Memaparkan catatan dengan label great muvi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label great muvi. Papar semua catatan

Isnin, Disember 10, 2012

Istanbul, aku datang!

ini filem yg saya tengok kat youtube semalam dan kelmarin.
yer, saya siap donlodkan dlm lappy abg syam supaye die, Yana dan Kak Ita boleh tgk kat Cherul nnt.
haha.

kalu saya suka sesuatu cerite,
saya akan tonton berulang2 kali,
dan akan pakse org lain tgk jugak.

:p


poster movie


apa yang buat saya suka tentang filem ini adalah,
background filem yg cantik, lakonan yg menjadi (except Tomok...kurang jiwanya),sgt lawak, teknik kamera yang tip top, dan mesej yang nak disampaikan adalah sgt hidup dan banyak terjadi pada kita.


mulanya, saya rasakan Dian adalah perempuan gedik. dan saya paling menyampah pada perempuan gedik oke!
dan jln ceritanya terlalu klise seolah2 meniru2 filem barat.


tapi, baru saya sedar, perempuan gedik pun manusia biasa jugak.
kalau saya labelkan diri saya xgedik, saya tak boleh jamin diri saya selamat dari ditipu.
betul kata Haris.


jadi, at some point, masa dgr skrip tuh,
hati saya terdetik,
"aku pun rase macam tuh"

:)


rasa yang paling dalam adalah waktu Haris dan Dian bercakap kat tepi pantai yg anginnye sgt kuat.
dan saya pasti sgt sejok sekali.
haha.


topik perbualannyer adalah berkisar tentang perasaan ditipu, terasa diperbodohkan, rasa marah, rasa sedih.

yelah, mane ade orang yang tak sedih bila dapat tahu bf dia ade gf lain.
mesti rasa ditipu.
mesti rasa diri bodoh.
mesti rasa sedih krn dikhianati oleh org yg plg disayangi.

hurm..

tapi nasihat Haris sangat lurus.
Haris kata, "Maafkan jelah"


*senyum*


kalu ikut logik la, mmg xboleh nak maaf.
kalu ikut hati, mmg nak belasah bf yg xgune macam tuh!
tapi, macam mane die boleh maafkan?







tapi kan,
bila saya fikir2 balik,
memang betul. sangat betul.

bagi saya,
konsep maaf ini mesti ada 3 serangkai,
macam penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

3 serangkai itu adalah:

1) Maafkan semua kesilapan, penipuan, pengkhianatan, hina cerca dan sewaktunya dia pada kita.
2) Doakan kebahagian dia di samping gf/tunang/isteri dia.
3) Get over him dan kejar kebahagiaan hidup kita pula.

bagi saya,
inilah true love.
let go and let God.


apalah guna kita berdendam?
berapa lama nak hidup dengan perasaan benci?
setahun? 2 tahun? 5 tahun? 10 tahun?
sampai tua?
apa gunanya kita bencikan seseorang sampai tua?
apa yang kita dapat?





bila Allah suruh kita bersabar dan ucap Alhamdulillah bila ditimpa musibah,
memanglah sangat lurus.

“Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”

“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.”
(HR Ibnu Majah (no: 1597)



bila kita ingat Allah, hati akan jadi tenang.


Allah S.W.T.berfirman yang bermaksud: 
"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)



kita akan rasa yang masalah kita dah makin kecil.

nak dendam, xjadi benci.
nak marah, hilang marah.
nak bunuh diri, xjadi hiris tangan dengan pisau.


kita hidup xbahagia bertahun2,
adalah kerana kanser yang kita ternak,
kita yang memberi makan kanser untuk membesar,
kita yang memberi ruang untuk kanser beranak pinak cucu cicit bagai,
kita sendiri yang menyakitkan diri kita sendiri,
kita yang cuba membunuh diri kita sendiri.

tapi malangnya,
at the end,
bila kita terlantar sakit,
kita tanyakan pada Allah;
"Ya Allah, kenapalah Engkau berikan aku penyakit seteruk begini?"

malang, 1000 kali malang.






*mengeluh kecil*






sekarang saya dah nak masuk 30 tahun pada Mac 2013. (InsyaAllah)
saya menyesal.
saya menghabiskan hidup saya dengan meratap malang nasib diri.
saya tutup jalan untuk saya jadi bahagia.
saya yang halang diri saya untuk bahagia.
saya dendam pada sesiapa yang menjentik saya.
saya hidup dengan hati kotor bertahun2.

sekarang,
masa adalah satu2nya yang saya tak boleh putar kembali.
masa muda saya telah hilang.
saya yang mensia2kan masa muda saya.

saya cemburu,
cemburu pada adik2 yang masih belajar,
yang masih muda dan bertenaga,
yang usia mudanya bersuluhkan jalan agama,
yang menjadi bahagia apabila diuji,
yang bahagia lalu dia membahagiakan orang lain pula.


*tears*


bila dah sedar, saya nak ubah diri saya secepat mungkin.
untuk saya mencuba bahagia waktu sekarang,
Ya Rabbi, sangatlah mencabar.
Wallahi!


saya penganggur.
Amma ada kanser dan masalah jantung.

duit xpernah cukup.
Amma sakit setiap malam, saya tak cukup tidur urutkan dia.
saya restless, selalu penat.

mana celah saya nak rasa bahagia?

bila Amma muntah2, saya boleh ke nak tersenyum dan ketawa?
gile ape!


hampir setiap malam, saya tidur setelah menangis tanpa esak,
sedihkan nasib diri.
renungkan wajah tua Amma,
buat hati saya sedih yang amat sangat.

tolong beritahu saya,
bila saya sendiri tak bahagia, macam manalah nak membahagiakan orang lain?
xperlu org jauh, cukup untuk membahagiakan Amma.

itu pun xdpt saya tunaikan.



*mengeluh lagi*



lalu hati saya berkata;

"Intan, nak tunggu lagi 10 tahun ke untuk sedar yang saya dah sia2kan umur pertengahan saya?"





*senyum*




realitinya hidup kita,
Allah akan uji.
sepanjang umur kita.
jangan cuba nak elak lah, memang akan dapat bahagian masing2.








