Memaparkan catatan dengan label tak beberapa stabil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tak beberapa stabil. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 22, 2018

22.06

Pagi ni aku dapat bithday notification dari FB.

Harini ulangtahun kelahiran Mak.

Satu perasaan yang susah untuk diluahkan dengan kata-kata.
Seperti biasa, air mata saja yang bisa berbicara.

5 tahun lepas, hingga sekarang, aku masih rindukan Mak.

Ebby sayang Mak.
Al-fatihah.

Selasa, Disember 17, 2013

yin yang

terlalu rindu pada menulis.
pada blog ni
yang selalu setia terima setiap buah huruf dan kata-kata.
terlalu setia.



*tarik nafas*
*senyum sikit*


Alhamdulillah, saya dapat surat offer lecturer di IUKL. permanent.

Alhamdulillah.

ini kerja yang saya hendakkan sejak berhenti belajar dari UTP dulu.

*diam*



tapi saya tak gembira.



*air mate bergenang*


tiba-tiba,
di hari ini,
saya teringin nak pergi sambung phd di Brunei.
pagi tadi teringin sambung phd di German.
harga kenaikkan barang menyebabkan saya rasa increment gaji terlalu sedikit tak logik dek zaman
sedih sebab tak dapat join IDT team pergi Medan
sedih sebab buat KPI tadi, dah tau banyak lost points.


benarlah,
manusia ni memang tak tahu bersyukur.


dulu,
sewaktu saya sedang berpanas matahari berdiri di tepi pam minyak Shell,
saya soalkan pada Allah: "Ya Allah, bilalah aku nk dapat kerja lecturer ni?"

dulu,
di saat tangan saya melecur terkena kuali McD panas,
saya soalkan pada Allah: "Ya Allah, bilalah aku nak dapat kerja lecturer ni?"

dulu,
di waktu Amma masih di sisi saya,
Amma soalkan pada saya: "Bilelah awok nak dapat kerja ni Ebby?"


*nangis*



kita manusia biasa,
kita takkan dapat semua yang kita nak.


dan hidup kita macam yin dan yang.
dalam baik pasti ada yang tak.
tapi itu bukan masalahnya.

yang penting adalah balance.
yang penting adalah bersederhana.

Allah jualah tempat bercerita.
tempat memohon pertolongan.
Allah sajalah.


ada nilai yang sedang Allah uji sekarang.
ada kebaikkan sedang menanti saya nanti, jauh sana.
setahun ke,
dua tahun ke,
saya tak tahu, Allah je tahu.


"Ya Rahman, Ya Rahhim,
Allah, tabahkan saya sepanjang tempoh ini.
Saya belum cukup iman lagi"





yang jauh tu,
bila saya dah sampai,

saya akan pandang balik hari ini,
saya akan baca semula post ini,
saya akan lihat bagaimana hidup saya berubah dari satu halaman ke halaman yang lain.

semoga saya akan sedar erti bersyukur dengan ujian hidup adalah nikmat hidup yang sebenarnya.
sebagai tanda Allah sayang. Allah tak buang.



Ya Allah berkatilah hidup setiap kami di atas muka bumi ini.
walau apa pun pegangan hidup mereka,
semuanya. berkatilah.
Amin Ya Rabb.


Jumaat, Mac 08, 2013

Bonda

sudah 3 hari saya berusia 30 tahun.
kalau diikutkan takut dengan angka 3 series tuh,
itulah yang membuatkan saya tak reply satu pun birthday wish di fb.

mungkin saya takut,
takut kerana semua wish itu mengingatkatkan saya
bahwasanya saya sudah makin hampir dengan tua.




*senyum*


orang kate,
age is just a number.

really?

*tangan ke bahu dan mata ke atas*


umur yang makin tua ni,
mengingatkan kita yang mati makin hampir.
sudah-sudahlah menipu diri sendiri dengan ayat klise tuh.


ingat mati bukanlah sesuatu yang buruk.
tak.



