Memaparkan catatan dengan label PhD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PhD. Papar semua catatan

Rabu, Februari 15, 2012

result for interview Academic Trainee UIA

interview academic trainee UIA yg saya pergi hari tu,
keputusannya dah dapat.
emel dihantar ptg td.

seperti yang dijangka.
tidak berjaya.

ok.
sedih ke?

pelik.
sbb sy xsedih.
serius sy pelik.


xapalah.
ini nasib saya.
nasib kalian belum tahu lagi.
barangkali, lebih baik dari saya.
kn....

aja-aja!

buat kalian lain2 yg sedang berusaha
yg sedang menanti saat2 ditemuduga,
jangan lupa pesanan murahan + busuk saya ini:

satu:
jgn terlalu bergantung pada info2 yg anda baca di blog.
lain fakulti, lain caranya.

dua:
bersedialah dengan semua sjil2, thesis, conference proceeding dan apa2 shj yg anda rasakan penting di mana ia berkait dgn research anda.

tiga:
banyakkan berdoa pd Allah, bersungguh2.

empat:
kalu xdpt, think positive, rezeki Allah sangat luas sayang.

*senyum*


semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian.
Amin Ya Rabb.

Selasa, Januari 31, 2012

Interview Academic Trainee @ UIA Fakulti ICT

today.
5.45 am - bertolak dr rumah.
9.00 am - sampai UIA
              - pak gad bg direction, dan selamat sampai ke destinasi - Block A, Fakulti ICT.
9.05 am  - head to Giant Bt Caves
              - meet Suriani
10.00 am - head back to Fakulti ICT, UIA.
10.30 am - arrived safely
               - Amma and Suriani head to Setiawangsa
                - waiting at Level 5.
11.55 am - dipanggil masuk.
12.05 noon - interview ended.
12.45 pm - head back to Kuantan.

Alhamdulillah selamat perjalanan pergi dan balik.
Alhamdulillah selamat jalani interview.

fuhhh!

mari saya ceritakan sikit2 interview ni.

disuruh introduce a bit about myself.
so, bebel2 je la sikit2.

ditanya interest area of research.
ditanye problem statement yg ada.
ditanya tentang Master thesis. (unfortunately, saya xbawa....)
disuruh share conclusion research master itu menggunakan whiteboard.

kesimpulannya:
bawalah master thesis anda. (if any)
bawalah file sijil2 anda, Admin Assistant akan mintak file tersebut dan distribute pada panel. mereka2 akan membelek2 file sijil anda sepanjang sesi interview tersebut.
prektis la bercakap dalm English...sy tergagap2.. adoi...
kate depa ada ala2 mock teaching. just be prepare. sy xada pula.

ada orang interviewnye setengah jam.
macam kes saya, less than 10 minutes.

kate depa,
kalu lulus interview yang ini, akan dipanggil interview yg kedua- with rector.

+ +

rase2 macam xdpt.
hurmmm....




moga rahmat Allah bersama kita semua.
Amin Ya Rabb.

Selasa, September 27, 2011

to study or to work?

saya teringat yang saya ada janji dengan sorang student fyp nak bg talk pasal master programme kat UTP pada student2 final year. masa bulan puasa rasenyer.

sekarang ni, dh mula semester baru dah, tp janji tinggal janji.

*mengeluh*

haih intan najua ni!

jadi, sebelum any word spoken or written,
i have to say i am very sorry dik!
i will make it up.
hontoni gomene!

hurm, nak mula dari mana ni..

intro:
masa majlis berbuka puasa yg baru lepas, ada sorang student tanya pada saya, kenapa saya sambung master? dan macam mana kita buat pilihan? sambung master atau kerja?
well dik, the reason why i continue my master answered in my previous entri. klik sini

to be honest, during undergraduate (ug), saya xpernah ada walau sekelumit pun niat untuk sambung master. yang ada dalam mind saya, xsabar nak habis exam, boleh start buat resume dan cari kerja. bosan duduk UTP belajar.
"UTP ni panas"
"UTP ni hulu"
"nak pergi ipoh pun jauh"
semua yg xbest pasal utp.
haha.

