Khamis, Disember 20, 2012

procedure buat pasport Dec 2012 (the latest)

*senyum*

hari ni hari Rabu. sy cuti.
saya pergi buat pasport dengan Amma.



*senyum*





prosedur untuk membuat pasport zaman sekarang  adalah mudah dan express.

pertama:
pergi kedai gambar dan cakap kat staff situ nak amik gambar pasport.
stendednyer, kedai akan cuci 4 keping dgn harga rm10 atau rm 12. bergantung pada kedai lah.
orang perempuan mesti pakai tudung berwarna gelap ye.
(saya pakai tudung hitam. senang citer. )

org lelaki xboleh pakai songkok atau kopiah sbb akan menutupi dahi.



kedua:
pergi ke jabatan imigresen negeri masing2 dan pergi ke kaunter pasport.
sebelum saya diberi nombor giliran, saya disuruh mengisi sekeping kertas kecil yang mana saya tuliskan nama, ic, alamat rumah dan phone no.
setelah itu, borang kecil td serahkan kembali pada staff di kaunter no giliran beserta 2 keping gambar pasport dan ic original.

(nota: ic fotostet tidak digunakan langsung)


ketiga:
setelah dapat no giliran, tunggu dan apabila turn kita dah sampai, serahkan 3 benda td: borang kecil, ic original dan 2 keping gambar pasport. kita kena cap jari dan sign pada borang yang di print oleh petugas di situh.

(nota: tiada borang yg perlu kita isi)


keempat:
setelah siap, kita tunggu sehingga nombor giliran td dipanggil sekali lagi oleh kaunter pembayaran.
(saya amik yang termurah rm100 untuk 2 tahun)


kelima:
setelah membuat pembayaran, pergi cafe atau gerai kecil di luar ruangan, belilah jajan, air kotak, asam masin atau apa2 yang anda suka. makan.

masa yang diperuntukkan adalah sejam untuk menunggu pasport anda siap.

tapi tadi, oleh kerana xramai pemohon, pasport kami siap dalam masa setengah jam shj.
terbaek lah!


*senyum*



saya buat pembayaran 5 minit kurang jam 3 ptg.
jam 3.30 saya amik no giliran untuk kutip pasport.
5 minit kemudian, pasport telah dalam genggaman saya.


walla!


as easy as that.

pasport kami sudah siap.
Ya Allah, kami makin hampir.
sempatkan kami ke sana.
Amin Ya Rabb.




semoga rahmat Allah bersama kita semua.
Amin Ya Rabb.

Selasa, Disember 11, 2012

inna ma'al 'usri yusra

tadi baru bace blog mimin.
baru fhm knp duit belanje bln ni belum dpt lg.
masih sangkut.


well,
lets say that adik saya bukan jenis yang suka mengadu2.
kalu tanya pada dia, belum tentu dia nak bgtau.
itulah mimin.
padahal tiap2 hari skype dgn dia, dia xbgtau pun masalah dia.


oleh kerana baget untk umrah, saya sandarkan pada baget itu,
saya dan Amma masih belum buat passport lg sampai sekarang.
tp xapa.
InsyaAllah, esok saya dah mula kerja kat stesen Shell sama dengan Ayep.
walau gajinya sikit dari gaji McD dulu, kalau rezeki yang halal, saya yakin, mesti cukup jugak.



*senyum*


tapi yang paling best,
kerja kali ni bajunya xperlu tie-in!



yeay!


kalau ada rezeki, besok pagi saya interview di UIA. sebagai part time computer techncian.
kalau Allah izinkan, kalau dapat kerja ni, saya buat 2 kerja.
harapnya dapat tambah lagi pendapatan.


sebagai mana saya dan Amma tengah kering duit kat sini,
samalah dengan mimin kat Fukui sana.
kesian mimin,
mimin xdpt peluang untuk merasa biasiswa fama macam kawan2 dia yang lain.

Alhamdulillah.
xapa.
Allah ada dik.


Allah ada.


trust Allah!

Isnin, Disember 10, 2012

Istanbul, aku datang!

ini filem yg saya tengok kat youtube semalam dan kelmarin.
yer, saya siap donlodkan dlm lappy abg syam supaye die, Yana dan Kak Ita boleh tgk kat Cherul nnt.
haha.

kalu saya suka sesuatu cerite,
saya akan tonton berulang2 kali,
dan akan pakse org lain tgk jugak.

