Memaparkan catatan dengan label rindu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rindu. Papar semua catatan

Selasa, Mei 20, 2014

throw back

Air mata masih murah untuk kenangan yang berkait dengan Amma,

Semuanya kerana rindu.

Dulu,
Saya cuba sedaya upaya untuk baget strong.
Bagi saya berjaya untuk tidak menitiskan air mata di setiap rindu buat Amma adalah tanda saya makin matang dan tabah makin hari.

Namun,
Erti rindu bukanlah setakat itu.

Rindu itulah penghubung antara saya dan Allah.
Kerana jasad sudah tiada.
Yang ada untuk saya tadah bawa ke mana2 ialah kenangan. Rindu.

Rindu ini memang akan bersulam air mata dan rasa kejam yang amat.

Tapi inilah hadiah paling besar dari Allah.

Bagi saya,
Rindu buat saya ingat untuk berdoa pada Allah untuk berkati Amma di sana.

Rindu buat saya ingat pada mati. Yang satu hari nanti saya juga akan menyusul Amma.

Rindu buat saya sedar yang hati saya masih hidup.

Saya patut risau jika rindu ini makin hilang.

Untuk yang telah kehilangan,
Jangan risau atau malu untuk rindu.
Menangislah.

As long as you have Him,
InsyaAllah, you are human enough.

Selasa, November 05, 2013

sampai tua.tak terjemahkan.

baru sampai dari Teluk Ramunia, Johor petang tadi.


semalam balik sana,
Mak Long Johor dah dijemput.

sungguhlah.
benarlah.

takdir Allah tak ada siapa boleh lawan.






ke 4 tahun 2013.

Amma 19.01.2013
Abah Kuantan 16.02.2013
Atuk 20.06.2013
Mak Long Johor 04.11.2013



kalau William Shakespears ada Romeo dan Juliet,
kalau Yusof Haslam ada Sembilu,
kalau arwah Yasmin Ahmad ada Sepet,


saya ada kisah idola saya juga.



walau didikan agama mereka biasa-biasa saja,
tapi hati dan sayang mereka sangat tulen dan ikhlas.


tulisan atas layar putih macam ni
takkan dapat sampai semua yang saya tonton.
tak terjemahkan.

Mak Long Johor adalah kakak sulung.
berkahwin dengan Pak Long namun tidak direzekikan zuriat sendiri.

mereka mengambil 3 orang anak angkat.
arwah Abang Nuar,
Abang Madi,
dan Kak Irah.


semuanya dididik, dibesarkan dengan kasih sayang tak ada pilih.
sakit mereka, sekolah mereka, makan mereka, pakai mereka, kahwin mereka.
semuanya serba mewah.


kisahnya Mak Long berdua selalu dengan Pak Long.
mereka berdua boleh di cap "kaki berjalan".
pantang ada kenduri,
seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia mereka akan pergi bersama-sama.
dari muda sampai ke tua.
saya pun tak tahu berapa puluh tahun.
sampai ke tua oke.


dari sihat hingga ke bertongkat.
dari sihat hingga ke katil dialisis Hospital Kota Tinggi Johor.

setiap kali ada anak saudara mereka yang berkenduri membina masjid,
merekalah paling 'lorat' memasak bagai lauk pauk,
semua masakan atas darat dengan dalam laut nak dimasaknya.

kalau kita berkunjung ke rumahnya,
Allah....
loratnya, semua lauk nak beli,
semua nak masak.

kita sedang makan,
disuruhnya tambah lauk lagi,
tambah lagi,
tambah lagi.


di setiapnya Pak Long berbaring buat dialisis,
Mak Long duduk di sisi,
setia.
temani.

sampai siap.
pulang bersama-sama.
Rabu dengan Jumaat nanti datang lagi.
InsyaAllah.




hari ini,
Pak Long pergi ke rutin 3 hari seminggunya,
tanpa ditemani zaujah.
tanpa ada zaujah yang menanti kepulangannya.



ini satu ujian.
ini satu hijrah.


semacam mana hati saya remuk
di malam pertama tanpa Amma,

saya boleh rasa remuknya hati Pak Long di malam ini.
di saat semua saudara mara kembali ke tanggungjawab harian,
hilang riuh,

tinggal sunyi.


tinggal ruang yang mengingatkan kepada arwah.
baju.
katil.
kerusi.
ubat.
wheelchair.
telefon.
gambar.


semuanya.
di setiap penjuru rumah.
semuanya adalah satu tusukan paling tajam dalam hati.


rindu.




