Isnin, Februari 03, 2014

jawapan dari Allah itu paling sweet. indahnya --kekal.

adoi.
tak sedar diri betul.
besok lagi kerja.
sekarang masih di sini untuk membebel.


saya nak bercakap tentang baitulmuslim.

dari awalnya,
saya takut akan perkahwinan.
kerana contoh di hadapan mata saya adalah sangat tidak memberi motivasi yang positif.


namun,
bila usia yang makin bertambah,
saya melihat teman,
anak mereka makin bertambah,

saya jadi takut pula.

takut tak dapat kahwin.
takut tak dapat anak.


macam-macam takutnya.



di suatu tahap,
takut tak dapat kahwin menjadi takut untuk kahwin pulak.
rasa takut itu datang lagi.


kerana di setiap usia perkahwinan yang emas,
yang saya saksikan contoh-contohnya,
adalah bukan ending Walt Disney punya movie.
it doesn't end with " and the lived happily ever after".
that's bull.


in reality,
saya lihat nasib Amma.
nasib Mak Long Intan.
nasib Mak Long.
nasib Pak Long Johor.
nasib Mak Co.




kisah mereka,
buat saya terkedu.
kerana usia emas mereka, mereka keseorangan.
salah seorang telah pergi meninggalkan seorang lagi.


*air mata jatuh*


menulis di sini.
membuatkan saya terkenang wajah-wajah mereka,
cukup buat hati sayu.


membuatkan saya mempersoalkan kenapa akhir rumahtangga mereka begitu?
saya tahu.
ini soalan tak patut tanya pada takdir Allah.


tapi,
hati saya tetap nak tahu kenapa.
kenapa Allah berikan perpisahan pada mereka?
di usia emas pulak.


dari pandangan mata saya.
kasihan.
simpati.


apa erti perkahwinan yang sebenarnya?
apa pengajaran yang Allah nak beri pada mereka?
dan apa pengajarannya pada saya yang melihat?



satu-satunya orang yang menjawab soalan saya ialah Kak Tuty.

jawapannya mudah:

"perkahwinan itu tujuannya untuk mendapatkan redha Allah"





oke.
saya terdiam.



*telan air liur*



makan dalam betul.












life is a test.


kita kahwin dengan orang Cina ke,
kahwin dengan orang Jawa ke,
kahwin dengan orang Indonesia ke,
kahwin dengan orang kaya raya ke,
kahwin dengan orang tak beberapa nak kaya ke,


semua perkahwinan ini,
ada ujiannya yang Allah akan beri.
tanpa sedikitpun Allah beri melainkan sesuai dengan kemampuan kita.
tanpa seorang pun terlepas dari janji Allah.



lalu,

sehubungan dengan itu,
saya faham sudah.


silap saya adalah,
saya meletakkan harapan ending Walt Disney pada kisah cinta yang Allah ciptakan.



*angkat kening sebelah macam The Rock*

apekah?
mestilah tak match.



Walt Disney, you are so jahat!
you RUBBISH!
anak-anak saya ( if applicable) takkan diberi peluang untuk menjadikan your rubbish filem sebagai satu tujuan hidup.
you rubbish rubbish rubbish rubbish dabel rubbish triple rubbish dan RUBBISH EVER AFTER!



berkahwin-- ujian.
belum berkahwin --ujian.
tak berkahwin langsung --ujian.



berkahwin.
ceritanya,
tak logik nak doa supaya akhirnya derita.
doa yang terbaik tetap wajib.

namun,
pegang dalam hati,
ada liku di hari depan yang akan dipandu,
akan ada air mata yang jatuh bak air terjun,
akan ada nama yang akan tertulis di batu nisan,

right before our eyes.


hidup nampak kejam.
tapi sebenarnya,

life is a test.



*senyum*




stop living other people's life.
hidup kita pun bernilai yang tinggi.
sangat.





Ahamdulillah.
Ya Allah,
berkatilah hidup kami di dunia dan akhirat.
Amin Ya Rabb.

Kaabah bukan arah kiblat ku, bukan arah mu jua.

kali ini,
fokusnya adalah untuk memperbetulkan salah tanggapan kita sebagai Muslim terhadap agama kita sendiri, Islam.



tobat.
selama ini saya ingatkan Kaabah adalah arah kiblat saya.

tobat.
saya ingat saya sembah Kaabah selama ini.

sebenarnya,
ayat Al-Quran dengan jelas menyatakan arah kiblat kita yang sebenar ialah Masjidilharam.

masalahnya kita,
membaca Al-Quran tanpa tahu makna.
tanpa faham makna.

lalu kita membuta tuli mengikut kata para ustaz, ibubapa kita
seolah-olah itulah agama Islam yang satu-satunya.


Allah.



sedih betul.



ini bukti.
firman Allah yang jelas maknanya.




mari kita buat perumpamaan begini.

besok,
saya akan ke Mekah.
saya akan ambil Kaabah itu dah pindahkan ke rumah saya.


sejak itu,
di manakah arah kiblat semua umat Islam di seluruh dunia?
Masjidilharam atau rumah saya?


sudah tentu arah kiblat kita tetap sama.
mengikut ayat di atas.



*senyum*


kita semua buat silap.
tak salah bila kita tahu kita silap.
tak salah bila kita mengaku kita silap.
tak salah bila kita minta maaf atas kesilapan kita.
tak salah bila kita perbetulkan kesilapan kita.


yang saya belajar,
lagi kita lebih dewasa, bukanlah makna kita makin bijak pandai.

tapi,
kita makin banyak sedar silap yang ada.


