Memaparkan catatan dengan label lagu hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lagu hati. Papar semua catatan

Isnin, Februari 19, 2018

lirik Nama Yang Kau Lupa

Dari kejauhan engkau ku perhatikan dirimu kesepian
Tanpa persoalan tanpa pertanyaan wajahmu kemuraman

Kau bisikan semula nama yang engkau lupa
Tika diri di puncak sana
Kau tanya kan semula
Cintaku yang ke mana
Hilang antara sejuta bintang

Memaksa diri dalam mimpi
Berharap aku hadir bersama
Memaksa diri dalam rindu
Berharap aku masih seperti dulu
Yang dulu

(gitar solo)

Kau bisikan semula
Nama yang engkau lupa
Tika diri di puncak sana
Kau tanya kan semula
Cintaku yang ke mana
Hilang antara sejuta bintang

Memaksa diri dalam mimpi
Berharap aku hadir bersama
Memaksa diri dalam rindu
Berharap aku masih seperti dulu

Padamkan saja parut luka
Masa yang tak berputar semula
Pendamkan saja resah itu
Berjalan waktu ini lebur dirimu
Dirimu

Album Search terbaru - Nama Yang Kau Lupa

Search - Nama Yang Kau Lupa


satu kesedihan.
yang indah diiramakan.

maafkan aku Tuhan. 

Sabtu, Mei 25, 2013

langit malam

di pagi 19hb Januari 2013 haritu,
yang menjadi teman saya sejurus selepas Amma pergi adalah
langit malam.

here goes for you, langit malam.


langit malam
sungguh indah
kelip cahaya
hias kelam

langit malam
jadi teman
tempat luah
hati gundah

langit malam
sungguh baik
jadi teman
hati sunyi


c/o
oh langit malam
saksikan air mata
sebagai tanda cinta
merayu masa lagi
untuk bersama

langit malam
jadi saksi
kisah cinta
yang terpisah

langit malam
penenang hati
kerna benar
janji Tuhan

langit malam
selalu ada
pada hati
yang percaya.


p/s: mencari yang sudi jadikan langit malam satu lagu berinsrument. 

Ahad, Mei 12, 2013

surat kepada wakil rakyat. air-con kereta saya rosak.

This is a letter to my beloved Amma.


Assalamualaikum wahai ahli kubur,

Mak,
pagi tadi kami datang kubur Mak.
Adik Rania pun ada Mak,
dia asik senyum masa tuh,
Mak tegur dia ye..

*senyum*


Mak,
nama adik Rania tuh panjang Mak.
Bego tu degil, ebby dah pesan kat dia, jangan bagi nama anak panjang-panjang,
kalau dia sekolah nanti, anak orang lain dah jawab soalan nombor 5, anak dia tengah tulis nama lagi.
tapi dia nak jugak nama Nuren Rania Surfina binti Muhammad Hisyam tu.

Mak,
muka adik Rania macam muke bego masa kecik dulu.
muka baik, muka perlu dibuli.
haha.
tapi Mak jangan risau,
Auntie B dia ni takkan buli adik Rania.
haa, Auntie B ni jugaklah yang basuhkan uri dia.


walaupun adik Rania tak dapat peluang kenal Mak,
tapi InsyaAllah, kami akan perkenalkan Wan Besah pada dia bila dia dah boleh faham nanti.
sampai sekarang pun Arieana selalu sebut "Wan!"
dia rindu kat Mak.
sama macam kami semua Mak.

ebby tak pasti macam mana kami nak tempuh Ramadhan dan Syawal tahun ni.
inilah tahun pertama di mana semuanya tanpa Mak.
tanpa Mak punya rendang.
tanpa Mak punya air tangan.
tanpa Mak berbuka puasa.
tanpa Mak menyambut raya.
tanpa soalan Mak "raya tahun ni nak pakai baju warna apa?"

Mimin pulak Mak,
dia habis exam betul-betul sebelum hari Raya.
dia akan balik lambat sebab dia nak siapkan report dulu.
InsyaAllah Mimin balik raya ke-2 atau ke-3.

Mimin sekarang makin banyak diam.
dulu susah nak online kat Skype,
sekarang pun sama je Mak.

ebby paling risaukan dia mak.
macam mana mak risaukan, kesiankan dia,
ebby pun.

ebby jauh lebih untung dari dia,
ebby sedih, ebby ada adik beradik dekat dengan ebby.
saudara mara pun dekat.
kalau ebby tak ada duit sangat,
ebby boleh pinjam dengan bego.
tapi mimin sorang-sorang kat sana.

semua dia hadapi sorang-sorang.
ebby rasa kesian sangat kat dia.
ebby rasa bersalah sangat kat dia.
ebby tiap-tiap bulan senang-senang je mintak duit kat dia,
dia yang susah payah baito.
penat  kerja, penat belajar lagi.
dia punya duit belanja pun tak cukup,
tapi masih hantar ke Malaysia jugak.