*air mata dalam senyum*



Alhamdulillah.
terima kasih Allah atas pengajaran hidup yang sangat bermakna ini.
Ya Allah, saya tak nak hidup sia2 macam dulu lagi,
saya nak dapat bimbingan-Mu Ya Allah.

sebenarnya, Engkau tak pernah abaikan saya,
saya yang mengabaikan Mu Ya Allah.



*tears*


Ihdinas siratal mustaqim.
Amin Ya Rabb.



Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
Amin Ya Rabb.

Sabtu, September 29, 2012

Erin Brokovich




it do inspires me.

Pursuit of Happyness

filem ni filem lama.
2006.


tapi,
kesannya,

dalam.
paling dalam.


saya baru sedar, yang saya hidup terlalu puteri lilin selama ini.
terlalu puteri lilin.


Amma mahupun Abah mmg berikan yang paling terbaik buat kami.

lepas ni,
saya takkan marah lagi pada parents yang hidupkan anak2nya dalam kemiskinan.

tak akan.
sbb saya pun Amma besarkan mcm tuh.

dan,
kebenarannya,
saya tak rasa hidup saya susah pun masa tuh,
sbb nyer, saya masih kecil.
belum kenal erti kejam dunia.

maungkin org luar yg tgk,
akan rasa kasihan.

but, its ok,
it doesn't matter,
as long as i am happy.

dan sampailah saya tonton filem ni di youtube tadi,
baru saya sedar nikmat Allah pada saya paling tak terhingga.


saya dan Amma xpernah tergolong dalam org2 yg homeless.
kami xpernah tidur di dalam toilet krn dihalau dari rumah.
kami xperlu beratur untuk mendapatkan tempat tidur semalaman.

terima kasih Amma.
terima kasih Abah.
 dan,
most of all..



Terima kasih Allah.
for everything.
takkan ada ucap syukur yang dapat tandingi nikmat-Mu selama ini.

Ahad, Januari 15, 2012

scent of a woman Korean series


mereka adalah 4 pelakon utama 16 episode of series ini.

recently, i watched this Korean series at youtube.
Alhamdulillah for the technology.
*senyum*

tajuk series ini: Scent of a Woman.
sebanyak 16 episodes.

*kerut dahi* sambil
*tarik nafas* dan
*senyum*

boleh tgk bila ada masa yang terluang lah ya.
kalu tak, tgk episode yang penting2 aja lah.
contoh: last episode.
haha.

sinopsis:
diplagarism dr sini.

A woman, Lee Yeon Jae, is given the grim prognosis that she only has a short time left to live. She decides to quit her job at a travel agency and live her life to the fullest.

saya pun belum dapat tengok kesemua 16 episodesnya.
sudah diminta pada adek Mimin untuk mendonlod bg pihak, maybe bulan Feb nnt baru boleh tgk yg complete. InsyaAllah.

jadi, dengan limited time yg saya menonton series ini, saya still mahu menuliskan satu entri khusus untuk series ini.

kerana apa?

kerana saya banyak belajar dari series ini.

serius.

nota tengah2 entri:
ok.ini drama korea, scene yg tak boleh dibuat oleh org belum berkahwin mmg ada, tapi, dah ada dlm cerita ni, xboleh nk ubah. jd, kita yg perlu ubahkan pandangan bila ada scene sebegitu..ok? aja2!

yang penting, kita dapat belajar darinya.

berbalik pada sinopsis series ini, ianya berkisahkan seorang gadis cun bernama Lee Yeon Jae yang disahkan menghidap kanser tahap yg paling kritikal dan doktor mengjangkakan beliau hanya dapat hidup dalam masa 6 bulan sahaja.

satu:
pengajaran yang paling pertama saya jumpa yang terlalu menyentuh hati saya adalah 'bucket list' yang ditulis oleh Yoen Jae. oleh kerana beliau hanya tinggal 6 bulan masa untuk hidup, beliau telah menulis 20 perkara untuk dilakukan sebelum beliau meninggal dunia.

*pause*

berapa ramai kita yang boleh berfikir sepositif ini bila berada di dalam keadaan semacam itu?
kita pasti sedih.
its normal.
Allah xlarang kita bersedih, cuma jangan melampaui batas.

tapi, kita nak sedih sampai bila? sedih sampai hayat kita nk diambil Tuhan?
takkan nak sia2kan masa singkat yang ada dengan menangis je?

series ini betul2 menyedarkan saya, betapa pentingnya kita mempunyai bucket list. bukan hanya untuk orang yang akan meninggal, orang yang xsakit pun perlu ada.

sbbnya, kita yang sihat ni bukannya tahu bila kita akan dijemput pulang. kn?

sebetulnya, mereka yang disahkan berpenyakit, akan digantung dsbg, lebih beruntung, kerana mereka tahu bila mereka akan mati. jd, sebelum mati, sempatlah nak bertaubat.

ini list Yoen Jae ke 13. saya pun xfhm apa.
InsyaAllah, saya akan create my own bucket list after this. *senyum*

kalu boleh, dalam bucket list ni, kita cuba minta maaf pada sesiapa yang kita pernah bersalah dan selesaikan hutang. kn bagus...
bila kita dh kembali kepada Allah, tak ada orang yang akan bercerita aib kita lagi.


dua:
kasih sayang seorang ibu yang agung, takkan dapat difahami seandainya diri sendiri belum bergelar ibu.

bila saya menonton series ini, saya banyak sedar yang saya telah banyak melukakan hati Amma.

a) Yeon Jae telah merahsiakan penyakit kanser ini daripada ibunya selama 2 bulan, walaupun dipujuk oleh bf dan doktor yang merawatnya, Yeon Jae still xmampu nak buat confession pada ibunya. Apabila beliau dinasihatkan oleh ibu kepada kawan sehospital yg juga menghidap kanser, barulah beliau berani membuat confession.

orang yg sakit ini, mereka selalunya mempunyai their own assumptions, predictions and conclusions.

contoh: sbbnya Yoen Jae tak beritahu ibunya adalah; tidak mahu ibunya sedih kerana ibunya pernah terlalu kecewa setelah ayahnya meninggal dunia dulu.

tapi kan, bayangkan hati seorang ibu apabila mengetahui yg anak mereka telah menyorokkan satu rahsia yang paling besar dan penting. lebih2 lagi, mereka adalah the last person to know. itu lebih menyakitkan daripada berita yang anak mereka sakit kanser.

ibu adalah ibu.
they are very strong.
trust me.

sekarang baru saya faham kenapa Amma membebel2 kalu kami kantoi dari berahsia darinya.

