Memaparkan catatan dengan label event. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label event. Papar semua catatan

Rabu, September 07, 2016

Advisory students


Selamat kembali kepada diri saya sendiri.
Last post saya adalah pada tahun 2015.
Hahaha..

Gambar ni masa event penutup Advisory Week 2nd September 2016.
Moment yang akan saya rindu. Bersama-sama student.
Bila depa habis belajar nanti, depa akan tinggalkan IUKL ni.

Boleh la buat bukti tunjuk gambar ni bila depa dah jadi menteri nnt. Haha..

kepada student-student ku,

i wish you good luck in study and life.
because life is a test, you can never stop learning.

after graduating from university, keep learning from university of life.
until we die.

i love you guys..

Selasa, Februari 18, 2014

Seminar Ibrah Surah Al-Kahfi

sementara tunggu Ayep amik,
tulis sikit.

dah lama sangat tak menulis.
cerita banyak tapi
bila letak jari atas keyboard,

tak terzahir.

masa yang pendek,
cakap benda mudah dan ringkas je.


last weekend saya hadiri Seminar Ibrah Surah Al-Kahfi oleh Ust Hasrizal Abdul Jamil di UKM, Bangi.

i tell you,
terbaik!


haha.
padahal saya,
bila tengok poster seminar tu,
langsung tak ada minat nak daftar.
tak ada langsung hati rasa tertarik nak pergi seminar ini.
rasa macam "eleh, ntah hape la penting sangat seminar ni, sampai nak bayar RM 120, RM 150 bagai."

serius.
itulah saya.

Allah tu perancang yang paling terbaik kan,
Allah gerakkan hati Kim untuk ajak saya pergi kursus tu.
jadi, saya pun setuju.
kalau kena bayar pun, saya akan pergi jugak.
sebab saya tahu ilmu ada nilainya.


i tell you.
hari pertama,
sejam pertama,
saya terlopong!


superbbbb!!!!

Masya Allah Tabarakallah!

padahal sesi pagi tu baru introduction,
baru explain apakah kepentingan surah Al-Kahfi dan macam mana nak ambil ibrah dari surah tersebut.

bayangkan, nak explain kepentingan surah pun hampir setengah hari?
punyalah banyak isu yang diketengahkan.

dan sebenarnya, Ust Hasrizal sememangnya seorang yang berilmu.
cara penyampaian beliau yang lawak dan santai,
buat kami faham apa yang cuba di sampaikan.
contoh yang diberikan sangat dekat dengan kerja harian dan senang faham.


oke.
tak tau dah berapa baris ayat saya duk puji seminar ni.

ayep wasep "otw ke tmpt k.eby"

oke.
saya kena cepat bagi rumusan.


kesimpulannya,
saya telah berlagak dengan Allah.
saya baget saya bagus.
saya baget saya dah cukup ilmu.
saya baget apa yang saya anggap penting, itu penting, yang tak penting di mata saya, xpentinglah.

silap baget betul.


pendek kata,
saya ni baget bagus.


rupa2nya ini adalah satu ciri-ciri takabbur.

Asrtaghfirullah hal 'azim.
takut.

kita ni,
xpernah pandai,
xpernah cukup ilmu.

walau di mana kita sekarang,
walau siapa kita sekarang,

bila ada peluang  hadiri seminar Islamic gini,
yang bekaitan dengan Al-Quran, hadis, solat etc,
silalah hadir.

di saat hati kita berkata " tak payah pegi lah.."
itulah tandanya kita patut pergi.

dan,
menuntut ilmu takkan pernah berhenti.
teruskan dari pelajar, kahwin, anak 1, nak 3, ada menantu, ada cucu.
teruskan.


teruskan.

ilmu kita ni, secelup pen dlm laut je.

Ya Allah, kurniakanlah rahmat-Mu pada kami semua. Aminnnn..
 

Isnin, Oktober 28, 2013

Training the Trainers 25th - 27th October 2013

Tiga hari lepas, ( Jumaat, Sabtu, Ahad) saya attended kursus Train the Trainers kat Ikram Gombak.

jadi, to make things short,
generally,
kursus ini adalah training module 101,
melatih para daie memjawab misunderstanding tentang agama Islam,
daripada Non-Muslim dan Muslim themselves.


dan untuk penyakit ini,
ubatnya adalah ilmu.
mempersiapkan para daie dengan jawapan yang benar
apabila soalan-soalan ditanya oleh Non-Muslim.

proses untuk menjadi seorang penjawab soalan yang benar dan tidak diragui,
ada prosesnya.
ada basisnya yang perlu dikuasi, difahami.

 untuk saya ceritakan isi-isi kursus 3 hari di dalam satu entri blog adalah mustahil.

jadi, entri kali ini,
saya hendak kongsikan pendapat saya
tentang kesimpulan yang saya dapat dari kursus ini.


