Memaparkan catatan dengan label membebel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label membebel. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 16, 2018

aku benci betul bila...

Semalam, balik dari opis, sebelum sampai rumah, aku singgah mamak, sebab nak makan capati.
capati kat situ memang sedap.
lembut.

lepas aku basuh tangan, aku duduk kat satu meja yang paling strategik iaitu, bawah kipas. haha.

masa aku baru nak duduk, aku dah nampak ade sorang lelaki tengok aku.
aku buat dono.
tapi dia masih tengok aku lagi.

masa tu aku tengok depan orang lelaki tu ada orang perempuan, yang mana aku assume itu adalah isteri dia.

aku benci betul..

harini, sebelum pergi IKEA dengan adik-beradik aku, kitaorang makan kat mamak yang lain. ade jugak aku sedar yang sorang lelaki ni tengok aku.
dia perati yang mata tak kelip tu.
dan kat meja dia ada jugak orang perempuan dan budak kecik yang aku assume isteri dan anak-anak dia.

aku benci betul..


benda macam ni dah lame dan banyak kali aku kena.
boring betul.

haih...
untuk kedamaian hidup aku semasa makan di mamak lepas ni, aku memang kena tukar seat kalau ade orang lelaki mate tak reti nak jage ni. tak respect isteri langsung.

kalau aku nak salahkan orang lelaki yang tak pandai jaga pandangan mate,
salah tak?

aku datang mamak pakai baju dengan seluar elok-elok kot.
takkan aku pulak yang salah.
aku datang mamak makan capati kot.
kalau aku nak makan kat mamak, jadi salah ke?
kena bungkus je?

letih fikir.
benci betul aku.


Ahad, Februari 11, 2018

masak memasak

Aku umur dah masuk 35 tahun 2018 ni.
selama aku hidup ni,
jujur, aku tak pandai masak.

setakat masa nasi goreng, megi, spagetti goreng boleh lah.
lepas aku tengok resepi dalam youtube, aku try sendiri kat rumah.

kalau nak aku masak nasi ayam, nasi minyak, nasi kerabu bagai tu,
gulai ke, kari ayam ke ape ke,
memang aku jujur ngaku, aku tak pandai.

kalau nak tengok sebab kenapa aku tak pandai masak,
aku boleh bagi macam-macam alasan.

contoh:
sebab aku duduk asrama sejak form 1.
dah tentu makan kat dewan makan.

sebab aku balik rumah, arwah Mak yang masak.

sebab aku tak boleh belajar dengan arwah.
aku panas bila dia komplen.
aku lambat kupas kulit bawang lah,
aku potong bawang lambat lah,
aku potong bawang salah lah,
aku salah amik mangkuk lah, kecik sangatlah,ape lah..

bila aku tarik muka, arwah pun naik hangin, last-last dia halau aku dari dapur.

aku pun pergi depan, tengok TV.
tanda protest.

hurmm...
aku masuk UTP,
aku asik beli makanan je kat cafe.
mane ade aku masak.

bila aku dah mula kerja,
baru aku belajar masak sikit2.

arwah pun dah takde.
satu kerugian.
sebab arwah Mak pandai masak segala-galanya.

sekaram,
bila aku msak kat rumah,
memam adik-adik aku komplen.

panas aku.

hadoi.
untuk orang tak pandai masak macam aku,
potong bawang satu yang benda yg cerewet tau.
apetah lagi nak potong sayur.
nak basuh ayam satu-satu.

bagi aku penatnya masak.
nak menyediakan segala bahan tu,
masanya amik banyak.

bila aku masak,
rsanya tawar.
rasanya pedas sgt.

mulut masing-masing macam longkang pulak.
tak reti jage hati aku langsung
buat aku panas.

aku merajuk,
tak hingin aku masak lagi dah.

haha.
bila fikir balik,
memang aku over sensitif masa tu.
haha.

well,
sekarang, aku masih belajar.
aku belajar dari kawan-kawan,
adik-adik,
youtube.

doakan aku berjaya pandai masak untuk keluarga aku secepat mungkin.
Thank you uols!


Selasa, Februari 06, 2018

Solat Jumaat

Hari Jumaat minggu lepas, aku drive kereta Kak Su dan kami, aku, Kak Su dan Kak Ikin pergi makan kat De Centrum.
takdalah jauh mane, tapi drive bagai.

waktu kami siap makan,
dah pukul 2.15.
jadi, jalan utama masuk blok A dah tutup sebab jalan jadi 'one way' nak bagi laluan kat semua jemaah lelaki yang baru balik solat Jumaat.
jadi, aku pun pusing ikut jalan Printing Unit, naik atas lalu depan blok B.
bila sampai simpang tiga, aku pun masuk sikit-sikit bila aku tengok ada gap antara kereta yang tengah jalan.

elok-elok kereta tu tengah separuh masuk, boleh kereta yang tadi jauh tu laju dekat nau dengan kereta Kak Su.

Bila aku dah masuk barisan tu, kereta belakang tu, driver nyer boleh cucuk-cucuk pulak kereta Kak Su.

Geram betul aku.

Ape masalah driver tu aku tak tau.
Baru lepas solat kot. ni baru beberapa minit hang keluar masjid.
Hang bukan baru keluar dari pub..

(boleh faham tak maksud aku?)


*mengeluh*

mujurlah kat Malaysia ni, undang-undangnya bagi orang lelaki je solat Jumaat.
orang lelaki je solat Jumaat pun dah parking berlapis macam jalan tu abah dia punya.
serabut.

macam manelah kalau orang perempuan pun boleh solat Jumaat.. macam kat Mekah, Madinah tu.


Isnin, Februari 05, 2018

reminder

"ikut arus dan masa Tuhan akan turunkan seseorang untuk berbicara supaya manusia itu dapat belajar dan tidak lari dari landasan."
Anna Alfah.

terima kasih Umi sebab sudi pinjamkan telinga dan sudi bagi nasihat pada saya.

aku ni jenis banyak fikir.
masalahnya fikir masalah ni, masalah jugak.
haha.

semoga aku boleh bertenang selepas ini dalam serabut dan tak.
 

Jumaat, Februari 17, 2017

weight loss journey katenyer.

Weight Loss journey.

Intan,
kau tengok, jaket tu dulu langsung tak boleh kancing.
sekarang dah boleh.

jadi, sila teruskan.
jangan pernah putus asa.

tak apalah makan nasik.
tak apa.
bukan dosa.

besok, mulakan semula.
sampai jadi.

yang penting,
tahun 2017 ni mesti jadi.

Jumaat, Februari 06, 2015

street buskers

hari Khamis haritu, saya pergi KLCC jumpa coursemate masa kat UTP.
naik tren turun LRT KLCC.

best sangat sebab kat stesen tu ada street buskers.

on the way coming to KLCC -- suara brother tuh memang macho bak Papa Rock.
best......

masa balik, brother Ayawan Musafir Singgah main flute.