and look where i am right now?
orang cakap pada saya,
"akak mesti sayang kat UTP kan, dr degree sampai phd buat kat sini"
haha.
saya pun macam xpercaya dah hampir 10 tahun duduk menumpang kat utp.
lagi lama dari saya duduk rumah sendiri.
lesson learnt: takdir Allah dh tertulis, walau macam mana kita xsuka pun, kun fayakun!

to be honest, now, i started to sayang2 UTP. memang bnyk administration process yang leceh dan office politics kat sini yang buat saya rasa nak marah, tapi, saya pujuk hati dengan focus on the good side.

kat sini, saya kenal ramai lecturer, (super duper senior kn.. haha)
saya dapat kenal ramai kawan2 dari macam2 negara
dapat sambung belajar full time dengan GA Scheme di mana tution fees have been waived.
saya dapat kumpul experience dengan menjadi tutor.
saa dapat belajar semula subjek2 yang saya lemah masa ug dulu.
saya dapat allowances dan berpeluang belajar berjimat cermat (yang xpernah ada dalam kamus saya during ug dulu)
boleh cuti banyak2. bukan mcm staff yg ada limit 12 hari setahun. haha.
saya boleh stay dalam hostel, xperlu extra expenses untuk sewa rumah etc.
xperlu ada transport untuk ke lab sebab utp kecil sahaja. everything is reacheable by walking on foot.
saya seronok sebab utp ada masjid terapung yang cantik. haha. xla. sebab boleh pergi masjid, tiap2 waktu solat, tiap2 hari lagi.
senang nak menderma, masukkan dalam tabung masjid je. kalu nk tunggu keluar pegi pasar malam, saya tak beberapa percaya org2 yg minta derma a.k.a paksa derma.
kawan2 yg best.

*senyum*

of course, sambung belajar ni dik, ada juga disadvantagesnyer.
apa yang saya xpernah buat?
stay kat lab sampai 5 pagi. done!
tidur dalam lab. done!
menangis kene marah dgn sv. done!
rasa nak give up. done!
rasa cemburu dgn kawan2 yg dh berpangkat executive dan ada kereta. done!
rasa cemburu dengan kawan2 yg dh berumah tangga. done!
susah2 tulis paper conference, rejected pulak. done!
buat tebal muka mintak orang berkereta tolong hantar kita ke bank. done!
and etc...

sebanyak mana adik sanggup berkorban untuk dapatkan segulung ijazah master?
sejauh mana adik sanggup berkorban untuk dapat title "doctor"? walaupun cuma doctor of philosophy.

saya rasa itulah soalan yang adik patut fikirkan sedalam2nya.
sebab bila adik sambung belajar, adik terpaksa lepaskan kemewahan hidup dan jadi student semula. sanggup?

to be honest dik, sambung belajar bukan bergantung pada cgpa adik masa ug dulu. cgpa itu hanya tiket untuk adik diterima interview kemasukan ke master programme.

to survive during the study duration, its all about how strong you are and how much you are willing to sacrifies.

and of course, yang paling utama sekali, untuk buat pilihan sambung master atau kerja. kita tanya pada Allah dengan solat sunat istikharah.

fikir dalam2.
think and ask Allah.

sekian dulu for ice breaking.

next will be, when u have decided to continue ur study, what to do? nak pilih universiti mana? nak buat topik apa? nak buat full time or part time? nak buat by coursework or by research? macam mana cara2 nak tulis research proposal?

Insya Allah. next entri.

Sabtu, September 17, 2011

dugaan completing PhD from woman's perspective

ini dari perspektif saya.
ini dari pemerhatian saya.
ini dari pengalaman saya hampir 10 tahun di tanah gersang, Tronoh, Bandar Seri Iskandar, Perak.
ini cerita yang saya cedok dari teman2 seperjuangan.
ini realiti, bukan movie terbitan David Teoh atau Yusof Haslam.
it hurt but its true.

ok2.rilek2. jangan start dgn persepsi negatif apabila saya sebutkan perkataan "it hurt..." tadi.
x la.
baca dulu.

