do u still remember movie called Pretty Woman? year 1990. starring Julia Roberts and Richard Gere.
Kisah seorang businessman yg kaya raya tapi agak kejam dlm berbisness dan kisah seorang pelacur. bila disebut perkataan pelacur itu, bunyinya jijik, bunyinya akan ke nerakalah kamu.. tp dlm konteks filem ini wataknya sangat jujur.
ok.
this is Hollywood punye filem, of course ada scene2 18sx. that's negative and should not be followed!
apa yang saya mahu ketengahkan kali ini adalah nilai yang saya nampak di sebaliknya. yg positif of course.
if you can remember, satu babak Vivian bergaduh dengan Edward Lewis yang mana Vivian marahkan Edward krn Edward beritahu pada peguamnya bahawa Vivian adalah seorang pelacur. of course, jalan cerita dalam filem tu dh tunjukkan yang Edward bukan sengaja beritahu tetapi ada lagi rentetan sebelum itu yang mana membuatkan Edward terpaksa cakap yang Vivian sebenarnya adalah pelacur.
to be honest, i am so touched when Vivian said something like this:
"Why are you making me wear this beautiful dress yet you tell your lawyer i am a hooker? If i am wearing my Hollywood Boulevard dress, it will be easy for me to handle him! i am prepared!"
those questions are too deep. i almost cry.
it reminds me about us. most of the time, most of us are just pretending. we are not rich but we dress like rich people, we act like one, because we want to be rich. because we think being rich is cool. rich is great. but the truth always hurt, in fact we are not like what we want to. we are just pretending. we spend money on buying fake branded handbag, jeans, just to look as if we are rich.
in other words, we are lying to ourselves. lying to others. living in a lie is not life at all.
lets have another example.
contoh 1:
ada Si Melah. beliau sangat cantik dan digilai pemuda2 di kampungnya. selalulah Si Melah ini diganggu dgn siulan2 'feeeeewittt' bila dia berjalan lenggang2 kangkong di hadapan orang kampung. Ayah Si Melah ustaz di kampung itu. beliau selalu menjaga Si Melah supaya tidak diganggu oleh mamat2 hampeh di kampung itu. beliau ajar Si Melah solat 5 waktu, mengaji Al-Quran, manakala ibu Si Melah mengajar Melah memasak, mengemas rumah, menjahit dan banyak lagi ciri2 yang menjadikan Si Melah ini calon isteri solehah yang sangat berwibawa. Bila ada mamat2 hampeh yang nak mengorat Si Melah, ajak tengok wayang Hindustanlah, ajak jalan di taman bungalah, makan di pekanlah, semuanya tak berjaya.
kerana alasan Melah adalah:
"Melah ni nampak je pakai seksi macam ni, tapi Melah sembahyang cukup 5 waktu tau! Melah tak buat perkara2 yang berunsur maksiat tu."
maka geram dan keciwalah mamat2 kampung itu.
---------habis contoh sudah------------------------------------
apa yang Melah cuba tegakkan? dia sendiri yang memilih berpakaian seksi hingga menyebabkan dirinya diganggu oleh mamat2 itu tetapi menepis ajak2 sumbang itu dengan sunnah Nabi.
contoh 2:
Siti Musalmah sangat sopan budaknya. Sudah khatam Al-Quran sejak di darjah 3 lagi. berpakaian juga sopan. berbaju kurung, bertudung labuh menutup dada, jalannya apabila di hadapan bukan muhrim selalu menjaga pandangan. menunduk tanda takut dan malu pada Allah SWT. umi dan walidnya sangat menitikberatkan pendidikan Islam dalam mendidik Siti Musalmah. namun apa yang Siti Musalmah suka lakukan apabila beliau berseorangan adalah, beliau suka dengarkan muzik2 yang ganas2. dipasangnya kuat2 kerana ingin menjiwai. pakaian yang elok labuh sudah jadi seluar pendek. katanya di dalam bilik sendiri, bukan ada sesiapa yang nampak. kadang2 bila Siti Musalmah sedang bersujud terangkat sedikit kainnya sehingga kelihatan kaki, Siti Musalmah fikir:
"ah, tak apalah, bukannya ada orang lain yang nampak. cuma saya seorang saja"
------------habis contoh 2 ini------------------------------------
lalu bagaimana?
Siti Musalmah ini ibarat Muslimah Idol di mata masyarakat kampung. tapi hakikat yang sebenar, di kala beliau keseorangan, Siti Musalmah, berbeza. untuk apa ya memuaskan hati orang lain, berpura2 baik sedangkan hakikatnya tidak. KENAPA MENIPU? KENAPA?
tunggu dulu...
mungkin perlu saya tanya ini:
"APA KAMU SEDAR YANG KAMU SEDANG MENIPU DIRI KAMU SENDIRI?"
hurmm, saya bukan mahu menunding jari pada sesiapa. semuanya berbalik pada diri saya sendiri.
sekiranya saya adalah Si Melah yang berpakaian seksi tetapi beralasan solat xtinggal, kenapa mesti berpakaian seksi lagi? bukankah sifat malu pada Allah itu paling penting?
sekiranya saya adalah Siti Musalmah yang bertudung litup tetapi munafik di kala keseorangan, adakah saya sedar bahawa dinding juga rasa malu melihat aurat saya?
kenapa pakaian luar kita tidak sama dengan nilai dalam hati?
pelacur yang kita rasa takut, jijik padanya, mereka adalah diri mereka. mereka tidak pernah menipu atau berlakon menjadi seseorang yang bukan diri mereka.
hati2lah dengan hati kita.
hati2lah dengan pakaian kita.
ini antara soalan dari buku 'Magnet Diri' by Amin Idris
cuba lihat apabila kita berseorangan, bagaimanakah sikap kita?
bila kita bersama keluarga, bagaimanakah sikap kita?
bila kita bersama kawan2, bagaimanakah sikap kita?
bila kita bersama rakan sekerja dan bos, bagaimanakah sikap kita?
berbeza jauhkah?
tepuk dada, tanya iman.
kita adalah kita.
nilai kita mendorong cara kita berpakaian.
hati kita baik, berpakaianlah dengan sebaik2nya.
saya bukan mengarah yang berhati munafik, silalah tunjukkan belang anda!
tidak..tidak sama sekali.
bila kita tahu apa yang kita tak tahu, itu sangat bagus. kerana apabila kita tahu apa yang kita tak tahu, kita akan akan belajar untuk menjadi tahu tentang apa yang kita tak tahu. cuma kita perlu bertanya pada paksi dan kiblat yang betul.
berhati2 dengan pujukan iblis dan syaitan, mereka boleh berupa sebaik2 manusia. jangan terpedaya dan jangan tersalah langkah. tetapi jangan takut. jangan sedih. Allah sentiasa maju selangkah apabila kita sesaat dekat pada-Nya. semoga petunjuk dan rahmat Allah sentiasa bersama kita dalam menempuh hidup pinjaman ini.
ingat, hidup ini sekali ini saja, kita mati tak tahu bila..use it wisely
1 ulasan:
[74:4] dan pakaianmu bersihkanlah,
Catat Ulasan