*senyum*


b) Yeon Jae telah keluar dari biliknya, kerana terlalu sakit. beliau tidak mahu mengganggu ibunya yang sedang tidur.

inilah perasaan orang yang sakit rupanya. mereka tidak mahu menyusahkan sesiapa.
baru saya faham kenapa Amma bnyk kali ckp pada saya;

"awok belajor je la ebby, jangan risaukan mak. mak boleh jaga diri sendiri nyer"

entah2 mlm2 hari Amma ada rasa sakit, tapi dia tak kejutkan saya pun.

*pejam mata*

manalah saya nak tahu kan, saya kan tengah tidur.

kadang2 saya suka tengok Amma tidur.
sekalipun Amma berdengkur, saya rasa tenang.
sbb saya tahu Amma ada di sisi saya lagi.

*mata berair*


c) apabila best friend Yoen Jae bakal berkahwin, mak Yoen Jae mengamuk2, marahkan Yoen Jae yang tak pergi cari kerja, xpergi cari husband atau bf.

Amma bukan agresif macam tuh. tapi saya tahu di sudut hati Amma, Amma teringin saya ada pasangan hidup. bila Amma berborak dengan makcik2, bercerita tentang kezen2 saya yang bakal berkahwin, Amma selalu ditanya;

"Ebby tu bila lagi?"

selalunya Amma akan jawab macam ni.

"Hurmm...ntohla Ebby tu. pakwe pun takde..." sambil gelak2.

walau Amma gelak, saya tahu Amma sedih dalam hatinya.

*senyum kelat*

saya sedih. saya sedih bila Amma sedih.
saya tahu jodoh saya Allah yang tentukan, tapi dalam masa yang sama saya tak boleh tutup mulut orang lain. saya harapkan Amma akan bersabar dan terus berdoa.


tiga:
doktor pun manusia jugak.

sejak Amma sakit tahun 2010, saya spend time 30 hari dalam HTAA temankan Amma di sana, siang malam.
honestly, saya cakapkan, saya bencikan doktor2 di hospital itu yang berlagak, tak menghormati patient dan tak ada perasaan.

tapi, bila saya tengok series ni, baru saya faham kenapa doktor2 tuh bercakap tentang sakit Amma macam tak ada perasaan aja.

bercakap dengan kita, sambil berborak2 ngan doktor lain. buat lawak berbagai.
kamon lah...
macam dia tak faham kita yang tengah tercongok depan dia..dan kita tengah sedih mendengarkan apa yang dia baru informed.

bayangkan, depa cucuk berkali2 tapi xdapat jugak amik darah.
tapi boleh berlagak2 dgn kita.
tak mintak maaf langsung buat kita sakit!
this is so unbelieveable!

rasa nak tumbuk2 aja muka doktor tuh.
kalu bukan dia doktor yang merawat Amma,
(in other words, kalu xada conflict of interest)
memang saya dah tumbuk muka doktor tuh.

tapi kan,

doktor pun manusia jugak, kalu kita sedih tgk org sakit, tgk org meninggal.
doktor pun rasa sedih jugak.
tp depa xtunjuk physically.
depa dididik untuk menjadi keras, kebal.

sebab bekerja di hospital,
hari2 pasti ada orang yang meninggal,
hari2 pasti ada orang yang sakit kronik masuk ICU,
kalu doktor layankan emosi sedih,
(bayangkan kita menangis, berapa jam? berapa hari?)
kalu bergaduh dengan bg/gf pun sampai xada mood nak pergi kerja.
apatah lagi doktor.
macam mana dengan patient lain yg perlukan perhatian doktor tuh?
imagine lah dalam public hospital ada banyak mana patient dalam satu ward?

saya salute doktor2 yang dah jadi doktor selama berpuluh2 tahun.
doktor2 yang telah dapat gelaran pakar.
betapa mereka banyak berkorban untuk orang lain.

lebih2 lagi doktor di public hospital;
kerja penat, kena maki dengan MO, kene marah dengan patient, gaji kecik, public holiday kene on call pulak.

patutla mereka bermuka: saya tak ada perasaan! dan i don't mind that you hate me!
kalu mereka ikutkan perasaan, doktor2 akan buat mogok mohon naikkan gaji di hospital..
akan ada pesakit yang meninggal tak dirawat.

saya doakan doktor2 di mana hospital pun,
teruskan tanpa pedulik pandangan orang yang tak mengerti.
they don't understand, please forgive them.
pandangan Allah lagi penting kan.

sekarang saya rasa saya dah boleh maafkan doktor2 tuh.

*senyum*


empat:
kalu sesingkat mana pun masa yang kita ada, janganlah berputus asa untuk terus bercinta dan saling sayang menyayangi.

dalam hadis ada mengatakan;

"kalu esok hari Kiamat, dan hari ini ada benih di tangan kamu, tanamkan benih itu"

nota: akan saya carikan hadis ini dengan lengkap kendian, InsyaAllah.

Yoen Jae tetap ingin bercinta walaupun beliau tahu beliau akan dapat bercinta dalam masa singkat sahaja. beliau tak akan berpeluang berlahwin.
tak akan berpeluang mempunyai anak.
tapi, kesimpulannya, masa yang ada jangan di sia2kan!

dalam hidup kita, kadang2 ada perkara yang terlalu perit.
contoh: saya membaca blog pesakit hiv +. beliau dijangkiti penyakit ini dari pasangan beliau.

kalu kita berada di tempat beliau..macam mana? sebagai isteri contohnya, kita harapkan suamilah tempat bergantung harap dan pelindung kita.
tup2, dia bagi penyakit pada kita.

