya yang saya kelim tidak pandai mengajar.

saya tidak suka subjek Kimia, terlalu banyak formula yang perlu dihafal.

semuanya salah guru dan salah subjek itu, tidak pernahnya salah saya.

sy studi last minit. dan Allah itu Maha Adil. what u give, u get back.
tahun 2000, untuk SPM sy hanya berjaya mendapat 1A.

dissapointed.

totally dissapointed with my result.

sy jd cemburu pd kawan2 yg dapat keputusan yang jauh lebih cemerlang daripada saya.
and of course, i blame the school at that time.

haha..kelakar kn.
diri sendiri yg buta dan tidur, tp ttp terus menerus menipu diri sendiri. lebih teruk lg, bukan nk salahkan diri sendiri, tp selalu menundingkan jari pada entiti lain.

saya mengisi borang UPU dengan tanpa apa2 arah tujuan yg hakiki untuk di capai. dengan keputusan yang sebegitu, bukan mudah untuk memenuhi minimum requirement dalam almost all degree application yg sy rasakan sy meminatinya.

sy isi borang UPU sbb semua kawan2 saya isi borang tu.
sy nk masuk U sbb semua kawan2 sy nk masuk U.
sy xmahu ketinggalan daripada kawan2 yg mungkin berjaya melanjutkan pelajaran ke U.

sy xsedar yang hidup bergelar siswazah adalah sangat berbentuk indivualistik.
sy yang akan tanggung jerih perih.
apa berbaloi semuanya ini semata2 krn pandangan manusia?

*senyum sinis*

berkat usaha abah, sy diterima ke UTP.

perasaan saya masa itu: yeay! sy dapat masuk U. sy ada U untuk disebut bila ditanya oleh kawan2, guru2, kezen2, mak saudara2 dan mereka2 yg sewaktu dengannya.

12 Mei 2001, tarikh mendaftar di UTP. satu2nya yg saya tahu tentang UTP adalah namanya. Universiti Teknologi Petronas.

saya tidak tahu letaknya di mana UTP itu.
saya tidak tahu program apa yang akan saya ambil. IS itu Information System. tp apakah maksudnya?
saya tidak tahu kerja apa yg bakal saya sandang dengan ijazah IS ini.

pendek kata, sy masih tidak berubah.

Mei 2001 sampailah Disember 2005 sy berhempas pulas mencari erti kehidupan. mencari diri sendiri. memuaskan hati orang lain. mengikut nafsu anak2 muda yg beroleh kebebasan dr kongkongan keluarga.

Tahun 2006, sy kembali ke Kuantan. saat yg sgt2 sy nantikan. sy fikir sy akan gembira, bahagia apabila di rumah. jauh dr bebanan kelas, bebelan lecturer, assigment, kuiz, project, test, lab dan yg paling penting, no more FINAL EXAM.

:)

tp, erti hidup lebih dari itu wahai insan yang tidak mengetahui.
bumi Allah itu maha luas.

August 2006 - Konvokesyen ke -6 UTP. sy berkesempatan bersalaman dengan Tun M for the first time of my life. I saw him in live, face to face. and he said "congratulations" to me! yeay! i am lucky!

*senyum sampai kembang hidung*

of course, dengan lulusan Ijazah Kelas kedua, tidak memberi ruang yg baik utk sy memperoleh pekerjaan yg baik.

runsing.

surat dari PTPTN sudah tiba di rumah. hutang dunia sudah pun menjerat saya!

bnyk yang berlaku, terjadi, untuk dijadikan cerita, sy telah menyambung pelajaran lagi di UTP.

see, how much u hate, u will come back.
Tahun 2007, sy sekali lagi ke tanah gersang Tronoh, Perak.
kali ini untuk mengejar gelaran MSc pula.

inilah akibat mengejar dunia, kita akan sentiasa mengejar, tidak kan puas, tidak kn berhenti.

tahun 2007 adalah tahun yang menjadikan saya seperti saya sekarang.
sy belajar bahawa peluang kedua sentiasa ada.
sy belajar erti saya.
sy belajar erti Allah.
sy belajar erti Islam.

akan saya sampaikan dengan keizinan Allah di entri yg akan mendatang.

Jumaat, Disember 03, 2010

diam bersama-sama aku

3 Disember 2010.

:)

masa berlalu sangat pantas, bukan?


di saat ini, semua ahli keluarga saya sudah nyenyak berdengkuran bermimpi di alam 'mati sebentar'. sebentar lagi akan saya menyusul mereka jua.

cuma sekarang, saya duduk menghadap radiasi LCD my Dell yg saya rasakan semakin hari semakin meninggi. apa bisa radiasinya makin menebal?

bertemankan mug Cream Cracker berisi Oolong Tea tanpa gula yg diharap bisa membantu membaikpulih kpd ideal weight.

oh no!
*teringat pd ukuran yg saya baca pd timbangan hari semalam*

:)

sy mmg begini. hatiku bukan kristal. *ceeewah*lebih2 lg hal yg sy rskan peribadi dan menyentuh sensitiviti. kalu perlu saya utarakan kpd umum, akan saya susun ayat yg serapi mungkin, untuk menyampaikan maksudnya tetapi dengan perkataan yg berbeza. bukan straight forward.

contoh:
insan2 hebat dan berani yang lain, bisa menulis berat badan mereka dengan mudah di blog, di fb dan di mana2. saya tidak.

to be true: saya malu.
:)


saat2nya hati saya akan diketahui hitam putihnya, adalah pd insan2 yg saya cintai dan sayangi SAHAJA. titik.

iya.

sy memilih siapa untuk memberitahu my true colours. of course, pd insan2 yg saya percaya. krn formula hidup saya:-

insan yang dicintai = insan yang dipercayai.

contoh insan2 tersebut: orang2 tertentu dr kalangan family dan orang2 tertentu dari kalangan best friends.

jd, krn itulah, apa yg anda baca di blog ini, hanyalah the tip of the iceberg.
hanya 10% dr cheritera hidup saya yg sangat panjang dalam mencari makna sebagai hamba Yang Esa.

saya yakin, banyak insan2 di alam cyber ini juga berfikiran sempit seperti saya.

"kalu nk privacy, buat apa tulis kt blog? semua org boleh baca" ini mungkin terpacul dr idea sesetengah anda yg lain.

well, my answer is, because i LOVE to write.
menulis adalah masa dimana saya boleh diam bersama2 diri saya.
bercakap dengan hati saya tentang kisah lara, duka, tawa dan bergossip juga.. :D
belajar menerima kenyataan.

kerana mempersiapkan diri untuk bangun di esok hari adalah tugas yang paling getir buat saya.

serius.

bukan mudah menjadi saya.

kalau Siti Nurhaliza gementar sblm pertandingan Juara Lagu, gementar saya lebih dari itu.

:)

dalam pekat malam itu ada terangnya.
dalam sunyi malam itu ada muziknya.
yang indah2 belaka.
yang tidak kan dicapai maksudnya selain insan2 yang mahu memahami dan menghayatinya.

Allah jadikan malam dengan sangat indah bukan?

p/s: Oolong Tea sangat pahit. masih ada 18 uncang. teruskan usaha murnimu Intan!

Isnin, November 22, 2010

permata hati yang pergi

cuma Allah yg tahu betapa ebby rindukan kakak.


Al-Fatihah.

wasiat: kalu ditakdirkan Allah menjemput sy pulang, sy mahu ditanam di sini. bersama kakak dan yang lain2.

Ahad, November 21, 2010

maafkan kelancangan saya bila saya katakan lebih manis iman itu pada manusia2 yg pernah berbuat dosa

saya setuju 100% pd pepatah manusia belajar daripada kesilapan.

kalu xrase, xtahu. bile dh rs, br tahu.

sy ini kurang benar didikan agama dr kecil, jd, bnyk curang ngan conteng2 yg telah sy lukis di sepanjang kanvas kehidupan sy. hendaknyer saya diberi peluang tuk putar masa tapi realiti tetap realiti.

satu perjalanan yang panjang. no turning back. no u-turn. no undo.

mahamat issa pernah berkata pd sy, katanya ini mutiara kata dr ayahnya.

" if a person sleeps half of a day, and let say that he lives for 40 years, it means, he has been sleeping for 20 years of his lives. half of his age, he waste it for sleeping."

(mahamat issa ckp mcm tu sbb sy kuat tdo)

scary kn. 20 tahun tuk tidur shj. kalu hidup 60 tahun, 30 tahun dihabiskan dengan tidur. hurmmmm...

cerita kecil sy, selepas 24 tahun, br sy kenal erti hidup yg sebenar. br sy kenal Yang Maha Hidup. sy bersyukur dipilih dari jutaan manusia di dunia ini.

bnyk persoalan yg sy mahukan jawapannya dr Allah. terlalu banyak.

dan, manisnya, apabila Allah berikan jawapan itu pada sy.

sungguh indah.

tanpa saya sedari, sy bisa tersenyum sendiri sambil menitis air mata.

tanda terima kasih yg tak terhingga pd Allah yg masih menyayangi sy setelah curang2 yg sy lakukan selama ini.

memohon sentiasa tetapkan hati dan kukuhkan iman di hati saya.

dari sini, sy ingin laungkan permintaan...

tolong wahai hatiku dan kalian2...

tolong jangan berputus asa dengan kami yg curang dan corot ini.
kami ini sgt kurang kenal kehidupan krn kurangnya cikgu2 yg sanggup bersabar dlm mendidik kami.
kami ini sgt curang krn sudah terbiasa dengan jijik keji dosa yg kami rs selesa bila melakukannya.
kami ini terlalu lemah, jadi tolongkan kuatkan kami.
jangan tinggalkan kami walau kami yang meminta berundur.
jangan lepaskan kami walau kami yang mahukan kebebasan.
kami ini buta, tuli dan pekak.

jadi, tolonglah kami merangkak, sekalipun mengengsot tuk mencari jalan pulang pd Yang Maha Agung di suatu masa.

jangan tinggalkan saya, please....