*mulut ternganga*
*terpegun*

jakun lah sekejap saya kat situ.

sangat merdu....


silalah follow FB brother Ayawan Musafir Singgah dan subscribe pada youtube channel beliau. Kalau dapat dengar flute ni tepi pantai, bersama deruan ombak, tiupan angin laut...

perrrgghhhhh!!

PERFECT!

Rabu, Januari 21, 2015

seorang perempuan

harini saya belajar satu lesson yang sangat besar.
(bagi sayalah..)

seorang perempuan,
belajarlah setinggi mana,
kerjalah gaji sebesar mana,

akan ditanya juga soala-soalan cliche seperti:

"pandai masak apa?"
"pandai kemas rumah?"
"lepas mandi, tuala sidai balik tak?"
"baju letak atas lantai ke?"
"lepas makan, pinggan kotor letak kat sinki tak?"
"basuh pinggan sendiri tak?"
"kemas katil bila bagun tidur tak?"


soalan-soalan simple.

bukannya masuk dalam exam SPM.
bukannya ditanya dalam soalan interview kerja.
bukannya dikira dalam KPI untuk naik gaji.

tapi,

kebersihan,
kekemasan,

untuk saya,
saya beri full respect pada perempuan2 yang OCD ni.

(if that what people call them--OCD)

full respect to you.

saya kena belajar kemas dan membersih.

yosh!

Selasa, Mei 20, 2014

throw back

Air mata masih murah untuk kenangan yang berkait dengan Amma,

Semuanya kerana rindu.

Dulu,
Saya cuba sedaya upaya untuk baget strong.
Bagi saya berjaya untuk tidak menitiskan air mata di setiap rindu buat Amma adalah tanda saya makin matang dan tabah makin hari.

Namun,
Erti rindu bukanlah setakat itu.

Rindu itulah penghubung antara saya dan Allah.
Kerana jasad sudah tiada.
Yang ada untuk saya tadah bawa ke mana2 ialah kenangan. Rindu.

Rindu ini memang akan bersulam air mata dan rasa kejam yang amat.

Tapi inilah hadiah paling besar dari Allah.

Bagi saya,
Rindu buat saya ingat untuk berdoa pada Allah untuk berkati Amma di sana.

Rindu buat saya ingat pada mati. Yang satu hari nanti saya juga akan menyusul Amma.

Rindu buat saya sedar yang hati saya masih hidup.

Saya patut risau jika rindu ini makin hilang.

Untuk yang telah kehilangan,
Jangan risau atau malu untuk rindu.
Menangislah.

As long as you have Him,
InsyaAllah, you are human enough.

Selasa, Mei 06, 2014

hilang

hilang.

lost.
kehilangan.
come across in our life in several forms.


semalam,
kita have the perfect family.

harini,
bonda sudah tiada.


semalam,
kita have all teeth complete in numbers.
bila kita senyum, semua ada tersusun.

harini,
kita merana sakit teramat,
dan menanggalkan yang sakit,
adalah satu kehilangan yang perlu.

harini,
bila kita senyum, ada satu rongak di situ.


semalam,
kita masih selim,
muat baju size S dan M.

harini,
jangankan L, XL pun tak muat. sendat.
beli baju hanya yang mahal kerana susah dapat size yang sesuai.


semalam,
kita ada ramai kawan2,
ketawa, sedih, tidur, makan sama2.

harini,
ada kawan dah pindah,
ada kawan dah ada keluarga sendiri,
ada kawan yang tak lagi bertegur sapa,


semalam,
kita masih muda bertenaga.

harini,
naik tangga tingkat 3 pun mengeluh.


ah,
banyak yang saya dah hilang.



dem!


look where are we now.
take care of what we have now.
jangan sampai hilang.............

Khamis, April 03, 2014

daro blog ke insta

blog,
saya minta maaf.

saya dah sepikan awak kerana adanya teknologi lagi laju.



habislah angan-angan saya
tujuan utama saya memblogkan diri
di suatu masa dulu.


if only instagram boleh share pada blog.

kalau ada yang nak follow, saya ada di insta. Intan Najua.




Isnin, Februari 03, 2014

jawapan dari Allah itu paling sweet. indahnya --kekal.

adoi.
tak sedar diri betul.
besok lagi kerja.
sekarang masih di sini untuk membebel.


saya nak bercakap tentang baitulmuslim.

dari awalnya,
saya takut akan perkahwinan.
kerana contoh di hadapan mata saya adalah sangat tidak memberi motivasi yang positif.


namun,
bila usia yang makin bertambah,
saya melihat teman,
anak mereka makin bertambah,

saya jadi takut pula.

takut tak dapat kahwin.
takut tak dapat anak.


macam-macam takutnya.



di suatu tahap,
takut tak dapat kahwin menjadi takut untuk kahwin pulak.
rasa takut itu datang lagi.


kerana di setiap usia perkahwinan yang emas,
yang saya saksikan contoh-contohnya,
adalah bukan ending Walt Disney punya movie.
it doesn't end with " and the lived happily ever after".
that's bull.


in reality,
saya lihat nasib Amma.
nasib Mak Long Intan.
nasib Mak Long.
nasib Pak Long Johor.
nasib Mak Co.




kisah mereka,
buat saya terkedu.
kerana usia emas mereka, mereka keseorangan.
salah seorang telah pergi meninggalkan seorang lagi.


*air mata jatuh*


menulis di sini.
membuatkan saya terkenang wajah-wajah mereka,
cukup buat hati sayu.


membuatkan saya mempersoalkan kenapa akhir rumahtangga mereka begitu?
saya tahu.
ini soalan tak patut tanya pada takdir Allah.


tapi,
hati saya tetap nak tahu kenapa.
kenapa Allah berikan perpisahan pada mereka?
di usia emas pulak.


dari pandangan mata saya.
kasihan.
simpati.


apa erti perkahwinan yang sebenarnya?
apa pengajaran yang Allah nak beri pada mereka?
dan apa pengajarannya pada saya yang melihat?



satu-satunya orang yang menjawab soalan saya ialah Kak Tuty.

jawapannya mudah:

"perkahwinan itu tujuannya untuk mendapatkan redha Allah"





oke.
saya terdiam.



*telan air liur*



makan dalam betul.












life is a test.


kita kahwin dengan orang Cina ke,
kahwin dengan orang Jawa ke,
kahwin dengan orang Indonesia ke,
kahwin dengan orang kaya raya ke,
kahwin dengan orang tak beberapa nak kaya ke,


semua perkahwinan ini,
ada ujiannya yang Allah akan beri.
tanpa sedikitpun Allah beri melainkan sesuai dengan kemampuan kita.
tanpa seorang pun terlepas dari janji Allah.



lalu,

sehubungan dengan itu,
saya faham sudah.


silap saya adalah,
saya meletakkan harapan ending Walt Disney pada kisah cinta yang Allah ciptakan.