*lihat diri sendiri*


saya harap 30 tahun hidup saya yang lepas, hidup saya berguna pada yang lain.
saya harap 30 tahun hidup saya yang lepas, hidup saya bukan bergelumang dosa yang sama.
saya harap 30 tahun hidup saya yang lepas, saya hidup.

sampai sekarang, saya takut saya tak hidup.
loneliness can kill you, you know that?


saya akui,
saya lemah.
lembik.
benyek.

balik ke Malaysia, ke rumah ini,
menambahkan rindu pada tanah suci Mekah dan Madinah.

hari-hari saya sakit,
fizikal dan mental,
rindu pada semua yang indah 2 minggu di sana,
rindu pada arwah Amma,
rindu pada arwah Abah Kuantan,

hari-hari saya tidur.
kalau saya bangun, saya akan menangis.
tiap-tiap solat rasa sakit terpaksa laksanakan.

mesej FB dan phone xada yang saya reply.
saya pilih untuk tak mahu bercakap dengan sesiapa.
saya takut saya akan menangis.
saya malu.

air mata saya akan jatuh di mana-mana saja
di mana-mana masa pun.

kerana setiap inci ruang rumah ini,
mengingatkan pada arwah,
baju-baju arwah masih banyak tergantung.

tersedar nasib diri sakit berseorangan,
tiada lagi prihatin dan belaian dari Amma,
buat saya menangis lebih lagi.


*air mata jatuh*




sampai sekarang,
saya masih mencari Amma dalam mimpi-mimpi saya.
saya mencari Amma dalam diri saya.

dalam mimpi, Amma sangat hidup di sisi saya,
tapi bila saya bangun,
baru saya sedar yang tadi cuma mimpi.



Realiti sangat kejam.
*kesat air mata*





M. Nasir

Bonda

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga


Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi


Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu


Oh! bonda
bonda

Jumaat, Mei 25, 2012

aku yang berdosa

malam ini saya nak menceritakan tentang lembiknya iman.


saya dah rasa perkara macam ni lama dah.
apabila saya pulang ke Kuantan untuk menjaga Amma,
saya sudah lepaskan banyak perkara.
saya sabarkan sbb perkara2 itu boleh saya kompromikan.

tapi ada satu perkara yang saya memang xboleh kompromi.
saya mahukan masa saya dengan Allah.
saya mahu berbulatan gembira.
saya mahu bersolat dengan khusyu'.
(demi Allah, terlalu sukar khusyu' apabila di rumah sendiri)
saya mahu selamatkan pandangan mata saya dari semua rancangan realiti yang selalu Amma tonton.
including Indon series, Filiphine's series, Malay's series Propaganza, Melodi dan lain2.

kadang2, saya sedang solat, saya dengar nama saya dipanggil.
Ya Allah.
Saat itu cuma Allah saja yang tahu betapa saya mahu menangis.
Saya mahu masa bersama Allah,
tapi saya selalu tergelincir dari landasan khusyu'.

nak buat jahat, mmg mudah.
nak buat baik, mmg susah.

saya penat kadang2.

saya mengadu pada Allah dalam sujud.
saya sedih kerana belum dapat kerja.
saya sedih kerana belum berjodoh.
saya sedih kerana duit selalu xcukup.
saya sedih kerana cemburu pada rakan2 yg ada semua yang saya idamkan.
saya sedih kerana impian saya yang saya pendamkan.
saya sedih kerana Amma sakit belum sembuh2.
saya sedih kerana Amma sedih bila saya belum dapat kerja.
saya sedih kerana saya buat Amma sedih.
saya sedih Amma xfhm niat saya berbulatan gembira.
saya sedih Amma xkenan usrah saya.
saya sedih Atuk macam ni.
saya sedih Abadi macm tu.

hati saya hancur setiap kali melihat raut wajah tua Amma.
saya rasakan saya terlalu banyak dosa pada Amma.
saya rasakan saya xtunai janji saya untuk jaga Amma dengan terbaik.



saya sedar ini lah perjalanan saya sekarang.
saya sedang merangkak,
atas kaca.


saya sedar Allah sedang uji saya.
cuma saya ni cepat habis sabar.
saya mahu recharge. saya ke bulatan gembira.
itupun ada yang xkenan, xizin.

itupun ujian Allah jugak.




*mengeluh*



saya rasa saya sorang2.
saya takut nak mempersoalkan kenapa.
xbaik.
Allah dah berikan keluarga yang paling terbaik buat saya.
saya mesti bersyukur,
bukan komplen terus menerus.



kadang2,
saya rasa nak lari.


kalau Allah rezekikan kerja di luar negara,
sumpah saya pergi.




Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita.
Amin Ya Rabb.

Rabu, Disember 28, 2011

malam ni rasa panjang

entri saya masih berkisar emosi.
bosan ke?

*senyum*

sabar ye.
sabar kan separuh dari iman.

saya balik utp.
saya bukan duduk buat research semata2.
saya banyak bertanya pendapat temen2 seperjuangan.

rata2, semuanya ikut tumpang sedih bila Amma sakit.
semuanya suruh saya sabar.
sangat concern.

Terima kasih Allah berikan saya teman yang baik.


saya belajar sesuatu,
bila saya sedih, saya emosi, automatically air mata jatuh
masa tuh saya betul2 perlukan ada seorang (cukuplah)
duduk congok depan saya
dengar kisah saya
tgk saya nangis
dan bg tisu pd saya.

haha.

lepas bagi tisu,
org tuh akan cakap pada saya
sabarlah banyak2
buatlah solat sunat Istikharah

*paused*


solat sunat istikharah.
saya tau, tujuan solat sunat tuh adalah untuk minta Allah berikan petunjuk mana jalan yg baik dan betul untuk saya pilih.

sabar.
saya tau. bila Allah uji, kene banyak sabar. baru boleh harungi dan redha dgn takdir-Nya.

sebenarnya, semua tuh saya tau.
tapi, still nak dgr org cakapkan pada saya.

kenapa agaknyer?

adakah kerana saya ni mengade2?
adalah kerana saya ni manje?

manje?
*gelak guling2*

adakah krn saya ni lembik?
adakah kerana manusia memang macam tu?
kalu kita tgh sedih, bila dgr cerita org yg nasibnya jauh lg rempat, baru kita 'up' sikit.

tp dgn bercakap pada the right person, saya lebih lega.
saya nampak jalan yg patut saya buat.

dan apa pun keputusan saya selepas ini,
saya minta Allah tenangkan hati saya
kerana saya xmahu menyesal
sebab saya rasa saya sayang utp ni.
10 tahun.
10 years...

*senyum*

*tarik nafas panjang*

mungkin dah sampai masanya,









camar pulang ke sarang.


saya macam akan menangis.
ok bai.

semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita.
Amin Ya Rabb.

Selasa, April 26, 2011

pain always thought me the meaning of life

ptg td recived e-mail dr Shell Recruitment Team, seperti yg dijangke, xberjaye ke next interview.

Damn! That e-mail ruined my mood for the rest of the night.

saya adalah manusia...
walaupun saya dh boleh agak yg saya xtak berjaya, tapi bile ditepekkan kebenaran di depan muka, memang rs nak nangis.. haha..

emosional intan mlm ni..haha..

intan +ve: well,rilek intan rilek..ni lah interview job yang pertama. hebat sgt ke, nk terus dpt keje? ni kumpul pengalaman dulu ehh...

intan -ve: tak nak..nak mengadu jugak..nnt bile station Shell tempat ayep kerja buat karnival 7hb May ni, nk mengadu kt En. Azman. haaa...

saya nk jd intan yg mana? +ve or -ve?

rejection is pain.
rejection also means experience in pain.
experienced in pain means I learn a new life lesson.
life is hard.
but, i always learn from mistake.
means, i learn from pain.
pain show me the meaning of life.

so that,
i will strive for happiness from the pain

really, i want to be happy

leave!







leave!







get lost!





please.........




go away.............................................................................

Selasa, Februari 09, 2010

silence can kill. if its not u, it can kills me.

*diam sepi*
tercongok tegak depan mata
tp mulut terkunci
mata bukan pejam
tp bukan jasad ini yg ditenung jauh

*sepi*

maaf.

sy tau sy kejam.

ini yang terbaik.

sy rasalah.

Selasa, Februari 02, 2010

i wish i never ask

bile sy ikutkan hati. jd camni lah.
selfish sy ni.

bila dh tau, sy jd sesal.
i wish i never ask.
biarlah sy hidup dlm puzzle sampai sy mati.

sy xnk ini.

now, i am the bad person.
the worst in the world.

xde manusia sejahat sy.
tolonglah jgn berkawan dgn sy.
tolong jgn suka kn sy.
sy jahat.