Rabu, November 10, 2010

tersebutlah kisah seorang cikgu

GSTT. sy jd cikgu ganti di SK Saint Thomas, kotan.

sekolah budak lelaki.

hari pertame: kepale sakit, tekak sakit. tertunggu2 pukul 6 petang, xsabar2 nk balik umah.

sbb: budak2 tu susah nk dgr cakap saya.setiap masa saya perlu menjerit bila buka mulut. xsame mcm sy mengajar di sk semambu tahun 2006 dulu.

sk semambu, sekolah campur, bile ade budak perempuan, budak lelaki segan sikit nk buat nakal2, sbb kalu kene marah ngan cikgu atau di denda berdiri atas kerusi ke, derang malu ngan budak2 perempuan.

sekolah ni, Ya Rabbi, sy jerit suruh diam sekali, sempat la dalam 2 minit je derang dgr cakap sy. pas2, jd pasar malam semule kelas tu. dh la budak lelaki, suare sorang2 mcm speaker. susah payah sy nk jerit nk overcome sore speaker sebanyak 32 org tu.

bila cikgu masuk kelas, bukan ucap salam tp salam sejahtera.

sebelum nk boleh mula mengajar, kene menjerit dulu, nk dapatkan perhatian derang, nk suh derang berhenti main dan keluarkan buku. 10 minit dh habis kat situ. belajar dlm 20 minit je. latihan xsempat nk kaver. itu belum kire mase terbuang bile ade yg xbawak buku. sy akan suh die bawak keluar semua buku dr beg. nk pastikan die betul2 xbawak buku. sbb kadang2 budak2 ni suke tipu sbb malas nk buat latihan.

lagi satu, derang suke mintak kebenaran nk pergi tandas. every minutes. geram3x.

mmg tau budak2 ni.

dalam serabut2 nk menyesuaikan diri, boleh pulak budak2 kelas sy ponteng sekolah. pegi jalan2 kt megamall. OMG!!!!

gilo apo. darjah 3 dh pandai dan berani monteng. kalu kene sholek ke, kene cekup ngan budak dadah ke, ape nk buat?

budak2 zaman skrg...haih...........

but, this is nice lah ekceli. new experience. sy respek la cikgu2 yg dh lame mengajar kt situ. dh lali dh derang sume ngan perangai budak2.

ujung tahun, bnyk sgt keje, pulang buku teks, bg buku teks next year, exam marks, hari anugerah, hari pelaporan, dan lain-lain.

penat.


tp its great experience for me.

:D



heroes 2 Kenneth. going to miss them.


Jumaat, Oktober 29, 2010

lady's choice

pilihan.

dulu, buat pilihan adalah perkara yang sangatlah saya benci. tak suka tak suka.

skrg, bile dh tue2 mcm ni, barulah nampak hikmahnya knp kita mesti buat pilihan dalam hidup.
dalam hidup semua yg bergelar insan akan diberi ujian di mana akhirnya kite terpaksa membuat pilihan. suka atau tidak, mesti pilih.

buat pilihan, memerlukan kita berfikir.

kita mesti bijak memilih jalan mana yang harus kita lalui.

kita berfikir baik dan buruknya pilihan2 yg kita ada. apa kesannya di masa hadapan.when i said about future, its not only about us, ia akan mempengaruhi insan2 lain di sekeliling kita juga. family kita yg paling utamanye.

dan berbuat pilihan, Allah dh beri guidelines. berfikir guna akal bukan ikut hati. kita ada Yang Maha Tinggi di atas sana, hanya pada Dialah tempat kita bergantung. bila kita buat keputusan, pada Dia lah kita berserah dan bertawakal. dengan solat istikharah, Allah bg peluang untuk kita bermohon pada Nya.

Insyaallah, keputusan yg dibuat dengan petunjuk dr Allah, akan menenangkan hati kita. kita tak akan menyesal di kemudian hari. Insyaallah.

still, now, sy rs sikit2 takut.

bnyk perkara dlm kepale sy skrg, nk sambung phd kt utp ke nk apply kt ump je?
nk cari keje ke nk sambung belajar?
kalu sy bekerja, sy xdpt jage my emak.

so, what is the point?

tp kalu xkerja, kuranglah sumber pendapatan family kami. sy dan my emak same2 x bergaji.

keadaan skrg, xsame macam dulu lg. serius tak sama.

bnyk yg sy korbankan, walau sedih dan rindu, sy tahu hikmahnya ada. sy yakin janji Allah.
sy harapkan Allah teruskan kuatkan iman dan semangat sy.

semoga sy buat pilihan yang betul dan diredhai oleh-Nya.

Sabtu, Oktober 16, 2010

after raya

My emak dh undergo 2 times of chemo treatment. each time after chemo, she will vomit everything that she ate or drank. walaupun hanya air kosong. akan muntah air kosong semula.



disebabkan selalu vomit, die selalu rs lapar tp rs serik nk makan, takut muntah.

walaupun ade tablet tahan muntah yg farmasi bg, ubat tu pun keluar jugak masa muntah.

rambut my emak pun dh bnyk yg gugur. especially di bahagian belakang sbb bila berbaring, bergesel dgn bantal. kadang2, bile my emak lurut rambut pun, ada yg gugur kt tangan die.

my emak dh turun 4 kg dlm masa 21 hari. duration antara 1st chemo and 2nd chemo.

my emak kata kaki die sakit, lengan lenguh2. hari2 die suh urut.

another 4 cycle of chemo to go..... be strong Insya Allah

Sabtu, September 04, 2010

Ramadhan ini....

puasa tahun lepas sy di utp, tahun ni di kuantan.

hurmm...

siapa yg dpt jangka sy akan di sini kn.

kita hanya mampu merancang, tp Allah jualah yg menentukan.

sgt2lah betul.

:)


sy skrg sgt suke dgn lagu ini....

MAHER ZAIN - INSHAALLAH

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair n' never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Every time you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that it's why too late
You’re so confused,
Wrong decisions you have made
Hunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cos' Allah is always by your side

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way

Insha Allah x3

Insha Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh
Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2

Insha Allah x3

Insha Allah we’ll find our way



dan yg ini juga...




MAHER ZAIN - THANK YOU ALLAH

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.



futnut: hidup kite singkat je kn kt dunia ni....

Jumaat, Ogos 06, 2010

30 hari hilang dari dunia

5th July - 3rd August
cukup genap 30 hari sy duduk di HTAA.
kami bertukar 3 ward sepanjang 30 hari ni. Teratai 2c, Tanjung 4c, Tanjung 4a.
panjang cerita kami duduk di situ.

semalaman tidur di rumah.

4th August, admitted to KMC until now, the moment that i wrote this entri.

penat x?

ya, mmg penat.

my emak selalu ckp pd sy, "sian awak ebby, penat jage mak"
masa tu, rs nk nangis dgr die ckp mcm tu.

:)

tp sy bersyukur, Allah kurniakan kesihatan tubuh badan pd sy sepanjang 30 hari itu. sampailah skrg. Terima Kasih Allah. kalu sy masih xbersyukur, mmglah sy manusia yg paling kufur.

ramai insan2 yg turut bersusah payah bersama2 kami sepanjang 30 hr tu.kalu nk sy senaraikan, xtersenarai, takut ada yg tertinggal... sy doakn Allah membalas beribu2 kali kebaikan yg telah kalian korbankan tuk sy dan my emak.

terima kasih. jasa kalian hanya Allah yg boleh membalasnya.

Ar-Rahman . Ar-Rahim.

p/s: Auntie Rohani, sy doakan Allah kurniakan kebaikan, kesabaran dan kasih syg yg melimpah2 tuk auntie dan keluarga.

Khamis, Julai 01, 2010

emosi lembik cm taufufa

setiap kali org pesan "sabarlah yer mak cik" pd my emak, sy jd lembik. xdpt nk thn air mata.

kalu dpt can bersendirian, dlm toilet ke, tgh drive ke, mesti air mata tumpah lg.

bila org tanya sy : how r u? sy akn senyum dulu, bg 'fake'kn hati yg tengah pedih. tp lepas ditanya soklan tu berulang kali, air mata turun laju sgt...

tgh mkn, rs air mata jatuh jugak.

lembik.
serius lembik.

kalu Allah uji kt diri sendiri, br tahu peritnye.

kaki sejuk, menggeletar. tahap lembik yg paling lembik dlm hidup.
bila hati mempengaruhi akal, badan pn jd xstabil.

tp,

sy tahu, semua doa2 anda ada bersama saya.

i want to be better. i will be strong.

Insyaallah.

Alhamdulillah. atas ujian ini. atas doa2 mereka. atas petunjuk-Mu.



210
ward Makmur
KMC
1.35 am
KMC

Selasa, Jun 29, 2010

Kuasa Allah, tak ada manusia yg boleh halang

"salam eby..Akak harap eby,mak n family tabah dan kuat hadapi ujian ni..Rajin2 baca Al-Quran, smg Allah berikan ketabahan, kesabaran n kesembuhan..Minta selalu dengan Allah..Doa akak sentiasa bersama eby n family..Kuatkan semangat ek.."

semalam, Dr.Mokhtar dr KMC sahkan my emak ada kanser pangkal rahim. saiznya lebih besar sikit dr bola tenis.

Alhamdulillah.

