Memaparkan catatan dengan label Abah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Abah. Papar semua catatan

Selasa, April 10, 2012

berlari ke langit

saya mungkin dilaknat mak2 tiri,
saya mungkin dilaknat abah atau,
saya mungkin dibenci oleh sedara mara yg baca entri ni.

saya mungkin jadi anak derhaka kerana membuka pekung buruk dalam keluarga.
tiada apa yg dibanggakan.
sbb itulah selama ini saya simpan sorok
dari tatapan umum

contoh kenyataan yg selalu saya sorokkan:
result SPM saya ada 1A saja.
bodoh betul saya ni..kn..

dan bila saya masuk ke UTP,
the fact that my stupidity terlalu tebal jadinya.
krn...
krn saya dikelilingi kwn bijak pandai  dengan result straight A's
dtg dr MRSM, sekolah sains, dan TKC.
dan, secara halus, saya membunuh keyakinan diri saya
dengan satu term yang dipanggil;
RENDAH DIRI.

itulah penyakit saya selama ni
yang membunuh saya.


tapi bukan itu yang saya nak bebelkan kali ni.

bebalik pada abah.
saya ada beberapa org mak tiri.

dan of koz, oleh krn saya ni anak mak,
saya benci mak2 tiri saya..kecuali Umi.

Umi bijak bawa diri. umi bijak ambil hati kami. Umi bijak ambil hati Amma. Umi bijak kawal emosi, walau diperli, Umi tetap senyum.  Umi diam, xbalas.

tapi yang lain2 tuh, sombong.
selalu kutuk Amma gemuk.
xsedar diri perampas.
berlagak.
bodoh sombong.

bagi saya,
takkan ada ruang untuk saya maafkan mereka selama saya hidup.
mereka buat Amma menangis.
saya benci mereka.
including abah.


ya.
saya benci abah.
sampaikan saya benci berkawan dgn budak lelaki.
zaman sekolah, kawan lelaki saya cuma dibilang jari.
saya berkawan dgn kawan yang saya anggap baik.


walau sekolot manapun pemikiran sy masa tuh,
rupa2nya Allah selalu jaga saya,
sbb walau se'broken' mane pun keluarga saya,
saya tak terjebak dlm kes dadah, merempit, ada bf, or whatsoever.


dan atas dasar Allah Maha Penyayang yg sygkan saya.
atas dasar Allah yang Maha Besar yg sgt berkuasa.
Allah aturkan satu cerita pada saya.

saya belajar dr pengalaman hidup.
and trust me, its painful.
but its the best teacher.

dulu,
saya ada seorang yg sy cinta
saya ingatkan dialah bakal cinta ke-3 saya ( selepas Allah dan Nabi)

the fact is: dia telah berkahwin, anak 4.

bukannya saya tak tahu.
saya tahu.
saya kwn dgn dia krn dia selalu tolong saya.

Amma pun xpernah saya beritahu hal ni.
Amma akan cincang saya dengan parang.
Na'uzubillah.


tapi,
masa tuh langsung saya tak fikir:

1) kesedihan Amma, yg disebabkan oleh sikap abah, akan berulang pd isterinya. dan kali ni, sayalah penyebabnya. sayalah perempuan perampas yg pernah saya kutuk2 pada mak2 tiri saya masa dulu.

well, what you give, you get back.

2) sebagaimana saya sedih dgn sikap abah, saya akan jd penyebab anak2nya merasa yang sama. saya sgt selfish, saya xfikir langsung perasaan org lain. saya xpernah terfikir yg mungkin anak2nya akan jd pembenci mcm saya.


3) cintalah yang membutakan mata saya. krn baiknya dia, saya mahukan dia. sampai saya rela nak jd isteri no 2. saya sanggup... 




*paused*




Alhamdulillah.
saya bersyukur semua itu adalah zaman tori.

skrg, bila Allah sendiri yg berikan rasa tu pada saya.
saya jadi insap sikit.
kenapa mak2 tiri saya sanggup bermadu.

saya kata mereka bodoh.
habis tuh, saya yang belajar sampai phd ni pun ade niat nak buat bende yang sama. 
apekah?

kesimpulannya,
belajar spm ke, diploma ke, degree ke, master ke, phd ke, xada bezanya.
in the end, perempuan tetap perempuan.

perempuan jadi bodoh dan buta,
when it comes to love.
krnnya,
mereka terlalu ikutkan hati.

sbb tuh ada yang sanggup keluar dari rumah nak ikut bf.
sanggup buang keluarga.
sanggup kahwin lari ke Thailand.
sanggup jadi isteri no 2, 3 atau 4.

saya pernah jadi perempuan bodoh itu,
saya mohonkan pada Allah,
selamatkan saya dari ulangi lagi.


saya bersyukur Allah berikan pengajaran semacam ini untuk saya,
saya bersyukur krn saya sedar pengajaran yang Allah sediakan di sebalik luka keluarga saya,



sejak kecil kasih abah terbahagi sudah kpd isteri2nya.
pendek kata: saya anak kurang kasih syg abahnya.