Khamis, Oktober 29, 2009

datang dari Atas

"walau xberjemput, oleh kerana datangnya dr Atas, tetap sy syg".

kuasa Allah tu sgt besar. kalu kita rasa kita dh boleh kontrol semua, mmg salah. totally wrong!

sedar xsedar, rancangan kita xpernah nk menjadi, ada mcm2 je halangan. ada je bende2 yg xkene. ada je alasan yg nk buat bende tu xjadi.

sedar xsedar kita dh asyik salahkan org lain.
kite mungkin ckp canni: "org tu xpandai buat kerja".

atau canni: "ini semua salah die, kalu die xbuat camtu, xjd canni"

canni ke: "ape lg yg die xpuas hatinye. semua aku dh buat dh. xboleh jugak.habis tu nk aku buat apa?"

ape lg yg boleh kita buat, kita buat, sbb n luah rs marah, rs xpuas hati bile yg dirancang xmenjadi. kita lupa fakta. apa yg nyata. org2 tua selalu ckp bende ni. pepatah pun bunyi same "kita hanya merancang tp Tuhan yg menentukan"

kite anggap itu cume ckp org tue..kita taksub sampai kite lupe ade kuasa yg lebih tinggi kat atas sana. bila dh ada masalah, pada siapa yg patut kita mintak tlg?

Pada Allah lah.

tp org ckp canni kt kita: "itulah die, dh susah br nk kenal sejadah. br nk kenal Allah"

kita nk buat apa bile ayat2 ni masuk kt cuping telinga kita yg mmg dh sedia panas dgn masalah2?

jgn buat ape2. jadilah katak yg pekak. ( dh pernah bace kisah katak yg pekak?, kalu dh, mesti phm)

sy xnk jd derhaka.

sy nk jd anak yg baik. walau sy tau sy ni bnyk yg curang. takut xsempat nk mintak ampun ngan my emak n abah sblm tutup mata.

sy nk jd apa yg sepatutnye org baik buat bila dia ada masalah.

sy nk semua insan yg sy syg pn buat bende yg same.

sbb......................









sy syg semua.

Khamis, Oktober 08, 2009

Doing PhD is not easy

My emak really2 xbeberapa setuju bila sy ckp nk sambung PhD bila dh habis MSc.

Agaknya ini balasan kot.

After 2 months, still I don't have any proposal, topik pn xdok lg. sv pun xder lg. so, what can I say? My wrong? atau balasan?

ermmmm....................................

to tell the truth, doing Master by coursework is easier compared to do it by research. And only the strong can successfully finished the PhD. If they imposed a strict pre requisite to continue PhD such as pointer 3.5 and above, don't depend on it too much.

In doing PhD, is not the brain does the work, but it's The Heart.

don't trust me? try do the PhD. rasa sendiri. experience by yourself. i shall speak no more.

Isnin, Julai 27, 2009

the stupidity

kadang2, kalu kita xbuat salah, kita xkan belajar erti hidup.mana baik.mana buruk.apa betul.apa salah.

org2 tua kata, belajar dr kesilapan.

bg sy, kita perlu definisikan atau sukat degree kesalahan tu. berapa besar silap kita? efek nya pada siapa? diri kita sendiri? baguslah kalu camtuh.

tp kalu efek org lain? lebih2 lagi insan2 yg kite syg. boleh ke atau layak ke kita nk mintak maaf? agak2nya mcm mana nk make things back to where it was.

agak2nya apa perasaan masa tuh? bila tgk insan yg kite syg terkena efek akibat our stupidity?

*telan air liur*

kecut perut.takut.xberani nk bayangkn.

itu baru bayangkan, kalu betul2 jadi, macam mana nk hadapi?

saya takut.sgt.