:p


poster movie


apa yang buat saya suka tentang filem ini adalah,
background filem yg cantik, lakonan yg menjadi (except Tomok...kurang jiwanya),sgt lawak, teknik kamera yang tip top, dan mesej yang nak disampaikan adalah sgt hidup dan banyak terjadi pada kita.


mulanya, saya rasakan Dian adalah perempuan gedik. dan saya paling menyampah pada perempuan gedik oke!
dan jln ceritanya terlalu klise seolah2 meniru2 filem barat.


tapi, baru saya sedar, perempuan gedik pun manusia biasa jugak.
kalau saya labelkan diri saya xgedik, saya tak boleh jamin diri saya selamat dari ditipu.
betul kata Haris.


jadi, at some point, masa dgr skrip tuh,
hati saya terdetik,
"aku pun rase macam tuh"

:)


rasa yang paling dalam adalah waktu Haris dan Dian bercakap kat tepi pantai yg anginnye sgt kuat.
dan saya pasti sgt sejok sekali.
haha.


topik perbualannyer adalah berkisar tentang perasaan ditipu, terasa diperbodohkan, rasa marah, rasa sedih.

yelah, mane ade orang yang tak sedih bila dapat tahu bf dia ade gf lain.
mesti rasa ditipu.
mesti rasa diri bodoh.
mesti rasa sedih krn dikhianati oleh org yg plg disayangi.

hurm..

tapi nasihat Haris sangat lurus.
Haris kata, "Maafkan jelah"


*senyum*


kalu ikut logik la, mmg xboleh nak maaf.
kalu ikut hati, mmg nak belasah bf yg xgune macam tuh!
tapi, macam mane die boleh maafkan?







tapi kan,
bila saya fikir2 balik,
memang betul. sangat betul.

bagi saya,
konsep maaf ini mesti ada 3 serangkai,
macam penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

3 serangkai itu adalah:

1) Maafkan semua kesilapan, penipuan, pengkhianatan, hina cerca dan sewaktunya dia pada kita.
2) Doakan kebahagian dia di samping gf/tunang/isteri dia.
3) Get over him dan kejar kebahagiaan hidup kita pula.

bagi saya,
inilah true love.
let go and let God.


apalah guna kita berdendam?
berapa lama nak hidup dengan perasaan benci?
setahun? 2 tahun? 5 tahun? 10 tahun?
sampai tua?
apa gunanya kita bencikan seseorang sampai tua?
apa yang kita dapat?





bila Allah suruh kita bersabar dan ucap Alhamdulillah bila ditimpa musibah,
memanglah sangat lurus.

“Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”

“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.”
(HR Ibnu Majah (no: 1597)



bila kita ingat Allah, hati akan jadi tenang.


Allah S.W.T.berfirman yang bermaksud: 
"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)



kita akan rasa yang masalah kita dah makin kecil.

nak dendam, xjadi benci.
nak marah, hilang marah.
nak bunuh diri, xjadi hiris tangan dengan pisau.


kita hidup xbahagia bertahun2,
adalah kerana kanser yang kita ternak,
kita yang memberi makan kanser untuk membesar,
kita yang memberi ruang untuk kanser beranak pinak cucu cicit bagai,
kita sendiri yang menyakitkan diri kita sendiri,
kita yang cuba membunuh diri kita sendiri.

tapi malangnya,
at the end,
bila kita terlantar sakit,
kita tanyakan pada Allah;
"Ya Allah, kenapalah Engkau berikan aku penyakit seteruk begini?"

malang, 1000 kali malang.






*mengeluh kecil*






sekarang saya dah nak masuk 30 tahun pada Mac 2013. (InsyaAllah)
saya menyesal.
saya menghabiskan hidup saya dengan meratap malang nasib diri.
saya tutup jalan untuk saya jadi bahagia.
saya yang halang diri saya untuk bahagia.
saya dendam pada sesiapa yang menjentik saya.
saya hidup dengan hati kotor bertahun2.

sekarang,
masa adalah satu2nya yang saya tak boleh putar kembali.
masa muda saya telah hilang.
saya yang mensia2kan masa muda saya.

saya cemburu,
cemburu pada adik2 yang masih belajar,
yang masih muda dan bertenaga,
yang usia mudanya bersuluhkan jalan agama,
yang menjadi bahagia apabila diuji,
yang bahagia lalu dia membahagiakan orang lain pula.