*senyum*

setelah setahun tamat degree, saya kembali ke UTP sebagai RA (Research Assistant) under 3 month contract basis.
seronok kerja sbb dikelilingi kawan2 yg satu kepala.
kerja mmg stress tp jd enjoy sbb derang sumer best.

end of May 2007, bila project kt UTP dah habis, ada ura2 yg bos project ni nak suruh kami semua pergi UPM, sambung project kat sana pulak.

masa tu, saya memang xnak pergi Serdang, bagi saya itu dah macam duduk KL.
kene sewa rumah yg mahal,
kene ade transport nk g keje,
gaji kecik pulak,
itu belum kire jalan jem lg..
no no no...

jadi, saya apply continue MSc kt UTP,
my emak berkali2 tanya saya, "betul ke nk studi?"
saya jawab dengan confiden.
"ye, nak belajar, xnak kerja"

Alhamdulillah dapat.

jadi, saya dengan senang hati jawab kat bos yang saya dah dapat offer MSc, jadi xnak continue work as RA.

i thought that was heaven.
but i was totally wrong.
rupe2nya saya ibarat terlepas mulut buaya, masuk mulut naga.
haha.
UTP = naga?
x la.

continue Msc at the same place but with different circle of friends.
kawan2 RA dah balik UPM.
xde kereta nak tumpang lg dah.
kawan2 masa ug semua basically dah kerja kt KL, KLCC atau dah kahwin.

oh gosh!
nak makan, pergi cafe lain. xmampu dah nk telan nasi cafe Ali, dh muak makan masa ug.
cafe lain pun xde sedap mane sangat.
makan pun sorang2.

nak pergi pasar malam, naik bas UTP.
huh?
saya naik bas UTP pergi pasar malam?
not even in my mind even for a sec during ug dulu.

now, kene pergi naik bas. terkocoh2 solat Asar sbb takut ketinggalan bas.
duduk dlm bas tu, majority are international students: Vietnamess, African, Indonesian, etc
saya rasa saya adalah minority dan saya bukan di dalam negara saya.

bila dh berbeli belah di pasar, xboleh lenggang2 kangkung macam ug dulu.
kene cepat2, nak dapat seat.
kalu dtg lambat, nnt kene berdiri dgn brg2 yg penuh kt tgn.
tgn dh mcm nk krem, brg berat sgt.

jalan2 laju2, bas xsampai lagi, kene tunggu pulak kt tepi jalan.
letih berdiri, mengcangkung.
gosh!
i was about to cry.

haha.
kalakar saya masa tu.

itu baru cerita pasar malam.
nak cari kawan buat kerja research, satu cerita lagi.

budak Malay yang continue studi bilangannya boleh dibilang dengan jari.
kalu ada, different course.
no choice, i have to ask from the international student.

nak cakap English pun tergagap2.
bila salah cakap, malu nnt.
canne?

tapi rupe2nyer, depa semua sangat polite.
bila jumpa, bg salam, tanya how r u? how is ur family? how's everything? how's ur research?
bila saya mintak tolong, depa xhesitate pun tuk tolong, tolong dengan bersungguh2.
step by step die ajar.

wow!
this is new.

one thing buat saya rasa saya lucky belajar kt UTP adalah:
most of international student in CIS Dept are from Sudanese and they are Muslim.
i learnt a lot from them.
they explained about hadis, meaning of ayat2 Al-Quran, their culture.
such a beautiful stories.