Bismillahhirrahmanirrahim.

Topik pertama sekali yang di perkenalkan
di hari pertama kursus, seawal pagi adalah Maqasid and Usul al-Fiqh.

Secara umumnya, maqasid = objektif,

Usul al-Fiqh = Principles of Islamic Jurisprudence.

Islamic Jurisprudence pula bermaksud = mempelajari dan memahami body of knowledge atau methodology yang diguna pakai oleh para Imam (yakni mazhab-mazhab).

kesimpulannya, setelah habis topik ini, saya dapat gambaran yang jelas bagaimana setiap mazhab ( school of thought) mempunyai pendapat-pendapat, fatwa-fatwa yang berbeza di dalam sesuatu isu.

contohnya:
Mazhab Shafie, bersentuhan kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram, akan membatalkan wudhuk.
tetapi,
Mazhab Hanafi, hukumnya tidak batal wudhuk.

lalu, dalam urusan Haji dan Umrah, sewaktu tawaf khususnya, kita akan mengikut pendapat Mazhab Imam Hanafi dalam isu wudhuk.

supaya, sekiranya, sedang kita tawaf dan tersentuk kulit lelaki secara tidak sengaja, takkan dikira batal wudhuk kita. kita boleh teruskan tawaf sehingga tamat 7 pusingan.

kerana apa tidak dikira batal? kerana keadaan proses tawaf itu berhimpit-himpit lelaki dan perempuan. sangat besar kemungkinan kita akan batal wudhuk beberapa kali. apabila kita asyik berulang alik memperbaharui wudhuk, tak tahu bila kita akan siap tawaf pula. jadi, ulama sepakat, dalam hal tawaf, akan mengikut pendapat Iman Hanafi.


setelah mengikuti kursus ini,
saya faham bagaimana setiap mazhab sampai kepada pendapat-pendapat dan fatwa-fatwa mereka.
dan saya faham kenapa ada perbezaan pendapat di antara mazhab-mazhab ini.
dan, saya faham kenapa di dalam sesuatu isu, mazhab ini akan mengikut pendapat mazhab yang satu lagi.

dan kefahaman ini adalah paling basis dan paling penting untuk menjadi penjawab soalan yang benar dan tidak diragui.


fuh!



dan,
apa yang diajar ini adalah module 101.
bermakna ini adalah training yang paling basic sekali.
akan ada module 102, 201, 202 dan 301.


*tarik nafas panjang*

long way to go.


Alhamdulillah.
kerana Allah berikan saya peluang untuk
dapatkan ilmu ini.

:)



selesai kursus ini,
selain daripada belajar-belajar ilmu yang baru dan membuka mata,
saya rasa sedih jugak.


saya nampak yang masalah-masalah sosial yang kita hadapi sekarang,
adalah kesan daripada kesilapan kita sendiri.
kebanyakkannya,
kesilapan pemimpin-pemimpin,
kesilapan para pendakwah.



contoh:
pencuri dihukum penjara.
kita hina sifat mencuri sebagai malas berusaha, dan hanya mencari jalan mudah untuk mendapat sesuatu.
kita hukum pencuri.
padahal,
kita yang' membesarkan' pencuri itu dari kecil dan sudah tentu dengan didikan seperti itu, akan terhasil manusia bersifat pencuri.

kita tak dapat selesaikan masalah kecurian dengan cara hukuman semata-mata.

metaforanya:
seorang doktor akan dikunjungi oleh pesakitnya  yang demam berkali-kali walau ubat dah diberi di setiap kalinya.

yang tertinggal adalah, apakah punca sebenar pesakitnya selalu diserang deman?






inilah masalah kita sekarang.
apabila ramai penagih-penagih dadah,
apabila ramai remaja lari dari rumah,
apabila ramai remaja yang mengandung anak luar nikah,
apabila banyak kes pembuangan bayi,
apabila banyak kes murtad,


kita berusaha siang malam,
labur duit ribu raban,
untuk membendung masalah tu.
buat ceramah sana sini.
buat  rumah perlindungan untuk bayi-bayi dan ibu muda.
buat pusat serenti.

usaha itu sangat mulia.
tak saya sangkal.
moga Allah sajalah yang membalas jasa kalian yang bertulangkan 4 kerat untuk membantu mereka itu.



tapi kita hanya akan goes round and round and round,
tak akan habis.

sebabnya kita gagal kenalpasti punca akar masalah-masalah tersebut.