tp, saya baru sedar sekarang,
di saat abah tiada di sisi kami sekeluarga,
di saat abah xprovide kecukupan belanja kami sekeluarga,

kami rs complete sbb adanya Amma.
kami xpernah mati xmakan krn Amma bekerja keras.



krn apa..
krn Allah yang jaga kami sekeluarga bila abah tiada melaksana tanggungjawabnya.

sangat betullah:

Apapun yg akan terjadi Hamid, ingatlah bahawa ketika kau tak punya siapa2 selain Allah, Allah itu lebih dari cukup" -Mak nyer Hamid dr filem Di Bawah Lindungan Kaabah.


dalam hidup saya, dari kecil sampai skrg, siapa lagilah yang menjaga saya kalau bukan Allah.
Allah lah yang kurniakan Amma yang peranannya ibu, abah, kawan, cikgu disiplin, chef, the nanny...
Allah lah yang kurniakan kawan2 yg selalu ckp terus terang bila mana saya jadi songsang.
Allah lah yang kurniakan rezeki di saat saya cuma tinggal rm3 dalam purse.
Allah lah yang kurniakan petunjuk bila saya dah habis arah dan hampir putus asa.
bila Allah ambil arwah kakak, Allah lah juga yang menjaganya. lebih baik dari kami.


kesimpulannya,

saya bukan nak bersetuju dgn perempuan yg jd perampas suami org,
saya bukannya nak ckp yang saya fhm 100% perasaan knp mereka sanggup berbuat demikian,

saya tahu mereka berkahwin dgn niat nak kekal sampai mati,
suami itulah pelindung, itulah racun, itulah penawar hidup mereka,
tak ada salahnya untuk jadi isteri kedua krn agama kita benarkan.


pada perempuan2 yang dalam dilema,
pada perempuan2 lain yang sanggup jadi isteri no 2 semata2 nak berkahwin, 
krn nak mengelak dikutuk org yang dirinya anak dara tua. 

seandainya mereka faham yang Allah itu cukup sudah.

kpd isteri2 tua (kebanyakkannya) yang telah menuntut cerai kerana tak sanggup hidup bermadu,
katanya "hidup seorang lagi senang."
rasanya saya mengerti perasaan mereka.


pada anak2 yg lahir dlm keluarga poligami,
janganlah jadi macam saya.
what goes around, comes around.

logik dan normal apabila kalian membenci.
perempuan itu memang perampas,
tapi xbermakna kalian layak membencinya,
xbermakna mereka jahat sampai hari Kiamat.

kita bukan malaikat.
kita bukan Nabi.
kita manusia yg ada nafsu dan selalu diganggu bisikan syaitan iblis.
oleh kerana lemahnya kita,
kita mesti cuba maafkan mak2 tiri kita.
kita mesti belajar memaafkan abah kita.
kite mesti ikhlas maafkan mereka.

the key word is: ikhlas memaafkan kerana Allah.

pekara ni mmg bukan mudah untuk dibuat.
lebih baik panjat Gunung Kinabalu atau Everest dari beri kemaafan.

tapi, kite mesti cuba.
kalu xcuba, macam mana Allah nak bersihkan hati kita?

apa pentingnya hati kita bersih?

saya tak tahu tentang kamu,
tapi saya takut hati busuk saya menjadi penghalang saya ke rumah Allah.
saya takut matinya saya xbisa sebut nama Allah.
saya takut matinya saya dgn dendam kotor jijik.
saya takut kelak saya makan daging saudara di dlm neraka.
saya takut nk berdepan dgn soal jwb Allah di Padang Mahsyar nnt.



i am 29 years old now.
saya tak tahu berapa lama Allah nak beri umur untuk saya hidup di dunia ni.
kata orang, dunia ni sementara saja.
saya tak tahu sementara Allah itu berapa jumlahnya.
berapa tahunnya. bulannya. minggunya. harinya.jamnya.saatnya.

baru skrg ni,
saya belajar nak kenal Allah.
saya baru sedar yang Allah selalu ada untuk saya selama ni.

nothing is too late when it comes to Islam.
and nothing is too late untuk kita perbetulkan kesilapan kita.






semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian.
Amin Ya Rabb

Rabu, Januari 25, 2012

money is not everything

macam mana nak cakap?

saya pasti Amma didik saya sehingga saya jadi macam sekarang,
bukan bertujuan untuk saya menjadi berlagak dan riak dengan apa yang saya ada.

dan, Amma selalu ulang perkara yang sama.
belajarlah!
belajarlah!
belajarlah!

"Mak nak tengok awok berjaye"

*senyum*
*mata berkaca*

saya bersyukur sangat2.
Terima kasih Allah.
kerana beri Amma pada saya.
kerana beri Amma yang pandai masak.
kerana beri Amma yang pandai menjahit kain.
kerana beri Amma yang sayangkan kami adik beradik.
kerana beri Amma yang kerja kuat.
kerana beri Amma yang amik berat pelajaran kami.

sedapnye makan yang Amma masak.
baju raya, baju hostel, langsir rumah, sume Amma yang jahit.
Amma sayangkan kami sama seperti sayangkan anak2 madunya.
Amma bekerja dapat bantu belanja kami.
Amma sanggup kerja walau dah umur 55 thn yang patut bersara.
ilmu sangat penting untuk berjaya dalam hidup.