"besar rupa2nya bumi Allah ni".
itu yg saya fikir masa tu.
apa yang saya hidup selama 28 tahun ni, kecik sangat. terlalu kecik.

mungkin ini salah satu sebab kenapa saya kurang bergaul dengan budak Malay.
saya nak belajar lagi dengan international students.
saya nak tahu apa yang mereka tahu.
saya nak tahu apa saya takkan dapat dari kawan2 Malay dan dr kampung.

sampaikan my emak bagi warning pada saya
"nak kawan boleh, buat suami xboleh"

haha.
memang banyak choices:
nak kulit cerah, dr Arab Saudi,
nk kulit gelap, dr Sudanese,
nk kulit sawo matang, dr Indonesia.
nak org Malay..ramai dh kahwin, dah bertunang, dah ada girlfriend, dan paling teruk, lebih muda dr saya.

jd, kesimpulannya, nak cari jodoh sewaktu belajar di sini, agak sukar.

bila balik kampung, org dgr saya amik Msc n PhD, org dah takut.

xkesahlah.
baik saya fikir reseach.

housemate saya dtg dr berbagai2 negara.
sampai sekarang saya rapat ngan Kak Na dari Thailand.

dugaan orang yang dah berkeluarga sangat berat.

kuat mana hati kita nak tinggalkan anak kecik kita bila dia tanya:
"mummy mummy, mummy nak pergi mana?"
tinggalkan suami.

datang UTP duduk dalam bilik, mengadap laptop.
stress write paper, journal paper.
stress paper rejected.
stress presentation kene 'hentam'

itukah pilihan yg baik?
mengadap laptop dari melihat anak kita membesar untuk 3 tahun yg akan datang?
dari menjaga suami yang Allah ibaratkan syurga setiap isteri?

ada lecturer yang say kenal,
beliau sambung PhD di UK, beliau bawa anak kecil sekali ke sana.
hebat x?
student kat sini, terpaksa hantar anak2 mereka ke nursery @ taska

selalunya, dari segi progress,
org compare progress male and female student.
thay said female student punye progress, slow compare to male student.

ho la.
meme la.
balik rumah, kene masak.
layan anak.
kemas rumah lagi.
bila raya kang, kene masak segala jenis kuih ngan makanan.
masa buat kerja, hanya waktu di lab, siang hari.

untuk lelaki a.k.a para suami, nak stay kat lab sampai jam 1pagi pun xde sape nak bising.
die xpayah fikir nak masak.
isteri dah buatkan.
xperlu fikir nak basuh baju atau gosok baju.
isteri dah buatkan.

tapi, memang saya tabik semua isteri2 yang sedang ambil PhD di sini dan di semua negara.
they are very strong!
hebat!

sanggup tak berkorban?
saya sendiri takut dengan soalan tu.
saya sendiri pun tak tahu cukup kuat atau x.

but overall,
sebelum kita buat apa2 keputusan yang merubah hidup kita,
kita pasti akan rujuk pd Yang Satu
Insya Allah, dengan keputusan yang ada asas kukuh,
dugaan macam mana pun, kita akan terus usaha.

mungkin itulah yang sedang mereka2 semua sedang lakukan.
saya macam mana?
tgh tulis blog...

hurmmm......

Isnin, Julai 18, 2011

hembusan angin, hempasan ombak #1

4 weeks before, my supervisor asked me to come out with questionnaires.

i said ok.

but, doing isn't as easy as saying.

i am stuck.
don't know how make questionnaires.
don't know what to ask in my questionnaires.

to know what i don't know is very easy.
to know how to make me know about things that i don't know is another story.
and it really takes up my time.

doing PhD is not easy.
but, on the other hand it is not impossible.

Selasa, Jun 07, 2011

edited: what drives you?

1st dugaan meng'complete'kan PhD.


after 1 year of intercalation, my GA have been stopped. no more allowances. To get it back, I need to fill in a reinstatement form. this form need to be signed by my SV, my HOD and Director of Postgraduate Studies.

there are 4 supporting documents that I need to attach together with the form. Even my supervisor have helped by preparing a letter to support continuing my GA. Adding to that, our HOD requested for a defense presentation. I presented it twice. at last, he approved my reinstatement for 6 months of GA allowances. Later, I have to present again to continue GA for year 2012.