Mak,
Ebby sekarang dah kerja kat UIA.
kerja part time AA.
Alhamdulillah dapat rezeki kerja yang dekat dengan rumah.
selain tu,
ebby keje part time jugak kat kedai kek King's Bakery.
ebby harap gaji yg ebby bakal dapat nnt,
walaupun tak banyak, boleh tolong kurangkan beban mimin.
InsyaAllah.

Mak,
air-con kereta  wira rosak lagi.
adoi2.
bulan lepas dah repair, tapi rosak semula.
InsyaAllah, ada rezeki lebih sikit,
ebby repair.


Mak,
ebby nak mintak maaf.
keadaan kita tak banyak berubah dari dulu.
kalau dulu duit tak cukup, sama jugak sekarang.

tapi sekarang, keadaan rumah ni makin suram.


sunyi.



dulu,
ebby suka tengok dalam rumah dari dalam kereta.
ebby nampak pinta terbuka.
mak duduk depan komputer atau depan tv layan sinetron.

tapi sekarang,
pintu bertutup aja.
semua orang pergi kerja.


kadang-kadang,
nak hilang sunyi,
ebby pergi umah arwah Abah Kuantan.
ebby suka pergi sana Mak.
kat sana, ebby boleh merasa jadi 'seorang anak'.
ebby dapat peluang tolong Mak Long.
macam yang ebby dengan Mak.

kadang-kadang,
ebby ngan Ayep pergi rumah bego.
bila tengok muka baby Adik Rania,
rasa happy hati.

Mak,
Ayep sekarang dah berhenti kerja kat stesen minyak Shell tu.
kesian  dia.
macam-macam jadi.
manusia berubah Mak.
tapi InsyaAllah,
akan ada rezeki terbaik untuk Ayep.

Mak,
Abadi jatuh motor baru-baru ni.
motor dia calar balar, ada rosak sikit-sikit.
mujur Mak tak ada, kalau tak, memang kena bebel Abadi tuh.
PekTam ngan MekTam suruh dia pergi klinik tapi dia degil.
dia tak pergi pun.

ni malam ni,
dia pergi main badminton lagi.


surat untuk Mak ni dah jadi surat makcik-makcik mengadu kat wakil rakyat dah.
haha.

semua benda tak elok je yang ebby cerita.
sori-sori.
InsyaAllah, surat kedua nanti ada perkembangan yang positif.
cewahhh.


Mak,
ebby terdapat idea satu lagu.
tapi belum complete lagi.

nak ebby nyanyikan,
tapi suara tak beberapa nak merdu.

ini baris liriknya
yang ebby terfikir buat masa ni.

here goes nothing:

dari mana kau datang
ke mana kau nak pergi
siapa kau sebenarnya
adakah kau terima

dari mana kau datang
ke mana kau nak pergi
siapa kau sebenarnya
aakah kau gembira

ke mana kau nak pergi
di manakah kau kini
adakah mimpi menjadi
atau masih tercari-cari

chorus:

hidup
bukanlah kisah yang kita cipta
senyum
walau hati remuk terluka
tangis
tak bermaksud kita pendosa
bangkit
sembuh dari ..... ( belum ada idea untuk habiskan)



best tak Mak?
mestilah best.
ebby kan berbakat.
ngeh ngeh ngeh.

*senyum*


Mak,
ebby ingat nak tulis buku kisah kita.
tapi tak tau samada ini bagus atau tak.
tak tau samada ebby mampu atau tak nak tulis.

*senyum*


sebabnya,
ebby dah berangan nak menulis diari masa mak operation 2010 dulu.
tapi tak tertulis,
penat.
tertido.

kalau nak tulis sekarang,
takut ada terlepas point yang penting sebab dah lama kan.
ebby ni pelupa.


ebby rasa sampai sini dulu.
sekarang dah pukul 1 pagi Mak.
mujur besok hari Ahad.
mak selalu marah ebby tido lambat.
hehe.

Mak,
lagi satu,
ebby dah kemas bilik ni.

*senyum*


ok.
tu je.

Assalamuaikum wahai ahli kubur.