di sebalik usaha membendung,
kita perlu mulakan tanya soalan,
kenapa mereka lakukan itu
dan
kenapa mereka boleh sampai ke jalan itu?


dengan nama Allah,
percayalah,
jawapan yang akan anda terima adalah subjektif.
namun,
semua jawapan itu akan berbalik kepada,

kurang penerapan nilai - nilai agama di dalam hati mereka.


agama Islam dah gariskan panduan,
apa yang Allah suka kita buat
dan apa yang Allah tak suka dan tak bagi kita buat.


tidak dinafikan,
setiap pelajar belajar subjek Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral di sekolah rendah dan sekolah menengah.
mereka diajar: jangan mencuri, jauhi zina, mereka belajar fardhu Ain, solat, membaca Al-Quran dan lain-lain.

mereka diuji dengan ujian Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, SPM dan STPM dan lain-lain.

namun,

kenapa kita masih lihat masalah sosial berleluasa?

kerana kita mendidik mereka Pendidikan Agama Islam hanya salah satu mata pelajaran yang perlu lulus bukannya salah satu cara hidup.


padahal, Islam is a way of life.
lihatlah wasiat terakhir Nabi Muhammad SAW.

ambillah pengajaran darinya.
apabila kita sedar betapa sayangnya Nabi kepada kita,
menangis jasad dan qalbu.

itu dari sudut pendidikan.



kita lihat dari sudut kekeluargaan.
hari ini kita menilai Melayu mesti beragama Islam.
Melayu = Muslim.

kita terlalu mengadatkan agama Islam.

ini tak salah,
kita perlukan adat, tanpa adat, tak ada identiti bangsa Melayu.
dan kita perlu bangga dengan adat Melayu kita.

bila kita terlalu mengadatkan agama dan bangsa,
apa yang kita nampak agama Islam digunakan bila Hari Raya,
agama Islam itu di majlis perkahwinan.
agama Islam itu di masjid-masjid sahaja.
agama Islam itu dimiliki tok guru alim ulamak.
agama Islam itu dilaksanakan di kala ada kematian.

kita beranggapan,
kita tak nak jadi extremist, kita beragama biasa-biasa saja.


kita dah pakai baju kurung,
kita dah pakai baju Melayu,
kita dah pakai tudung,
kita dah pakai songkok,
kita dan kerja bagus,
kita dah kawin,
kita dah ada anak,
kita dah bagi duit bulan-bulan pada mak ayah di kampung,
kita dah solat wajib 5 kali sehari,
kita dah puasa,
kita dah bayar zakat,
kita dah sedekah kat pakcik buta yang main alat muzik di pasar malam,
kita dah didik anak sebaik mungkin,
kita nak pergi umrah dan Haji bila mampu.
kita dah pencen nanti,
kita nak bertaubat, nak pergi masjid,
sampai kita mati.

inilah persepsi kita sebagai Muslim biasa-biasa saja.





manakala, jadi pendakwah, adalah tahap extremist.
pakai purdah,
pakai judah hitam di pasar raya,
pakai serban dan celak mata,
bersyarah di masjid, televisyen, radio, youtube dan lain-lain.
pakai tudung labuh,
pakai sarung kaki,
pakai sarung tangan,
yang perempuannya tak nak bersalam dengan orang lelaki yang bukan mahram,
mereka membaca al-Quran di dalam train,
mereka pergi kelas agama,
mereka tak makan di gerai yang tak ada logo Halal JAKIM.

dan lagi dan lagi dan lagi...


kita di didik dengan pemikiran yang normal dan biasa saja.
contoh:
belajar pandai,
dapat result SPM bagus,
masuk universiti,
dapat kerja bagus,
kahwin,
ada anak,
hantar anak masuk universiti,
anak kawen,
dapat menantu dan cucu,
kita mati.


habis sampai situ.


anak-anak kecil dididik dengan erti hidup yang terlalu lakonan dan fantasi.
dan memisahkan garis kehidupan dengan garis menjadi hamba-Nya.

padahal kita hidup dan mati adalah untuk menjadi hamba-Nya, beribadah kepada-Nya.

Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku 
(Adz Dzariyat : 56)


apabila, ibu dan bapa, masyarakat gagal menyampaikan dan menerapkan tauhid, muamalat, ibadah Islam di hati anak-anak mereka, maka, mereka menyerahkan tanggungjawab itu pada sektor pendidikan.


namun tadi, kita dah lihat bagaimana pendidikan juga gagal menjalankan tanggungjawab tersebut.


lalu, terhasillah masyarakat yg kita hadapi sekarang.
kitalah yang  'membesarkan' pencuri, penzina, pembunuh dan sebagainya.

tapi kita tak sedar hakikat ini.



sebab apa,
sebab kita tak tahu yang kita buat salah,
kerana,
perasaan orang yang tak tahu dia buat salah
adalah dia rasa dia betul.

apabila kita rasa kita betul,
kita akan rasa kita tak perlu tambah ilmu.

apabila kita rasa kita betul,
kita akan rasa apa yang orang lain cakap adalah salah
padahal benda yang dicakap itu adalah betul.

apabila kita rasa kita betul,
kita tak akan buat perubahan dalam hidup.




inilah masalah kita,
kita rasa kita betul.
menteri pendidikan rasa dia betul gubal prinsip pelajaran yang macam tu.
mak ayah rasa dia betul beri duit banyak tapi kurang beri masa untuk anak supaya boleh belajar dengan baik dan sempurna.
masyarakat rasa dia betul bila orang lain buat seperti yang dia hendakkan.
anak-anak rasa dia betul bila dia dah tunaikan kehendak dan tanggungjawab pada makayah.


inilah masanya kita buka mata.
apa yang kita rasa kita betul selama ni,
belum tentu betul yang sebenar seperti yang Allah SWT dah gariskan.

kita akan betul bila kita ikut rules and regulations of Allah.
itulah kita punya benchmark.


how to start?
by asking questions to a qualified person.
then, you will get answer that guided by Allah's rule.



Ya Allah,
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun,
ampuni dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibu bapa kami,
ampuni dosa-dosa anak-anak dan cucu kami,
ampuni dosa-dosa saudara mara kami, sahabat-sahabat kami,
ampuni dosa-dosa masyarakat kami, pemimpin-pemimpin kami,

ampunilah dosa-dosa kami di kala kami tidak mengetahui.

Ya Allah,
tunjukkan siratal mustaqim pada kami Ya Allah.


Amin Ya Rabb.

Selasa, September 03, 2013

hadiah merdeka

antara-antara kejadian hidup yang bisa menitiskan air mata saya.

Alhamdulillah.

sebentar tadi seorang saudara 
kembali pada fitrah Allah.

Alhamdulillah.

Ya Allah,
bila mana jalan-Mu adalah jalan kebenaran yang sebenar,
akan ada jalan untuk insan-insan yang Kau teristimewakan.

sungguh mereka ini semua sangat istimewa.

untuk bro Isaac,
you are special,
Allah invited you.
can't you see?

*senyum*

welcome to the family.

*senyum*

bro Isaac,
akan ada hidup yang mencabar di hadapan,
ini pasti.
tapi, jangan berpatah balik,
semuanya bisa ditempuh dengan ada-Nya Allah.

untuk insan-insan teristimewa yang memberikan bantuan dengan izin-Nya,

untuk Sue, Alhamdulillah atas jalan bantuan.
untuk Afiq, Alhamdulillah atas jalan kemudahan dan arah yang lurus.
untuk Bro Lim, Alhamdulillah kerana kesudian menerima dan mendidik pejuang agama.
InsyaAllah.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Khamis, Mei 02, 2013

PRU 13

saya tidak mengundi tahun ini.

rugi.
sangat rugi.


sejak layak mendaftar sebagai pengundi,
saya tak pernah ambik kisah untuk mendaftar.

saya tak minat politik.
politik malaysia kotor.
kutuk - mengutuk sesama sendiri.
sama je.



jadi, saya rasa keputusan saya untuk tidak menyebelahi mana-mana parti adalah selamat.
asalkan saya hidup aman dalam negara saya.

saya rasakan dengan tidak mendaftar dan tidak mengundi,
adalah bijak.
sebagai tanda saya tak gemar politik dan saya malas masuk campur.




sayangnya,
saya membazir masa saya.

baru sekarang terbuka mata saya.
kerana apa?
kerana saya telah belajar.
ilmu yang saya dapat, saya bandingkan dengan realiti.
dan, hasilnya, saya dapati banyak kepincangan.


aduhai Malaysia.




saya telah pergi ke pajabat pos untuk daftar mengundi tahun lepas,
dengan harapan dapatlah mengundi kali ini.
tapi, terlambat sudah.


tak apalah.
saya yang salah selama ni kerana terlalu malas ambik kisah.
jadi, di sini,
saya nak merayu undi daripada para pembaca.


oleh kerana saya tidak mengundi, undi saya bukanlah rahsia.
(walaupun hakikatnya pada yang mengundi pun, undinya bukan rahsia jugak)


kepada adik-adik di luar sana yang layak mengundi tapi tak tahu nak undi siapa,
saya mohon, undilah calon PR ( Pakatan Rakyat).
undilah bagi pihak saya.
saya minta tolong yang sangat-sangat.


kerana apa?
manifesto  PR: hutang PTPTN akan dimansuhkan sekiranya mereka memerintah.

saya punya hutang PTPTN berpuluh-puluh ribu dik.
bukan sepuluh, atau dua puluh ribu tapi tujuh puluh dua ribu.
( and the numbers are increasing because of the 3% riba that are charged every month)

that 3% represent RM 150.
bayangkan hutang saya bertambah RM 150 setiap bulan sepanjang waktu ini.
saya telah tamat belajar pada 2005.
sejak 2006 hingga 2013, riba ini meningkat terus.



PTPTN kata, 3% atau 1% adalah kos perkhidmatan.
kos perkhidmatan apa RM 150 sebulan untuk seorang peminjam?
RM150 x 12 bulan = RM 1800 untuk seorang peminjam.
yang meminjam dengan PTPTN bukan saya seorang.
sila kira dengan kalkulator.

haih.
banyak korapsyen.


ini adalah antara sebabnya saya mahukan PR menang PRU13.


untuk yang layak mengundi tapi tak mahu pergi mengundi.
jangan!

pergilah mengundi.
dan undilah calon PR.
bagi pihak saya.
bagi pihak peminjam-peminjam PTPTN yang tak mampu nak bayar hutang yang sangat berat.


walau cuma satu,
undi anda sangat berharga.


terima kasih banyak-banyak pada yang sudi.
hanya Allah yang Maha Mengetahui sahajalah yang dapat membalas kebaikan anda-anda.



ini entri rayu undi.
dan saya justifikasikan tindakan saya.
bukan untuk memburuk-burukkan parti kerajaan.
cuma minta fikir.
kita ubah.

ini kalilah!


Hasbunallah, wani'mal wakil
ni'mal maula, wa ni'man nasir.

Amin Ya Rabb.

Rabu, Februari 06, 2013

perjalanan yang diimpi setinggi gunung

setelah 2x bertukar tarikh,
akhirnya termaktub bahawa
saya akan berpergian pada 11 Febuari 2013 untuk menunaikan umrah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

ada sesiapa yang mahukan nitip salam pada kekasih Allah, mahupun nitip doa di hadapan Kaabah..
sangat saya alu2kan.
kerana pen dan kertas sahaja yang saya mampu.

sekiranya, ada mahu kirim brg fizikal,
tidak termampu saya yang serba serbi kekurangan ini.
baget, limit brg atas kapal terbang...


kepada sesiapa sahaja
silakan  apa saja doa sebelum saya berangkat ke sana.
kerana sesudah di sana,
bimbang saya sukar dapatkan internet connection,
bimbang yang dimohon tak terbaca dek saya.


iya?




saya nantikan dengan penuh hati terbuka.
jgn segan silu.


semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
Amin Ya Rabb.

Rabu, April 18, 2012

Pertandingan Video Ummah 2012

skrg tgh terbuka peluang untuk dptkan saham dunia dan akhirat.

PERTANDINGAN VIDEO UMMAH 2012

link di fb. klik sini.

Objektif utama projek video ini adalah untuk mengumpul idea-idea segar anda dalam bentuk video kreatif bagi membina public opinions terutamanya terhadap isu-isu berkaitan ummah, nilai-nilai kemanusian serta teladan akhlak Islami. Diharapkan dengan usaha kecil ini, kita dapat memanfaatkan bakat serta kelebihan yang ada untuk mencari keredhaan Allah =)

Syarat-syarat pertandingan

1. Pertandingan video ini adalah terbuka kepada semua tanpa sebarang faktor diskriminasi. Siapapun anda, walau dimana jua anda berada, anda tetap boleh join pertandingan ini.

2. Video kreatif yang ingin dihasilkan perlulah membawa tema yang dicadangkan di bawah:

- Apa-apa yang berkaitan dengan Palestin
- Peace and freedom
- Oh my ummah!
- Dunia Islam yang ingin kubina @Ustaziatul Alam impianku
- Nilai-nilai kemanusiaan
- Teladan akhlak-akhlak Islam
- Islam itu mudah
- Aku cinta Rasulullah

3. Sekiranya anda mempunyai idea-idea emas tetapi tidak menepati tema-tema di atas, pihak penganjur turut mengalu-alukan penyertaan anda. Paling penting, video-video yang dihasilkan mestilah membawa mesej-mesej Islam serta boleh memberi pengajaran bermanfaat.

4. Content video mestilah mematuhi garis panduan syarak. Tiada sebarang pergaulan bebas berlainan jantina, tiada caci maki kutuk-mengutuk mana-mana parti politik ataupun organisasi dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Penganjur akan membatalkan penyertaan jika peraturan ini tidak dipatuhi.