*angkat kening sebelah macam The Rock*

apekah?
mestilah tak match.



Walt Disney, you are so jahat!
you RUBBISH!
anak-anak saya ( if applicable) takkan diberi peluang untuk menjadikan your rubbish filem sebagai satu tujuan hidup.
you rubbish rubbish rubbish rubbish dabel rubbish triple rubbish dan RUBBISH EVER AFTER!



berkahwin-- ujian.
belum berkahwin --ujian.
tak berkahwin langsung --ujian.



berkahwin.
ceritanya,
tak logik nak doa supaya akhirnya derita.
doa yang terbaik tetap wajib.

namun,
pegang dalam hati,
ada liku di hari depan yang akan dipandu,
akan ada air mata yang jatuh bak air terjun,
akan ada nama yang akan tertulis di batu nisan,

right before our eyes.


hidup nampak kejam.
tapi sebenarnya,

life is a test.



*senyum*




stop living other people's life.
hidup kita pun bernilai yang tinggi.
sangat.





Ahamdulillah.
Ya Allah,
berkatilah hidup kami di dunia dan akhirat.
Amin Ya Rabb.

Kaabah bukan arah kiblat ku, bukan arah mu jua.

kali ini,
fokusnya adalah untuk memperbetulkan salah tanggapan kita sebagai Muslim terhadap agama kita sendiri, Islam.



tobat.
selama ini saya ingatkan Kaabah adalah arah kiblat saya.

tobat.
saya ingat saya sembah Kaabah selama ini.

sebenarnya,
ayat Al-Quran dengan jelas menyatakan arah kiblat kita yang sebenar ialah Masjidilharam.

masalahnya kita,
membaca Al-Quran tanpa tahu makna.
tanpa faham makna.

lalu kita membuta tuli mengikut kata para ustaz, ibubapa kita
seolah-olah itulah agama Islam yang satu-satunya.


Allah.



sedih betul.



ini bukti.
firman Allah yang jelas maknanya.




mari kita buat perumpamaan begini.

besok,
saya akan ke Mekah.
saya akan ambil Kaabah itu dah pindahkan ke rumah saya.


sejak itu,
di manakah arah kiblat semua umat Islam di seluruh dunia?
Masjidilharam atau rumah saya?


sudah tentu arah kiblat kita tetap sama.
mengikut ayat di atas.



*senyum*


kita semua buat silap.
tak salah bila kita tahu kita silap.
tak salah bila kita mengaku kita silap.
tak salah bila kita minta maaf atas kesilapan kita.
tak salah bila kita perbetulkan kesilapan kita.


yang saya belajar,
lagi kita lebih dewasa, bukanlah makna kita makin bijak pandai.

tapi,
kita makin banyak sedar silap yang ada.


InsyaAllah,
nanti saya entrikan satu demi satu.

InsyaAllah.



Alhamdulillah.
terima kasih Allah kerana menunjukkan yang saya salah.





Alhamdulillah.
Ya Allah, Ya Tuhanku,
berkatilah hidup kami semua di dunia dan akhirat.
kurniakanlah petunjuk dan hidayah-Mu pada kami.

Amin Ya Rabb.

Selasa, Disember 24, 2013

jalan-Mu

di penghujung 2013.
besok Krismas.

duduk bekerja di sini,
kerjanya banyak.
penat.

expenses minyak kereta tinggi.
tol lagi.
kering poket.

sebelum ni, malam hari bila kelas tak ada,
saya akan berlepak di rumah sampailah saya rasa bosan.

sekarang,
setiap malam saya ada pengisian
dari malam ahad hingga malam Jumaat.
lagilah penat.

tapi,
ini semua buat hidup saya lebih bermakna.

berkenalan dengan Interactive Dakwah Training (IDT) dan Hidayah Center Foundation adalah antara 2 perkara yang paling terpenting dalam hidup saya.

satu method yang saya punya buat masa ini untuk mendapat berbagai-bagai faedah.

terima kasih pada Kak Yan yang memperkenalkan Sheikh Nuruddeen Lemu pada saya.
terima kasih kepada Afiq yang menyuluhkan jalan. 
terima kasih pada adek Sue kerana sudi meneman, menjadi driver,  dan menghabiskan wang ke TTC Unity in Diversity di UITM Shah Alam di masa itu.

Alhamdulillah.

satu permulaan.

sehingga sekarang.

Alhamdulilllah.

Allah Maha Besar.
Maha Suci Allah.

Allah berikan saya teman-teman yang berpaksikan jalan menuju redha-Nya.
Alhamdulillah.

betapa banyak ilmu yang telah saya belajar.
tentang Usul Fiq dan Maqasid.
tentang perbandingan agama.
tentang Kristianisasi.


saya telah berdoa pada Allah.

saya mahu lama di jalan ini.
kerana bagi saya inilah jalan untuk saya
mengumpul dana ke alam barzah sana.

seandainya ada jodoh saya,
saya mohon dia juga berpaksikan jalan dakwah ini.
sama-sama sampai akhir nyawa.
anak-anak legasi penyambung cerita.
InsyaAllah.

kerja duniawi-saya dah ada.
kerja akhirat -saya dah jumpa.

*senyum besar*


yin dan yang.
balance.
itu yang Allah ajarkan.


Ya Allah, izinkan saya terus istiqamah di jalan-Mu Ya Allah.
Ya Allah, berkatilah kami yang sedang di jalan-Mu,
Ya Allah, berikanlah hidayah pada yang jauh dari-Mu,
Amin Ya Rabb.

Isnin, Oktober 28, 2013

Training the Trainers 25th - 27th October 2013

Tiga hari lepas, ( Jumaat, Sabtu, Ahad) saya attended kursus Train the Trainers kat Ikram Gombak.

jadi, to make things short,
generally,
kursus ini adalah training module 101,
melatih para daie memjawab misunderstanding tentang agama Islam,
daripada Non-Muslim dan Muslim themselves.


dan untuk penyakit ini,
ubatnya adalah ilmu.
mempersiapkan para daie dengan jawapan yang benar
apabila soalan-soalan ditanya oleh Non-Muslim.

proses untuk menjadi seorang penjawab soalan yang benar dan tidak diragui,
ada prosesnya.
ada basisnya yang perlu dikuasi, difahami.

 untuk saya ceritakan isi-isi kursus 3 hari di dalam satu entri blog adalah mustahil.

jadi, entri kali ini,
saya hendak kongsikan pendapat saya
tentang kesimpulan yang saya dapat dari kursus ini.


Bismillahhirrahmanirrahim.

Topik pertama sekali yang di perkenalkan
di hari pertama kursus, seawal pagi adalah Maqasid and Usul al-Fiqh.

Secara umumnya, maqasid = objektif,

Usul al-Fiqh = Principles of Islamic Jurisprudence.