*air mata melimpah*






rindu akan sembuh (partly)
tapi dengan masa.
dengan segala macam seksa yang perlu di hadap dengan iman.



nak sembuhkan hati,
memang kena mintak dengan Yang Maha Tinggi.


saya doakan Allah sentiasa bantu Pak Long
menempuh sakit fizikal dan sakit rindu.




kita pun satu hari nanti
akan susuli.




Ya Allah,
kurniakanlah khusnul Khatimah pada kami.
Matikan kami dalam Iman.

Amin Ya Rabb.

Selasa, September 17, 2013

kuasa doa yang daulat amat

buat para jemaah yang dijemput ke tanah suci pada tahun ini.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Tahniah.

saya jelez.


haha.


di sana banyak lain dengannya dengan tempat tinggal kita.
di sana jaga hati dan jaga mulut
jaga pandangan dan jaga telinga

di sana doa adalah sangat makbul
lantas, usah di doa yang buruk keji

di malam pertama menjejak kaki  di Mekah Al-Mukarramah,
makanan yang disediakan kehabisan.

tak sempat saya dapatkan.
perut yang lapar jadi lupa.

kerana debarnya
akan berhadapan dengan Kaabah dalam beberapa minit saja lagi.

melaksana umrah buat kali pertama sangat mencabar,
waktu 2 pagi panasnya ibarat siang hari.

ramainya manusia,
berhimpit, ditolak, rasa takut terpisah.


sabar adalah kunci atas segalanya.
iya?


sepulang dari MasjidilHaram,
perut mula berbunyi.

dalam hati saya mengadu
pada Allah,
"Ya Allah, laparnya perut saya"

SubhanAllah.
AllahhuAkbar.

Allah Maha Mendengar.
Allah Maha Mengasihani.

jalan yang kami lalu di kaki lima kedai,
tuanya menyedekah kebab dan air kotak
pada setiap kami.

MasyaAllah.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.


*senyum*


tak tergambar dengan perkataan betapa
rasa gembira syukur saya di saat itu

rasa itu sangat sweet.


*senyum*



teruskan berdoa.
doa yang baik-baik ya!

kepada semua bakal tetamu Allah yang istimewa,
Semoga selamat pergi dan kembali
samada kembali ke pangkuan keluarga
mahupun kembali ke sisi-Nya.
selamat hendaknya.

kerana ramai sekali yang
ingin kembali di sana.

moga mendapat haji yang mabrur
dan
menjadikan ini satu titik tolak
yang mengubah sempadan iman.


InsyaAllah.


Ya Allah,
berkatilah kami semua dengan rahmat-Mu.

Fynn Jamal - Biar (Lirik)

 membuatkan saya rindu pada
di setiap malam
di mana saya menyelimutkan Amma.

dah lama saya tak ke sana
dengan rasa yang beribu

dan kini
yang tinggal
adalah kerinduan.


Ahad, Ogos 18, 2013

Amma, ebby rindu.

Salam Syawal semua.


*senyum*


entri ini untuk saya bebelkan kisah anak yatim yang kali pertama berhari raya tanpa Amma nya.

hari Selasa petang, lepas habis kelas, saya bertolak balik ke kampung halaman yang dirindui.
sampai Kuantan sedang elok berbuka.

berbuka kat padang lagi.

*so nostalgik*


balik ke rumah adalah satu momento yang sangat melankolik.
air mata saya hampir-hampir nak jatuh bila berdiri di ruang tamu yang kosong.
setiap ruang memberi ingatan pada Amma.
menyedari kenyataan yang saya takkan dapat beraya dengan Amma tahun ini adalah terlalu kejam.

sebanyak mana saya terlalu 'selok' untuk pulang beraya di Kuantan,
sebanyak itulah saya rindu saat-saat beraya bersama Amma.
sebanyak itulah saya sedih.
sabanyak itulah saya berdoa pada Allah jangan lembikkan hati saya di pagi raya.