Selasa, Julai 14, 2009

senyum

saya br usai jumpa kekasih. saya mengadu hati yang sedih. saya selalu buat mcm tuh. kadang2 rs xbaik. bila sedih je baru nk ingat Dia. bila ada masalah br nk minta tolong Dia. tp itulah hati saya.xada sesiapa lagi yg lebih arif tentang hati saya selain Dia.

air mata meleleh-leleh td. dua-dua telapak tangan cepat2 usap, takut org nampak. malu. tp mmg xdpat tahan lagi, sbb tu ia jatuh continuesly.

sy pujuk diri sendiri. sedih apakah kau hati? semua jadi krn kau sendiri yg corot.

ya.saya xnafi.

saya bangkit dr simpuh dan duduk.

emel saya buka.

ada tertera "We would like to inform you that your application for Postgraduate Studies have been approved by the committee. The offer letter will be email to you soon. The registration details are as follows..bla...bla...bla..."

saya jadi batu seketika.xada perasaan.otak sy gagal memproses maksud.
-
-
-
-
Oh, diaccepted sy juga? Sy yg bnyk songeh ini. proposal juga belum disubmit.

saya senyum.

hati terharu. kekasih saya 1 juta kali baik. rs air mata jatuh lagi ni....

xtau nk ckp apa...

tanda soal : my emak akan gembira atau runsing kalau saya kabarkan ini?

Isnin, Julai 06, 2009

sayu.pilu

sy sepatutnya dh hantar thesis ni. tp belum siap lg. dh balik dr kuantan (proof reading) las week hari rabu. sampai la ni xsiap2 lg. aiseh. ape la nk jadi.....

bile dh sampai penghujung camni, rs sayu hati la...

sedih semacam je...berkurun sy kt tanah gersang tronoh ni.dr lepas SPM sampailah skrg 26 yrs old. mcm2 ceritera, mcm2 kisah, mcm2 kenangan...

xboleh lupa.....

Selasa, Jun 09, 2009

gg oh gg

smlm sy g klinik gg kt ipoh.klinik gomen. dgn harapan doktor tuh bleh cabut or tampal gg ni.dh rs tersekse sgt2 ni. dh baper minggu sebenarnye rs sakit ni muncul.tp sy ignore jek sblm ni.pas gosok gg ngan ubat gg herbal n cengkih halalgel, ok balik.

tp sejak ari kamis lepas, mmg rs semakin sakit. Allah jek tahu.sampai selera mam pun xder. nk pi ari jumaat tp semua gomen klinik cuti sbb besday agong. jd, sy bersabar lg sabtu ngan ahad.

ari isnin, sy pi sana, tup2 doktor cek, die kate ade 3 btg gg yg berlubang (itu br baris atas). yg bwh pun ada berlubang jugak. yg goyang2 pun ada, kadang2 tgh mam, tersalah kunyah, adeh2..mak aih...lg sakit bile minum air sejuk, sakit yg amattt....sy rs lege la bile doktor dh detect kn..tp unfortunately, dia ckp canni.

"sy xboleh buat hr ni sbb ramai patient.camni la sy akan buat satu appointment tuk awak dan awak dtg semula ya"

gulp. sy telan air liur. bayangkan nk tersekse lg 3 hari. waaaaaa........"tp doktor, xboleh buat hari ni ker?" sy dh buat muka paling kesian...

"xboleh, hari ni ramai patient, kalau sy buat hari ni tergesa2. awk dtg len hari kite buat pelan2 ye."

"ok" dlm hati sy, alahaiiii.....berat betul ujian Allah ni.jd, sy kuar dr bilik cek tuh, tunggu kad appoinment, (10 pg) pas2 sy pun dgn lemah longlai meninggalkan klinik tersebut.

ermm...ari kamis....cepatlah dtg, sy niat xnk tdo lepas subuh hari tu. sy akan terus siap2, tunggu bas kt depan gate utp. kalu boleh nk dpt bas yg paling awal sekali. cepat2 sampai kt knilik, bleh la cepat buat. cepat siap. cepat habis seksa...

gg oh gg, sy syg awak, sy xnk kehilangan awak... :(

Jumaat, April 03, 2009

perempuan

perempuan selalu membuat prilaku yg kurang bijak bila berhadapan dengan anugerah Allah yg paling ajaib iaitu --------------> CINTA.