Nau'zubillah.

*tarik nafas panjang*

saya faham, mesti kita rasa nak minta cerai.
mesti rasa nak tumbuk2 suami kita.

tapi, bersedihla untuk jangkamasa yang tak panjang.
jangan menangkan syaitan.
ingat Allah selalu.
setiap ujian yang Allah berikan, pasti ada hikmah-Nya.

bersedihlah untuk satu jangkamasa yg kita tetapkan limitnya.
after that, kita buat 'bucket list' dan mulakan perjalanan hidup yang masih bersisa dengan pasangan agar penghujungnya tidak membuat kita menyesal.

bukankah itu akan membuatkan kita lebih gembira dan bahagia sebelum menutup mata?


lima:
ada juga pengajaran untuk para doktor dalam series ini, dengan harapan doktor2 ini janganlah terlalu keras dengan patient. kalu dah buat silap, mintalah maaf.
patient marah sekejap je, kalu doktor sanggup rendah diri minta maaf, patient pun rasa tenang hati nak percayakan doktor tuh.

enam:
saya sukakan watak...(lupa nama) iaitu ex-cikgu Yeon Jae during secondary school yg juga merangkap ayah tiri dia. pelakon tu memang bijak melakonkan watak orang yang sopan, well mannered (correct spelling ka?), bersabar, sentiasa tenang, lelaki yang boleh diharapkan, boleh jadi tempat bergantung untuk mak Yeon Jae.

harap2 lepas ni, kita akan jumpa watak yg bagus macam ni lebih kerap dan di segenap umur. xsemestinya watak ayah2 je, ustaz2 je. orang muda pun patut belajar jd berperibadi macam tuh.

macam Rasulullah kite.
*senyum*

tujuh:
xsure dalam episode berapa, Dr yang merawat Yeon Jae (lupa nama jugak), telah ajak Yeon Jae berlumba lari sebab nak pujuk Yeon Jae yang tengah sedih.

berlari = bersukan = boleh sihatkan badan.

bila kita sehat, kita akan rasa heppi!

saya pun teringin nak berlari..bebas.

lapan:
apabila Yeon Jae dh kapel semula dgn bf die, bf die amik keputusan untuk berhenti kerja, to spend more time with her. bf die rasakan yang dia xpatut waste time. jadi, ayah bf dia pun dtg rumah Yeon Jae, dan marah2. Yeon Jae dipersalahkan kerana anaknya nak berhenti kerja.

jadi kn, Yeon Jae pujuk bf die. ayat die lebih kurang macam ni;
" selain dari awak, ada orang lain juga yang saya paling sayang, iaitu emak saya.
dan kalu awak berhenti kerja kerana saya, saya akan rasa sedih."

cara dia pujuk sangat berhikmah. kadang2 kita org sesama Islam pun kurang amalkan menegur dengan cara hikmah macam ni.

*senyum*

lagi satu, mesej nya sangat jelas dan bermakna. cinta bukan antara lelaki dan perempuan itu sahaja. it involves femili. kene pandai adapt dan toleransi.

lets try to do it.
InsyaAllah.


sembilan:
last episode of this series, bf Yeon Jae tanye soalan ni pada dia;
"if you had not been sick, do you think that you will have a better live now?"
Yeon Jae jawab apa?

yg ni;
"If I had continued to be the old Lee Yeon Jae, who was bullied so much that she did not dare to speak, I would not had have the courage to get close to you,........... fighting through my way everyday. And I am happy now."

soalan Yeon Jae yg buat saya terharu;

"What should we do tomorrow?"

*senyum sampai nampak gigi*

kita mmg xtahu bila kita akan mati.
jadi, why waste time..
do what you want to do.
live your life.....

without regrets.


kesimpulannya:
mari kita start buat bucket list. (dah ada...Alhamdulillah...*senyum lebar*)
mari kita start tulis wasiat.
mari kita mula menyimpan wang untuk keluarga yang bakal ditinggalkan.


semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Amin Ya Rabb.

Khamis, November 10, 2011

Best Series Awarded by Me --> SyurgaMu Ramadhan

Syurga-Mu Ramadhan punye poster

ini adalah series yang sangat saya suka.
serius sgt suka.

ditayangkan di TV3 dlm slot Samarinda pada bulan Ramadhan (Ogos) tahun lepas (2010).

oleh kerana sekarang telah berlalu masa lebih dari setahun,
saya cari2 dlm list program kat tonton.my xjumpa.
at last, saya berjaya tonton semula series ni setelah jumpa di 4shared.
fuhhh...

hurmm...saya rs saya patut download.
after this maybe.

series ini bukanlah cliche drama2 Melayu yg standard + plastik yg terlalu banyak menyemak kat television kita selama ini.

maaf. saya memang celupar.
saya bukan anti drama melayu.
saya sokong industri filem melayu.
tp tolonglah.....berilah yang berkualiti.

bila arwah Yasmin Ahmad buat Sepet, ramai org kritik arwah,
bg saya itulah filem yang jujur.
sampai sekarang saya sedih atas pemergian arwah.
saya sedih sbb siapalah lagi yang sanggup berkarya tanpa peduli telinganya akan bernanah dikeji manusia yang dengki.

satu2nya manusia yang saya jumpa, yang punya ciri2 itu adalah kak fynn jamal. jujur.

i hate plastik.
titik.

ok.
maaf.
saya membebel.

lets get back to the topic.

series ini mengikut kata seorang cik blogger yang tidak dapat saya ketemu lagi blog link nya, bg beliau, series ini overall ceritanya standard. anak orang kaya yang tak mahu berkahwin atas pilihan keluarga, lari dari rumah, kahwin lari dengan drivernya.org kaya tadi marahkan anaknya sampailah anaknya meninggal dunia, tetap berkeras hati xmahu terima cucu2nya. but, of course, this is a happy ending series. akhirnya orang kaya itu insaf, dapat terima dan sayang akan cucu2nya and so on...happily ever after.

tp disebalik cerita yang standard, jalan cerita yang biasa, series ini dibentangkan dalam bentuk yang lebih matang. lebih jujur. lebih realistik.