Amma saya,
prinsip hidupnya,
susah payahnya adalah demi kesenangan anak2.

pernah jumpa x Amma yang osem macam ni?
apabila kita hidup dalam serba kekurangan,
barulah kita sedar sekecil apa yang kita ada, adalah yg paling indah.

orang yg hidupnya mewah,
saya pasti takkan dapat rasa dan faham sperti yang saya rasa.
maaf.
saya celupar.

bila kita hidup serba kekurangan,
barulah kita sedar yang janji Allah sangat benar.
yang sebenar2nya.

 orang kata,
bila Allah beri kekurangan di sini,
Allah beri kelebihan di sana pula.
di sini, saya nak kelim yang kelebihan yang Allah bagi ni terlalu tinggi hingga tak dapat tanding pun kekurangan tuh.

*tahan air mata*

kisah kecil saya,
saya kuat berangan2.
haha.
*malu*
saya idamkan family potrait.
saya mahu potraitkan;
satu lelaki macho sebagai ayah.
satu wanita jelita sebagai ibu.
2 budak lelaki sebagai abang2.
1 budak perempuan sebagai kakak.
saya.
1 baby kecil sebagai adik kami.

cukup.
its perfect.
bagi saya.

tapi, kita hidup dalam realiti.
hidup ini tak sama macam kita impikan.

Allah beri bnyk mak pada saya.
Allah beri bnyk adik2 pada saya.
Allah beri bnyk rumah pada saya.

but, mari kita think positive.
instead of only 1 Amma, i got more.
insted of only 1 little brother, i got more little brothers and little sisters.
instead of 1 home, i got more to choose and to stay as i like.

sebab tu Allah dah cakap,
Allah je yang faham apa yang kita perlukan, kita x.
kita nak sesuatu,Allah xberi.
xapa, sbb Allah berikan apa yang kita perlu.

boleh dikatakan saya membesar kurang masa bersama abah.
segala2nya Amma.
datang sekolah amik report card, Amma.
yang selalu ada di rumah, Amma.
yang paksa saya belajar, Amma.
yang selalu membebel, Amma. *senyum*
yang selalu belikan macam2 untuk saya, Amma.
yang saya telefon selalu, Amma.


abah saya,
its seasonal, cnthnya;
bila hari raya.
bila dapat result exam bagus.
bila cuti sekolah.
bila balik kampung.
bila ada femili day.

*tarik nafas panjang*

skrg, adakah awak rasa saya anak yang kasihan?
anak kecil yang kurang kasih syg seorang abah?

*mata berkaca*

indeed.

saya memang kasihan.
tapi Allah super Baik,
Allah bagi saya Amma.

saya rasa awak-awak yang ada mak dan ayah,
yang dapat famili potrait macam saya idamkan,
yang duduk sebumbung dari kecik sampai besar,
tapi,
still xdpt kasih syg dari kedua2nya
adalah lebih kasihan.
awak sangat miskin.

saya tetap rasa saya lebih kaya dari awak-awak.
bukan kaya RM,
tp kaya kasih sayang.


awak rasa RM awak boleh tanding kasih sayang yang saya ada?
go to dream!
awak rasa RM awak boleh jamin matinya awak mata tertutup rapat?
go to pray!

maaf.
saya bukan berlagak.


awak ada lebih lagi dari saya.
ada RM bnyk2.
ada femili potrait.
tp kenapa awak xboleh berjaya?

Isnin, Januari 16, 2012

this is it....

to forgive is the most hardest thing to do.

kalu kita rasakan susah benar untuk mendapatkan keberanian untuk meminta maaf.
untuk merendahkan ego kita.

sebenarnya, itu tak seberapa dengan pertarungan dalam diri insan yang perlu memaafkan.

oleh kerana memaafkan itu sangat perit, dan perlu dibuat seikhlas hati.
bukan untuk sesiapa,
bukan menunjuk2,

tapi untuk diri kita sendiri.
agar hati kita bersih dari dendam,
agar hati kita bersih dari penyakit hati,
agar kita lebih bahagia,
agar kita terus hidup untuk hari ini dan esok hari.

tak ada gunanya kita terperangkap dalam masa lalu yang perit.
it happened, nothing gonna change that.
we alone xmampu untuk mengubah yang dah berlaku.

so, we have to change the way we look at it.

saya rasa saya dah boleh tersenyum sekarang.

untuk Abah,
bila Allah kurniakan Abah sebagai abah,
Allah dah berikan abah yang terbaik untuk Ebby sebenarnya.
Ebby je yang buta dan gelap hati untuk memahami.

Abah, i am sorry for my bad attitude all these years.
you are my abah and always be.

although i am not always in front of your eyes,
although i spend most of the time with Amma,
you are always in my prayer.

you are my abah dan always be....

*mata berair*


when u learn to forgive,
you will learn to accept the weaknesses that lies beneth yourself.
then, you will realize how much sins that you have done
and you will feel embaressed to have any grudge or hatred to anyone.