Semoga aku redha dengan Qada' dan Qadar-Mu Ya Rabbi.


217
Ward Mamkmur
KMC
8.15 pm

Ahad, Jun 13, 2010

enaf means stop lah

kite semua yakin atau x pd janji Allah?

Allah janji yg baik akan di balas baik, yg jahat akan dibalas setimpal dgn perbuatannya.

tp rata2, yg sy nampak, kite manusia terlalu cepat menghukum. dh mcm nk amik alih tugas Allah dh dan para malaikat dh.

cnth 1:
bila suami curang, ade girlfriend lg muda dan cun melecun, si isteri pun nk tunjuk dia xkalah, die pun mekap cun2, cucuk sane, buang lemak sini, bwk kete sporty, dpt 'anak ikan'.

cnth 2:
kes bunuh si A di mahkamah dibicarakan. tertuduh,si B di bebaskan krn tiada bukti yg kukuh, keluarga si A xpuas hati. xpuas hati ngan sistem perundangan yg xtelus. xpuas hati ngan polis yg dikatakn 'makan'. lg hebat dia yg nk hukum si A tu pandai2 sendiri.

cnth 3:
dendam. hr ni org buat kt die, esok luse, bile ade peluang, die balas balik kt org tu. org tu makin xpuas hati, die buat plan lg nk balas semula. ish2..xkn berhenti bende ni...

sampai bila?


sbb kalu kita kaya, bnyk wang, harta menggunung, bolehlah diwariskan pd anak cucu 7 keturunan.

kalu wang xada, takkan nk wariskan dendam? kalu si anak xdapat nk tunaikan, nk disampaikan pada cucunya pula?

sampai bila?

we have to know when we should stop beating a dead horse.

enaf is enaf!

Allah tu Maha Adil. sabarlah. percayalah pd janji Allah.

Sabtu, Jun 12, 2010

lelaki itu complicated atau perempuan yg xfaham kaum Adam?

org lelaki berbeza drpd orang perempuan dalam bnyk aspek.

dan kadang2 they like to complicate things yg easy.

such as:

1) takkan say 'No' straight away in front of the face of their wife when they dislike or they dont want to buy the things that their wife asked for.

cara penyelesaian: main politik, buat sampai si isteri xjd beli bende tu.

2) ini di petik dr filem The Shaggy Dog, si anak xsuka main baseball tapi xpernah ckp perkara yg sebanar pd ayahnya.

cara penyelesaian: si anak dgn sengaja mahu merendahkan markah exam supaya ayahnya akan melarangnya dari terus bermain baseball krn merasakan pelajaran anaknya terganggu krn asyik dgn baseball.

3)bila dh ter'kick' dr universiti, mereka takkan beritahu mak dan ayah mahupun balik ke kampung. malahan, nk cr kerja. xmahu beritahu dgn alasan xmahu menyusahkan sesiapa.

cara penyelesaian: kantoi jugak setelah beberapa lama. mak ayah terkejut dan sedih.

4) xckp straight forward bila mahu si isteri buat sesuatu. bg hint2 supaya si isteri buat. atau buat muka... atau ckp menggunakan ayat2 yg berbunyi xmemaksa tp cuma meminta.

cara penyelesaian: isteri kene faham language suami dan ikut kan aje...

5) cakap xserupa bikin. awal2 janji A, bile dh sampai masa, jd B.

cara penyelesaian: hantar sy balik rumah mak sy skrg jugak! kata si isteri.



:)

well, women are from mars and men are from venus.
tp mcm magnet kn, yg menyebabkan 2 kutub berbeza ni bertemu dan melekat.

jd, hey gents, is it any of the above true?

Rabu, Jun 09, 2010

kenapa lelaki Muslim boleh berkahwin 4 isteri?

despite all the poligamy problems and issues that faced by our org Melayu di Malaysia skrg ni, pernah tak terfikir kenapa Islam membenarkan seorang lelaki berkahwin sehingga 4 orang isteri?

kenapa ya?

oleh kerana sy adalah salah seorang anak di dunia ini yg lahir dr keluarga berpoligami, sy tertanya2 soalan ni.

Allahyarham Ahmed Deedat gave me the answers. Thanks to the technology. :)

sy jumpa jawapannya. sila klik sini.

video yg lain, juga boleh lihat yg ini. sila klik yg ini pula.

Khamis, Jun 03, 2010

realiti itu pahit tuk ditelan

untuk isteri yg setia dan sayang pada suaminya,

siapa yang suka dan mahu dimadukan?

sila angkat tangan.




















ada?

xkan ada lah.

ini realiti. mana ada isteri yang mahu dimadukan.

tp, skrg bnyk yg jd poligami.
ini juga realiti.

perit, pahit, macam mana sekalipun, telan juga.

jd, bila dh terpaksa telan pahit poligami, boleh x sila berfikiran rasional?

maaf wahai isteri2 pertama. sy bukan nk meng'generalized'kan bahawa semua isteri pertama tidak berfikiran rasional.

tidak sama sekali.

tiada siapa yg dpt faham peritnya hidup rs dikhianati setelah berbagai pengorbanan yg dilakukan, hanya kamu seorang, wahai isteri yg setia.

cuma yg diminta, jgn dilupa anak2 kamu juga turut serta menari tari yg kamu lagukan. ( dlm erti kata yg lain, anak2 kamu turut dpt tempias derita pahit poligami)

kenapa?

apakah?

situasi 1:

walau bnyk manapun marahnya kamu pd suamimu, jgn di ajar anak2 membenci atau menceritakan buruk hodoh ayah mereka.
itu berdosa.
tindakan suami bernikah sekali lg bukan dosa.
tp tindakan kamu menghasut adalah dosa.

perit terima kenyataan ini?

ini realiti.

situasi 2:

walau terluka hati dikhianati, usah dilafaz minta diceraikan.
itu berdosa.
tindakan suami bernikah sekali lg bukan dosa.
tp tindakan kamu meminta cerai adalah dosa.

perit kn?

ini realiti.

situasi 3:

suamimu x dtg menjenguk, xdiberi wang perbelanjaan yg mencukupi, lalu kamu bertindak menghalang suami bertemu anak2mu.
itu berdosa.
tindakan suami bernikah sekali lg bukan dosa.
tp tindakan kamu menafikan yg hak adalah dosa.

perit kn?

ini realiti.

situasi 4:

kamu merajuk dengan anak2mu apabila melihat kemesraan anak2mu bersama madumu.
kamu marah2, lalu menangis. krn yg terluka akhirnya, adalah kamu.
lalu kamu rskan anak2mu telah derhaka kerana membuatkan kamu menitiskan air mata.

hurmm...

sungguh





ini










sangat

















penat.


pangkat anak itu sgt fragile.
anak itu WAJIB menghormati dan menyayangi kedua2 ibubapanya.
walau ada ibu tiri, sama dosa dan pahala sprt apa yg anak perbuat pd ibu kandungnya sendiri.

doa untuk kedua ibu bapa, adalah doa yg patut dibaca oleh setiap anak apabila selesai solat. doa yg mustajab itu tetap mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa, bukan hanya ibu. atau bukan hanya untuk bapa.

tidak ada tertulis dlm kitabullah bahawa anak dibenarkan menderhaka pd ayah yg berpoligami.

tidak ada.

turutilah selagi tidak melanggar syariat Islam.


anak itu ada tanggungjawabnya yg dipikul.

yg akan dipersoalkan di kala matahari jauhnya sejengkal cuma dr ubun2.

wahai suami, wahai ayah, nikahlah sebanyak mana yg kamu mahu. jgn dilupa tanggungjawabmu, krn kamu juga akan dipersoalkan tindak tandukmu sewaktu hidup.

wahai isteri, biarkanlah, jangan dihalang. ingatlah Islam sentiasa meninggikan darjat seorang ibu. memuliakan wanita yg digelar ibu. krn itulah syurga anak2mu di bawah tapak kakimu. :)

wahai anak, kamu pangkatnya paling rendah, ikutlah pesan Rasulullah.
Hadith Rasulullah SAW
Siapa yg lebih utama tuk aku layani?
yg pertama: ibumu
yg kedua:ibumu
yg ketiga ibumu
dan
keempat: bapamu.

:)

Allah Maha Adil wahai isteri2.













Allah Maha Adil.

Rabu, Mei 26, 2010

khabar buruk

sy dh lama xbaca paper sejak awal bulan ari2. selalunya sy akan baca dari thestaronline.com. sbb bg sy ini paper english yg boleh tlg improve my English dan isi2nya xbnyk sgt yg merepek2.

tp kadang2 ade jugak yg merepek2.abaikan aje.

td, sy baca tentang kes gengster yg menular pd pelajar sekolah kt Rawang di mana ada pelajar 14 thn telah dirogol di kawasan sekolah tersebut bulan lepas.

selain dr kes tu, gengster2 ni jugak selalu membuli, mintak duit perlindungan dr budak2 sekolah yg sama. mereka akan belasah pd sesiapa yg xmahu bagi duit.

dlm news, penulis menggunakan term 'happy hours' tuk melambangkan yg student2 ni seronok2 mabuk2 minum2 di kawasan perkuburan bersebelahan sekolah mereka.

cikgu2 kt sekolah tu pun xde daya nk buat apa2 tuk atasi masalah gengster ni.

penduduk di sekitar kawasan perumahan pun ada buat complaint yg pelajar gangster ni menggunakan rumah yg kosong tuk duduk kt situ, tido, lepak2, hisap rokok. buat mcm rumah sendiri.

sy percaya, kebanyakkan pelajar2 yg bergelar gengster ni adalah dari bangsa Melayu.

mudah mengikut budaya2 dr mane2 negara pun asalkn boleh puaskan hati depa.

rasa bangga dgn apa yg depa buat.