5. Panjang maksimum video ialah 300 saat @ 5 minit.

6. Bentuk persembahan video adalah bebas mengikut tahap kreativiti masing – animasi, lakonan orang lidi, atau apa-apa sahaja. Bebas!

7. Dengan harapan agar karya-karya agung anda mampu juga menyantuni masyarakat antarabangsa, penganjur sangat-sangat menggalakkan agar setiap peserta meletakkan English subtitle dalam video masing-masing. Bayangkan, dengan takdir Allah, Justin Bieber dan Wayne Rooney memeluk Islam setelah menonton video anda! Bukankah itu lebih baik dari dunia dan segala isinya? Percayalah, anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat saham berganda di akhirat jika anda meletakkan subtitle ^__^

8. Memakai konsep pertandingan video OSEM APG, video yang dihasilkan perlu di upload ke dalam laman sesawang You Tube, dan emelkan linknya kepada: videoummah2012@gmail.com. Sila perkenalkan diri anda serba sedikit dan juga sinopsis tentang video anda.

9. Video perlu diberi nama dalam format : Pertandingan Video Ummah '12: “Tajuk video anda”.

10. Video akan dihakimi oleh panel 3 juri; professional dan juga separa amatur inshaallah. Kebarangkalian untuk anda menang adalah lebih tinggi jika video yang dihasilkan adalah genius, original, mematuhi tema dan peraturan serta mampu memberi impak maksima buat ibu-ibu, bapa-bapa serta para penonton di rumah.

11. Hadiah berupa Ipad 3 akan disediakan buat semua peserta yang menghantar video. Ok itu gurau saje, jangan marah dan sila jangan ambil serius hihi. Memandangkan penganjur adalah di UK, inshaallah pemenang pertama akan menerima wang tunai £200, kedua £75 dan ketiga £25. Pemenang adalah dari Malaysia? Ya, silakan convert sendiri wang yg bakal dimenangi dalam RM =) Xpe, hadiah ni sampingan je kan, yg penting kita nk kejar habuan di akhirat yg lebih besar inshaallah..

12. Tarikh tutup penyertaan adalah 15 Jun 2012. Keputusan akan diumumkan seminggu selepas tarikh tutup.
Hantarkan link video anda ke videoummah2012@gmail.com

13. Sebarang pertanyaan, sila postkan di wall please.

Sekian terima kasih

Rabu, November 16, 2011

Twins Of Faith in Putrajaya 24th-25th Dec 2011


Poster Twins Of Faith in Putrajaya coming soon in December


Twins of Faith: Knowledge and Action

The Biggest Malaysian Islamic
Family Festival for 2011!

24th & 25th December 2011,

Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya
Be prepared for the biggest Family Festival of the year! 
What to expect?
- Heart softening lectures from amazing speakers from around the World
- Breathtaking Islamic exhibitions
- Interactive workshops to benefit you in your personal and professional life
- Uplifting nasheeds and poetry from world famous artists
- Colourful Bazaars for all your shopping needs
- Exciting Kids Zone to educate and keep children entertained
- Beneficial talks and activities in the Mothers’ Room including live coverage from the Main Auditorium

official website:
klik sini
fb info: klik sini

reminder: ticket price per adult (12 years old and above is rm100) kalu beli b4 1st dec 2011, still RM100, kalu after that date, price goes to RM 150.

jd, jgn fikir lame2 sgt. jom join.

ticket price kanak2 - RM 50.

FYI, event ni international tau.
19th November ni ada di UK.
salah seorang speakernya adalah Nouman Ali Khan.
*muke kecewa*

xper2.
xmampu nak  pergi UK, Putrajaya pun ok dh.
yg penting isi ceramah, bkn penceramah.


jom jalan2.

semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita.
amin.

Jumaat, April 22, 2011

Phone Interview by Shell

just finished phone interview with Shell representatives.
she called at 10.10am and finished at 11.20am, so,if my calculation is not wrong, it takes about an hour and 10 minutes.

first, she said the interview will not take more than one hour, but it exceeded the time limit. haha...ni semua salah saya la. banyak sangat aaa...um....err...what the word arr... dan sebagainya..

haha

inilah experience pertama saya interview kerja, thru phone pulak tu kn. basically, the nervous same saje. haha..tangan sejuk2 genggam ganggang phone. mujur cordless, boleh nyorok2 dalam bilik. oleh kerana nervous, badan automatically tegak sambil mendengar dgn teliti apa yg interviewer tuh cakap.

