Isnin, Mei 02, 2011

berita terunggul di abad ini

I am not shocked to listen to the news about Osama Bin Laden.

US akan sentiasa nk tunjuk merekalah 'polis dunia' yg bertanggungjawab menjaga keamanan dunia.

dulu pun US dah pernah claim Osama telah dibunuh, tup tup Osama muncul dalam video.

and this time, sekalipun, Osama Bin Laden benar2 dibunuh oleh US Army, (Al-Fatihah) it will not change a thing. it will not stop here.

ketua negara2 Arab yg menjadi kroni US dh tak boleh duduk diam, takut Al-Qaeda serang balas atas kematian Bin Laden.

tau takut!!


lepas ni, mereka (US dan kroni2nya) akan terus mencari alasan2 untuk menyerang bunuh kumpulan2 Islam yg mereka anggap pengganas. tunggu dan lihat aje lah..

apa yg Isreal buat pada Palestin, US buat pada Al-Qaeda dan semua yg seangkatan dengannya adalah propaganda orang bukan Islam.

OKlah.

mereka bukan orang Islam.
mereka xpercaya pada Al-Quran dan Nabi Muhammad SAW.
memang kejam.
tapi, ada yang lebih kejam lagi.

nak tau siapa?



lebih kejam bila kita yg mengaku Allah itu Tuhan dan Nabi Muhammad itu Rasul akhir zaman turut menyokong agenda2 'polis keamanan dunia' itu.

agama kita sangat menitik beratkan persaudaraan sesama kita. kalu tiada talian darah kekeluargaan sekalipun, kita saudara sesama Islam. yang berada di Palestin sana, yang rumahnya dirampas, yang anak perempuan mereka dirogol, yang anak lelakinya dibunuh dengan kejam..yaa..mereka semua adalah saudara kita.

sudah cukup prihatinkah kamu pada saudara?

mari lihat contoh:
Rumah kakak ipar Ali dicerobohi perampuk. barang2 kemas, telefon, RM telah dirampuk oleh perampuk itu.
kakak ipar Ali menangis2. Ali jadi marah. cepat2 diajak buat laporan ke balai polis.

ok.habis contoh.

sekarang, lihat realiti.
sekolah di mana kanak2 sedang belajar telah dibom oleh tentera Israel. mayat2 kanak2 tak berdosa itu bergelimpangan di dalam kelas di sebalik habuk2 dan darah yg merata2. ada yg putus kaki.
ada yang menangis meronta2 kesakitan.

sekarang, soalan saya:
1. siapa yg ikut marah tentang hal ini?
2. pada polis manakah yang patut kita 'report'kan?
3. apakah xperlu berperasaan apa2 hanya kerana mereka bukan saudara sedarah kamu?
4. ada tak 'polis dunia' itu menangkap Israel yg bertanggungjawab dalam pengeboman itu? dibacarakan? disumbat dalam penjara?

ada?




dah tentu tiada.





saya tak punya uwang tuk didermakan pd tabung Palestin atau Aqsa Syarif.
saya tak punya jihad
saya tak punya apa2 yg mampu membantu mereka
saya hanya ada kemarahan.

ini aja yang saya mampu.

muka saya panas.
darah naik sampai ke muka.
menggeletar badan saya.
bila ada sesama kita, sama kaum dan agama yang berdiam sahaja melihat dan mendengar cerita dongeng rekaan US dan kroni2nya.
masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
ini sekadar salah satu berita di dalam telivisyen. esok ade lagi..

semua org sibuk dengan facebook.
sibuk nak upload gambar baru.
sibuk nak dengar lagu terbaru.
sibuk nak komen status friend.
sibuk nak AFundi Kay.
sibuk tengok konsert Mentor.
sibuk nak layan bola ngan golf kt ESPN.
sibuk nak layan gig.
sibuk nak layan Sinetron Sejuta Cinta Marshanda.
sibuk nak layan Hantu Gigi.
sibuk nak siapkan assignment.
sibuk nak studi bila nak exam.
sibuk nak siapkan project.
sibuk nak sibuk nak kerja nak cari duit nak sara family.
sibuk nak jaga anak2 ramai yang masih kecil.
sibuk itu, sibuk ini. pendek kata, semuanya sibuk....

takda masa nak solat.
takda masa nak ngaji Al-Quran.
takda masa nak dengar ceramah setiap malam Khamis kt TV 1.
takda masa nak solat jemaah kat masjid.
takda masa nak mengajar anak2 solat di rumah.
kalu yang berkaitan dengan agama, semuanya selalu takda masa.

mari kita buat kelainan dari biasa sikit.
1. selain dari baca dan komen status friend, apa kata kita taipkan di textbox search di facebook anda nama ini: Aqsa Syarif, I Luv Islam, Al-Quran.
2. klik 'Like' page tersebut.
3. baca isi kandung page tersebut tiap2 hari, lihat apa maklumat terbaru. kalu boleh, biarlah waktu dihabiskan di page ini lebih banyak dari page teman2.
4. mari belajar mengaji bagi yang kurang terer mengaji. boleh dengar Al-Quran online di Al-Quran Explorer untuk mempelajar sebutan. kalu perlu mulakan dengan buku Iqra, bagus sangat2.
5. mari rajinkan diri mengaji setiap kali selepas solat. sebaris ayat pun takpa. biar sikit tapi selalu.
6. belilah Quran yang mempunyai terjemahan. maklumlah, most of us tak faham Bahasa Arab. lebih faham maksud, lebih kushyuk bila bersolat. Insya Allah.
7. boleh donate pada tabung bantuan Palestin.
8. setiap kali lepas solat, selain daripada doakan untuk kedua ibibapa kita, doakan keselamatan saudara2 kita di Palestin sana.

dah banyak sangat saya membebel..bosan kn..

ok.saya stop.

thank for reading.

yours faithfully,
-intan najua-

Tiada ulasan: