Memaparkan catatan dengan label great book. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label great book. Papar semua catatan

Khamis, Februari 26, 2015

satu persepsi

masa kecil saya dulu, kartun yang saya suka adalah Walt Disney's.

Berangan-angan nak jadi secantik princess itu, princess ini, nak kahwin dengan handsome prince.
And, they live happily ever after.


Dan, sekarang, umur saya sudah cukup tua untuk faham erti hidup dan erti perkahwinan.

Meneruskan hidup dengan memasuki alam perkahwinan, tak pernah Allah janjikan yang bahagia ria sepanjang usia.
yang buat janji palsu macam tu hanya Walt Disney punya kartun.

Allah janjikan perkara yang berlainan.

seperti termaktub dalam Al-Baqarah (2:155)


2:155

And We will surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient.
 
Ali 'Imran (3: 142)

3:142

Do you think that you will enter Paradise before Allah tests those of you who fought (in His Cause) and (also) tests those who are As-Sabirin (the patient ones, etc.)? 
 
Al-An'Am (6:165)
 
6:165

He it is Who hath placed you as viceroys of the earth and hath exalted some of you in rank above others, that He may try you by (the test of) that which He hath given you. Lo! Thy Lord is swift in prosecution, and Lo! He verily is Forgiving, Merciful.
 
Al-A'raf (7: 168)
 
7:168

And We divided them throughout the earth into nations. Of them some were righteous, and of them some were otherwise. And We tested them with good [times] and bad that perhaps they would return [to obedience].
 
=================================
but, don't be scare,
don't be stress,
don't be angry with Allah.
 
in life there will be dissapoinment,
there will be unfulfilled dream,
there will be tears and broken heart,
but,

everything happens for a reason.
 
there is another thing that Allah has promised:
 
(94:5-6)
94:5

For indeed, with hardship [will be] ease.

94:6

Indeed, with hardship [will be] ease.
[Sumber: quran.com ]


We have very little knowledge about our life and future,
only Allah knows.

so, pray to Him only.
only Him.

Selasa, Mei 07, 2013

who is your hero?

ini sebuah kisah cinta.




sweet sgt.

tagline:
"mother hold their children's hand for a short while, but their hearts forever"

Mimin share video ni kat FB die.
oleh kerana video ini terlalu sweet, saya rasa tak boleh kalau tak share kat  sini.





hah.

sebelum tu,
saya ada book wish list.

#1.




#2.



husband and wife menulis.
saya jeles.

saya pun nak menulis buku juga.
tak apalah.
saya mulakan dengan angan-angan dulu.
mungkin di masa depan ada jalannya kalau ini yang terbaik.


malam semalam saya dan kakak ipar keluar Kuantan Parade,
jalan-jalan.
saya jumpa kedua-dua buku ni di Kedai Buku Al-Ansar tapi malangnya,
saya tak mampu nak beli.

hihi.
sabar ajelah.

nanti bila saya kaya,
saya beli.
InsyaAllah.


balik kepada video atas.
ok.

well, dengan sekali tonton saje saya dah menangis.
haha.

teringat kat Amma bila tengok video ni.

*sekarang pun dah rasa macam nak menangis*


*senyum*


teringat masa kecik-kecik,
saya teman Amma mengseterika baju sekolah kami 4 beradik, 2 pasang sorang, sampai tengah-tengah malam.
saya pernah dilempang on the spot kerana menyampuk Amma bercakap dengan mak sedara.
saya pernah terpecahkan cawan sebagai tanda protes dipaksa basuh pinggan. terus 'dapat' dari Amma.
(saya malas sebenarnya)
saya dan Amma sama-sama berniaga di pasar Ramadhan.
sama-sama memasak segala jenis kuih muih dan nasi lemak.
and our last holiday, Cameron Highland.


masa kecik,
saya memang banyak habiskan masa dengan Amma.
tapi sejak saya masuk asrama dari Tingkatan 1 hinggalah pengajian PhD, saya berjauhan dari Amma.
tapi macam oarang kate, jauh bau bunga, dekat bau tahi.
kalau jauh, ok.
kalu dekat, gaduh sokmo.

haha.

Alhamdulillah,
bila Amma sakit, saya dapat peluang duduk dengan Amma.
kami travel ke Gombak.
ke Sunway.
teman Amma tidur di hospital.
teman bercakap dengan Amma sebelum kami berdua tertidur.
penolak wheelchair Amma setiap kali ke shopping complex.
gelak dengar lawak Amma.
bawa Amma ke klinik.
menjadi driver bawa Amma ke rumah Auntie dan rumah arwah Abah Kuantan.

tapi,
still bergaduh jugak.
haha.


semua tu ada dalam kenangan.
selagi saya bernyawa, saya jadikan pengajaran hidup.
InsyaAllah.

kasih sayang Amma pada kami adik beradik,
tak terhitung.
Amma bukan jenis manjakan anak-anaknya.
perempuan, ke dapurlah.
perempuan, basuh bajulah.
perempuan , kemas rumahlah.

terlalu klise kn.
kolot.
lapuk.

tapi, itulah cara Amma didik saya.
cumanya tak menjadi sebab saya ni pemalas dan kuat tido.
haha.
serius ni.

untuk keluarga yang bakal saya miliki kelak, (InsyaAllah)
saya tetap akan gunakan konsep lapuk ni.

tapi Amma tegasnya bertempat.
belajar mesti belajar.
masa untuk berseronok pun ada.

saya rasalah kn,
saya seorang saja dalam femili yang tak pandai main badminton.
petang-petang dulu kala, kami main badminton di depan rumah.
Abah belikan raket untuk saya warnanya pink.

*senyum*

tapi sayang, saya tak pernah pandai main,
sampai tua la ni.
haha.

dem!

kalau ada sesiapa yang main beregu dengan saya,
konfem kalah.
haha.

namun,
Amma bukanlah perfect.
jodoh Amma dengan Abah terhenti di umur saya 12 tahun.


namun,
Amma semangatnya Allah sajalah yang boleh beri.
setelah pisah kasih, hidupnya demi kami adik-beradik.
demi kami.
tiada untuk dirinya.


mungkin inilah sebabnya,
saya kesal Amma pergi sebelum saya sempat balas jasanya.
kesal dengan tidak tertunainya mimpi-mimpi kami.
mimpi ke Fukui bersama-sama.
mimpi ke Mekah bersama-sama.
mimpi buat Amma bangga saya mendapat kerja yang ribu-raban gajinya.
mimpi buat Amma lega hati lihat saya bernikah.
mimpi nak belikan Amma kerusi urut Ogawa.

saya ada Bucket List.
ok.
rilek-rilek.
saya bukan ada sakit yang membawa maut.
ini bukan series Korea Scent of A Woman.

bukankah kita semua pasti akan mati?
whay don't you prepare one small book for your own bucket list?


saya buatkan Bucket List ini kerana kepentingannya yang besar.
buat saya kuat di kala lemah dengan ujian.
peringatan untuk saya bahawa masih banyak belum selesai jika sedang bersantai atau bertangguh.
peringatan bahawa hidup saya ada sebabnya.
ada tujuan.



sekarang,
keadaan kewangan saya ibarat semakin pupus.
tapi,
saya akan kuat.
saya mesti ikut kuatnya semangat Amma.

my mother is my hero.

*senyum*

dengan bangga.
Alhamdulillah.
Terima Kasih Allah.

Jumaat, Oktober 12, 2012

Ya Allah, tumpahkan cintaku pada-Mu sebelum ia tumpah pada manusia yang berhak.

ada satu malam tu,
iman saya hancur kecai.

saya menangis,
tapi saya telankan esak dan suara,
hingus yg keluar, saya lapkan sembunyi2.

saya dah biasa buat macam tuh.


dalam hati,
saya mengadu pada Allah.
"Ya Allah, jangan uji saya dengan ujian yang saya xmampu tanggung."
"Ya Allah, ampunilah dosa2 saya"
"Ya Allah, tabahkan hati saya"
"Ya Allah, selamatkan iman saya"


esoknya,
hati saya hilang sebal tentang luka kejam hidup.

kerana Allah yang merawat hati saya.

*senyum*


malamnya pula.
saya ikuti usrah online.

Subhanallah.
Allah itu Maha Besar.
Allah Maha Mendengar.
Allah Maha Pengasih dan Penyayang.


isi2 usrah itu adalah jawapan pada keluh kesah saya pada Allah malam sebelumnya.

Allah nak sedarkan saya, saya belum cukup bersabar.
Allah nak sedarkan saya, saya ini ujiannya belum getir dibanding orang lain.
Allah nak sedarkan saya, ujian ini Allah kirimkan kerana penyucian dosa2 saya.
Allah nak sedarkan saya, Allah sayangkan saya lalu saya diuji.
Allah nak sedarkan saya, saya banyak lalai selama ni.


*senyum kecil*

*mata berkaca*


dalam usrah online malam tu,
ada disebutkn buku "Hati Sebening Mata Air" tulisan oleh Amru Khalid.




saya teringinkan buku ini jadi milik saya.
duit dalam akaun xmencukupi.


harap2 gaji hujung bulan ni,
adalah rezeki saya. InsyaAllah.


Semoga kita belajar untuk jatuh cinta pada Allah sebelum jatuh cinta pada manusia.


Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
Amin Ya Rabb.

Jumaat, September 28, 2012

faith

sejak tahun 2007
sampai sekarang
saya masih mencari
masih belajar


jalan kebenaran,
jalan kebaikan,
bukan mudah.

trust me.
i mean it.

and its very true.


from the moment that we said syahadah at ever prayer,
from the moment that we intentionally to do good deeds..


we will be tested,
we will face difficulty,
we will face unexpected incident that can change our faith.


saya bukan Maryam,
saya bukan Siti Khatijah,
saya bukan siti Aisyah,
saya bukan Fatimah,


saya penah terbabas dari landasan,
saya lari dari Allah,
saya nak protes.
saya nak marah.
saya bosan dengan penat lelah hidup yang xpernah habis.

saya jadi manusia perengus.
saya mudah marah.
saya tak boleh sabar.


Surah Al-Kahfi
Surah ke 18
Ayat 1 -3



Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):


(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.



tiga ayat ini,
cukup untuk buat saya sentap.



...

Jumaat, Jun 08, 2012

promote buku

recommended to read. bagus sekali.
harganya RM17 di Semenanjung Malaysia.







saya sedang berusaha untuk menghabiskan buku ini.

buku ni banyak bagi hati saya sentap.
(banyak yang saya belum tahu lagi rupa2nya.)

marilah banyakkan mengingat kematian.
jujurnya,
saya pun takut mati.


tapi, bila saya baca buku ni,
perspektif saya berubah mengenai kematian.
alangkah indahnya kalu yg lain2 pun baca buku ni
dan dapat kefahaman yang sebenar tentang 'MATI'.

kita semua ni....
hidup di dunia,
kemudian meninggal dunia, kita akan masuk ke alam barzakh,
kemudian di alam akhirat
yang menjadi penentu arah kita; syurga au neraka.

itulah perjalanan kita yang sebenar2nya.
ini memang dah takdir setiap insan.


jadi, apabila kita melalaikan takdir,
lalu,
menghirup madu palsu dunia terlalu banyak,
itulah jadinya hati terlalu cinta pada dunia hingga takut mati.



tapi,
sebabnya saya takut mati bukan krn terlalu cintakan dunia,
saya takut mati kerana dosa yang tak terhingga.


memang patut kita kenang dosa,
supaya bertaubat.
bukan bertujuan supaya takut pada mati.

ok?
bacalah sendiri buku ni.
banyak lagi mutiara untuk iman anda di dalamnya.



semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita.
semoga Allah berikan kita husnul khatimah bukan suul khatimah.

Amin Ya Rabb.

Selasa, Mac 13, 2012

Hikayat Panji Semirang

second novel read by me.


serupa itulah kulit bukunya.

*senyum*

gamit kenangan silam lah pulak.
haha.


xsangka saya baca novel epic indonesia di usia licik.
haha.


the heroin of this book is Galoh Chandera Kirana.
puteri yg suci hatinya.
tak mengejar harta benda.

nk baca semula.
mana nak dapat?

Tulang-tulang Berserakan by Usman Awang

Tongkat Warrant pun adalah Usman Awang

Novel pertama yang saya telaah


waktu kecil, saya suka membaca
cuma sekarang sudah lain.
sudah jadi malas.

Tulang-tulang Berserakan yang saya baca
kulitnya hijau (kalau xsilap)
ada gambar ranting pokok (yg saya pasti bukan tulang)
di atas ini versi cetakan 2006, terlalu cantik.

yang saya baca dengan penuh asyik
yang saya telan ceritanya satu perkataan demi satu
satu ayat demi satu
satu perenggan demi satu
hingga habis satu buku.

*senyum*

saya kecil lagi.
saya belum faham erti jiwa seni.
saya hanya dah pandai membaca.
inilah novel yang Allah pilihkan untuk saya.

*senyum* lagi

mana nak cari buku ni?
saya hendakkan.

Isnin, November 14, 2011

Allah punya social networking

macam mana nak berkenalan dengan Allah?

Allah xda fb.
Allah xda Twitter, YouTube channel,email address dll.

sesimple phone number pun xda.

jd, macam manalah nak bercakap dgn Allah.
nk hntar sms pun xboleh.

rupa Allah, kita xtau.
gambar pun xada.

in other words, Allah itu ghaib.
macam mana nak bercakap dengan Allah yang ghaib?
macam mana nak kenal kalu xpernah jumpa?
macam mana nak bercakap kalu xpernah dgr suara?
macam mana nak percaya yg Allah yg ghaib ni boleh jadi pembantu di kala kita dalam kesusahan?
macam mana nak yakin yang Allah akan dengar cakap kita?
macam mana?

*senyum*

apakah yg Allah tinggalkan untuk kita, umat manusia?
Nabi Muhammad SAW dh wafat.

apa lagi yg tinggal?
yg boleh kita sentuh dengan tangan?
yg boleh kita lihat dengan mata?
yg boleh kita baca dengan mulut?
yg boleh kita dgr ayat2 puitis indah berisi nasihat dan pengajaran?


Allah ada satu je social networking.

Al-Quran.

Allah ada seorang kekasih yg paling Allah syg.

Nabi Muhammad SAW.




"saya xfaham Bahasa Arab lah"

xapa. kita punya Al-Quran yang ada terjemahan Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu.

untuk kita memahami ayat2 cinta dr Allah, kita perlukan alih bahasa.
hebatnya Allah, kita bercakap dalam bahasa apa pun sekalipun,
Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
sekalipun manusia itu bisu, tetap Allah dengar kata hatinya.

kerana Allah itu sangat dekat. sangat.

buktinya:
Surah Al-Baqarah (surah kedua) Ayat 186
yang bermaksud:

“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka), sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul”.

Surah Al-Qaaf (surah ke-50) Ayat 16
yang bermaksud:

"Dan demi sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"

*senyum*

magic Alah ni.
kita xnampak tp dekat sgt2 dgn kita.

Allah memang Maha Agung, Allah yg cipta alam cakerawala ni, kalu kita xpedulikan Allah, Allah tak rugi sikitpun. tapi kitalah yg manusia yg paling rugi.


Allah xperlukan fb, Twitter or any social networking to be loved and worshiped by human races.

Al-Quran itulah cara pertama untuk kita mula2 berkenalan dengan Allah.


kita orang Melayu, bertuah dilahirkan Islam, agama kita diwarisi dari ibu bapa.
oleh kerana kita org Melayu, agama Islam, jgn rs kita dh cukup agama buat bekalan di akhirat nnt.


darling,
iman tak dapat diwarisi.

iman, Allah yg bagi.
jadi, nak dpt iman, kene mintak kat Allah.
:)

kita belajar subjek Pendidikan Islam kat sekolah selama 13 tahun.
ada yang parents hantar sekolah agama belah petang.
ada yang belajar kat sekolah agama.

still, tak terbanding lagi ilmu Allah yang ada kat dunia ni dengan apa yg telah kita belajar bertahun2.


hurmm...
mulakan langkah dari sekarang.
carila Al-Quran yg berterjemahan.
kalu xboleh pinjam.
beli.
kalu xada duit,khabarkan saya sanggup beri.

bila sudah kamu miliki Al-Quran itu, diamlah bersama Allah.
lihatlah Allah berbicara pada kamu.

cakaplah apa saja pada Allah.
Allah pasti jawab.

semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
amin.

Khamis, September 15, 2011

Alhamdulillah ditimpa musibah

Surah Al-Insyirah (surah ke 94. mengandungi 8 ayat)

yg bermaksud:
(1) Bukanlah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?,
(2) dan Kami pun telah menurunkan beban darimu,
(3) yang memberatkan punggungmu,
(4) dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu,
(5) Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
(6) sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
(7) Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk kerja yang lain),
(8) dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

terjemahan daripada: Al-Qur'an dan terjemahan terbitan PT Syaamil Cipta Media, Bandung, Indonesia.

dr pandangan saya:

indahnya surah ni. sesuai buat penyejuk hati di kala gundah.
bila kita ada masalah, maknanya mudah "Allah nak uji"

*senyum*

dan terjemahan dari surah ni, dalam ayat ke -5, kita dapat tahu yang Allah dan janji pada kita iaitu, di setiap kesulitan pasti ada kesenangan.
pastu, Allah ulang lagi sekali dalam ayat ke-6 perkara yang sama.

hebatnya Allah kan.

bila Allah bagi ujian, Allah bagi sekali dengan rahmat.

macam beli ubat gigi, percuma berus gigi/pinggan/mangkuk/cawan.
macam beli kasut bata percuma kiwi pengilat kasut.
macam beli baju percuma kasut.
macam buy 2 free 1.
tak2..
bila kita beli barang yg ada hadiah 'percuma' biasanya lebih kecil dan lebih murah dari nilai harga barang yang kita beli tadi.
kn...
macam beli tv plasma 80" (yg harganya beribu2) dapat la kamera digital yg bernilai rm500.

this is normal dalam realiti hidup kita.

tapi Allah bagi tak sama macam manusia.

Allah bagi lagi hebat.
"(5) Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
(6) sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,"

apa yg Allah bagi tu ibarat, kita beli mesin basuh dan dapat percuma kereta Mercedes.
haaaa........ (Mercedez bro...xnak ke?)

*senyum lebar punyer*

bila Allah uji dengan masalah, Allah dah janji nak bg kesenangan, nk bg pahala, nk bg keampunan, nk bg rahmat, nk bg petunjuk, nk bg rezeki lg bnyk2.

hebat betul Allah ni.

tapi of course, ada syarat2nya.
untuk memastikan kita termasuk dalam golongan yg dapat kereta Mercedez ni, kita mesti ikut cakap Allah.

apakah?
-
-
-
-
-
-
bersabar.

*senyum*

buktinya:
Surah Al-Baqarah (surah kedua.mengandungi 286 ayat)

(155) Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang2 yang sabar.
(156) (iaitu) orang2 yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "Innalillahhi wainna ilaihi rajiun"#
(157) Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang2 yang mendapat petunjuk.


nota: maksud # ialah sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami dikembalikan


hebat kuasa sabar ni. buy 1 free 3. bersabar dapat keampunan, dapat rahmat dan dapat petunjuk jugak.

3 ayat di atas adalah antara ayat2 feveret saya.
bila saya gundah, mesti saya baca. bukan cuma sekali, berkali2. sampai hati tenang.
ajaib. tenang semula hati yg gundah.

bile kita bertenang, baru boleh fikir jalan penyelesaian.

itulah ibarat yg saya dapat fikirkan.
ibarat yang saya fikirkan ini pun, datangnya dari Allah.
Allah yang ilhamkan.
supaya ada di antara kalian2 yg membaca, dapat ambil iktibarnya.

ini bukan cakap saya.
ini janji dari Allah.

jadi, lepas ni, kalu ditimpa masalah, jgn marah2. jangan menangis over2. sia2 je.
kita cakap Allhamdulillah.
kita cakap "Innalillahhi wainna ilaihi rajiun" (ayat ni bukan setakat untuk org meninggal je)
kita doa pada Allah, mohon petunjuk keluar dari musibah ni.

Insya Allah, dapat la Mercedez 60 ke 80 biji.
haha.

notakaki: dan kalu betul2, dalam surah Al-Insyirah tu, Allah janji nak bg Mercedez bila ditimpa kesulitan, umat Islam kat dunia ni pasti hari2 doa supaya diberikan ujian, bukan lagi berdoa supaya dijauhkan dari kesusahan. saya rasalah...

Sabtu, Mei 21, 2011

pakaian lambang nilai hati

do u still remember movie called Pretty Woman? year 1990. starring Julia Roberts and Richard Gere.

Kisah seorang businessman yg kaya raya tapi agak kejam dlm berbisness dan kisah seorang pelacur. bila disebut perkataan pelacur itu, bunyinya jijik, bunyinya akan ke nerakalah kamu.. tp dlm konteks filem ini wataknya sangat jujur.

ok.

this is Hollywood punye filem, of course ada scene2 18sx. that's negative and should not be followed!

apa yang saya mahu ketengahkan kali ini adalah nilai yang saya nampak di sebaliknya. yg positif of course.

if you can remember, satu babak Vivian bergaduh dengan Edward Lewis yang mana Vivian marahkan Edward krn Edward beritahu pada peguamnya bahawa Vivian adalah seorang pelacur. of course, jalan cerita dalam filem tu dh tunjukkan yang Edward bukan sengaja beritahu tetapi ada lagi rentetan sebelum itu yang mana membuatkan Edward terpaksa cakap yang Vivian sebenarnya adalah pelacur.

to be honest, i am so touched when Vivian said something like this:

"Why are you making me wear this beautiful dress yet you tell your lawyer i am a hooker? If i am wearing my Hollywood Boulevard dress, it will be easy for me to handle him! i am prepared!"

those questions are too deep. i almost cry.

it reminds me about us. most of the time, most of us are just pretending. we are not rich but we dress like rich people, we act like one, because we want to be rich. because we think being rich is cool. rich is great. but the truth always hurt, in fact we are not like what we want to. we are just pretending. we spend money on buying fake branded handbag, jeans, just to look as if we are rich.

in other words, we are lying to ourselves. lying to others. living in a lie is not life at all.

lets have another example.

contoh 1:

ada Si Melah. beliau sangat cantik dan digilai pemuda2 di kampungnya. selalulah Si Melah ini diganggu dgn siulan2 'feeeeewittt' bila dia berjalan lenggang2 kangkong di hadapan orang kampung. Ayah Si Melah ustaz di kampung itu. beliau selalu menjaga Si Melah supaya tidak diganggu oleh mamat2 hampeh di kampung itu. beliau ajar Si Melah solat 5 waktu, mengaji Al-Quran, manakala ibu Si Melah mengajar Melah memasak, mengemas rumah, menjahit dan banyak lagi ciri2 yang menjadikan Si Melah ini calon isteri solehah yang sangat berwibawa. Bila ada mamat2 hampeh yang nak mengorat Si Melah, ajak tengok wayang Hindustanlah, ajak jalan di taman bungalah, makan di pekanlah, semuanya tak berjaya.

kerana alasan Melah adalah:

"Melah ni nampak je pakai seksi macam ni, tapi Melah sembahyang cukup 5 waktu tau! Melah tak buat perkara2 yang berunsur maksiat tu."

maka geram dan keciwalah mamat2 kampung itu.

---------habis contoh sudah------------------------------------

apa yang Melah cuba tegakkan? dia sendiri yang memilih berpakaian seksi hingga menyebabkan dirinya diganggu oleh mamat2 itu tetapi menepis ajak2 sumbang itu dengan sunnah Nabi.


contoh 2:

Siti Musalmah sangat sopan budaknya. Sudah khatam Al-Quran sejak di darjah 3 lagi. berpakaian juga sopan. berbaju kurung, bertudung labuh menutup dada, jalannya apabila di hadapan bukan muhrim selalu menjaga pandangan. menunduk tanda takut dan malu pada Allah SWT. umi dan walidnya sangat menitikberatkan pendidikan Islam dalam mendidik Siti Musalmah. namun apa yang Siti Musalmah suka lakukan apabila beliau berseorangan adalah, beliau suka dengarkan muzik2 yang ganas2. dipasangnya kuat2 kerana ingin menjiwai. pakaian yang elok labuh sudah jadi seluar pendek. katanya di dalam bilik sendiri, bukan ada sesiapa yang nampak. kadang2 bila Siti Musalmah sedang bersujud terangkat sedikit kainnya sehingga kelihatan kaki, Siti Musalmah fikir:

"ah, tak apalah, bukannya ada orang lain yang nampak. cuma saya seorang saja"

------------habis contoh 2 ini------------------------------------

lalu bagaimana?
Siti Musalmah ini ibarat Muslimah Idol di mata masyarakat kampung. tapi hakikat yang sebenar, di kala beliau keseorangan, Siti Musalmah, berbeza. untuk apa ya memuaskan hati orang lain, berpura2 baik sedangkan hakikatnya tidak. KENAPA MENIPU? KENAPA?

tunggu dulu...

mungkin perlu saya tanya ini:

"APA KAMU SEDAR YANG KAMU SEDANG MENIPU DIRI KAMU SENDIRI?"

hurmm, saya bukan mahu menunding jari pada sesiapa. semuanya berbalik pada diri saya sendiri.

sekiranya saya adalah Si Melah yang berpakaian seksi tetapi beralasan solat xtinggal, kenapa mesti berpakaian seksi lagi? bukankah sifat malu pada Allah itu paling penting?

sekiranya saya adalah Siti Musalmah yang bertudung litup tetapi munafik di kala keseorangan, adakah saya sedar bahawa dinding juga rasa malu melihat aurat saya?

kenapa pakaian luar kita tidak sama dengan nilai dalam hati?

pelacur yang kita rasa takut, jijik padanya, mereka adalah diri mereka. mereka tidak pernah menipu atau berlakon menjadi seseorang yang bukan diri mereka.

hati2lah dengan hati kita.
hati2lah dengan pakaian kita.

ini antara soalan dari buku 'Magnet Diri' by Amin Idris
cuba lihat apabila kita berseorangan, bagaimanakah sikap kita?
bila kita bersama keluarga, bagaimanakah sikap kita?
bila kita bersama kawan2, bagaimanakah sikap kita?
bila kita bersama rakan sekerja dan bos, bagaimanakah sikap kita?

berbeza jauhkah?

tepuk dada, tanya iman.

kita adalah kita.
nilai kita mendorong cara kita berpakaian.
hati kita baik, berpakaianlah dengan sebaik2nya.

saya bukan mengarah yang berhati munafik, silalah tunjukkan belang anda!

tidak..tidak sama sekali.

bila kita tahu apa yang kita tak tahu, itu sangat bagus. kerana apabila kita tahu apa yang kita tak tahu, kita akan akan belajar untuk menjadi tahu tentang apa yang kita tak tahu. cuma kita perlu bertanya pada paksi dan kiblat yang betul.

berhati2 dengan pujukan iblis dan syaitan, mereka boleh berupa sebaik2 manusia. jangan terpedaya dan jangan tersalah langkah. tetapi jangan takut. jangan sedih. Allah sentiasa maju selangkah apabila kita sesaat dekat pada-Nya. semoga petunjuk dan rahmat Allah sentiasa bersama kita dalam menempuh hidup pinjaman ini.

ingat, hidup ini sekali ini saja, kita mati tak tahu bila..use it wisely

Sabtu, Februari 20, 2010

ayah kaya, ayah miskin

Sy pinjam buku ni dr UTP IRC. lelaki tu la Robert Kiyosaki, pengarang buku Rich Dad, Poor Dad. sangat interesting tau!!!

sy mule rajin cr buku canni sbb rase xcukup dgn ape yg ade. wish list sy ada 14 or 15 items yg sy nk, dgn gaji dan responsibilities yg ada skrg, mmg sampai umur 30 thn pn xkan tercapai.

so, i've decided, i want to be rich! YES! SAYA NK JD KAYA!

step yg pertama, kalu nk jd kaya, kene balajar dulu cara-cara untuk jadi kaya.so, i read this book.

apa yg saya suka bila baca buku ni, ia bukanlah mcm buku teks, yg penuh dengan perkataan dari page 1 sampailah habis. cara penulis ni tulis, macam cerita, macam diary. sy xrasa bosan, rs excited nk tau apa yg dia buat, dan apa yg jd. dalam masa yg sama, kita akan disuruh tulis wish list, tulis financial statement lah, its 2 way interaction. seroiusly, its NOT boring.

kesimpulan yg sy dpt dr buku ni, kalu kita bekerja bagai nk rak, itu bukan janji kita pasti kaya. kalu gaji kita naik, incom tax pun naik jugak, so, the right thing is, let the money works for you.

u have to have an assets. assets adalah sesuatu yang akan mendatangkan duit ke dalam poket kita. kalu kita ada kereta, itu bukan asset. kita kene isi minyak, maintenance lg (roadtax, tukar minyak hitam lah, balancing la, bla bla bla...), kalu rosak, kalu xcden, sumenye duit keluar, bukan masuk.

so, u need an asset that flow the money into ur pocket.xkesahlah kalu kemasukkan tu sikit. asalkan berterusan, dr seringgit sehari, ia akan jadi jugak seratus, seribu dan ribu2 lagi.

so, now, i am thinking of what can i do? what is the assest that suitable for me?

hurrmmmmmm
*fikir*