Syaitan atau iblis adalah makhluk ciptaan Allah juga seperti kita, manusia.
Jentera2 iblis akan sentiasa menghasut anak cucu Adam, umat Rasulullah SAW terutamanya, supaya menjadi peneman mereka di dlm neraka kelak menjadi kayu api untuk nyalaan api meraka.

dan kalu manusia ada diganggu oleh jin atau syaitan, kebiasaannya kita akan panggil ustaz yg alim tuk bantu 'buang' gangguan yg ada dlm badan manusia tu. Yang bagusnya jin kafir atau syaitan ni, mereka tahu dan sedar yg ALLAH MAHA BESAR. sbb tu, kalu dibacakan ayat2 AL-QURAN, mereka akan sakit, takut, dan lari.

Surah Al Ikhlas;Ayat pertama:
"Katakanlah (Muhammad), Dialah Allah, Yang Maha Esa"

ayat ini pun dh cukup membuatkan syaitan atau jin menderita kesakitan.
(asalkan kita yakin lah sentiasa menjaga pagar yg telah dibina)


jadi, manusia diganggu oleh manusia, boleh lut ke nk baca ayat Al-Quran pd manusia yg jahat tu? agak2nya, bila kita bacakan surah yg pendek mcm Surah Al-Ikhlas pd mereka, ada x rs takut di hati mereka?

bacalah satu Al-Quran pun, khatamkanlah, pasti xde apa2 efek pun.

secuit pun xde.

sbb nya?

Mereka lg hebat dr syaitan.

kelakar kn?

kelakar ke?

tak lah

ini satu petanda yg manusia2 ni xperlu hasutan syaitan anymore bila nk buat jahat. Syaitan pun lari dr mereka sbb syaitan tahu sakit dan takut balasan yg Allah janjikan.

Tapi manusia xsedar.

Apa nk buat dgn manusia mcm ni?

Mereka budak adik2 sy.
bukan saudara2 sy.

buat apa nk susah2 fikir kn..

ini kn tanggungjawab cikgu2 kt sekolah tu.
ini kan tanggungjawab mak ayah budak2 gengster tu. xpandai didik anak sendiri.
ini tanggungjawab polis kat kawasan situ.
kalu x kang sia2 la byr gaji bulan2 kt depa, kn?



ini kata2 kita bila bukan jd pd anak kita. adik kita. saudara2 kita. bukan di kawasan perumahan kita.

ini tanggungjawab kita semua.

ingat, kita semua akn ditanya tentang apa yg kita buat di atas muka bumi ini. every single thing. kalu kita tak Amal Ma'ruf dan Nahi Mungkar, apa nk jwb depan Allah di Padang Mahsyar nnt?

jadi, apa nk buat dgn manusia yg HEBAT BANGAT ni?

Isnin, Mei 24, 2010

Sudanese Abaya for Sale[SOLD]

Sudanese Abaya

Abaya+Tudung

Warna Hitam Shining dan kain berat.

Size: 56

RM 130

(belum termasuk kos penghantaran)


Ini satu2nya yang ada, no more... cepat2..

Jumaat, Mei 21, 2010

Ada berani?

perasan tak dalam hidup kita ni,
kita selalu menidakkan yang ternyata betul.
nk bg sbb musabab knp kita bertindak mcm tu. yg jelas tak la betul sgt pun.
nk tunjuk yg bkn kita je yg buat mcm tu.
nk bg org lain berhenti dr membebel kt telinge kita
nk bg hati kita kurang rasa bersalah

contoh 1:

mak: kenapa Chemistry boleh jatuh dr A jadi D ni along? Tu la along, mak dh pesan jangan banyak sangat main game kat komputer tu tapi along degil. dh result xcantik, yang lain2 A tetiba ade satu D.

Along: ala mak, bukan along sorang je, nk dekat semua kawan2 dlm kelas along dapat D. Cikgu tu yang buat soalan susah. Pastu sekolah xnk turunkan graf. tu la yg dapat D tu.

contoh 2:

suami: e eh, beli kasut lagi, bukan baru minggu lepas awak beli 2 pasang kasut? sy tgk kabinet kasut awk tu dh cukup semua kaler dah. tambah lagi buat apa?

isteri: ala bang. ada sale td. 70% pulak. brand X ni bang, bukan selalu die buat sale, murah sgt. tu yang sy beli. ramai org td, berebut2. orang lain amik 2 atau 3 pasang tau bang. sy amik satu je.

contoh 3:

senah: mak, senah ingat nk buat kenduri kawen hujung tahun ni, senah nk buat kecil2 je mak. yelah, abg sudin tu keje biase2 je mak.

mak: eh mane boleh. kite kene buat besar2an. kite kena sembelih 3 ekor lembu dengan kambing. buat lauk lebih sikit. mak nk jemput org kampung sini dengan kampung seberang tu. kamu kan anak bongsu mak, yang penghabisan. lepas ni xde kenduri dah.

senah: tapi mak, kami xde duit nk beli semua tu.

mak: ish kamu ni, skrg kn boleh buat loan nk kahwin. suruh la sudin tu buat. cakap kat dia, jangan kedekut. ko tu senah sepatutnye dapat 10 ribu senang2 je, mak ngan bapak hantar ko belajar jauh2 kat German tu.mak ni dh cukup baik dh turunkan harge hantaran tau.

contoh 4:

X: (sambil berbisik2, memanjangkan leher bak zirafah pd Y. dgn konfidennye, baget invigilator xnampak die buat mcm tu) soalan 4, ko jawap ape wei?

Y: (memberi respon pd soalan si X, sambil menoleh dlm kaver2nye, tangan mengangkat skrip jawapan dan memberi ruang pd si X menyalin jawapan) Ada 3 faktor. Yang pertama bla..bla..bla

X: k thanks bro

Y: same2

Invigilator: Awak berdua, sila bangun dan bawa kertas jawapan ke hadapan.

X: ala miss, org lain buat, xnk pulak tegur, kami je, mane aci.

Y: ntahnyer miss, ni test je pun, bknnyer final pun, tak boleh bg can ke? bnyk sgt test minggu ni, xsempat nk studi semua miss.







letih sy.
kalu sy bg contoh ke 5, ke 6 atau ke 7 atau seterusnye, sy tahu xterbace. dan ada jgak yg sy sendiri pun buat.

fikir mcm ni jelah.

polis: awak sihat, xcacat, keje pun dh ade, kenape mesti mencuri? berdosa tau x?

pencuri: sy susah tok. sy perlukan duit sgt2. anak kecik saya tu sakit teruk, ubat die mahal. sy ngan keluarga, nk makan pun cukup2 je. sejak anak sy sakit, isteri saya terpakse berhenti kerja dr amik upah menjahit baju semate2 nk jaga anak kami. nk harapkan gaji sy,xcukup nk beli ubat die.

polis:owh, kesiannye, xperlah, sbb kesiankan awk, ini ada senarai alamat rumah org2 kaya kt sekitar kawasan ni, awk pergilah mencuri, boleh buat beli ubat anak awak dan makan sekeluarga.

baik hati encik polis tu kn?
atau
kesian kt org yg mencuri tu kn?

kesimpulannyer:
salah tetap salah.

niat xmenghalalkan cara.

siapa pun antara kawan, saudara, adik beradik, mak atau ayah, suami, isteri atau sesape yg kamu kenal, yg ade buat bende2 merepek mcm kt atas ni, tolonglah tegur.

dgn cara berhikmah.

saudara Mukmin yang baik adalah apabila dia menegur silap saudaranya yg lain. mcm kita lihat diri kita depan cermin, saudara kita dpt lihat celanya wajah, sompengnye baju, senteng dan cariknye seluar kita, beritahu pd kita untuk kita perbetulkan.

istilah2 berikut:
"gua xkacau lu, lu jagan kacau gua"
"jgn jage tepi kain org, boleh x?"
"kubur nnt lain2. ikut suka aku lah. ko sibuk apahal?"

terserlah ketidakpandaian org yg bercakap.

kalu rs nk buat dosa,
1. sila jangan bernafas dgn oksigen yg Allah kurniakan.
2. sila jangan makan dgn rezeki yg Allah berikan.
3. sila jangan berjalan di atas muka bumi yg Allah ciptakan.

ada berani?

Isnin, Mei 10, 2010

resam nyamuk

Ikut resam nyamuk.
Hisap darah manusia sampai extra kenyang.
Sampai perut kembung cam akan meletup.
Sampai manusia yg kene gigit boleh rasa sakit+gatal.
Sampai kene cepuk/ penyek tanpa si nyamuk sedar.
At the end, sia-sia, mati nyamuk. (bukan mati katak)

Sia-sia
sbb apa?
dh berkoyan2 darah manusia yg dihisap, mati on the spot.
tanpa sedar.
asyik sgt.

jgn jd manusia yg ikut resam nyamuk.

kenapa agaknya Allah xberi semua hal2 yang kita idamkan sgt selama ni?
kita mintak, Allah bg.
kita mintak, Allah bg.
kita mintak Allah bg.

at the end, kite akan mati atas sbb terlalu kenyang.

sbb itulah, kalu Allah xbg, bukan itu yg terbaik buat kita.
kita mana faham, kita ni manusia biasa je.
Allah jugaklah yg Maha Mengetahui...

tapi ingatlah,

Allah tu Maha Penyayang.

:)

Ahad, Mei 02, 2010

biar gambar bercerita

Umur bkn ukuran penting atau tidak nyawa seseorang.
Ini adalah anak kecil yang tidak tahu apa2 !!!