malah mesej yang disampaikan dalam drama ini juga berjaya dipersembahkan dengan kemas dan memang menyentuh hati penonton2.

itu kata cik blogger itu.

saya setuju dengan kata cik blogger itu.
kata saya, cerita ini bukan plastik.

credit goes to all yang terlibat dalam drama ini:

penerbit: Radius One Sdn Bhd

penulis skripnya superb. tahniah to Azlina Pa'Wan.

pengarah filem ni Shahrulezad Mohameddin did a very great job directing the series.

pelakon2 yg berjaya berlakon dgn sgt marvellous. credit goes to:
Elly Suriati sebagai Datuk Paduka Halimaton,
Eira Syazira sebagai Marlia,
Ungku Ismail Aziz sebagai Yassin,
Zarina Zainordin sebagai Aishah,
Aripah Damanhuri sebagai Mak Jah,
Shahar Yac’cob sebagai Budi,
Nurul Elfira Loy sebagai Along a.k.a Suzana,
Noryati Taib sebagai Datin Kesuma,
Azma Aizal Yusoof dll.

series ni ada 14 episode. kalu ikutkan menyentuh hati, memang tersentuh hati.
boleh kate tiap2 episode pun air mata saya jatuh.
haha.

apa yangsaya sangat suka tentang series ini,
skripnya tak plastik.
lakonan yang berkesan.
lawak2 yg ada pada watak Aishah dan mamanya. two thumbs up lah. :)


yg stended sy xsuke:
mlm2 hr pun pakai mekap dlm rumah. alahaiii...
belum kire, beza muka Marlia selepas 17 tahun, sama je.

tp, xperlah, itu adalah teknikal2 problem yg sy boleh letak tepi bila dikenang balik betapa terkesannya drama ini dalam hati saya.

setelah 2 kali menonton series ini, saya dapat simpulkan pengajarannya adalah:

1. tak elok berdendam lama2. lebih2 lagi famili, antara isteri dan suami, emak dan anak, emak saudara dgn anak saudara,nenek dgn cucu, kakak dan adik dll.
kita akan terlepas sangat banyak kebahagiaan yang sepatutnya kita boleh rasa. tapi kita sia2kan masa yang ada dengan perasaaan dendam yang tak sudah. bila ada yang meninggal, semua dah tak berguna lagi even menyesal sekalipun.

kita manusia biasa, kita takkan boleh patah balik masa untuk undo our mistakes.
jadi, terbagus sekali, selesaikan pertikaian dengan berterus terang dan berilah kemaafan.

easy say then done kn...lets try..at least try.

2. anak2 jangan derhaka cakap mak ayah / orang tua. kalu tak suka apa2 pun, bawak2 la berterus terang, bawak2 la berbincang. jangan lari dari rumah. walau macam mana pun kejam ke mak ayah korang, they are still your parents yang. learn to accept the fact.

3. pesanan untuk orang2 kaya, janganlah pandang rendah sangat pada org2 miskin yang hendakkan anak2 awak. memang ada orang miskin yang mata duitan, macam watak Nizam, tp org miskin yang baik macam Budi tu, pun wujud jugak kat dunia ni. kalu anak awak suka, bagilah peluang, kenali dulu hati budi budak tu. jangan terlalu pandang darjat dan buat kesimpulan negatif yang melulu.

hidup kita macam roda, sekejap kita di atas, esok lusa, kita mungkin di bawah pula.

4. buat anak2 yang telah dikahwin paksa oleh orang tua, janganlah tutup pintu hati kamu untuk pasangan kamu tu. kekasih kamu itu, walau sehebat, walau seagung manapun cinta kalian, its over!
i repeat.. IT'S OVER!

open your heart to know your spouse, bg peluang mereka mencintai dan mendapat kasih sayang kamu. jangan halang kasih sayang halal yang Allah rezekikan kerana dendam atau kerana kekasih lama.

bagi perempuan, belajarlah cinta lelaki yang sedang menjadi suami kamu. lupakan saja kekasih lama. dan juga kerana, u have no choice! kejarlah cinta suami kamu kerana itulah syurgamu yang.
selagi kamu belum bernikah, janganlah menangis melalak, terlolong kerana hendakkan lelaki yang sudah berkahwin, krn belum tentu lelaki itu akan jadi suami yang baik.

bg lelaki, janganlah berniat nak memadukan isteri pilihan keluarga dengan kekasih lama.
secara logiknyalah kn, yang dia cintai sgt2 dh tentu isteri keduanya yakni kekasih hatinya.
saya khuatir suami akan gagal berlaku adil.

of course, lelaki, suami ada hak atas isterinya. boleh buat apa yang kamu nak, tp kalu tak mampu berlaku adil, jangan jebakkan diri dalam pologami. sebab ramai lagi hati2 yang bakal ikut menderita akibat ketidak adilan kamu. i am dead serius about this.

*genggam tangan kuat-kuat*

dan lebih teruk lagi, janganlah berniat nak menceraikan isteri tu semata2 nak berkahwin dengan kekasih hati. janganlah jadikan isteri kamu mangsa atas kesilapan orang tua kamu.

bina cinta halal agung kalian pula.

5. cara nak didik anak adalah bil hikmah. itu lah yang saya nampak dalam scene waktu Budi nak kejutkan Angah bangun solat Subuh. walau Angah tengking ayah die, tp Budi rilek je, xnaik angin pun, dia bg nasihat balik kt Angah dengan suara yang tenang je.
fuhh...ini pun dihighlight oleh cik blogger tadi.

kalu ada parents yang berjaya sabar dengan kerenah anak2 yang kurang macam ni, saya konfem, memang Allah bg syurgalah kat mereka2. tahniah2!

6. pesanan untuk isteri2 kaya raya yang bersuamikan lelaki dari golongan miskin hina, usahlah dibuat seperti orang gaji. suami adalah ketua keluarga. syurga isteri di tapak kaki suami... jangan gadaikan nilai seorang isteri, nilai seorang ibu kerana harta dunia. NEVER EVER DO THAT!