*senyum*


pecah rekod, Syawal kali ni dapat solat sunat Aidilfitri.

*tepuk bahu sendiri*
*senyum bangge diri*
kemudian,
*ketawe orang jahat keji yang berlagak*
*sambil cekak pinggang*



dan part seterusnya saya berhadap dengan tabah.
setiap ziarah yang saya lawat, saya bersenyum.


tahniah intan tahniah!


*tepuk bahu sendiri lagi sekali*


asalkan jangan sebut tentang Amma.


ok.
masih tak beberapa tabah.


tapi ini Syawal yang cukup tabah untuk saya.


tips yang boleh saya kongsikan kat sini,
lepas solat Isyak malam tu,
saya duduk lagi dan bercerita rindu dan sesal hati saya pada Yang Maha Mendengar,
saya menangis rindu pada Amma puas-puas di saat itu juga.
lepaskan.
jeritkan.
ngongoikan.

sampai puas.


sampai satu tahap,
akan kita dapat rasa yang kita dah puas menangis.
semua baris ayat novel hati saya, saya bacakan.
saya cerita satu demi per satu pada Allah.
sampai habis.


rupa-rupanya hati kita ni ada limitnya.
walau kita rasa dalamnya hati ibarat laut tapi tetap ada kira-kiranya.
ada ilmu hisabnya.


contohnya:
full of heart :100%
ada pembahgian tertentu yang menentukan keberadaan hati kita.

contoh:
kenangan takes up 25% of full heart
keinginan beli baju raya dan hal yang sewaktu dengannya takes up 25% lagi,
menyelesaikan hal-hal kerja takes up another 25%,
beribadat, bersedekah, mambaca Al-Quran takes up another 25%.

there goes your heart's calculation.
ini contoh.

dan 25% itu satu nilai yang boleh kita kongsi dengan Ar-Rahman.
walaupun sebenarnya Ar-Rahman Ar-Rahim sudi dengar 100% hati kita.
bak kata pepatah "kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan".

*senyum*




yakinlah.
janji Allah adalah pasti.



الَّذِینَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِآْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِآْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati menjadi tenang tenteram."
(Surah Al-Ra’du: Ayat 28)

dicopy dari sini

 

setiap 1% daripada 25% kenangan itu dapat ditimbal balik dengan nilai hati yang lebih tabah, tenang, dan aman.




soalnya sekarang, sebanyak mana hati kita yang kita kongsi dengan Allah?
bila last kita ber'dating' dengan Allah?





















semoga rahmat Allah akan sentiasa bersama kita semua. InsyaAllah.



Ya Allah,
Selamatkan, lindungilah saudara kami di Mesir sana.
Sesungguhnya kemenangan hanya di tangan-Mu.
dan berikan kemenangan di jalan agama-Mu Ya Allah.

Amin Ya Rabb.

Jumaat, Julai 19, 2013

baru

rindu pada dunia cyber ni.
maaf. sibuk dengan hidup baru.
ya.
hidup baru.


bila Allah takdirkan kita di tempat baru,
kerjaya baru,
tempat tinggal baru,
persekitaran yang baru,
pendek kata, semuanya baru untuk kita.


semua yang baru ini,
akan datang dengan ujian yang baru.

takkan ada repeating test.
Allah bagi yang baru punya.


saya ini budak baru belajar,
baru belajar macam mana nak mengajar,
baru belajar macam mana nak hafal jalan,
baru belajar macam mana perasaan mimin berbuka puasa sorang-sorang jauh dari keluarga,


tambah lagi, Ramadhan dah kita sekarang.


rindu pada Amma tak terkata.
saya tahu, bukan saya seorang saja.
rasa hidup kurang bila tak dapat bercakap dengan Amma.
rasa kurang tak dapat berbuka puasa dengan Amma.