Islamic Jurisprudence pula bermaksud = mempelajari dan memahami body of knowledge atau methodology yang diguna pakai oleh para Imam (yakni mazhab-mazhab).

kesimpulannya, setelah habis topik ini, saya dapat gambaran yang jelas bagaimana setiap mazhab ( school of thought) mempunyai pendapat-pendapat, fatwa-fatwa yang berbeza di dalam sesuatu isu.

contohnya:
Mazhab Shafie, bersentuhan kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram, akan membatalkan wudhuk.
tetapi,
Mazhab Hanafi, hukumnya tidak batal wudhuk.

lalu, dalam urusan Haji dan Umrah, sewaktu tawaf khususnya, kita akan mengikut pendapat Mazhab Imam Hanafi dalam isu wudhuk.

supaya, sekiranya, sedang kita tawaf dan tersentuk kulit lelaki secara tidak sengaja, takkan dikira batal wudhuk kita. kita boleh teruskan tawaf sehingga tamat 7 pusingan.

kerana apa tidak dikira batal? kerana keadaan proses tawaf itu berhimpit-himpit lelaki dan perempuan. sangat besar kemungkinan kita akan batal wudhuk beberapa kali. apabila kita asyik berulang alik memperbaharui wudhuk, tak tahu bila kita akan siap tawaf pula. jadi, ulama sepakat, dalam hal tawaf, akan mengikut pendapat Iman Hanafi.


setelah mengikuti kursus ini,
saya faham bagaimana setiap mazhab sampai kepada pendapat-pendapat dan fatwa-fatwa mereka.
dan saya faham kenapa ada perbezaan pendapat di antara mazhab-mazhab ini.
dan, saya faham kenapa di dalam sesuatu isu, mazhab ini akan mengikut pendapat mazhab yang satu lagi.

dan kefahaman ini adalah paling basis dan paling penting untuk menjadi penjawab soalan yang benar dan tidak diragui.


fuh!



dan,
apa yang diajar ini adalah module 101.
bermakna ini adalah training yang paling basic sekali.
akan ada module 102, 201, 202 dan 301.


*tarik nafas panjang*

long way to go.


Alhamdulillah.
kerana Allah berikan saya peluang untuk
dapatkan ilmu ini.

:)



selesai kursus ini,
selain daripada belajar-belajar ilmu yang baru dan membuka mata,
saya rasa sedih jugak.


saya nampak yang masalah-masalah sosial yang kita hadapi sekarang,
adalah kesan daripada kesilapan kita sendiri.
kebanyakkannya,
kesilapan pemimpin-pemimpin,
kesilapan para pendakwah.



contoh:
pencuri dihukum penjara.
kita hina sifat mencuri sebagai malas berusaha, dan hanya mencari jalan mudah untuk mendapat sesuatu.
kita hukum pencuri.
padahal,
kita yang' membesarkan' pencuri itu dari kecil dan sudah tentu dengan didikan seperti itu, akan terhasil manusia bersifat pencuri.

kita tak dapat selesaikan masalah kecurian dengan cara hukuman semata-mata.

metaforanya:
seorang doktor akan dikunjungi oleh pesakitnya  yang demam berkali-kali walau ubat dah diberi di setiap kalinya.

yang tertinggal adalah, apakah punca sebenar pesakitnya selalu diserang deman?






inilah masalah kita sekarang.
apabila ramai penagih-penagih dadah,
apabila ramai remaja lari dari rumah,
apabila ramai remaja yang mengandung anak luar nikah,
apabila banyak kes pembuangan bayi,
apabila banyak kes murtad,


kita berusaha siang malam,
labur duit ribu raban,
untuk membendung masalah tu.
buat ceramah sana sini.
buat  rumah perlindungan untuk bayi-bayi dan ibu muda.
buat pusat serenti.

usaha itu sangat mulia.
tak saya sangkal.
moga Allah sajalah yang membalas jasa kalian yang bertulangkan 4 kerat untuk membantu mereka itu.



tapi kita hanya akan goes round and round and round,
tak akan habis.

sebabnya kita gagal kenalpasti punca akar masalah-masalah tersebut.


di sebalik usaha membendung,
kita perlu mulakan tanya soalan,
kenapa mereka lakukan itu
dan
kenapa mereka boleh sampai ke jalan itu?


dengan nama Allah,
percayalah,
jawapan yang akan anda terima adalah subjektif.
namun,
semua jawapan itu akan berbalik kepada,

kurang penerapan nilai - nilai agama di dalam hati mereka.


agama Islam dah gariskan panduan,
apa yang Allah suka kita buat
dan apa yang Allah tak suka dan tak bagi kita buat.


tidak dinafikan,
setiap pelajar belajar subjek Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral di sekolah rendah dan sekolah menengah.
mereka diajar: jangan mencuri, jauhi zina, mereka belajar fardhu Ain, solat, membaca Al-Quran dan lain-lain.

mereka diuji dengan ujian Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, SPM dan STPM dan lain-lain.

namun,

kenapa kita masih lihat masalah sosial berleluasa?

kerana kita mendidik mereka Pendidikan Agama Islam hanya salah satu mata pelajaran yang perlu lulus bukannya salah satu cara hidup.


padahal, Islam is a way of life.
lihatlah wasiat terakhir Nabi Muhammad SAW.

ambillah pengajaran darinya.
apabila kita sedar betapa sayangnya Nabi kepada kita,
menangis jasad dan qalbu.

itu dari sudut pendidikan.



kita lihat dari sudut kekeluargaan.
hari ini kita menilai Melayu mesti beragama Islam.
Melayu = Muslim.

kita terlalu mengadatkan agama Islam.

ini tak salah,
kita perlukan adat, tanpa adat, tak ada identiti bangsa Melayu.
dan kita perlu bangga dengan adat Melayu kita.

bila kita terlalu mengadatkan agama dan bangsa,
apa yang kita nampak agama Islam digunakan bila Hari Raya,
agama Islam itu di majlis perkahwinan.
agama Islam itu di masjid-masjid sahaja.
agama Islam itu dimiliki tok guru alim ulamak.
agama Islam itu dilaksanakan di kala ada kematian.

kita beranggapan,
kita tak nak jadi extremist, kita beragama biasa-biasa saja.


kita dah pakai baju kurung,
kita dah pakai baju Melayu,
kita dah pakai tudung,
kita dah pakai songkok,
kita dan kerja bagus,
kita dah kawin,
kita dah ada anak,
kita dah bagi duit bulan-bulan pada mak ayah di kampung,
kita dah solat wajib 5 kali sehari,
kita dah puasa,
kita dah bayar zakat,
kita dah sedekah kat pakcik buta yang main alat muzik di pasar malam,
kita dah didik anak sebaik mungkin,
kita nak pergi umrah dan Haji bila mampu.
kita dah pencen nanti,
kita nak bertaubat, nak pergi masjid,
sampai kita mati.

inilah persepsi kita sebagai Muslim biasa-biasa saja.