*tears*


bila dah sedar, saya nak ubah diri saya secepat mungkin.
untuk saya mencuba bahagia waktu sekarang,
Ya Rabbi, sangatlah mencabar.
Wallahi!


saya penganggur.
Amma ada kanser dan masalah jantung.

duit xpernah cukup.
Amma sakit setiap malam, saya tak cukup tidur urutkan dia.
saya restless, selalu penat.

mana celah saya nak rasa bahagia?

bila Amma muntah2, saya boleh ke nak tersenyum dan ketawa?
gile ape!


hampir setiap malam, saya tidur setelah menangis tanpa esak,
sedihkan nasib diri.
renungkan wajah tua Amma,
buat hati saya sedih yang amat sangat.

tolong beritahu saya,
bila saya sendiri tak bahagia, macam manalah nak membahagiakan orang lain?
xperlu org jauh, cukup untuk membahagiakan Amma.

itu pun xdpt saya tunaikan.



*mengeluh lagi*



lalu hati saya berkata;

"Intan, nak tunggu lagi 10 tahun ke untuk sedar yang saya dah sia2kan umur pertengahan saya?"





*senyum*




realitinya hidup kita,
Allah akan uji.
sepanjang umur kita.
jangan cuba nak elak lah, memang akan dapat bahagian masing2.








*air mata dalam senyum*



Alhamdulillah.
terima kasih Allah atas pengajaran hidup yang sangat bermakna ini.
Ya Allah, saya tak nak hidup sia2 macam dulu lagi,
saya nak dapat bimbingan-Mu Ya Allah.

sebenarnya, Engkau tak pernah abaikan saya,
saya yang mengabaikan Mu Ya Allah.



*tears*


Ihdinas siratal mustaqim.
Amin Ya Rabb.



Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
Amin Ya Rabb.

Sabtu, Disember 08, 2012

siapa sangka...kn...

saya dah berhenti kerja.

sekarang, selain dari kanser, Amma ada masalah jantung juga.
sekian berita terkini.


Alhamdulillah.
sebesar mana pun ujian Allah, saya mesti terus sabar.

Alhamdulillah.
dengan belas kasihan Allah, saya dan Amma dah dapat kad jemputan ke tanah suci Mekah.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
wiwuwiwuwiwu...suke saye yg teramat~~
Alhamdulillah, dengan izin Allah, Allah telah bukakan pintu hati seorang hamba Allah yang sudi menghantar kami ke tanah suci untuk melaksanakan umrah.


*terharu*


InsyaAllah, plan dasarnya adalah ke sana pada 1 Feb 2013 nnt.
bila dah betul2 konfirm, akan saya bukakan peluang untuk semua memesan doa.

maaflah, buah tangan, saya xmampu.
kalau doa, saya akan tuliskan,
akan saya bacakan pada Allah di sana kelak.

saya maksudkan semua, maknanya sesiapa sahajalah.
yang kenal saya dan vice versa.
kalaupun anda xkenal saya, mahu saya nitipkan kabar salam pada makam Rasulullah pun boleh.


tunggu ya,
bila dah konfirm.
akan saya umum.


buat masa ini,
doakan saya dan Amma mempunyai kesihatan yang bagus untuk kami dapat beribadat dengan sempurna di sana.
doakan kemudahan urusan kami dalam persiapan ke sana.
doakan hati kami terus istiqamah dan setiasa jaga iman kami.


doakan kami ya!




*tears*



dengan keadaan ekonomi merundum,
dengan kesihatan Amma yang sedia maklum,
dengan keadaan saya yang serba serbi kurang dan penuh dosa,
saya hanya mampu berdoa dan menitipkan rs cemburu dalam doa saya pada Allah,
cemburu pada hamba2-Nya yang telah dijemput.

kini, kad jemputan sudah ditangan,
saya janganlah jadi manusia yang ingkar, rugi dan xbersyukur.



semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
Amin Ya Rabb!