7. dalam series ni, Marlia dan Budi terus terang kisah2 gaduh dengan nenek, kahwin kat Siam pada anak2 mereka. rilek2 je cerita hal2 buruk yang mereka buat kat anak2. tapi walau nak cerita yang buruk, mesti jelaskan keadaan, beri peringatan, jgn bg anak2 ni buat benda yg sama. janganlah sorok apa2 dari budak2. itu kolot. budak2 zaman sekarang cepat dewasanya.

bila penjelasan dh jelas, senang. bak kata pepatah: sedar diri.

8. bila kita buat salah, cepat2lah mengaku dan minta maaf.
orang xnak maafkan xper.
yg penting kita sedar silap kita, mintak maaf tanpa mengharapkan org akan maafkan kita dalam masa pendek.

nak kecikkan hati orang dengan kata2 bisa, memang senang, mudah sangat.. dalam seminit je, kata2 bisa tuh boleh buat orang terasa hati dengan kita selama setahun.

yg penting, minta maaf dengan ikhlas.

habis.
saya tengok jam 4 minit passed midnight.
terus tak boleh fikir lagi dh.

habis baca entri ni,
rajin2 la search series ni kat 4shared dengan ejaan: syurgamu ramadan. (bukan ramadhan!)

semoga rahmat Allah bersama kita semua.
amin.

Isnin, Jun 13, 2011

children of heaven



Ali dan Zahraa


saya mendapat tahu kewujudan filem ini dari website SaifulIslam.com. klik sini

untuk mendonlod filem ini di thepriratebay.org sangat sukar apabila berada di dalam lingkungan LAN utp.


jalan termudah: youtube.


:D

haha


nak saya pastekan url ke?

xpayahla.

gugel aje title movie ini. konfem jumpe.


cube belajar buat research sikit..

haha..


the best thing about this movie is:


1. Masya Allah, banyak sungguh mesej yang diselitkan secara halus. indahnya kalau semua orang dapat lihat movie ini lalu memahaminya.


2. filem ini juga cara terbaik untuk mendidik anak2 agar menjaga kebersihan dan kesejahteraan kasut2 mereka. try la..


3. betapa kanak2 itu sangat jujur. mereka sememangnya children of heaven.


4. hidup miskin sememangnya perit, kita lihat dalam movie ini Ali dan Zahraa yang masih kecil terpaksa sama membuat kerja yang sepatutnya dilakukan oleh ayah dan ibunya. but, that is not a bad thing. it teaches Ali and Zahraa a lot of good things... and maybe us..we can learn something from them.


5. sememangya kita takkan tahu apalah rancangan Allah terhadap kita dalam hidup ini. Kita hanya mampu merancang, yang menentukan Allah jua...

cnth: Ali plan nak dapat no 3 dalam pertandingan lumba lari tu sbb hadiah tempat ke-3 ialah sepasang sneakers. dia plan nak tukar sneakers tu dgn kasut tuk Zahraa. tapi, malangnya Ali dapat no 1. ironinya, Ali menangis sbb dapat no 1. budak2 lain menangis sebab kalah xdapat no 1.


Ali tu memang hebat kan...

haha


well, this is #1 recommended movie to watch from my personal point of view.


do watch it and comments.

Sabtu, Mei 21, 2011

pakaian lambang nilai hati

do u still remember movie called Pretty Woman? year 1990. starring Julia Roberts and Richard Gere.

Kisah seorang businessman yg kaya raya tapi agak kejam dlm berbisness dan kisah seorang pelacur. bila disebut perkataan pelacur itu, bunyinya jijik, bunyinya akan ke nerakalah kamu.. tp dlm konteks filem ini wataknya sangat jujur.

ok.

this is Hollywood punye filem, of course ada scene2 18sx. that's negative and should not be followed!

apa yang saya mahu ketengahkan kali ini adalah nilai yang saya nampak di sebaliknya. yg positif of course.

if you can remember, satu babak Vivian bergaduh dengan Edward Lewis yang mana Vivian marahkan Edward krn Edward beritahu pada peguamnya bahawa Vivian adalah seorang pelacur. of course, jalan cerita dalam filem tu dh tunjukkan yang Edward bukan sengaja beritahu tetapi ada lagi rentetan sebelum itu yang mana membuatkan Edward terpaksa cakap yang Vivian sebenarnya adalah pelacur.

to be honest, i am so touched when Vivian said something like this:

"Why are you making me wear this beautiful dress yet you tell your lawyer i am a hooker? If i am wearing my Hollywood Boulevard dress, it will be easy for me to handle him! i am prepared!"

those questions are too deep. i almost cry.

it reminds me about us. most of the time, most of us are just pretending. we are not rich but we dress like rich people, we act like one, because we want to be rich. because we think being rich is cool. rich is great. but the truth always hurt, in fact we are not like what we want to. we are just pretending. we spend money on buying fake branded handbag, jeans, just to look as if we are rich.

in other words, we are lying to ourselves. lying to others. living in a lie is not life at all.

lets have another example.

contoh 1:

ada Si Melah. beliau sangat cantik dan digilai pemuda2 di kampungnya. selalulah Si Melah ini diganggu dgn siulan2 'feeeeewittt' bila dia berjalan lenggang2 kangkong di hadapan orang kampung. Ayah Si Melah ustaz di kampung itu. beliau selalu menjaga Si Melah supaya tidak diganggu oleh mamat2 hampeh di kampung itu. beliau ajar Si Melah solat 5 waktu, mengaji Al-Quran, manakala ibu Si Melah mengajar Melah memasak, mengemas rumah, menjahit dan banyak lagi ciri2 yang menjadikan Si Melah ini calon isteri solehah yang sangat berwibawa. Bila ada mamat2 hampeh yang nak mengorat Si Melah, ajak tengok wayang Hindustanlah, ajak jalan di taman bungalah, makan di pekanlah, semuanya tak berjaya.

kerana alasan Melah adalah:

"Melah ni nampak je pakai seksi macam ni, tapi Melah sembahyang cukup 5 waktu tau! Melah tak buat perkara2 yang berunsur maksiat tu."

maka geram dan keciwalah mamat2 kampung itu.