Alhamdulillah.

at the same time, I feel frustrated.
boleh faham x apa yg sy rs skrg?
pernah x rs mcm org treat kita mcm kita minta sedekah drpd dia?

Alhamdulillah.
sabar intan sabar.

dalam business, you buat pelaburan, you want untung juta2 in return.

academic is academic.

you do research.
your result failed.
you repeat again.
never give up untill you got the right answer.
when this happened, you need more time.
you need more reseources.

how many time Alexander Graham Bell test and failed before he could proved the telephone is possible?
thousands of times.


that is research all about.

when you mixed academic with business, you are underestimating the power of knowledge by downgrading the most special gift from Allah to human kind which is 'AKAL' with the thing that you human created, MONEY.

rubbish mentalty.

the theme for today is:-

what drives you?
MONEY.

rubbish!

the correct one is:-

what drives you?
Al-Quran and As-Sunnah.

sejuk hati dgr...

notakaki: thanks to Aliza for the comment. :)

Rabu, Mei 25, 2011

search, re-search, research, researcher

entri sekian kalinya ditulis setelah kembali ke tanah gersang Tronoh yg suatu masa dulu kali pertamanya saya jejaki pada 12 Mei 2001.

its been 10 years.. haha..

look how old we have come
look where we are right now
are we happy with what we have right now?

the answer lies within yourself.

*senyum*

saya kembali ke medan menjadi penyelidik.
kembali pada zaman stress
kembali pada zaman berjimat dengan bajet yang ada
kembali pada zaman hidup dan matiku hanyalah untukmu research
kembali pada zaman, makan lab, minum lab, tidur pun dalam lab
kembali menjadi pelajar yang berjalan kaki meredah panas dan sejuk hujan sampai ke tulang. hampehh lemak badan tak berguna pun sebagai penebat.

*senyum lagi*
senyum lama2 sikit kali ni
bagi keluar semua adrenalin dalam badan tu.

sewaktu saya mula2 berura2 nak sambung PhD, Abah Kuantan kate :
"Ebby, awoklah yang pertama akan dapat doktor antara kezen2 yang lain"

Abah cakap macam ni:
"Abah bangge anok aboh jadi doktor"

saya selalu akan reply macam ni:
"Abah, baru nk mule balajar, xdapat doktor lagi."

takut.
takut sebab expectation mereka sangatlah tinggi.
itu baru cakap nk buat PhD, belum fikir lagi nk propose tajuk apa.
nak fikir tajuk PhD, mak aih...bukan keje senang.
lepas tu, bila dah dapat tajuk, pecah kepala nak fikir solution problem pulak.
kalu x, apa guna research tu dibuat kalu xda impact dalam contribution.

ok.

jangan takut dengan apa yang saya tulis.
awak pun boleh buat research.
ye awak.
saya cakap pasal awak lah, siape lagi.

*senyum*

sedar tak sedar sebenarnya, kita selalu buat research. sehari2 dlm hidup kita.

contoh termudah 1:
My emak menekan button rancangan pada remote astro tuk pilih rancangan apa dia nak tengok.

contoh termudah 2:
kita selalu buka website TGV, GSC tuk tengok waktu dan hari tanyangan sesuatu filem.

contoh termudah 3:
bila masuk pasaraya, tengok brg2 termasuk comparison harga selama 5 minit, baru pilih nak yang mana.

senang je buat research ni.
sesiapa pun boleh buat research.
my emak pun buat research. hari2. sehari berkali2. haha
mak mmg hebat!

ok.
pokok yang saya cuba sampaikan di sini adalah:
jangan terlalu kagum bila anda dengar orang ni ke, orang tu ke studi PhD.