*air mata jatuh*




Ramadhan pun dah cukup haru,
Syawal nanti, ....


ok.
Syawal, Syawal nanti baru fikir macam mana nak hadap.


sekarang.
Alhamdulillah kita semua Allah berikan rezeki, umur yang panjang dan peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan.
tahun depan belum tentu lagi.
jadikan Ramadhan tahun ini ibarat Ramadhan yang terakhir kita.


rebut.
kejar.
berlumba-lumbalah.


istimewanya Ramadhan adalah solat sunat Terawih.
ini hanya ada dalam Ramadhan.
sila kejar pahala solat ini.
Wether berjemaah atau berseorangan.
buatlah tiap-tiap hari semampu kita.


*terlalu rindu saat-saat Terawih di UTP*


dan apabila saya duduk di dalam masjid UKM ni,
bertambah rindu pada Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidilharam, Mekah.



Ya Allah,
jemputlah saya ke sana lagi bersama keluarga saya.
Amin Ya Rabb.


keduanya, banyakkan tadarus Al-Quran.
paling hebat boleh khatamkan Al-Quran dalam bulan Ramadhan ini.

memang saya tabik paling hormat.
terbaek!


ketiganya yang istimewa Ramadhan ini, bangun sahur.
mengantuk yang amat kan,
lawan.
baget tak beberapa nak ada, tak ada makanan nak sahur,
makan kurma pun boleh.
kurma tak ada, minum air pun dah memadai.

banyakkan bangun malam, buat solat sunat Tahajjud, etc.

banyakkan sedekah.


rebut.
kejar.
berlumbalah.

ini mungkin Ramadhan kita yang terakhir.




Ya Allah,
semoga rahmat-Mu sentiasa bersama kita semua. InsyaAllah.

Ya Allah,
berkatilah hidup kami di dunia dan akhirat.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Isnin, Mac 04, 2013

rindu

saya rindukan solat di MasjidilHaram.
saya rindu solat di Masjid Nabawi.
saya rindu berjalan kaki di gelap Subuh 4.30 pagi ke Masjid Nabawi.
saya rindu sujud dan berdoa sambil menangis di hpn Kaabah.
saya rindu berjalan kaki ke MasjidilHaram.
saya rindu minum air zam-zam apabila masuk ke masjid.
saya rindu duduk di dalam masjid menanti solat Isya'.
saya rindu udara segar dan sejuk Madinah.
saya rindu karpet merah MasjidilHaram.


Ya Allah,
saya rindukan segala2nya tentang bumi Mekah dan Madinah-Mu.


betapa bertuahnya insan2 yang bermastautin di sana.
betapa bertuahnya insan2 yang dilahirkan di sana.
dan betapa bertuahnya insan2 yang meninggal dunia di sana.


terima kasih Allah kerana jemput saya ke sana.
terima kasih Allah kerana izinkan saya solat di 3 masjid berkat-Mu.
terima kasih Allah kerana berikan saya minum air zam-zam  Mu.
terima kasih Allah kerana peluang saya berkelana di bumi para Nabi-Mu.
terima kasih Allah atas rasa indah dan manis semasa saya di sana.
terima kasih Allah atas rindu ini.


Ya Allah,
kekalkan rindu saya pada kiblat-Mu
sehingga saya dijemput lagi ke sana.

Ya Allah,
jemputlah ahli keluarga saya juga
serta insan2 yang saya sayangi
untuk menjadi tetamu-Mu.



Amin Ya Rabb.

Khamis, Februari 28, 2013

14011947-16022013

Selamat kembali ke sisi-Nya wahai roh yang dikasihi.

Al-Fatihah.
untuk arwah Abah Hj. Radzwan bin Hj. Mohd Yusoff.

perginya menyahut panggilan Illahi di Tanah Suci Mekah,
Alhamdulillah setelah selesai umrahnya.

disolatkan jenazahnya di Masjidil Haram,
oleh ribuan jemaah tetamu Allah.
Subhanallah.

dengan kain ihram itulah,
arwah dikafankan dan seterusnya dikebumikan.
Masya Allah.

betapa Allah pelihara hamba2-Nya yang soleh.




dulu, waktu abah bekerja di Genting, kami panggil Abah Genting, tp setelah arwah berpindah ke Kuantan, Abah Kuantan lah gelarannya.













*paused*

hanya air mata yang mengalir.
xdpt saya teruskan cerita tentang arwah.

gambar terakhir yg saya rakamkan