manakala, jadi pendakwah, adalah tahap extremist.
pakai purdah,
pakai judah hitam di pasar raya,
pakai serban dan celak mata,
bersyarah di masjid, televisyen, radio, youtube dan lain-lain.
pakai tudung labuh,
pakai sarung kaki,
pakai sarung tangan,
yang perempuannya tak nak bersalam dengan orang lelaki yang bukan mahram,
mereka membaca al-Quran di dalam train,
mereka pergi kelas agama,
mereka tak makan di gerai yang tak ada logo Halal JAKIM.

dan lagi dan lagi dan lagi...


kita di didik dengan pemikiran yang normal dan biasa saja.
contoh:
belajar pandai,
dapat result SPM bagus,
masuk universiti,
dapat kerja bagus,
kahwin,
ada anak,
hantar anak masuk universiti,
anak kawen,
dapat menantu dan cucu,
kita mati.


habis sampai situ.


anak-anak kecil dididik dengan erti hidup yang terlalu lakonan dan fantasi.
dan memisahkan garis kehidupan dengan garis menjadi hamba-Nya.

padahal kita hidup dan mati adalah untuk menjadi hamba-Nya, beribadah kepada-Nya.

Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku 
(Adz Dzariyat : 56)


apabila, ibu dan bapa, masyarakat gagal menyampaikan dan menerapkan tauhid, muamalat, ibadah Islam di hati anak-anak mereka, maka, mereka menyerahkan tanggungjawab itu pada sektor pendidikan.


namun tadi, kita dah lihat bagaimana pendidikan juga gagal menjalankan tanggungjawab tersebut.


lalu, terhasillah masyarakat yg kita hadapi sekarang.
kitalah yang  'membesarkan' pencuri, penzina, pembunuh dan sebagainya.

tapi kita tak sedar hakikat ini.



sebab apa,
sebab kita tak tahu yang kita buat salah,
kerana,
perasaan orang yang tak tahu dia buat salah
adalah dia rasa dia betul.

apabila kita rasa kita betul,
kita akan rasa kita tak perlu tambah ilmu.

apabila kita rasa kita betul,
kita akan rasa apa yang orang lain cakap adalah salah
padahal benda yang dicakap itu adalah betul.

apabila kita rasa kita betul,
kita tak akan buat perubahan dalam hidup.




inilah masalah kita,
kita rasa kita betul.
menteri pendidikan rasa dia betul gubal prinsip pelajaran yang macam tu.
mak ayah rasa dia betul beri duit banyak tapi kurang beri masa untuk anak supaya boleh belajar dengan baik dan sempurna.
masyarakat rasa dia betul bila orang lain buat seperti yang dia hendakkan.
anak-anak rasa dia betul bila dia dah tunaikan kehendak dan tanggungjawab pada makayah.


inilah masanya kita buka mata.
apa yang kita rasa kita betul selama ni,
belum tentu betul yang sebenar seperti yang Allah SWT dah gariskan.

kita akan betul bila kita ikut rules and regulations of Allah.
itulah kita punya benchmark.


how to start?
by asking questions to a qualified person.
then, you will get answer that guided by Allah's rule.



Ya Allah,
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun,
ampuni dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibu bapa kami,
ampuni dosa-dosa anak-anak dan cucu kami,
ampuni dosa-dosa saudara mara kami, sahabat-sahabat kami,
ampuni dosa-dosa masyarakat kami, pemimpin-pemimpin kami,

ampunilah dosa-dosa kami di kala kami tidak mengetahui.

Ya Allah,
tunjukkan siratal mustaqim pada kami Ya Allah.


Amin Ya Rabb.

Selasa, Oktober 22, 2013

decide to live

pagi semalam,
saya keluar dari rumah pergi Bandar Seri Putera dulu,
isi minyak kat Petronas.

on the way,
ada simpang  tiga  (untuk ke arah Nilai 3).
saya gerak lurus.
saya nampak beberapa kereta buat u-turn.

tapi,
saya ignore kan,
pedal minyak saya tetap tekan sebab saya yakin
mereka sempat siap bila saya akan lalu.


tapi,
ada satu Suzuki Swift yang tak berhenti,
dia buat u-turn juga walau saya makin dekat dan tak tekan brek.


oleh kerana dia tak brek dan makin dekat,
barulah saya tekan brek.
emergency.



untuk mengelak ke kanan,
mustahil, saya pasti akan menghentam Suzuki Swift merah tu.
jadi, satu-satunya pilihan saya elak ke kiri.


padahal kiri pun simpang, penuh kereta berbaris
tunggu turn nak keluar simpang
siap ada divider.



seriusli.
saya takkan sempat brek dengan kelajuan saya itu.
saya pasti yang saya akan langgar kereta suv kat depan sekali tu,
lepas tu naik atas divider.


tapi,
tak pun.





kesimpulan saya,
Allah yang sempatkan semuanya.

dengan kelajuan begitu, di ruang yang sempit macam itu,
kereta berhenti juga.


saya terdiam.
terkedu.



selepas beberapa saat,
barulah darah berderau naik ke atas muka.


saya melintang menghalang suv tu.
tak boleh gerak.
berdebar.


saya baru sedar
yang saya diselamatkan Allah dari kemalangan
yang saya fikir dalam kepala akan terjadi.




bersyukur kerana saya masih boleh bernafas di ketika itu.


kereta Suzuki Swift tu blah macam pengecut.
(ok. ini ayat marah)



pengajaran yang saya dapat,
saya perlu belajar satu perkara bahawa:
kereta ini ada brek.


saya perlu tekan brek instead of tekan pedal
bila berdepan dengan pemandu unte macam Suzuki Swift tu.


automatikeli,
mengelak,
akan ke arah kiri atau kanan.
yang terkemalangan dan termalang adalah saya dan sesiapa di kiri dan kanan.

dan,
di mana,
pemandu yg unte tadi takkan dapat apa-apa kecederaan jika terjadi kemalangan.
logik tak?


jadi,
sebenarnya keputusan di tangan kita.
walau seunte mane pun pemandu di hadapan yang membuat kesilapan,

keputusan di tangan kita.
letakkankan ego dan marah ke tepi,

keputusan di tangan kita.
ambil keputusan untuk tekan brek adalah tindakan bijak.


keputusan di tangan kita.
hidup kita kan.

memang saya marah pada pemandu Suzuki Swift tu,
tapi bukan dia saja yang silap.

saya pun silap juga.
silap baget.
saya baget pemandu tu akan berhenti bila nampak kereta saya.


dan seriusli,
saya rasa,
pemandu Suzuki Swift tu pun fikir macam saya fikir,
dia baget saya akan berhenti bila nampak dia nekad nak keluar.


well,
next time,
on road,
don't assume.

decide fast.

kereta kita ada brek,
use it wisely!

InsyaAllah.
selamat.


oh, lagi satu.


dan,
setiap kali gerakkan kereta,
saya akan mula baca doa naik kenderaan.



betul maksud doa tu,
bukan kuasa kita memandu, Allah punya kuasa.


*senyum*



decide to live.
oke?



Ya Allah,
kurniakan rahmat-Mu pada kami semua.
Amin Ya Rabb

jangan ambik kerja Tuhan.

rindu pada menulis.

*senyum*

banyak yang jadi,
ada di setiap hujung yang terjadi,
saya bercakap dalam hati:
"aku kena tulis dalam blog ni"


haha.



tadi,
saya baru baca update blog mimin.
orang tengah angau, ade girlfriend lah katekan.




kisahnya.
saya tak kenan langsung dengan perempuan macam tu.
seriusli.

perempuan yang tak bertudung.
instagram dia gambar ala-ala korean mata besar.
dia post gambar berskype dengan mimin pakai singlet je oke!


*horror*


apa-apa saja yang mimin cakapkan tentang awek baru dia,
saya akan banyak diam dan kutuk dalam hati.


*mengeluh*



dan,
pastinya mimin pun tahu yang saya tak suka awek baru dia tu.
saya,
jadi serba salah.
mimin balik bukan selalu,
nak jaga hati dia juga.

tapi saya kecik hati jugak,
dia balik sekali sekala,
tapi nak berdeting 360 jam sehari.


tapi kisahnya ini,
bukan kisah saya kecik hati atau apa.
ini benda biasa.
adik - beradik.


oleh kerana saya terlalu tak kenan dengan awek baru dia,
saya pun buat perkara yang selalu saya buat bila saya ada perkara nak luah
atau minta.

saya doa pada Allah,
janganlah mimin jadi dengan awek ni.
saya tak hingin perempuan macam itu menjadi adik ipar saya.
dan saya tak yakin dia akan jadi isteri yang solehah, menantu yang baik apatah lagi ibu yang mithali untuk anak-anak mereka kelak.

bayangan yang ada di mata saya adalah sangat horror!



jadi,
saya ni orangnya banyak cakap dengan mulut yang satu ni.
saya pun bergossip hal ni dengan kak Yan.

Subhanallah.
Allah berikan saya satu pengajaran yang sangat tinggi nilainya.


pesan kak Yan pada saya:

"Intan, Intan tak boleh doa macam tu. Intan tak boleh ambil kerja Tuhan. Jodoh kan ketentuan Allah. Intan sepatutnya doakan adik Intan dapat isteri yang terbaik. Dan, kalu dah tertulis budak perempuan itu jodoh untuk dia, doakan supaya budak perempuan tu akan diberi hidayah dan petunjuk. Doakan dia menjadi wanita yang solehah dan rumahtangga mereka bahagia hingga ke jannah."







dan,
saya





terdiam.



*muka sebek*





kesimpulannya,
saya terlalu sombong.
sombong dengan Allah pulak tu.

Astaghfirullah.


saya dah lupa,
yang dulunya saya juga tak ada apa-apa,
hidayah ini dari-Nya.

Allah berikan dengan hadirkan teman yang baik,
dengan kasih sayang.


*senyum pendek*
*geleng kepala sikit*



saya  sangat sombong dan berlagak
seolah-oleh saya sangat baik
macam saya konfirm saya ada tiket ke syurga
dan awek mimin tu konfirm ada tiket ke neraka.


hebat kan syaitan.
hebat bisikan halus syaitan
membawa saya ke jalan yang Allah murka.



Alhamdulillah.
saya bersyukur, Allah masih sayangkan saya.
saya bersyukur Allah berikan teman memberi peringatan seperti Kak Yan.
saya bersyukur Allah masih sayangkan saya walau sejauh mana pun silap saya.



dan bagaimana kasih-Nya Allah pada hamba-hamba-Nya yang hina penuh dosa,
begitulah saya sepatutnya pada setiap anak-anak muda yang jauh dari agama,
bukan membenci, bukan menghina.

tapi dengan kasih sayang,
tunjukkan pada mereka yang
Allah ada.
Allah sayangkan kamu dik.


sekarang,
nak kata saya dah bagi approval ke,
takdelah macam tu.
mimin bukan perlukan approval saya untuk buat sesuatu keputusan pun.

cumanya,
saya belajar untuk menerima keadaan sepertinya.
dan dah tentu saya doakan yang terbaik untuk mimin.
InsyaAllah.

dan yang terbaik untuk awek dia juga.



*senyum*

*lega*



sebagai kakak,
orang yang lebih tua,
(bukan bermaksud orang tua)
saya nak adik-adik saya bahagia
di dunia
dan
di jannah.


boleh jumpa satu femili di jannah sana.
dengan Amma.
dengan kakak.


*senyum*



Ya Allah,
semoga rahmat-Mu sentiasa bersama kami semua.
Amin Ya Rabb.

 

Ahad, Ogos 18, 2013

Amma, ebby rindu.

Salam Syawal semua.


*senyum*


entri ini untuk saya bebelkan kisah anak yatim yang kali pertama berhari raya tanpa Amma nya.

hari Selasa petang, lepas habis kelas, saya bertolak balik ke kampung halaman yang dirindui.
sampai Kuantan sedang elok berbuka.

berbuka kat padang lagi.

*so nostalgik*


balik ke rumah adalah satu momento yang sangat melankolik.
air mata saya hampir-hampir nak jatuh bila berdiri di ruang tamu yang kosong.
setiap ruang memberi ingatan pada Amma.
menyedari kenyataan yang saya takkan dapat beraya dengan Amma tahun ini adalah terlalu kejam.

sebanyak mana saya terlalu 'selok' untuk pulang beraya di Kuantan,
sebanyak itulah saya rindu saat-saat beraya bersama Amma.
sebanyak itulah saya sedih.
sabanyak itulah saya berdoa pada Allah jangan lembikkan hati saya di pagi raya.


*senyum*


pecah rekod, Syawal kali ni dapat solat sunat Aidilfitri.

*tepuk bahu sendiri*
*senyum bangge diri*
kemudian,
*ketawe orang jahat keji yang berlagak*
*sambil cekak pinggang*



dan part seterusnya saya berhadap dengan tabah.
setiap ziarah yang saya lawat, saya bersenyum.


tahniah intan tahniah!


*tepuk bahu sendiri lagi sekali*


asalkan jangan sebut tentang Amma.


ok.
masih tak beberapa tabah.


tapi ini Syawal yang cukup tabah untuk saya.


tips yang boleh saya kongsikan kat sini,
lepas solat Isyak malam tu,
saya duduk lagi dan bercerita rindu dan sesal hati saya pada Yang Maha Mendengar,
saya menangis rindu pada Amma puas-puas di saat itu juga.
lepaskan.
jeritkan.
ngongoikan.

sampai puas.


sampai satu tahap,
akan kita dapat rasa yang kita dah puas menangis.
semua baris ayat novel hati saya, saya bacakan.
saya cerita satu demi per satu pada Allah.
sampai habis.


rupa-rupanya hati kita ni ada limitnya.
walau kita rasa dalamnya hati ibarat laut tapi tetap ada kira-kiranya.
ada ilmu hisabnya.


contohnya:
full of heart :100%
ada pembahgian tertentu yang menentukan keberadaan hati kita.

contoh:
kenangan takes up 25% of full heart
keinginan beli baju raya dan hal yang sewaktu dengannya takes up 25% lagi,
menyelesaikan hal-hal kerja takes up another 25%,
beribadat, bersedekah, mambaca Al-Quran takes up another 25%.

there goes your heart's calculation.
ini contoh.

dan 25% itu satu nilai yang boleh kita kongsi dengan Ar-Rahman.
walaupun sebenarnya Ar-Rahman Ar-Rahim sudi dengar 100% hati kita.
bak kata pepatah "kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan".

*senyum*




yakinlah.
janji Allah adalah pasti.



الَّذِینَ آمَÙ†ُواْ ÙˆَتَØ·ْÙ…َئِÙ†ُّ Ù‚ُÙ„ُوبُÙ‡ُÙ… بِذِØ¢ْرِ اللّÙ‡ِ Ø£َلاَ بِذِØ¢ْرِ اللّÙ‡ِ تَØ·ْÙ…َئِÙ†ُّ الْÙ‚ُÙ„ُوبُ

“Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati menjadi tenang tenteram."
(Surah Al-Ra’du: Ayat 28)

dicopy dari sini

 

setiap 1% daripada 25% kenangan itu dapat ditimbal balik dengan nilai hati yang lebih tabah, tenang, dan aman.




soalnya sekarang, sebanyak mana hati kita yang kita kongsi dengan Allah?
bila last kita ber'dating' dengan Allah?





















semoga rahmat Allah akan sentiasa bersama kita semua. InsyaAllah.



Ya Allah,
Selamatkan, lindungilah saudara kami di Mesir sana.
Sesungguhnya kemenangan hanya di tangan-Mu.
dan berikan kemenangan di jalan agama-Mu Ya Allah.

Amin Ya Rabb.

Ahad, Jun 02, 2013

tak ada ganti

hujung minggu ni saya berpergian ke rumah arwah Abah Kuantan.
teman mak long.


sepi arwah abah di Madinah di saat dia peluk bahu saya,
selalu saya ingat.

saya terfikir: "apalah agaknya yang arwah nak wasiatkan pada saya masa tu?"



*tarik nafas *

*air mata bergenang*



kalau dilayan hati bila ingat kenangan umrah,
memang menangis.

tapi, life goes on.



setiap masa saya di rumah mak long.
adalah setiap masa saya renungkan wajah tua mak long.
saya renungkan matanya.

rasa kasihan.
mak long dan abah adalah ibarat belangkas.
ke mana-mana, mereka akan bersama.
umrah itulah, mereka terpisah oleh nyawa.


balik ke Malaysia sendiri,
duduk di rumah yang semua kenangan
mengingatkan pada arwah.
bantal,
baju,
masakan,
waktu tidur.

semuanya.



bila saya renungkan air mata mak long,
saya tertanya satu soalan dalam hati:

"apa sebenarnya erti perkahwinan?"


despite semua kisah2 dongeng drama TV yg menunjukkan kahwin kontrak and all the crap;

saya pasti, tujuan kita berkahwin bukan untuk sementara.
sudah tentu hingga ke akhir hayat.
hingga ke syurga.
nak bahagia.


betapa besar ujian Allah padanya.
hidup mereka adalah susah bersama dan senang bersama.
ke mana-mana bersama,
setelah lebih 30 tahun perkahwinan,
arwah pergi dulu.

tidak mudah untuk membiasakan diri dengan keadaan bersendiri.
tidak mudah untuk memaksa diri makan di kala selera langsung tidak ada.
tidak mudah untuk menahan air mata di kala bercerita tentang arwah di setiap tetamu yang datang.



*terdiam*




kisahnya mawar nafastari,
kehilangan arwah suami akibat kemalangan lebih tragik.
meninggalkan mawar menangis sambil memeluk kekwa yang masih bayi
di kala nurse menyampaikan berita wafat.



perkahwinan bukan habis cerita.
tapi,
cerita hidup yang lebih berliku.


untuk arwah Amma,
permulaan perkahwinan adalah indah.
hidupnya diduga apabila abah berkahwin lagi beberapa kali.
akhirnya dia memilih berpisah setelah 20 tahun bersama bersabar.



teringat kisah Mak Long Intan,
hidupnya menjaga suami yang sakit selama 4 tahun sehinggalah arwah pergi.
bertabah diri.
seorangan menunggu masa dijemput Tuhan.




siapa akan duga perkahwinan mereka diuji begitu?


ada membuatkan saya sedikit takut untuk berkahwin.
ada sikit.


teringat pada Angelina Jolie yang membuat pembedahan membuang kedua-dua buah dadanya demi takut pada kebarangkalian menghidap kanser payudara setelah didapati mempunyai gen yang boleh menyebabkan kanser tersebut.


adakah kerana takut pada penceraian, perpisahan, ditinggal keseorangan, lalu perkahwinan ditolak?



*menung*



betapa sedihnya Rasulullah SAW atas kewafatan Saidatina Khatijah RA.
sehingga di waktu makan bersama Saidatina Aishah masih disedia pinggan buat arwah.



*sebak*




tak ada ganti.


betapa indah Allah jadikan kasih sayang.
walau bentuknya kita lihat dengan mata kasar sangat kasihan pada yang ditinggalkan.
tapi inilah cinta tak ada ganti.
cinta sejati.


kalau anda jumpa cinta sejati di laut Titanic,
mungkin di padang pasir Laila Majnun,
atau di kesanggupan menelan racun Romeo and Juliet.


antara fiksyen dan realiti.


hidup berseorangan, penuh dengan ujian.
bersama pun akan tetap diuji.


lalu,
kenapa kita pilih untuk berseorangan kala diuji?


sudah tentu,
ganjaran Allah tetap ada untuk yang sabar di syurga sana.
mohon Allah sentiasa berikan kesabaran menempuh ujian.


ya?



semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua. InsyaAllah.
Amin Ya Rabb.

Khamis, Mei 02, 2013

PRU 13

saya tidak mengundi tahun ini.

rugi.
sangat rugi.


sejak layak mendaftar sebagai pengundi,
saya tak pernah ambik kisah untuk mendaftar.

saya tak minat politik.
politik malaysia kotor.
kutuk - mengutuk sesama sendiri.
sama je.



jadi, saya rasa keputusan saya untuk tidak menyebelahi mana-mana parti adalah selamat.
asalkan saya hidup aman dalam negara saya.

saya rasakan dengan tidak mendaftar dan tidak mengundi,
adalah bijak.
sebagai tanda saya tak gemar politik dan saya malas masuk campur.




sayangnya,
saya membazir masa saya.

baru sekarang terbuka mata saya.
kerana apa?
kerana saya telah belajar.
ilmu yang saya dapat, saya bandingkan dengan realiti.
dan, hasilnya, saya dapati banyak kepincangan.


aduhai Malaysia.




saya telah pergi ke pajabat pos untuk daftar mengundi tahun lepas,
dengan harapan dapatlah mengundi kali ini.
tapi, terlambat sudah.


tak apalah.
saya yang salah selama ni kerana terlalu malas ambik kisah.
jadi, di sini,
saya nak merayu undi daripada para pembaca.


oleh kerana saya tidak mengundi, undi saya bukanlah rahsia.
(walaupun hakikatnya pada yang mengundi pun, undinya bukan rahsia jugak)


kepada adik-adik di luar sana yang layak mengundi tapi tak tahu nak undi siapa,
saya mohon, undilah calon PR ( Pakatan Rakyat).
undilah bagi pihak saya.
saya minta tolong yang sangat-sangat.


kerana apa?
manifesto  PR: hutang PTPTN akan dimansuhkan sekiranya mereka memerintah.

saya punya hutang PTPTN berpuluh-puluh ribu dik.
bukan sepuluh, atau dua puluh ribu tapi tujuh puluh dua ribu.
( and the numbers are increasing because of the 3% riba that are charged every month)

that 3% represent RM 150.
bayangkan hutang saya bertambah RM 150 setiap bulan sepanjang waktu ini.
saya telah tamat belajar pada 2005.
sejak 2006 hingga 2013, riba ini meningkat terus.



PTPTN kata, 3% atau 1% adalah kos perkhidmatan.
kos perkhidmatan apa RM 150 sebulan untuk seorang peminjam?
RM150 x 12 bulan = RM 1800 untuk seorang peminjam.
yang meminjam dengan PTPTN bukan saya seorang.
sila kira dengan kalkulator.

haih.
banyak korapsyen.


ini adalah antara sebabnya saya mahukan PR menang PRU13.


untuk yang layak mengundi tapi tak mahu pergi mengundi.
jangan!

pergilah mengundi.
dan undilah calon PR.
bagi pihak saya.
bagi pihak peminjam-peminjam PTPTN yang tak mampu nak bayar hutang yang sangat berat.


walau cuma satu,
undi anda sangat berharga.


terima kasih banyak-banyak pada yang sudi.
hanya Allah yang Maha Mengetahui sahajalah yang dapat membalas kebaikan anda-anda.



ini entri rayu undi.
dan saya justifikasikan tindakan saya.
bukan untuk memburuk-burukkan parti kerajaan.
cuma minta fikir.
kita ubah.

ini kalilah!


Hasbunallah, wani'mal wakil
ni'mal maula, wa ni'man nasir.

Amin Ya Rabb.

Sabtu, April 27, 2013

yang penting doa

Jumaat haritu,
saya ber'pillow talk' dengan budak 6 tahun.
dia tanya tentang Mekah, Kaabah, Madinah...

saya tanya dia
" Zidane nak pergi umrah?"

si dia senyum malu-malu dan angguk.
"nak"



*senyum*

betapa bertuahnya budak kecil ni.
saya sedang umur macam ni dulu kala,
jangankan niat nak pergi umrah,
tak kenal pun Kaabah tu apa.


ini peringatan untuk saya.
InsyaAllah kalau saya diberi rezeki berkahwin,
diberi rezeki mempunyai anak sendiri,
saya mesti mendidik anak saya ke jalan Allah.
InsyaAllah.


*senyum*




saya nak kongsi di sini,
kalaulah anda semua ada teringin hendak menunaikan umrah,
doakan tanpa putus.
harapkan dalam hati sungguh-sungguh.

tak ada baget, tak apa.
doa saja.

tak ada mahram, kena cari.
doa lah hari-hari.



ini kisah saya.
sewaktu Amma selesai operation pada May 2010 dulu,
Amma niat nak menunaikan umrah setelah sehat dari chemotheraphy yang terakhir.


takdir Allah sangat besar,
jemputan datang untuk menjadi tetamu-Nya pada 4 Februari 2013,
namun, hajat Amma tak kesampaian.
Amma pergi pada 16 hari sebelum tarikh penerbangan.

saya berseorangan membawa hajat kami bersama.
tapi itu bukan kisahnya.


saya ini penganggur.
kerja yang pernah saya buat adalah bekerja di restoran McDonald's dan
bekerja di stesen minyak.

xcukup nak simpan duit untuk ke umrah.
sedangkan hutang PTPTN, masih berlambak-lambak tertunggak.


setiap kali saya memandang gambar Kaabah,
hati saya sebak.

setiap kali saya mengetahui sesiapa sahaja menunaikan umrah,
hati saya cemburu.

saya mohonkan pada orang yang tak saya kenal,
dan orang itu pun tak kenal saya,
saya mohon dia doakan supaya saya pun dapat ke sana.


saya layari website astro, mencari-cari ruang untuk menghantar surat pada program
Jemputan Umrah.




*senyum*



secara mudahnya,
hendaklah niat di hati untuk membuat umrah dengan selok seselok seloknye.

ok?
faham maksud selok?

selok = beria-ria
selok= bersungguh-sungguh



setelah beberapa masa dengan perasaan selok,
akhirnya Allah perkenankan doa saya.



cara Allah memberi kad jemputan kami untuk ke sana bermula begini:
seorang dermawan bersetuju memberi sejumlah dari rezekinya kepada kami berdua untuk menunaikan umrah.

di saat dermawan itu meluahkan hasratnya,
saya dan Amma terus menitiskan air mata.


Ya Allah,
terima kasih Allah.
Alhamdulillah.


tak sangka ada orang yang sanggup berkorban harta sebanyak itu.


banyak persediaan yang perlu dilakukan sebelum ke sana.
dengan keadaan kewangan yang serba kurang,
saya bimbang.

pasport.
suntikan.
pakaian ihram.
ubat-ubatan.
semuanya  jadi ada.
saya sendiri pun hairan, dari mana saya dapat duit tu.


kemudian, saya jadi risau tentang perbelanjaan di sana,
namun kuasa Allah sangat besar,
saya sampai ke Madinah dengan wang berjumlah RM 2 k.
di KLIA pun masih ada yang menghulur wang belanja buat beli aiskrim.


*senyum*


saya balik Malaysia, masih ada RM 40 dan SR 50.
tak habis belanja pun duit.



kesimpulannya,
saya miskin.
tapi Allah tak.
Allah itu Maha Kaya.
Allah itu Maha Pemberi Rezeki.
Allah Maha Berkuasa.


jadi beginilah,
semiskin manapun kita,
sebesar manapun dosa kita,
teruskan berdoa pada Allah.


kita doa yang baik-baik,
InsyaAllah, Allah berikan rezeki dari ceruk yang kita tak terfikir pun.
bila Allah beri,
Allah beri cukup dari A sampai Z.
dari sebelum, sedang, dan selepas.


yang penting DOA.