orang kata,
bila kita jaga orang tua, ada 2 possibilities.
samada masuk syurga
atau
neraka.
*senyum kelat*
bila Amma saya sakit thn 2010, saya temankan dia di hospital dari 1st day sampailah Amma dibenarkan discharge dr hospital.
nampak macam hati saya baik...
nampak saya macam anak solehah je...
tapi,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sepanjang saya jaga Amma,
satu:
saya pernah marah Amma.
sampai Amma menangis...
di dalam ward..
orang katil sebelah pun nampak.
dua:
saya desak2, paksa Amma mkn ubat yg dia xsuka.
Saya paksa dia minum susu kambing,
sampai Amma muntah.
Amma cakap:
"Ebby, kan mak dah cakap, mak tak boleh minum susu, nanti mak muntah. Awok tak percaye."
tiga:
bila saya tengah penat yang teramat,
saya teruskan tidur.
saya buat2 xdengar bila Amma panggil nama saya.
(masa tuh saya fikir, biarlah Amma tahu yg saya tertidur kerana penat sgt. saya fikir, saya perlu rehat skrg, krn selepas ini, saya kena jaga Amma lg)
*air mata turun laju*
empat:
bila Amma suruh saya picit kaki dia,
saya buat sekejap je.
bila saya penat, saya berhenti tanpa tanya pada Amma.
lima:
setiap kali Amma nak buat apa2,
Amma tak nak nurse yang buatkan.
mesti nama saya jugak yang Amma panggil. saya xada peluang rehat pun.
nurse selalu panggil saya:
"dik, mak panggil"
*paused*
*tarik nafas panjang*
sifat perengus dalam diri, dalam hati yg kita sendiri je boleh dengar.
sangat bahaya.
sekarang, saya rasakan yang saya adalah calon yang berada dalam kemungkinan yang kedua.
untuk kali ini;
Ya Allah,
saya mohon, izinkanlah saya berbakti pada Amma dan abah.
jauhkan saya dari ulangi sifat2 buruk yang saya pernah buat dulu.
berikan kekuatan pada saya.
berikan kesihatan tubuh badan pada saya.
murahkan rezeki kami.
berkatilah usaha kami.
sembuhkan Amma dari kanser yang dihidapi sekarang dan elakkan dari dihidapi di masa hadapan.
bantulah saya untuk menunaikan semua impian Amma yang masih belum tercapai.
Ya Allah,
ampunkan dosa2 Amma
bersihkan hatinya semua perasaan dendam dan mudah putus asa.
tenangkan hati Amma
gembirakan hati Amma
dalam selagi hayat Amma
yang Engkau, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahhim,
benarkan saya untuk menumpang kasih dari Amma
yang Engkau pinjamkan untuk saya di dunia ini.
Ya Allah,
semoga kau redhakan hati saya.
semoga kami tetap keluarga di akhirat sana...........
Amin Ya Rabb.
2 ulasan:
Terima kasih kerana menyedarkan saya. tiba-tiba airmata ini gugur ke bumi
:(
Alhamdulillah. Allah lah yang mengilhamkan dan mengizinkan saya menulis. :)
Catat Ulasan