---------habis contoh sudah------------------------------------

apa yang Melah cuba tegakkan? dia sendiri yang memilih berpakaian seksi hingga menyebabkan dirinya diganggu oleh mamat2 itu tetapi menepis ajak2 sumbang itu dengan sunnah Nabi.


contoh 2:

Siti Musalmah sangat sopan budaknya. Sudah khatam Al-Quran sejak di darjah 3 lagi. berpakaian juga sopan. berbaju kurung, bertudung labuh menutup dada, jalannya apabila di hadapan bukan muhrim selalu menjaga pandangan. menunduk tanda takut dan malu pada Allah SWT. umi dan walidnya sangat menitikberatkan pendidikan Islam dalam mendidik Siti Musalmah. namun apa yang Siti Musalmah suka lakukan apabila beliau berseorangan adalah, beliau suka dengarkan muzik2 yang ganas2. dipasangnya kuat2 kerana ingin menjiwai. pakaian yang elok labuh sudah jadi seluar pendek. katanya di dalam bilik sendiri, bukan ada sesiapa yang nampak. kadang2 bila Siti Musalmah sedang bersujud terangkat sedikit kainnya sehingga kelihatan kaki, Siti Musalmah fikir:

"ah, tak apalah, bukannya ada orang lain yang nampak. cuma saya seorang saja"

------------habis contoh 2 ini------------------------------------

lalu bagaimana?
Siti Musalmah ini ibarat Muslimah Idol di mata masyarakat kampung. tapi hakikat yang sebenar, di kala beliau keseorangan, Siti Musalmah, berbeza. untuk apa ya memuaskan hati orang lain, berpura2 baik sedangkan hakikatnya tidak. KENAPA MENIPU? KENAPA?

tunggu dulu...

mungkin perlu saya tanya ini:

"APA KAMU SEDAR YANG KAMU SEDANG MENIPU DIRI KAMU SENDIRI?"

hurmm, saya bukan mahu menunding jari pada sesiapa. semuanya berbalik pada diri saya sendiri.

sekiranya saya adalah Si Melah yang berpakaian seksi tetapi beralasan solat xtinggal, kenapa mesti berpakaian seksi lagi? bukankah sifat malu pada Allah itu paling penting?

sekiranya saya adalah Siti Musalmah yang bertudung litup tetapi munafik di kala keseorangan, adakah saya sedar bahawa dinding juga rasa malu melihat aurat saya?

kenapa pakaian luar kita tidak sama dengan nilai dalam hati?

pelacur yang kita rasa takut, jijik padanya, mereka adalah diri mereka. mereka tidak pernah menipu atau berlakon menjadi seseorang yang bukan diri mereka.

hati2lah dengan hati kita.
hati2lah dengan pakaian kita.

ini antara soalan dari buku 'Magnet Diri' by Amin Idris
cuba lihat apabila kita berseorangan, bagaimanakah sikap kita?
bila kita bersama keluarga, bagaimanakah sikap kita?
bila kita bersama kawan2, bagaimanakah sikap kita?
bila kita bersama rakan sekerja dan bos, bagaimanakah sikap kita?

berbeza jauhkah?

tepuk dada, tanya iman.

kita adalah kita.
nilai kita mendorong cara kita berpakaian.
hati kita baik, berpakaianlah dengan sebaik2nya.

saya bukan mengarah yang berhati munafik, silalah tunjukkan belang anda!

tidak..tidak sama sekali.

bila kita tahu apa yang kita tak tahu, itu sangat bagus. kerana apabila kita tahu apa yang kita tak tahu, kita akan akan belajar untuk menjadi tahu tentang apa yang kita tak tahu. cuma kita perlu bertanya pada paksi dan kiblat yang betul.

berhati2 dengan pujukan iblis dan syaitan, mereka boleh berupa sebaik2 manusia. jangan terpedaya dan jangan tersalah langkah. tetapi jangan takut. jangan sedih. Allah sentiasa maju selangkah apabila kita sesaat dekat pada-Nya. semoga petunjuk dan rahmat Allah sentiasa bersama kita dalam menempuh hidup pinjaman ini.

ingat, hidup ini sekali ini saja, kita mati tak tahu bila..use it wisely

Sabtu, April 16, 2011

Perempuan Berkalung Sorban


filem ini sangat tragis. diadaptasi dari novel tulisan Abidah El Khalieqy. saya teringin untuk membaca novelnya. seperti novel ayat2 cinta, telah saya baca novelnya terlebih dahulu, di dalam Bahasa Indonesia. lagi terasa asli.

isi filem ini sangat halus. terlalu halus. generally, ia membincangkan isu2 penindasan terhadap kaum wanita. bagaimana Annissa berusaha untuk mengubah titik kolot di pasantren milik bapanya. bagaimana susahnya untuk Annissa memahami yg agama Islam sebenarnya tidak memandang remeh pada darjat seorang wanita. yg agama Islam tidak membenarkan sama sekali penindasan terhadap kaum Hawa. segala yg berlaku adalah krn kesalahfahaman dr insan2 yg merasakan diri mereka bijak agama. mereka merasakan merekalah yg layak menegakkan syiar Islam yg sejati. mereka memperkecilkan wanita dengan tanggapan wanita hanyalah untuk menjadi isteri dan menjadi ibu semata2.

apa yang dibaca, hanya novel, apa yang ditonton, cuma filem, dalam realiti, kita akan jumpa ramai Annissa di luar sana... kalu mahu digoreskan setiap kisah Annissa itu di kertas putih, boleh berjilid2, menandingi jilid tebal Harry Potter barangkali.

*senyum*

PERINGATAN.
filem ini berat. untuk menambah kefahaman kita, yg mengucap Syahadah, yg mengaku Islam. bimbang juga kalu Non-Muslim menonton akan salah faham. seelok2nya bagi Non-Muslim yg mahu menonton, silakan mendapatkan penjelasan dari ahli agama yg sebenar2nya. dr mereka yg benar2 tahu Islam. yg memahami Islam. yg mengamalkan Islam yg benar dr Allah SWT.


penting sekali sy rasakan Perempuan Berkalung Sorban di Malaysia juga mendapatkan pembebasan. iya?