"wow, terernyer. mesti pandai kan..."

adoi la..tuk buat research, tak bergantung pada kebijaksanaan IQ semata2.
yang penting adalah

NOMBOR 1: MINAT
NOMBOR 2: TAHAN STRESS, SABAR, TAK MUDAH PUTUS ASA
NOMBOR 3: BOLEH SURVIVE DENGAN GAJI RESEARCHER YANG TAK SEMEWAH GAJI2 ANDA SEKARANG
NOMBOR 4: BOLEH PRESENT DI DEPAN PUBLIC
NOMBOR 5: BOLEH PRESENT DALAM ENGLISH DGN BAIK
NOMBOR 6:BOLEH MENULIS DENGAN BAIK

sebenarnya nombor 4 sampai 6 tu boleh dipupuk. bukan semua researcher boleh present ok, ade je yang suara keluar tak keluar. yang penting kita kena rajin praktis, baru boleh improve kualiti presentation.

yang nombor 3 tu memang realiti paling kejam sekali. di saat anda bersusah payah baca journals, kawan2 seangkatan anda goyang2 kaki tgk Astro Beyond, atau sedang dinner dengan client di hotel2 5 bintang. tapi bersabarlah, bila dh dpt PhD, gaji anda bermula dengan RM 6xxx.

yang nombor 2 tu penting sgt. bersabar bila research tak menjadi seperti yang diharapkan. bersabar bila supervisor suruh buat bnyk kerja. bersabar bila tengok kawan2 bawak kereta Honda Civic, sedangkan anda masih berKancil waktu undergraduate dulu.. bersabar bila tengok kawan2 dh berumahtangga. sabar dalam segala2nya.

yang nombor satu itu, sangat penting kerana tanpa minat, anda hanya akan menipu diri sendiri dan membuang masa supervisor yang susah payah mengajar anda.

saya selalu cakapkan pada student2 undergraduate yang saya ajarkan lab tutorial:
"akak amik PhD sbb memang nak jadi lecturer, biasanya orang akan sambung Master ngan PhD kalu dia nak bina kerjaya dalam bidang akademik. gaji besar. kalu industri, derang xnak PhD ni, xnak bayar gaji mahal. sbb industri lebih recognize experience."

alangkah sedihnye...
lain sungguh dari nilai research yang sebenarnya.
my bad.
Gome!

mari saya bagi contoh dalam UTP ni.

peratusan student Malaysia yang sambung Master dan PhD boleh dikatakan 1 or 2% sahaja dari jumlah keseluruhan student postgraduate.

98 atau 99% lagi siapa? international students.

kenapa sikit sgt rakyat kita? Pakistanian dh boleh buat komuniti derang kt Seri Iskandar ni. punyerlah ramai. kedua teramai, orang Arab.


sebabbyer:

sbb negara kita sedang berusaha ke arah memperkasakan budaya research yang maknanya budaya research belum meluas lagi di negara kita. banyak scholarship2, program2 yang kerajaan tawarkan pada sesiapa yang mahu berminat buat research. bila kurang dapat sambutan dr rakyat kita, apa yg PETRONAS buat, mereka buka scholarship pada international students. ditawarkan wang...ramai yang setuju datang ke UTP yang gersang dan jauh dari bandar Ipoh yang makan masa 40 minit ke situ. dapat duduk hostel. internet dalam bilik. itu cukup heaven bagi mereka.

tapi bagi Alumni2 UTP, apakah mereka rasakan itu heaven?
ramai mana yang mahu kembali semula ke tempat jin bertendang ni, belajar semula, tinggalkan mewah dunia yang sedang dikecapi, selama 2 tahun Master, 3 tahun PhD. ada x?

mana2 kerja pun ada stress,
mana2 kerja pun susah,
tapi semua orang boleh buat juga akhirnya,
kalu kita minat, kita akan usaha.

research pun sama.
jangan ketepikan research daripada calon2 cita2 anak2 nanti yer.

lepas ni saya nak dengar skrip Mak Dara macam ni:
"Siapa Kassim Selamat? Lawyer? Majistret? Doktor? Researcher? Apa? Ahli Muzik???"

jeng jeng jeng...