Siapa yang lebih kejam?

Sila jawab.

Khamis, April 29, 2010

satu cerita kecil sy tentang Allah yang Maha Adil

Sy br sampai Kuantan pg td jam 3.30 pagi. Alhamdulillah. berdebar2 jugak jantung dlm bas bile die amik lap, senget2 sampai. tp tawakkal je lah. sy terfobia sbb bnyk kes bas xcden dlm paper yg sy bace. tp bile fikir balik, bukannyer xcden bas je Allah boleh tarik nyawa, mcm2 boleh jd. Pas2 br boleh tdo semula.

skrg ni hati sy jd makin lembik. especially bila tgk muka my emak pg td. kalu tgk balik gamba2 raya dulu, rs sayu je.. emosional sgt sy ni..ntah kenape....xtau kenape jd lembik mcm ni.

*lepas nafas*

masa kami duduk kt Shah Alam dulu, sy xada bnyk sgt memori. zaman sekolah ingatlah jugak sikit2. tahun 1990 or 1991, duk kt umah 2 tingkat Seksyen berape, lupe dah. (sy mmg lemah nk mengingat numbers ni). masa tu my emak amik upah jaga budak kecik. 2 ke 3 tahun umur die. jd, sejak sek ren lg sy dh pandai mandikan adik2, basuh kencing ngan berak dier. termasuklah adik2 sy, mimin, ayep, atiqah...(skrg ni, kalu derang melawan sy, sy rs geram sgt... :D)
sbb my emak bnyk keje lain nk buat, basuh baju, kemas rumah, masak, anak2 ramai, abah pulak keje offshore 2 minggu. 2 minggu je ade kt darat. jd, susah payah, sume my emak tanggung sendiri. kalu xkuat demi anak2, xtau apa jd ngan kami skrg ni.

besenya awal2 pagi my emak akan kejutkan sy, sbb masa tu budak yg my emak jaga, br sampai, mummy die nk pergi keje. pas2, sy akan kayuh basikal teman arwah kakak tunggu bas sekolah die. sekolah die xsama dengan sy. balik rumah, sy pulak nk siap2 pergi sekolah. sy pergi jln kaki je, xde jauh mane...tp rsnyer jauh jugak, sbb jln ngan abang2, xrase jauh pun.

waktu rehat, mmg my emak xbagi duit sbb kene jimat kn. jd, sy akan tunggu abg syam hantar nasik sambil die kayuh basikal. mkn nasik my emak masak, nikmat. kenyang. haha... :)

dr Shah Alam, kami pindah Semenyih pulak. masa ni my emak xde jage baby dh, die amik upah menjahit baju. mmg sejak kami kecil, baju raya kami semua my emak yg jahit. mcm2 fesyen. masa tu xpernah bersyukur langsung, sy selalu teringin nk beli baju kat pasaraya mcm budak2 lain. skrg ni bila dh besar, bila dh beli baju sendiri, teringin nk pakai baju yg my emak jahit semula. my emak kate mata die xnampak sgt nk cucuk benang dalam jarum, jd, die xmau jahit dh walau sy mintak jahit bj kurung yg paling simple.

tp sepatutnye sy belajar menjahit dr my emak kn...

kt Semenyih dulu kami ada kebun. selalulah bila abah balik umah, kami sekeluarga akan pergi kebun. tidur kt kebun. pancing ikan. tunggu durian gugur. :) teringat ada gambar abg syam bergambar atas pokok, tp ranting tuh patah, dan die terjun bawah. (maybe kalu jumpe nnt sy scan dan upload)

dr Semenyih, kami pindah ke Balok. balik kampung halaman.

kt Balok, my emak buat macm2 keje. pagi2 my emak jual breakfast kt depan rumah. ada nasi lemak, kuih2..tp semua my emak je la yg buat, sampai skrg, sy still xpandai nk masak mcm my emak.

1995, sy darjah 6 masa tu. nk amik UPSR. masa bulan puasa pulak, my emak dapat sewa satu tapak kt pasar ramadhan.kami pergi berniaga kt situ sepanjang bulan tu. kami bknnye ade kereta, semua brg2 angkat gune motor Boon Siew Honda 70cc. berjasa bnyk motor tu. pernah masa tu mesin basuh kt rumah rosak, azabnye basuh baju gune tangan. 3 besen besar. masa tu sy bkn larat nk berus semua baju pun, bersih ke tak, xsure la kn. yg penting, ada sabun, dh bilas, boleh sidai. haha...

tahun 1996 sy dh masuk SMART, duduk dlm hostel. sejak tu sy dh jauh dr my emak, sampai lah skrg.balik umah ujung2 bulan, selalu demand kt my emak, nk mkn itu, nk mkn ini, my emak pulak ikutkan aje.

SMART dr 1996 sampailah 2000. mula2 masuk hostel mmg sy homesick yg amat. mlm2 sy menangis dlm selimut. sylah org paling awal masuk tidur. sampai org lain gelar saya sombong. cis, bila dh berkawan baik ngan saya br derang cerita..hahaha..

duk hostel mula2 agak susah, bnyk restriction. jd, cm xsuke sgt. mujur study je ok. sbb sy suke kwn2 kt sekolah.

Form 1, beselah semua freshies kene masuk perbarisan. kene la pakai seragam, t-shirt rumah sukan dan track hitam. sy xde, jd sy pun kol rumah jiran, Cik Miah, Cik Miah akan panggil my emak, dan sy kol after sumtime br boleh ckp ngan my emak. oleh kerana masa tu kami cuma ada motor, jd, my emak datang hostel sy naik bas je.

masa tu, sy xguna sgt akal, jd, mcm xde rasa apa2 bila tgk my emak jalan kaki dtg hostel dr hentian bus semata2 nk hntr track hitam.

tp skrg, bila teringat balik, mmg air mata ni akan tumpah mcm air terjun. xhenti2.

*senyum*
*kesat air mata*

ujung 1996 jugak my emak dh dpt kerja kt KMC. sampai skrg. 2010.
dan sejak kerja, my emak dh boleh lege sikit.kami pun bleh la menumpang bnyk2.. :D

2001,dh keluar result SPM, bulan Mei terus masuk UTP, Perak. jauh yg amat. ni la sy baru keluar dr negeri Pahang Darul Makmur sorang2.

mestilah seronok, br rs lepas dr kongkongan family. :D

tp xlame pun rs seronok tu, bile rs susah belajar, rs nk berenti..hahaha...kelakar. sy ingat setiap kali nk exam mesti sy buat perangai. sy akan kol my emak nangis2..mengadu subjek tu susah, subjek ni susah, (mmg la susah, sbb studi las minit) sampai skrg sy masih still cube nk ubah perangai buruk ni. :D

habis degree, sambung master thn 2007, skrg, sy sambung lg.

dan skrg, my emak dh beberapa kali ckp pd sy:

"mak dh penat kejelah ebby"

sy dh rs sy ni anak derhaka.

anak apalah kami ni biarkan my emak bekerja lg di usia tuanya?

kalu hati sy mengutuk tindakan anak2 yg tinggalkan ibu bapanya yg kerepot di rumah orang2 tua, apalah beza sy dgn mereka?

jln mana pun, sy mintak Allah tnjukkan.

Amin.

Selasa, April 20, 2010

at the moment

pernah tgk itik berenang kt kolam x?
die bergerak atas air smooth je, rilek2 je..
tp tahu x, kt bawah air tuh, kaki die bergerak deras sgt.

tip of the aisberg..
kita nampak kecik je kt dr paras air
tp kalu boleh tgk yg di bawah air tuh,
besar sgt dan tinggi sngt..

AllahhuAkbar.
Allah Maha Adil.

hidup sesiapa pun
nampak mudah.
nampak happy.
nampak sehat.
nampak kaya.
nampak mewah.
nampak pandai.

tp realitinya, hanya dia yg tahu....
bukan sesiapa yg boleh faham.

sbb ada pepatah:
"Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu yang Memikul"

*senyum*

Alhamdulillah...teruskan sabar...

Rabu, April 14, 2010

cubaan ke-2

warna mana yg lebih sesuai? putih merah or pink merah?


dlm kad ada heart~~


tutup - tengah2 ada heart merah


dlm kosong. sbb nk letak tulisan kt dalam.

Ahad, April 11, 2010

nafas terakhir

Last Breath
by Ahmed Bukhathir

From those around I hear a Cry,
A muffled sob, a Hopeless sigh,
I hear their footsteps leaving slow,
And then I know my soul must Fly!

A chilly wind begins to blow,
Within my soul, from Head to Toe,
And then, Last Breath escapes my lips,
It's Time to leave.

And I must Go! So, it is True (But it's too Late)
They said: Each soul has its Given Date,
When it must leave its body's core,
And meet with its Eternal Fate.

Oh mark the words that I do say,
Who knows? Tomorrow could be your Day,

At last, it comes to Heaven or Hell Decide which now,
Do NOT delay! Come on my brothers let us pray Decide which now, Do NOT delay!

Oh God! Oh God! I cannot see! My eyes are Blind!
Am I still Me Or has my soul been led astray,
And forced to pay a Priceless Fee

Alas to Dust we all return, Some shall rejoice, while others burn,
If only I knew that before The line grew short, and came my Turn!
And now, as beneath the sod They lay me (with my record flawed),
They cry, not knowing I cry worse,

For, they go home, I face my God!
Oh mark the words that I do say,
Who knows, Tomorrow could be your Day,

At last, it comes to Heaven or Hell Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray Decide which now, do not delay ....

buka mata sikit

Forgive me when i am whine
by Ahmed Bukhatir

Today, upon a bus I saw a girl with golden hair,
And in my heart I wished that I was just as fair
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch, but as she passed, a smile.

Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine.
I have 2 legs to walk upon and the world is mine.

I stopped to buy some candy; met a boy who had such charm.
We talked, he seemed so happy, if I were late, it do no harm.
And as I left, he said to me, 'Thank you, you've been so kind.
It's nice to talk with folks like you. You see,' he said, 'I'm blind.'

Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine.
I have 2 eyes to see the world and the world is mine.
Later that day on my way, I saw a boy with eyes of blue.
He watched the other children play; he did not know what to do.
I stopped a moment, then I said, 'Why don't you join the others, dear?'
He kept on looking straight ahead and then I knew he could not hear

Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine.
I have 2 ears to hear the world and world is mine.
With legs to take me where I'd go.
With eyes to see the sunset glow.
With ears to hear what I'd know
Oh the world is mine

I stopped for a moment, just look how much I have
Everywhere, in all our lives, these are His signs

Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine.
I have been blessed indeed, and the world is mine

Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine.
I have been blessed indeed, and the world is mine

p/s: boleh search youtube lagu ni kt google.kalu dengar dan tgk vclip ni lg tersentuh hati.

Jumaat, April 09, 2010

boleh ke ni?




ini cubaan pertama. yg tgh2 kosong tu mmg ruang tuk tulisan la. sila abaikan pemandangan lain selain dari kad2 tersebut yer.
skrg ni, mcm dh ade idea yg baru, cume xde mase lg nk jadikan realiti. sbb kene pergi beli bahan dulu. xde can lg nk kuar.


1000 bayangan

by: Damasutra
Ciptaan: (xjumpa lg..akan di update)

Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti

Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya henpedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya

Inikan pula perasaan
Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihnya

Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina

Kerna kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa

Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi

Khamis, April 08, 2010

ok. one step at a time

las week sy balik umah abah.
xtau la setelah berapa lama xjumpa.

dan agak2nya after setahun abah pindah bangi, ni first time sy pergi rumah abah.
las sy jenguk abah kt bera masa hari raya...eh..yeke..bulan puasa kot. raya tuh, saya beraya kt kuantan.

hurmm...

sy tahu sy xpatut buat abah cam2. tp sy kecik hati....

sy xterfikir pun nk pergi tp sbb adik, sy balik.

ponteng sekolah 9 hari.

hah? budak2 zaman skrg mmg moden dan advanced kn.

sy kecik2 dulu xberani nk keluar rumah selain dr pergi sekolah, taman ngan kedai.
kalu ada keluar rumah, mesti ada mak, abang ke, adik2 ke, kezen ke, rs secure. rs pergantungan pd org lain.

budak2 zaman skrg, dh lain2. nk independent. bila ada rs xpuas hati, cari jalan mudah je nk lepaskan tension.

ok.maaf. sy membebel.

pelik. sy dulu xpernah faham pun maksud tension.
ermm... atau sy yg pelik?

dono lah.

adik sy ckp dia pergi tengok wayang ptg tu. hari rabu. tiket murah rm6 je. die ikut kwn2 die yg sekolah sesi pagi. orang tu dh habis sekolah, xperla die nk gi tgk wayang, die ni sekolah petang, xpasal2 kantoi kn.

kene gantung sekolah 7 hari. hurmm... die ponteng lg 2 hari...dia dh stat seronok agaknyer ponteng sekolah.

pengalaman sy ponteng sekolah masa form 3, lepas habis PMR. cikgu pakse jugak pegi sekolah. boring ar kn. xbelajar, xde buat apa pun.

bijak sgt sy ni. nk ponteng, buat announcement. ajak kawan ramai2. habis semua budak hostel nk balik hostel. dh tentulah cikgu bleh cam muka masing2 yg xde dalam kelas.

tgh2 best2 rilek2 dlm bilik, masing2 terdiam, muke pucat doh sbb dgr bunyi tapak kasut perempuan. cepat2 kunci pintu bilik. hahaha..sy menyorok bawah katil...ada yg menyorok dlm almari..

kelakar bile ingat balik. bijak sgt. kalu time yg sepatutnya pergi sekolah, mane logik kunci pintu bilik. bile ade org dlm bilik, br kunci pintu.

Cikgu Normadiah, warden asrama kitaorg dulu. ape citerlah dia skrg.

petang tu jugak, kene denda berdiri tengah panas depan hostel.

ahahah..kelakar. kene gelak ngan budak2 lain..kenangan2..

nampaknye adik sy same je cm kakak die, bijak sgt. monteng tp kantoi. :D

satu hari nnt, bila dia dh besar, dia pun akan boleh lawak hal dia ponteng sekolah ni.
hopefully.

mengintai hati

rs mcm dh lama sgt sy xupdate blog.
dh beberapa kali sy cuba tulis, tp xsiap2.
simpan.

xberjaya sambung dan xpublish.

xtaulah kenapa.

sy xboleh sambung dh.
jd, sy buat entri baru.
pun xsiap.
sekerat jalan jugak.
simpan.

esoknye, cuba sambung, xjadi.
buat yg baru...
sampai ntah berapa entri dlm draf.
dlm words dlm pc pun ada.

still xboleh terus menulis.

terlalu bnyk sgt cerita.
xtau macam mana nk cerita.

Jumaat, Mac 26, 2010

essence of life

skrg sy tgh belajar untuk mencintai sunyi.

dulu, bile sorang2, xtau nk buat apa. pusing kiri, pusing kanan, nampak yg sama aja.
rs hidup ni boring.
xder lifelah.
kenapelah sy masih di sini.
bak soklan cepu emas seorang teman;"ko nk mati kt UTP ke?"

hahahaha...

kalu dh ajal kt sini, bknnye kite ade kudrat nk hentikan. :)

lepas tu, sy dh mula berfikir benda2 xde kaitan langsung.
bestnyer kawan2 duk kt KL
dh keje, ade kereta sendiri
skrg dh kawen, dh ade anak, dan dh nk beli rumah.

apelah yg ada pada sy ni?
tempat tinggal ni pun hostel.
sewe.
sampai mase, kene keluar bwk baju dlm bes besar.

habis dh. ape je harte yg sy ada ni?

*mengeluh panjang*

kelakar kn..manusia yg xpernah bersyukur. inilah saya.

sy tahu kawan2 sy yg keje kt KL sane,
pagi2 kene bgn awal sbb nk elak traffic jam.
tension duk dlm kereta yg boleh bergerak 30/kmj selame 1 or 2 jam.

sampai ofis, buat kerja yg sama.
terpakse berhadapan dgn bos yg xdisukai
teman2 kerje yg kuat gossip
keje setinggi gunung yg xpernah habis.
sedar2 dh ptg, keje xsiap lg.

on the way balik, traffic jam lg.
tension lg dlm kereta.
berhimpit2 dlm tren.

sampai rumah, penat.
masak.
makan.
tgk tv.
kemas2 sikit. gosok bj keje esok.
tdo.

besok pagi repeating the same routine.
mengira saat tibanya hari jumaat kerana esoknya sabtu dan ahad adalah 2 hari yg paling keramat dalam seminggu.

hari bercuti. berehat.

KL pagi2 hr cuti, baringlah atas jalan raya. xde siapa yg akan henyak kau. mat rempit pun tau mengantuk.

hari isnin, sume monyok. start hari2 yg stress..

now, i am thinking, siapa yg xde life sebenarnya?

*senyum*

Allah dh tetapkan rezeki setiap hamba-Nya.
sy takut kufur.

sy tahu hidup kita berbeza nikmat, berbeza rahmat, lain2 ujian.
bergantung pada kita untuk menyintai dan mewarnakan hidup kita.

sy seronok ada ramai kwn2 kt KL, semuanya baik2.
"bile nk dtg KL? kalu dtg, mai la umah aku"

:D
yeay

Allah tu Maha Penyayang kn?

Rabu, Mac 24, 2010

dua

skrg air mata sy jd sgt murah.
dgr perkataan menangis pun dh buat sy jd mcm tu.

masih terbayang di mata wajah kanak2 tu
kau masih senyum manis wahai anak kecil.
manis sungguh.
Allah Maha Besar.
*senyum*

kerana menatap wajahmu lah membuatkan kami semakin kuat.
kuasa apa ada pada kau wahai anak kecil?