Isnin, April 11, 2011

Ketika Cinta Bertasbih


petang ni saya melayan filem Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2 di youtube.

personal opinion:

KCB 1: biasa2 saje. ala2 AAC sikit2..dgn suasana mahasiswa Indonisi yg belajar di Universiti Al-Azhar.

KCB 2: best giler! :) :D

baru nampak isi filem itu. saya tak tahu sejauh mana persamaan novel ini dengan filem krn xpernah baca novel KCB.

jatuh cinta pada panggilan 'Bu eh' yakni ibu yang dipanggil oleh anak2nya. sungguh suwitttt :D
Bu eh jugak sangat comel. suaranya juga comel. aduhhhhh.....suka2

kesimpulan filem ini: sememangnya Abdullah Kaerul Azzam itu mmg jodohnya dengan Anna Al... (luper nama belakang Anna)
macam2 terjadi pd usaha Azzam tuk mencari jodoh, ada yg Bu eh xsuka, ada yg ditolak krn adat kepercayaan ibu akan meninggal jika anak ke-3 berkahwin dengan anak sulung. macam2. sampai Azzam dh nk frust. nyaris2 nk kawin ngan Vivi tetapi Azzam xciden pulak.

fuh.

bak kate org2 tue: kalu dah jodoh, tak ke mana.
tapi kan, kalu jodohnya Azzam dan Anna itu berharga dengan kehilangan nyawa Bu eh, agak pedih.

ada jugak part2 dlm filem tu yg buat saya nk tergelak, ada jugak part yg cm terlalu berlakon tp maafkan je. at least they tried.

pd yg sdg mencari, masih belum berezeki ketemu, dan telah ketemu tetapi putus, jgn khuatir, highly recommended to watch so that u will understand yg jodoh yg Allah tentukan itu pasti. hanya masa yg belum sampai.

sabarlah.

kalu jodoh xkemana.

Sabtu, Mac 26, 2011

taf girl!


movie title: Ever After A Cinderella Story lakonan Drew Barrymore and Dougray Scott.

ini filem yg di 'inspired' dari cerita dongeng Cinderella. tapi ini cerita Cinderella yg lebih logik. lebih realiti. no fantasi2...no magic pumpkim yg boleh tukar jadi kereta kuda. no no no...

inilah cerita yg saya tabik spring. dan saya kagum dengan ke'taf'an Daniella. i wish i can be as 'taf' as she throughout the movie.

buat semua girl outside there, whatever bad thing happen, we must not give up! be taf! xde maknenyer lembik2 ni. sikit2 nangis. sikit2 nk mengadu. bile org xlayan, nk merajuk.

XDE MAKNENYER!!!!

org pun bosan nak layan air mata yg xabis2 mcm dlm series Indon. muak! muak! dan muak!

berhenti buat org muak dgn anda, buatlah org kagum dengan ketabahan anda. :)


saya jatuh cinta pandang pertama pada long dress ini~~

pisau cukur


another 1, antara muvi2 yg sy suka. ada mesej. dan of course, sy paling tabik pd penulis skripnyer, Rafidah Abdullah. :) u r so brilliant girl!

kalu di tengok sekali imbas pd poster ni, mmg rs xde faedahlah tgk cerita ni. buat apa nk tgk 2 org perempuan gedik kn....well, peribahasa berkata "tak kenal, maka tak cinta".

filem melayu yang ini, ade mesej. bukan kosong, bukan sekadar lawak berdekah2.

saya berharap sesangat pemikiran penerbit2 filem di malaysia ni makin matang dan pilih cerita yg terbaik sblm dibuat filem. please, mari kita capai no rubbish! and no plastic!

dan, mari kita capai sifar pisau cukur! haha...

Selasa, Mac 22, 2011

127 hours

Tag line movi ini:
THERE IS NO FORCE ON EARTH MORE POWERFUL THAN THE WILL TO LIVE

unfortunately, saya tak dapat menonton muvi ini di wayang, mujur mimin dah donlod.
firstly, muvi ini sangat inspiring. really!
secondly, muvi ini ade jugak since yg ganas. jd, budak kecik xdigalakkan tgk part yg itu.
since yg die potong tangan tu, betul2 buat sy rs nk muntah. tak apa. itu maknenyer filem ini mmg sangat berjaya...mcm real.
mari teruskan hidup~~

Ahad, Januari 23, 2011

3 idi 0 ts

pernah tgk? sy suggest tontonlah. mesej yg besar di dalamnya.

ini salah 1 dari muvi yg sgt mendalam tinggal dalam hati saya.

saya puji penulis skrip muvi ini. tabik spring~~

kisah 3 org sahabat di sebuah college of engineering yg sangat terkenal. cerita pahit manis mereka dalam mencapai kejayaan. mahasiswa2 kita di malaysia saya sarankan sangat2 menonton muvi ini.

janganlah kerana ianya filem hindustan, kita pandang remeh.
dh pasti setiap filem hindustan adalah lagu2 sambil tukar2 baju.

ini cerita hindustan yg bijak.
saya kagum. sangat.

dalam masa yg sama, saya sedih.
kerana ianya bukan dari idea kita, orang Islam.

adik2 student yg sedang bercinta dengan studi mereka,
pasti ada Chanchad di kalangan anda. lain dari kebiasaan tak semestinya gila. tp itu genius.
pasti ada Raju Rastogi di dalam hati kalian. hati yang takut menjadi penghalang kejayaan.
pasti ada Farhan. yang terpaksa belajar menurut kehendak orang tua walau minat berbeza.
Silencer juga pasti ada. belajar semata2 untuk lulus peperiksaaan tanpa ada rs mahu memahami.
Suhas? mmg hancur, tp rsnya banyak Suhas di luar sana. price tag. hahaha...
Man Mohan @ milimiter. hanya anak suruhan. tiada peluang belajar krn keluarga miskin juga boleh berjaya menjadi kilometer. :)

indah kn.

saya kategorikan diri saya sebagai Raju Rastogi.
haha..tp saya takkan terjun bangunan 3 tingkat.

mari selamatkan diri daripada prerajulisation. :)