Jumaat, November 23, 2012

boikot McDonalds

sejak Gaza diserang dengan kejam last week,
bermulalah era boikot McDonald dengan besar2an sekali.

hati saya pun sakit menengokkan gambar yang ada di FB.
mmg kejam dan keji tentera Zionis!

dan tak kurang jugak hero2 FB yang mengutuk org ramai yang sanggup beratur untuk dapatkan beger free dari McDonalds.
tak kurang jugak para alim yang berdakwah memboikot McDonalds dengan hujah2nya.


saya bukan nak jadi penentang kempen boikot ni.
please.


tapi,
saya sedih.
sedih sebab ramai orang tak faham keadaan kami, pekerja2 mekdi ni.

petang tadi,
hati saya disayat2 bila saya mencabut poster boikot mekdi yang ditampal di kedai mekdi saya bekerja.
kawan2 saya di mekdi Pekan, nasib mereka lagi sedih, dibaling batu.


wahai pendakwah2, wahai hero2 sekalian,

anda perlu faham satu perkara,
ada lebih kurang 11,500 pekerja mekdi di seluruh Malaysia.


ada yang ada anak2.
nak kene bayar sewa rumah,
nak kena bayar loan kereta,
makan pakai seisi rumah,
itu ini, semua benda pakai duit.


anda berkempen memboikot,
sudah saya terasa impaknya,
hari ini shift saya dikurangkan waktu kerja.

kurang waktu bekerja,
maknanya kurang gaji,
kurang gaji maknanya akan ada shortage of monthly budget.

mak saya sakit kanser,
gaji yang sedikit ni, makin sikit lagi.
macam mana?


hero2 dan pendakwah2 sekalian,
anda perlu pandang hal ini dengan menyeluruh.

apabila tujuan anda mahu zero pelanggan membeli mekdi,
itu bermakna, restoran ini bankrap.
nasib kami macam mana?

saya boleh mencari kerja lain.
tapi,
dapat tak 11,500 pekerja mekdi yang lain
mendapatkan kerja dengan gaji yang sama atau lebih tinggi dari gaji mereka sekarang?
dalam masa yang singkat?


bila anda2 semua mengeji orang ramai yang mengambil beger free,
samelah anda mengeji kami juga, yang bekerja di situ.

kami pun manusia jugak der!
kami pun ada hati.


bila anda mensarankan boikot mekdi,
ada anda fikirkan replacement mata pencarian kami?

saya bukan nak letakkan beban ni atas bahu anda2 semua,
tapi saya nak anda lihat kempen bokit ini dari dimensi yang lagi satu.

cukup jihadkah anda demi saudara kita di Gaza sedangkan nasib saudara di Malaysia melarat?

kalau anda marah dengan statement saya,
saya mohon maaf.

jangan sentap.

bila anda tak ada di tempat kami,
janganlah hina kami sewenang2 jari menekan keyboard!


terima kasih kerana membaca.

result UPSR dah keluar! yeay!

result UPSR keluar dah berapa hari yang lalu.
basi topik yg saya nak bincangkan.

basi tak basi.
saya nak jugak membebel.
sebab mentaliti parents dan cikgu2 sekolah masih di macam zaman saya amik UPSR tahun 1996 dulu.

buat adik2 yang berjaya dapat 5A,
alfu mabruk!
Alhamdulillah.
syukur pada Allah dik.

bersyukur sebab ada cikgu2 yg susah payah mengajar.
syukur sebab ada parents yang sanggup keluar duit hantar pergi tuisyen bagai.
syukur sebab ada parents yang ikut mendoakan kejayaan adik2.
syukur sebab adik2 ada parents yang turut meraikan kejayaan adik.
(akak ada kawan yang sudah tiada ayah untuk sama2 kongsi kejayaan dia)

adikku,
you are so lucky!
jadi, bersyukurlah pada Tuhan.


dan,
pada adik2 yang xberjaya dapat 5A,
tak apa.

jangan frust menonggeng.
kalau nak menangis, menangislah.
tapi jangan lama sangat.

sebab adik perlu bangkit dan terus usaha untuk exam2 lain
yang lagi penting,
yang lagi mencabar,
yang legi besar impaknya terhadap masa depan adik2.