What can I say, woman when come to love, it’s their pure foolishness. Ada buang keluarga, buang saudara semata2 nk bersama dgn insan yg disayang. Itulah jantung hati. Itulah penawar dan racun. Dh yakin confident dialah tempat bergantung di hari tua. Mak ayah yg jaga, didik, suap mkn dr kecil dh jd xberguna. Marah mereka itu tanda benci dan ayat2 cinta kekasih jd azimat hidup. Xdpt redha mak ayah, dpt xredha Allah? Kalu xdpt redha Allah, dpt x bahagia dunia akhirat?

Ada yang buat2 lupa halal haram. Bercinta, berkasih2 mcm dh akad. Kadang2 mengalahkan pasangan yg dh kawin pun. Apa nk ckp? Cinta sblm kawin dh jd wajib. Alasan nk kenal dulu. Kalu nk kenal kene pergi berdua2an ke genting ke? Mesti tdo bilik hotel yg sama ke? Dlm Islam, bg peluang kenal dgn ta’aruf. Kenapa buat lebih2? Kenapa xikut yg Allah suruh? Kalu xikut petunjuk Allah, para Nabi, Al-Quran, nk ikut yg mane? Ajaran suke hati?

Jangan jd tuli.buka mata luas2. Mata hati jgn ditutup dengan rs seronok. Itu sementara sifatnye.

Bila kasih syg yang diagung xkekal, seksa diri sendiri jd hobi. Bunuh dirilah. bersalin dlm toilet.perit kn. Tanggung seksa Allah kt dunia sorang2. Xcukup camtuh, buang pulak baby dlm tong sampah. Apa nk ckp?

Ada lagi hal, jd isteri nombor dua. Bukan salah saya, adunya, salah isteri pertamalah. Xpandai jaga suami. Sy kesian kt dia. Dia banyak bersabar dgn isteri dia. Sy nk tolong dia je. Camtuh dh kira halal ke awak berkepit dgn suami org malam2 hari. Tinggal biar isteri dan anak2 di rumah. Mana suami dan ayah kanak2 itu? Kalu awak kene tinggal macam tuh, awak senang hati lg x mcm skrg?

Lagi ada yg jd pengkid. Prinsipnya, cinta lelaki xboleh percaya. Janji palsulah. Dh pernah kecewalah. Bercinta dgn perempuanlah senang. Kalu tidur bersama xmungkin mengandung. Apa nk ckp?

Cinta betul2 buat manusia jd buta hati. Bukan salah cinta tp manusia yg buat cinta itu salah. Bile bercinta, perempuan tau itu salah tp buat jugak terus. Apa nk ckp?

Cinta penting dlm hidup tp berlandaskn yg hakiki saja yg diperlukan. Cinta lain2 tuh kalu boleh nk delete, masuk recycle bin dan pastuh empty recycle bin. Senang kn. Barulah ada cinta yg hak saja di dunia nie.

Tp realiti hidup bukan mcam itu. Nk patah balik masa lampau, mustahil. What’s done, is done. Xboleh ke belakang dh, kena pandang ke depan je. Tp kaki xada daya nk melangkah.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-and I am one of those foolish woman.(mengeluh panjang)

Selasa, Mac 31, 2009

pandai

definisi pandai ada banyak.

1) pandai dr segi akademik. UPSR dpt straight As. PMR pun dpt 8A. SPM dpt 10 A. dpt masuk universiti. dpt first class dgree. dpt kerja besar dgn gaji besar. org selalu puji2. "ni lah anak yg bagus...pandai betul anak si fulan tuh".

2) pandai dr segi emosi. bila ada masalah, xcepat melatah. kalu bercinta masa studi, xpernah ganggu waktu belajar. result exam semakin "power" sejak berkasih. bila ada masalah, xpernah gabra, xpanik..tp berfikir dgn tenang cari jln selesai.

3) pandai cakap. mcm tin kosong. bising sgt tp dlmnya xada isi. bisingnya bingitkn telinga tp org tetap dgr. ini org pandai bodek bos. cepat naik pangkat, cepat naik gaji walau kerja xtahu buat. tahu bg order kat orang lain.selain tu, org ni pandai bg nasehat pd org, tp diri sendiri xikut pun.

4) tak pandai. ini mustahil.semua ada kepandaian masing2, dlm bidang berbeza2. jgn pandang terlalu tinggi pd diri sendiri dan jgn perkecilkan org lain yg kita rs xpandai mcm kita.