bezanya cuma, tak perlu travel ke tempat lain ( jimat budget), boleh pakai baju yg anda rasa selesa (contoh: baju kaftan. haha) dan lepas habis interview, boleh terus baring kelegaan atas katil.

hurmm...

lets get serious:
research yg saya dapati drpd internet tentang tips2 untuk phone interview, sangatlah banyak. i expected the question akan sebijik2 mcm dlm internet tetapi sangkaan saya merosot.

soalan yang interviewer tanyekan adalah sangat specific.
contoh soalan:
apakah the greates achievement that i have achieved?
apakah masalah2 yg saya encounter during that process dan how saya overcome those mentioned issues?
apakah feedback dari si A, si B about ur achivement?
and etc etc etc

semuanya sangat berkisar tentang ur experience and ur achivement.

sebelum interview bermula, Miss Su ( the interview's name) explain yg interview ini dibahagikan kepada 3 bahagian.
pertama: (lupe)..something related with ur personal information
kedua: ur experience and achievement
ketiga: case study to assess ur analytical thinking dan ...(lupe)

so, bahagian pertama sangat mudah, sbb lebih pd about urself. mudah je nk bercakap tentang diri sendiri.

bahagian kedua, sangatlah banyak saya buat silap.xmenjawab soalan sampai Miss Su terpakse mengexplain semula maksud soalannya. saya banyak errr..emm...arrr...terlupe certain2 perkataan dalam English yg nak digunakan.perkataan2, ayat2 berbelit2 nk menerangkan sesuatu isu.

in other words; sy gugup dan tergagap2. haha

apa yg membuatkan saya gagap? nervous. dh lame xconverse dlm English. it takes time nk terjemahkan what in my mind yg basically in Bahasa kepada English.

xperlah intan, ini kan baru first interview. ini boleh jadi pengalaman tuk interview2 yg seterusnya. InsyaAllah.

bahagian ketiga:
case study. saya diberi pilihan 4 topik. sy perlu pilih 1 sahaja dan Miss Su akan tanyakan soalan berkenaan topik yg saya pilih td.

topik 1: leadership
topik 2: lupe
topik 3: CO2
topik 4: research and development

jadi saya pilih no 4. itu sahaja yang saya familiar kerana itulah yg saya study for the last 3 years.

in case study, saya perlu membayangkan yg saya adalah CEO sebuah global company dan berfikir secara kreatif dalam problem solving.
antara soalan2 berkaitan R&D
1: apakah advantages and disadvantages of research and development?
2: apa yang saya faham tentang research?
3: apakah kepentingan R&D dalam business?
4: apakah future R&D in ur opinion?

sekian soalan interview
++++++++++++++++++++++++++++++++++

Miss Su then tanya pada saya apakah soalan2 yg saya mahu tanyakan. so I asked 2 qs. katanya samada saya lulus ataupun tidak interview ini, keputusannya dalam masa 10 hari bekerja.

if saya lulus phone interview ini, akan ada satu lagi interview called: Shell Recruitment Day (SRD) where its a whole day interview. The scenario of the interview lebih kurang cam Part 3 dalam phone interview. candidate akan diberi 4 pilihan topik, pilih satu, u must act like u r a CEO of big company, akan ada discussion with group members...etc etc etc

dari situ barulah terjawab samada permohonan saya berjaya ataupun tidak.

well, to be frank, saya rasa saya akan sampai ke level ini sahaja. sbb sy tahu cara saya jawab soalan itu sangat berbelit2...sy pun pelik mcm mana susah sangat nk explain experience saya dalam simple sentence.

*senyum pahit*

kesimpulan yang saya dapati adalah:
-practice ur interview, cuba2 saja dengan soalan yg ada dalam internet, sbb yg penting adalah betapa cekapnya anda berbahasa English. kerana soalan yg ditanya oleh interviewer sangat bukanlah sejibik seperti yg ada di internet.
-mesti rajin studi about the company yg you nak apply.
-jangan segan nk tanya soalan pd interviewer if u ada apa2 kurang jelas. (sy buat interviewer saya ulang soalan sebanyak 3x. haha) sian die kn...beberapa kali say dgr die batuk.

good luck to everyone and to me.
:)

Rabu, Mac 03, 2010

masa berjalan sangat cepat lah.

detik jam 12 tgh mlm nnt, genap 27 years sy bernafas di bumi ini. Insya Allah.