UPSR masih terlalu awal untuk menentukan masa depan adik2.

adik baru 12 tahun.
takkan xdapat 5A, masa depan adik gelap kot?

pada parents,
sudah2lah...
die budak lagi,
kalau dia tak pernah silap, tak pernah gagal,
mana dia nak kutip pengalaman hidup?

tolonglah bagi anak2 awak belajar yang bahawasanya:
tak apa gagal.
its not a big deal!
umur dia baru 12 tahun kot.
pujuk dia.
bagi semangat kat dia untuk buat yang baik in future.

janganlah korang membebel2,

contoh 1:
"tuhlah, banyak sangat main iPad. memang abah jual balik iPad tuh!"

contoh 2:
"inilah dia, lain kali main FB banyak2 lagi. tak payah studi, bukak je FB tuh sampai Subuh"

contoh 3:
"anak pak long kamu dapat 5A, kamu dapat 1 je. eeiii...buat malu betul"

contoh 4:
"tuhlah, ayah suruh pergi sekolah, pergi belajar, tapi kamu pergi sekolah, bukan belajar, main je banyak!"

dan contoh2 yang lain.

wahai parents,
banyaknya bilangan A bukan menunjukkan anak2 kamu pandai dalam akademik dan vice versa, oke!

tolonglah telan dan hadam bende ni.
tolonglah simpan perbahase busuk saya ni dalam kamus hidup anda.


kepada cikgu2 sekolah jugak,
saya tujukan peribahase ini pada anda jugak.

janganlah pandang rendah pada budak2 yang xdapat straight As.

awak tak tahu betapa terlukanya hati mereka,
dan betapa mereka akan bawa perasaan terkilan itu sampai tua.

suka? ade anak murid yang awak pun dah  tak ingat tapi dia berdendam pada awak sampai dia mati?
suka? budak2 tuh hilang keyakinan diri dia disebabkan persepsi dan respon awak?

ok lah.
saya ni memandai2 je nak mengajar cikgu.
saya ni memandai2 je nak mengajar parents2.

padahal saya bukan cikgu,
padahal saya pun belum ada anak,
memanglah saya tak faham apa yang anda2 rasakan.

tapi,
saya faham perasaan murid2 awak.
saya faham perasaan anak2 awak.

Jumaat, November 16, 2012

Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah.


lama blog ni berhabuk.

Alhamdulillah,
Allah izinkan saya lagi bernafas di tahun Islam yang baru.
Allah masih izinkan Amma bersama kami.


Alhamdulillah
saya pergi UTP minggu lepas.
leganya perjalanan selamat pergi dan pulang.

sekarang,
saya harapkan saya mampu langsaikan hutang pada Abg Syam dan Kak Ita.
buat bayar yuran.
InsyaAllah.


termasuklah hutang2 yang lain.
Amin Ya Rabb.


mereka (USA) mmg zalim.
serangan dilakukan pada tahun Islam baru.
this is not coincidence.
they purposely choosed this date for us to remember their violence.

tapi sebaliknya,
yang makin meningkat bukan rasa gerun atau takut pd US atau Israel,
hanyalah rasa benci yang makin menebal,

yang makin tinggi jumlah para syahid dan syahidah.
yang makin ramai ahli syurga.
alangkah bertuahnya mereka.
*senyum*

yang makin tinggi iman pada Allah yang satu.
isn't it beauiful?


*senyum*


Ya Allah,
saya pun mahukan jadi secantik mereka.
saya ini hodoh rupa dan iman juga.

makin besar ujian-Mu,
saya makin hancur,
bukan makin teguh.


Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.


Ya Allah,
pinjamkan walau sikit
kesaktian sabar milik Rasulullah SAW.

Amin Ya Rabb.



Salam tahun baru Islam.
Semoga penghijrahan kita dari tahun lepas ke tahun ini
adalah lebih baik.

dan saya nak lebih baik.
saya nak saya bisa tersenyum dengan luka dunia.


Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
Semoga pertolongan Allah sentiasa bersama umat Islam di Palestin, Gaza, Rohingya, Syiria dan seluruhnya.

Amin Ya Rabb.

cahaya yg menyambut kedatangan saya hari itu.
SubhanAllah.