5) pandai semulajadi. genius. org ini duduk dlm kelas, pasang telinga dgr cikgu ajar sekali, dh boleh ingat sampai bila2. mata pejam, dahi letak atas meja = pendek kata gaya mcm tdo dlm kelas, tp bila cikgu tanya soalan, boleh jwb semua.cinkgu pun xboleh nk marah. kwn2 yg lain bagai nk rak tahan mata ngantuk dr tdo, pun xboleh nk paham apa yg cikgu ajar. org ini dia xperlu usaha lebih untuk pandai. anugerah dr Allah.

6) pandai bila usaha. org ini kene stadi bnyk2...rajin2 melebihi org lain, makin bnyk usaha, bertambah pandai tentang sesuatu subjek. bagus org ini, dia kenal erti kemanisan kejayaan. hanya yg lalui penat lelah usaha belajar, dpt rs indahnya genggam scroll waktu convocation.

7) pandai cari makan. org ini walau susah mcm mana pun, dia tetap boleh survive. menipu atau tidak. yg penting survive bila dlm masalah. kalu org bisnes, pandai cari client. kalu suami madu 3, pandai nk selamatkn diri bila isteri2 mengamuk.

8) pandai berjimat. ini org yg paling pandai mengatur duit belanja.bijak.simpan skrg utk masa depan. perlu sgt ada org mcm ni di dunia.kalu semua org boros, inflasi xboleh turun atau hapus.

sy xtahu kenapa sy tulis entri ni. sy nk jd pandai tp pandai tu sendiri membawa definisi yg berbeza-beza. sgt subjektif.xboleh nk fix. sy pandai. dan awak tidak. pandai dlm satu perkara saja xcukuplah.kena pandai serba serbi. mcm mana tu?

Ahad, Mac 01, 2009

Runsing

Tiada manusia yg sempurna.quote dr putri.sy setuju jiddan..

Susah nk luahkan rasa bimbang.expectation too high.diri sendiri ntah lah apa jadi.sering dh pesan pd hati, pasti ada hikmah di sebalik semua nie. Brother yasir selalu ingatkan, “in the end, everything is just memories”.

Betul.sy yakin pd itu.pasti jadi.

Cuma, sgt perit skrg melangkah atas kaca yg mana sakit terasa tp darah tak berwarna.tak kelihatan.hati tanggung perit rs macam nk pecah.

Tak mahu terus jd anak didik syaitan.
Angan.keluh.malas.kecil diri.
Pergilah jauh kalian…

Khamis, Februari 19, 2009

sudah

akhirnyer, setelah 2 minggu lebih, telah hantar draf tuh. lega...ermm...lega ker?

tak lah.

ade bnyk yg lain lg sdg menunggu.

boleh tenang ker?

sy skrg mcm ini ---> too many things to do,but too little time

Khamis, Februari 12, 2009

intan masih jaga

dulu masa kecik, sy baca buku tajuknya "Tidurlah Intan". tp itu masa kecik, sy xpandai baca pun.mak yg bacakan, sy cuma tau amik pensil kaler abg adi dan conteng buku tuh..ade 2 atau 3 volume rsnye.

tp bile dh besar nie, lain sgt kn...skrg jam 1.48 am. sy masih jaga. sudah beberapa ratus minit masuk hari baru dlm bulan februari ini. masih hidup intan.Alhamdulillah...teruskan puji2an pd Allah.

brother yasir pesan, kalu ada masalah, tetap ucap Alhamdulillah...

tamam.

doakan siap.

sy sudah letih...

Khamis, Januari 29, 2009

contradiction

salam,

notakepala:the title has nothing to do with the entry. i just like the word contradiction.

had meeting dis morning.it was horrible. very2 terrible!

that's why I don't want to attend the meeting in the first place. but Mbak Lailil told me not to run away. Yes, I am not running but it seems that I am surrenderring and waiting for myself to be killed.but Aini said, don't worry, at least we don't die. bro Yaser said nobody is going to die today.

my head: empty.nothing.

my heart feels like this.....

it seems like i died 1000 lives. and yet i am still caged here with the unfinished work. i need a vacation but i fear the time is not myself today, tomorrow and maybe for the rest of my life..