entri sekian kalinya ditulis setelah kembali ke tanah gersang Tronoh yg suatu masa dulu kali pertamanya saya jejaki pada 12 Mei 2001.
its been 10 years.. haha..
look how old we have come
look where we are right now
are we happy with what we have right now?
the answer lies within yourself.
*senyum*
saya kembali ke medan menjadi penyelidik.
kembali pada zaman stress
kembali pada zaman berjimat dengan bajet yang ada
kembali pada zaman hidup dan matiku hanyalah untukmu research
kembali pada zaman, makan lab, minum lab, tidur pun dalam lab
kembali menjadi pelajar yang berjalan kaki meredah panas dan sejuk hujan sampai ke tulang. hampehh lemak badan tak berguna pun sebagai penebat.
*senyum lagi*
senyum lama2 sikit kali ni
bagi keluar semua adrenalin dalam badan tu.
sewaktu saya mula2 berura2 nak sambung PhD, Abah Kuantan kate :
"Ebby, awoklah yang pertama akan dapat doktor antara kezen2 yang lain"
Abah cakap macam ni:
"Abah bangge anok aboh jadi doktor"
saya selalu akan reply macam ni:
"Abah, baru nk mule balajar, xdapat doktor lagi."
takut.
takut sebab expectation mereka sangatlah tinggi.
itu baru cakap nk buat PhD, belum fikir lagi nk propose tajuk apa.
nak fikir tajuk PhD, mak aih...bukan keje senang.
lepas tu, bila dah dapat tajuk, pecah kepala nak fikir solution problem pulak.
kalu x, apa guna research tu dibuat kalu xda impact dalam contribution.
ok.
jangan takut dengan apa yang saya tulis.
awak pun boleh buat research.
ye awak.
saya cakap pasal awak lah, siape lagi.
*senyum*
sedar tak sedar sebenarnya, kita selalu buat research. sehari2 dlm hidup kita.
contoh termudah 1:
My emak menekan button rancangan pada remote astro tuk pilih rancangan apa dia nak tengok.
contoh termudah 2:
kita selalu buka website TGV, GSC tuk tengok waktu dan hari tanyangan sesuatu filem.
contoh termudah 3:
bila masuk pasaraya, tengok brg2 termasuk comparison harga selama 5 minit, baru pilih nak yang mana.
senang je buat research ni.
sesiapa pun boleh buat research.
my emak pun buat research. hari2. sehari berkali2. haha
mak mmg hebat!
ok.
pokok yang saya cuba sampaikan di sini adalah:
jangan terlalu kagum bila anda dengar orang ni ke, orang tu ke studi PhD.
"wow, terernyer. mesti pandai kan..."
adoi la..tuk buat research, tak bergantung pada kebijaksanaan IQ semata2.
yang penting adalah
NOMBOR 1: MINAT
NOMBOR 2: TAHAN STRESS, SABAR, TAK MUDAH PUTUS ASA
NOMBOR 3: BOLEH SURVIVE DENGAN GAJI RESEARCHER YANG TAK SEMEWAH GAJI2 ANDA SEKARANG
NOMBOR 4: BOLEH PRESENT DI DEPAN PUBLIC
NOMBOR 5: BOLEH PRESENT DALAM ENGLISH DGN BAIK
NOMBOR 6:BOLEH MENULIS DENGAN BAIK
sebenarnya nombor 4 sampai 6 tu boleh dipupuk. bukan semua researcher boleh present ok, ade je yang suara keluar tak keluar. yang penting kita kena rajin praktis, baru boleh improve kualiti presentation.
yang nombor 3 tu memang realiti paling kejam sekali. di saat anda bersusah payah baca journals, kawan2 seangkatan anda goyang2 kaki tgk Astro Beyond, atau sedang dinner dengan client di hotel2 5 bintang. tapi bersabarlah, bila dh dpt PhD, gaji anda bermula dengan RM 6xxx.
yang nombor 2 tu penting sgt. bersabar bila research tak menjadi seperti yang diharapkan. bersabar bila supervisor suruh buat bnyk kerja. bersabar bila tengok kawan2 bawak kereta Honda Civic, sedangkan anda masih berKancil waktu undergraduate dulu.. bersabar bila tengok kawan2 dh berumahtangga. sabar dalam segala2nya.
yang nombor satu itu, sangat penting kerana tanpa minat, anda hanya akan menipu diri sendiri dan membuang masa supervisor yang susah payah mengajar anda.
saya selalu cakapkan pada student2 undergraduate yang saya ajarkan lab tutorial:
"akak amik PhD sbb memang nak jadi lecturer, biasanya orang akan sambung Master ngan PhD kalu dia nak bina kerjaya dalam bidang akademik. gaji besar. kalu industri, derang xnak PhD ni, xnak bayar gaji mahal. sbb industri lebih recognize experience."
alangkah sedihnye...
lain sungguh dari nilai research yang sebenarnya.
my bad.
Gome!
mari saya bagi contoh dalam UTP ni.
peratusan student Malaysia yang sambung Master dan PhD boleh dikatakan 1 or 2% sahaja dari jumlah keseluruhan student postgraduate.
98 atau 99% lagi siapa? international students.
kenapa sikit sgt rakyat kita? Pakistanian dh boleh buat komuniti derang kt Seri Iskandar ni. punyerlah ramai. kedua teramai, orang Arab.
sebabbyer:
sbb negara kita sedang berusaha ke arah memperkasakan budaya research yang maknanya budaya research belum meluas lagi di negara kita. banyak scholarship2, program2 yang kerajaan tawarkan pada sesiapa yang mahu berminat buat research. bila kurang dapat sambutan dr rakyat kita, apa yg PETRONAS buat, mereka buka scholarship pada international students. ditawarkan wang...ramai yang setuju datang ke UTP yang gersang dan jauh dari bandar Ipoh yang makan masa 40 minit ke situ. dapat duduk hostel. internet dalam bilik. itu cukup heaven bagi mereka.
tapi bagi Alumni2 UTP, apakah mereka rasakan itu heaven?
ramai mana yang mahu kembali semula ke tempat jin bertendang ni, belajar semula, tinggalkan mewah dunia yang sedang dikecapi, selama 2 tahun Master, 3 tahun PhD. ada x?
mana2 kerja pun ada stress,
mana2 kerja pun susah,
tapi semua orang boleh buat juga akhirnya,
kalu kita minat, kita akan usaha.
research pun sama.
jangan ketepikan research daripada calon2 cita2 anak2 nanti yer.
lepas ni saya nak dengar skrip Mak Dara macam ni:
"Siapa Kassim Selamat? Lawyer? Majistret? Doktor? Researcher? Apa? Ahli Muzik???"
jeng jeng jeng...
1 ulasan:
hari-hari kan kite buat..sebabnye tidak ade yg pasti...katekan hal yang serupe atau biase dilakukan, tetap lain jugak...makanya, research itu berterusan...insyaAllah
Catat Ulasan