Selasa, Mac 23, 2010

satu

*tarik nafas panjanggggggggggg*
*lepaskan*

Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi.

sekarang, cubalah alih sebentar matamu pada tanganmu.
warna apa yang terlihat?

cerah.
sawo matang.
putih pucat.
gelap.

kalu ditoreh tgn tu adakah darah nanti akan mengalir mengikut warna kulitmu?

tidak.

walau aku 'O' - org ckp, paling baik, boleh derma pd semua jenis darah.
A, B, atau AB-

darah tu tetap satu, merah.

walau kita ada berbeza kaum; Melayu, Cina dan India atau apa saja, kita adalah sama.
walau kita beza agama; Islam, Buddha, Kristian. kita masih sama.
walau negara mana kita datang; Indonesia, India, Pakistan, Singapore, USA, Australia, Arab dll, kita sama.
walau siapa pangkat derjat; sultan, raja, anak raja, CEO, menteri itu, menteri ini, anak pengurus bank negara atau siapa saja, kita sama sahaja.
walau kita ni penagih dadah, pencuri, peragut, uztaz, ustazah, driver bas, buruh buat rumah flat, pencuci tandas kt TESCO, etc etc etc...

nyawa kita semua mempunyai berat yang sama.

semua nyawa bernilai walau siapapun dia. syurga atau neraka bukan kau tentukan. itu kerja Allah.

kalu si pencuri mati ditembak, jgn dickp padan muka. walau dia xpunya anak2 atau isteri. dia tetap anak yang mempunyai ibu bapa.
walau dia anak yatim piatu, kedua ibu bapanya sudah tiada, xbermakna dia xkan ditangisi.

kalulah kau sedar setiap kali kaki kau berpijak, melangkah di atas bumi Allah ini, setiap detik itu nyawa kau semakin hampir pd maut. ibarat jam pasir.

pasti kau xkan buang masa kau dengan perkara2 yg lagha. conth; menghafal lirik lagu dr menghafal Al-Quran.
pasti kau xkan derhaka pd kedua ibubapa kau. cnth: meninggalkan ibubapa kau yg tua kerepot di rumah2 org tua tanpa kau peduli mereka semasa hari raya.
pasti xkan kau berani untuk menyepak kucing2 kurap yg menggeselkan di kaki seluar 'mahal' kau itu ketika kau mkn di warung kaki lima.
xkan kau berani wahai manusia.
xakan.

aku yakin dgn apa yg aku tulis ini.trust me.

peribahasa "bila dh terhantuk baru nk terngadah" pun dh siang2 menunjukkan bila terjadi br nk menyesal. jadi, kau rs apa? menyesal lebih bagus?

kalu xkena pd diri sendiri, mmg xkan paham. contoh: budak 2 1/2 thn yg melecur tgn sbb terkena cerek panas walau dh bnyk kali di warning oleh ibunya jangan bermain di dapur.

bila ia bukan keluargamu,
bukan kenalanmu,
bukan kaum kerabatmu,
bukan seagama denganmu,
bukan sebangsa denganmu,
bukan jiran2mu,
bukan siapa2 yg kau kenal,

hati jangan jadi batu.

mari kita doakan mereka. doa itu paling mujarab. jgn putuskan.


p/s: kalu kau masih xsedar, sila pergi ke wad ICU mana2 hospital,kalu hati kau masih batu, aku minta doa kau disejukkan.

Ahad, Mac 21, 2010

epal and orange

dalam dunia ada mcm2 warna.

ada biru. ada merah. ada kuning. ada hijau. putih. hitam. pink. etc..

it shows how our world is full with differences but still the beauty is there.

jadi, kalu kita suka warna merah, xsemestinya org lain pun suka. kita xboleh paksa org lain suka apa yg kita suka.

sbb mmg hidup mcm tu. berbagai2. dan dengan differenceslah kia belajar.

kita belajar untuk bekerjasama, bertolak ansur, bantu membantu, syg menyayangi etc.

jd kn, kalu kite nk mkn buah epal, kenapa duduk bawah pokok orange?
kenapa nk sedih2, bila yg diimpi xtercapai lg?

we have to know what do we want and need.
and we must know where to get it.
and of course, we must use the right way to get it lah.

xde gunanya mengeluh mengalahkan takdir, menyalahkan org lain krn semuanya berbalik kpd diri kita sendiri.

so, what r we looking for?
and
where are we right now?

Rabu, Mac 17, 2010

writing and talking is NOT ENOUGH.

dalam banyak-banyak manusia, manusia yang paling xboleh sy terima adalah manusia yang hanya tahu cakap tp xbuat. manusia macam ni ibarat tin kosong. bising sgt, tp empty.

org mcm ni selalunya dia xsedar yg dia ni menyumbangkn sgt sikit manfaat pd org lain malahan asyik membesar2kan apa yg dia rasakan dia ni org yg baik dan suka menolong.

org pn naik pening dh.seriusly...pening nk buat apalah ngan org mcm ni. lg2 dia berpangkat lg tinggi dr kita, kita boleh overruled dia ke? OF COURSE NOT! kalu rs nk hilang mata pencarian, silalah buat konfrontasi. (ini pn ayat dia juga, xboleh terima kenyataan bila ada org lain criticized, naik melenting, pastu mengugut)

cuba lihat dr mata kami, boleh?
contoh sy bg di sini:

in 1998, when i was 15, sy dan famili pergi Langkawi for holiday. kami stay kt Marina Resort ( not really sure, tp lebih kurang2 cam tu la, Marina something).
bila dh checked-in, petang tu kami adik beradik ni selok2 nk gi mandi swimming pool. ramailah budak2 lain yg mandi kt situ. tgh syok2 kami mandi, sorang budak lelaki lemas, pucat muka masing2 yg tgk, sume terdiam, xtau nk buat apa. nk pergi tolong, kami pun budak2 lg, tempat tu dalam pulak.

mujur mama bukan jenis org yg cepat gelabah, dia la yg jerit2 sekuat hati mintak tolong, kot2 ada org dengar dan tolong datang selamatkan budak lelaki tu.

Alhamdulillah, a Chinese guy passed by that area, he heard dan dia yg selamatkan budak lelaki tu.( I should have taken a picture with him lah. :))

OK, back to the story, Ayah budak ni plak, pas anak dia diselamatkan, siap marah anak dia lg. (so, is he angry towards his son or himself?) Parents budak tu xada kt kolam tuk tgk2kn anak2 dia mandi kolam. Si ayah bg pelambung sebijik sorang, tgk anak2 dia dah ok, pastu hilang, sy xtau si ayah tu gi mana.

Moral of the story, si ayah dan si mak mane boleh tinggalkan anak2 anda macam tu je. Sbb mereka tu kanak2 lah u have to take care of them. kene selalu perati. alert.
Si ayah tu pulak, dia baget dah bg pelampung, dan tau anak2 dia pandai berenang, dh boleh lega hati. boleh tinggalkan anak2 mcm tu je.
dahtu, boleh pulak marah anak bila anak lemas.

bnyk cantik muka awak!

agaknye kalu Allah amik nyawa anak awak ptg tu, awak akan marah siapa? Allah? Pihak pengurusan resort? Org kt swimming pool yg xtolong selamatkan anak awak?

Sy xrs awak akan salahkan diri sendiri. hurmmm.....

Setakat bg pelampung je, dh rs awak dh jalankan tanggungjawab sebagai ayah? (xde bezelah awak dgn salesman kt kedai. jual pelampung tp xajar cara2 nk guna supaya xlemas)

problemnya kebanyakan parents adalah, mereka susah sgt nk dengar apa yg anak2 mereka cakap. bila xdgr, mereka xphm apa masalah si anak tu, bila xtahu masalah, mereka xtahu mcm mana nk selesaikan atau tolong anak2. dan selalunya adalah, bila masalah dh jd makin teruk, dia akan melenting. perkara pertama yg mereka lakukan adalah menunding jari ke arah org lain untuk dipersalahkan..

contoh 1:
Ayah/ mak: Aik, br minggu lepas ayah bg duit, dh habis? kau buat apa dgn duit tu? ni nak mintak lagi?janganlah boros sgt along. famili kite bukan kaye.

contoh 2:
Ayah/ mak: kenapelah bodoh sangat kau ni. result exam banyak merah je. yg pass pun subjek pendidikan seni je. nk jd ape kau ni ha?

contoh 3:
Ayah/mak : Anak derhaka! selama ni akulah yg jage ko dr kecik, tanggung makan, minum, sekolahkan kau. kau senang2 je nk kawen lari ngan mamat indon tu!

contoh 4:
Ayah/ mak :inilah anak yang awak sayang, manje2kan sangat. padan muka awak mak/pak nye. kalu awak dengar cakap saya dr dulu, xjadi macam ni. sekarang angah dh kene tangkap polis sbb amik dadah. awak la pergi jamin die. buat malu saya aje!

so, prevention is better than cure lah kot.

lets us hear each other. help each other. for a better and happy future for all of us.

Isnin, Mac 15, 2010

reminder

currently, sy masih baca buku ni: Rich Dad, Poor Dad; What the Rich Teach Their Kids About Money-That The Poor and Middle Class Do Not.

tuk pendekkan cerita, pengajaran2 yg sy belajar dr buku ni.

Pertama:
kecemerlangan di dalam akademik ( conth: SPM straight A's, pas2 dpt 1st class honor degree, sambung Master and PhD) is not enough to promise secure life now and at gold age. there is something that called financial literacy that need to be learn in addition to that..and school n university didn't tech that to us, we have to learn by ourselves.

kedua:
differentiate between asset and liability. when u have great job, big salary, carrying prada bag, driving great car, have ur own big expensive house, having vacation/ holiday overseas, bla bla bla(bak kate org ganu, bleh gi haji balik ari lah!)its doesn't mean that u r rich. rich depend on how much money u can save, not how much money u can spend. if u spend money on house, car, its an expenses. not an asset.

ketiga:
rich people let money worked for them, not worked for money. (mcm kita, kerja dr pagi sampai ke malam, buat kerja kedua untuk dptkn income tambahan, walaupun gaji kita dinaikkan, duit tetap xpernah cukup...sound familiar?) when rich people have money, they invest in bonds, mutual funds, real estate etc... bila dh dpt pulangan bnyk, brlah spend on luxury things that they want. tp kita, dapat duit, terus spend on expenses. inilah yg selalu jadi. dgn adanya pepatah, biar papa asalkan bergaya.

keempat:
jangan takut tuk amik risiko sbb dengan kegagalan kita belajar. erti kehidupan tiada dalam silibus sekolah atau universiti. u will learn much more as u live long enough in this world. n living without knowledge, its very risky. with knowledge, we can avoid and minimize risk.

aper lg..later bila sy dh habis baca, dpt tulis lg....