Alhamdulillah.

las year at the same time, 2009, i was still doing my MSc, trying my best to finish the thesis.
a year b4, 2008, i don't remember.
2007, i was celebrating with my RA friends, kak cik yah, kak ha, zrug, pait. :)
(aper kabar masing2 yer)
2006, at home, just finishing my degree. don't remember.
2005, at UTP.

dan seterusnye, mmg sy xingat. so, does it shows that i have a very bad long term memory. i tend to remember things that seem sentimental more than common event.

hurmm....

the most important thing to do and what i've learn tonight is:
-ucap syukur pd Allah coz diberi peluang lg sampai saat ni.
-doakan supaya kalu dpt hidup 100 thn lg pun, iman kita tetap pd Allah.
-Rasulullah SAW xamalkan birthday celebration, mgkn kite boleh ubah dgn sesuatu yg lain.
-lihat apa achievement kita sepanjang tahun ni. (i.e. berapa Surah yg telah kita hafal? berapa hadis yg kite baca dan hafal, things like that...)
-tgk balik apa buruk dan silap yg telah kita buat sepanjang thn ni. good to do it b4 sleep. muhasabah diri. seelok2nya kita tanya diri kita sendiri dulu b4 disoal di Padang Mashyar kelak.

these are most of the things that i can remember from what my friend told me.
it's new but its good. it makes me think.

selame ni, kalu birthday sape2 pun lah, yg muncul dlm mind sy adalah cards, cakes, n gift.

maybe this is good for us.

To my friend Nik, ulangtahun kite same, cume umur je lain2, at least Nik lg mude dr sy. u still have much time and opportunity to do better. Just don't give up. u can do it! :D Happy Birthday 2 u Nik. semoge kite semue sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah sentiasa.

To myself, happy 27th Birthday 2 u Intan! go ahead to build ur future. :)

-ASK YOURSELF QUESTIONS B4 U'LL BEING ASKED-

Sabtu, Disember 19, 2009

Wish lambat sehari

Selamat menyambut tahun baru Hijrah.

kpd kekasih sy,
terima kasih yang tak terhingga atas semuanya...iya, semuanya... :)

kpd keluargaku,
doa sy kita semua tetap keluarga di dunia dan akhirat.

kpd teman2,
setahun dahulu kita berbeza dr sekarang bukan? :) penghijrahan kita ini sy doakn adalah semoga dapat menambahkan lagi ketaqwaan kpd Allah SWT.

apabila, kita pergi nnt, kita akan bawa bersama 3 perkara shj
-doa nk yg soleh
-amalan baik
-sedekah jariah

mungkin kita boleh menambahkannya selagi masa yg diizin-Nya.

cinta syg pd semua~~

-intan najua-

Jumaat, September 18, 2009

Khusus Untuk Semua


Salam,

Kepada Semua Teman & Taulan;
yg Tak Pernah Kering Sayang Pada Kalian
yg Tak Pernah Lupa dr Hati dan Ingatan
yg Satu Masa Dulu Pernah Makan Bersama
yg Pernah Berjalan Bersama
yg Pernah Menangis Bersama
yg Pernah Bermasam Muka Sekejap Dulu
yg Makin Jauh di Pisah dek Masa & Tanggungjawab

harap Di Ampun Semua Salah Silap Saya terhadap Anda.. sgt3x

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri di 2009.

Eid Mubarak ~~~
notakaki:image kredit dr Arifin Shah's Photostream in Flickr

Ahad, Ogos 16, 2009

Welkam New World, New Responsibilities~~

Majlis Konvokesyen ke-9 UTP. Ini konvo kedua sy di UTP. Alhamdulillah, 2006 and 2009 Tun Mahathir dikurniakan kesihatan, dan die bleh bg scroll. yeay~~ 


br masuk dewan, agak bosan dgr ucapan. maz dan maythem bg kerjasama dgn senyuman. :)



kpd semua graduate UTP pd KONVOKESYEN ke-9 UTP
CONGRATS JUTA2 dr saya...
hari ini tanda penghargaan, pengiktirafan
tapi, ada tanggungjawab yg lebih berat yg datang sekali ngan pakej ini.
teruskan usaha~~
chayok2~~

Selasa, Julai 28, 2009

flash back 4

tilawah Al-Quran peringkat negeri berlangsung di UTP. dijuari oleh Qari dr S'wak. Insya Allah next year jumpe di S'wak.. :)


ukiran ice Masjid An-Nur UTP. sy simpan niat bila dh abes event ni mesti mau amik gamba ice ni walaupun dh cair.

suasana dh selesai majlis tersebut


tempat berduduk Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. (yellow is the royal colour)


tempat duduk FULL. kami duduk di tangga aje~~sian...

pentas dr sudut mata sy~~

teman baik yg sudi temani~~TQ Ria n Hubbymu... :)


notice x RTM nye crew sibuk jaga camera? sy first time nmpk bende2 ni semua, kagum2~~