Isnin, Mac 08, 2010

complicated

terlalu banyak gelak
gelap hati.

bila gelap hati,
xnampak kenyataan depan mata.

bila xnampak yg nyata,
boleh jadi buta.

bukan xnampak jalan sampai perlu bertongkat dan berkaca mata hitam.
duduk di pasar mlm2, di kaki lima Puduraya sambil bermain musik dan menanti dengan bakul kosong untuk dipenuhi ihsan dr org.

buta dalam melihat.
yakni, semua jelas, semua tertulis, tp buat2 xnampak. buat2 xpaham.
ini mmg buta yang disengajakan
(macam kassim selamat, amik garfu cucuk dlm biji mata sendiri)

sedar2, dh ada org yg terasa.
kecik hati.
terluka.

sbb tu Allah xbg berlebih2han dalam semua perkara ( gembira mahupun sedih).

titik.

kalu ditimpa masalah sbb xikut rules n guidelines dr Allah, xperlu salahkan org lain kot.

Rabu, Mac 03, 2010

masa berjalan sangat cepat lah.

detik jam 12 tgh mlm nnt, genap 27 years sy bernafas di bumi ini. Insya Allah.

Alhamdulillah.

las year at the same time, 2009, i was still doing my MSc, trying my best to finish the thesis.
a year b4, 2008, i don't remember.
2007, i was celebrating with my RA friends, kak cik yah, kak ha, zrug, pait. :)
(aper kabar masing2 yer)
2006, at home, just finishing my degree. don't remember.
2005, at UTP.

dan seterusnye, mmg sy xingat. so, does it shows that i have a very bad long term memory. i tend to remember things that seem sentimental more than common event.

hurmm....

the most important thing to do and what i've learn tonight is:
-ucap syukur pd Allah coz diberi peluang lg sampai saat ni.
-doakan supaya kalu dpt hidup 100 thn lg pun, iman kita tetap pd Allah.
-Rasulullah SAW xamalkan birthday celebration, mgkn kite boleh ubah dgn sesuatu yg lain.
-lihat apa achievement kita sepanjang tahun ni. (i.e. berapa Surah yg telah kita hafal? berapa hadis yg kite baca dan hafal, things like that...)
-tgk balik apa buruk dan silap yg telah kita buat sepanjang thn ni. good to do it b4 sleep. muhasabah diri. seelok2nya kita tanya diri kita sendiri dulu b4 disoal di Padang Mashyar kelak.

these are most of the things that i can remember from what my friend told me.
it's new but its good. it makes me think.

selame ni, kalu birthday sape2 pun lah, yg muncul dlm mind sy adalah cards, cakes, n gift.

maybe this is good for us.

To my friend Nik, ulangtahun kite same, cume umur je lain2, at least Nik lg mude dr sy. u still have much time and opportunity to do better. Just don't give up. u can do it! :D Happy Birthday 2 u Nik. semoge kite semue sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah sentiasa.

To myself, happy 27th Birthday 2 u Intan! go ahead to build ur future. :)

-ASK YOURSELF QUESTIONS B4 U'LL BEING ASKED-

Sabtu, Februari 27, 2010

entri untuk teman

kita semua bukan anak kecil lagi.

kerana kita ini dewasa
kita pasti akan dihujani ujian dan dugaan.
kita sedih
kita menangis
kita ketawa
kita sedih semula
menangis lagi...

hidup mmg semacam ini temanku
sekejap di atas, sekejap di bawah.

tapi, pernah terfikir x apa tujuan kita diberikan ujian maha hebat seperti ini?

untuk mematangkan kita.
menyedarkan kita.

kerana apa?

kerana Allah sygkan kita.
*senyum*

Allah sygkan kamu!

senyumlah teman~~
kamu sungguh bertuah!
tahniah....~~

Jumaat, Februari 26, 2010

entri untuk adek

dlm dunia ni xde org yg xpernah ditimpa masalah.

kita akan menangis.
kita rs malu.
kita rs xnk tunjuk muka pd org lg.
kita rs nk lari jauh2.

it's normal. sbb kite cume manusia biasa.

dan ujian ni dtg dr Allah. Alhamdulillah.

Drpd hadis Bukhari dan Muslim; Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Tidak ada satu pun musibah yang menimpa ke atas Muslim, samada kepenatan, kesakitan, sakit yang kronik, kerisauan, kesedihan, sebarang kesakitan dan kemurungan, sehingga duri yang terkena di badannya, melainkan ia akan menjadi kifarat baginya dari dosa-dosa."

Allah bg ujian, boleh mensucikan dosa2 kita. tidakkan itu sesuatu yg bagus? bukankah patut kita ucapkan Syukur pd Allah?

Surah As-Syarh Ayat 5 -6:
"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan."

Yakinlah dengan janji Allah. Janji Allah itu pasti.

bersabarlah adek.

Surah Al-Zumar Ayat 10:
"Sesungguhnya Tuhan menganjar mereka yang banyak bersabar dengan ganjaran yang banyak yang tidak dapat dihitung."

dr sini, kita cari jalan untuk kehadapan.
kita mesti maju.

kita xboleh 'stuck' dlm ruang ni selama2nya.
kita mesti kuat!
OK?

kak ebby syg awk!

Ahad, Februari 21, 2010

memory remains~~ Penang Hill

from my eyes inside the train.
This news from here.

Penang Hill's railway makes its last run.
GEORGETOWN: Penang Hill's iconic funicular train will make its final run today after 87 years, leaving the residents with only fond memories of the famous attraction.

It will be replaced by a RM63mil upgraded system, which is expected to be ready in seven months.

.
.
Chief Minister Lim Guan Eng is expected to be on the last ride at 8.30pm today.
-finish-

shocking news.

rs cm sentimental lepas baca article ni.rs nyer cm br lg pergi penang with iman n her husband mase cuti krismas las year.

Sabtu, Februari 20, 2010

ayah kaya, ayah miskin

Sy pinjam buku ni dr UTP IRC. lelaki tu la Robert Kiyosaki, pengarang buku Rich Dad, Poor Dad. sangat interesting tau!!!

sy mule rajin cr buku canni sbb rase xcukup dgn ape yg ade. wish list sy ada 14 or 15 items yg sy nk, dgn gaji dan responsibilities yg ada skrg, mmg sampai umur 30 thn pn xkan tercapai.

so, i've decided, i want to be rich! YES! SAYA NK JD KAYA!

step yg pertama, kalu nk jd kaya, kene balajar dulu cara-cara untuk jadi kaya.so, i read this book.

apa yg saya suka bila baca buku ni, ia bukanlah mcm buku teks, yg penuh dengan perkataan dari page 1 sampailah habis. cara penulis ni tulis, macam cerita, macam diary. sy xrasa bosan, rs excited nk tau apa yg dia buat, dan apa yg jd. dalam masa yg sama, kita akan disuruh tulis wish list, tulis financial statement lah, its 2 way interaction. seroiusly, its NOT boring.

kesimpulan yg sy dpt dr buku ni, kalu kita bekerja bagai nk rak, itu bukan janji kita pasti kaya. kalu gaji kita naik, incom tax pun naik jugak, so, the right thing is, let the money works for you.

u have to have an assets. assets adalah sesuatu yang akan mendatangkan duit ke dalam poket kita. kalu kita ada kereta, itu bukan asset. kita kene isi minyak, maintenance lg (roadtax, tukar minyak hitam lah, balancing la, bla bla bla...), kalu rosak, kalu xcden, sumenye duit keluar, bukan masuk.

so, u need an asset that flow the money into ur pocket.xkesahlah kalu kemasukkan tu sikit. asalkan berterusan, dr seringgit sehari, ia akan jadi jugak seratus, seribu dan ribu2 lagi.

so, now, i am thinking of what can i do? what is the assest that suitable for me?

hurrmmmmmm
*fikir*

Selasa, Februari 16, 2010

canteek

fuh!
pg td jam 7 sampai UTP. bas mlm smlm dr terminal bas makmur jam 11 pm.

chinese new year holiday dh habis buat sy. its time to get serius.
tomorrow have an appoinment with with sv.

hadoi!

progress..progress...

*nampak rumah*

*rumah*

rasenye dlm mind dan hati sy masih kt rumah. masih teringat betapa cantiknya kisah cinta seorang wanita terhadap cinta ketiganya yang saya saksikan hari ahad lepas. it's magic that i can see it.

xpelik kalu org lain xnampak.

sbb ia umpama air yg jernih di dalam bekas yg berdebu.

kalu boleh, sy nk lakarkan cantiknya cinta ketiga tu, kalu boleh....

Selasa, Februari 09, 2010

silence can kill. if its not u, it can kills me.

*diam sepi*
tercongok tegak depan mata
tp mulut terkunci
mata bukan pejam
tp bukan jasad ini yg ditenung jauh

*sepi*

maaf.

sy tau sy kejam.

ini yang terbaik.

sy rasalah.

Selasa, Februari 02, 2010

i wish i never ask

bile sy ikutkan hati. jd camni lah.
selfish sy ni.

bila dh tau, sy jd sesal.
i wish i never ask.
biarlah sy hidup dlm puzzle sampai sy mati.

sy xnk ini.

now, i am the bad person.
the worst in the world.

xde manusia sejahat sy.
tolonglah jgn berkawan dgn sy.
tolong jgn suka kn sy.
sy jahat.

Ahad, Januari 31, 2010

Polo Garden, Ipoh







Cantik kn? xperlu sy citer bnyk2 kot. dh tgk sendiri betapa indah dan peaceful nye Polo Garden ni. Ade tempat refleksologi lg. boleh jogging2. sgt sesuai untuk family bawak anak2 mereka bermain2 di sini.
ada jugak kapel2 dtg deting, cantik tempatnye, sape dpt resist kn?
jemput dtg weh. :)