InsyaAllah,
nanti saya entrikan satu demi satu.

InsyaAllah.



Alhamdulillah.
terima kasih Allah kerana menunjukkan yang saya salah.





Alhamdulillah.
Ya Allah, Ya Tuhanku,
berkatilah hidup kami semua di dunia dan akhirat.
kurniakanlah petunjuk dan hidayah-Mu pada kami.

Amin Ya Rabb.

Ahad, Januari 19, 2014

langkah kita ambil, satu per satu. ok. go.

19012014.
Amma dah setahun pergi.

baru lagi setahun ni.
air mata masih murah
setiap kali Amma disebut,
dikenang.

sekejap sangat dah setahun.

Ya Allah, berkatilah roh arwah dan tempatkan arwah di samping hamba-hamba-Mu yang Kau redhai.
Amin Ya Rabb.

takdir.


semoga saya konsisten istiqamah di jalan-Mu demi bersama Amma kelak di syurga-Mu.
Amin.


dan,


saya dah pakai niqab.
inilah hari pertama.

rasa seronok.
rasa gembira.
rasa selamat.
rasa saya sangat bertuah kerana tiada yang akan judge luaran saya bagaimana.

*tarik nafas*


sebelum pakai niqab, saya bertanya pada beberapa orang.
semuanya mereka reply dengan satu soalan yang sama:

"kenapa Intan nak pakai niqab?"


*senyum*

bukan kebetulan,
rasanya Allah yang hendakkan jawapan
kenapa saya mahu berniqab.

tapi itu nanti,
yang penting,
saya sangat-sangat hendak pakai niqab.
 dan saya dah laksana.


*tepuk bahu pada diri sendiri*


tahniah Intan tahniah!

*senyum dalam hati*


macam biasa, kat tempat kerja, dilarang memakai niqab.
tapi student boleh pulop.


maybe satu hari nanti akan ke tempat kerja yang mengizinkan.
InsyaAllah.


Amin.....


Ya Allah,
berkatilah kami semua Ya Allah.

Ahad, Disember 29, 2013

tak terjangka

petang semalam
saya pergi ke IJN.

melawat.
adab melawat orang sakit makin kurang di kalangan umat sekarang.


*mengeluh*



"ni tak lama dah ni. "

"anak dia dah sampai dari US ni, bolehla dia pergi dengan tenang."

"memang salah kau la papa kau sakit macam ni"


mintak ampun dan mintak maaf lah banyak-banyak.
orang-orang yang datang menziarah orang sakit
dan bercakap ayat serupa longkang macam ni,
selagi korang belum bertaubat dan mintak ampun
pada femili tu,

SILA JANGAN DATANG LAGI DAH OKE!!!



adab.
orang sibuk jaga penampilan diri.
baju nak matching dengan warna lipstick.
nak matching tudung dengan handbag,

tapi adab tak ada sapa yang amik kisah.


*mengeluh*




kadang-kadang,
kita terlepas cakap.

betul tu.

apa yang penting adalah,
kita sedar silap dan repent.

di waktu-waktu macam itu,
keluarga si sakit sangat dalam keadaan fragile.

jangan datang jadi tukul dan break them down.

doa and comfort.
ingatan pada Allah adalah sangat agung ubat buat femili itu.
walaupun bukan mereka yang terlantar sakit tetapi,
their soul is hurting too.


di dalam keadaan yang mana
tiada siapa mampu buat berbuat apa-apa lagi,
termasuklah doktor,
hanya doa pada Allah sajalah
sumber kekuatan dan ketabahan.

kekuatan untuk menjalani hari-hari di hospital.
kerana walaupun ada ekon,
walaupun ward kelas 1,
walau ada sepuluh doktor pakar yang merawat,
semuanya tak boleh hilangkan sebak dalam dada.

ketabahan untuk menerima takdir.
jalan yang Allah tentukan selalunya jalan yang tak kita sangka.
selalunya macam itulah.

di saat kita terkejut, sedih
akibat kehilangan yang mendadak,
akan datang 1000 lagi rasa terkilan
akibat pengucapan yang tak terluah,
perbuatan yang tak terzahir,
niat yang tak tertunai,

semuanya akan datang- di masa itu, di mana kita paling tak bersedia.
paling tak terjangka.


di saat kita paling lembik.




masa itu barulah kita sedar bahawa
memang Allah sajalah Maha Berkuasa, kita tidak.

sungguh-sungguh kita bersujud dengan emosi dan air mata pada Yang Satu.


pengajaran yang boleh saya kongsikan adalah,

jangan cakap macam longkang pada femili pesakit.
doakan dan tenangkan mereka.
ingatkan mereka pada Allah dan Qada dan Qadar-Nya.

semua yang datang dari Allah adalah baik.
tak pernah tidak.
yakinlah, everything happens for a reason.


saya menulis begini bukanlah saya bagus sangat.
bukan bermegah dengan pengalaman yang dialami dulu.
bukan.
bukan.

Amma nazak adalah satu pengalaman yang
saya tak mahu lalui.
saya mahu Amma masih di sisi saya.

tapi, takdir Allah adalah bukan lawan kita.
redha.

biasanya kejadian ini berlaku tiba-tiba,
kita tak pernah bersedia mentally dan phisically,

jadi,
bimbinglah femili pesakit itu.
bantulah mereka.
dengan doa dan apa yang anda termampu.



p/s:
semalam saya dah berniat, untuk menjadi sihat, sebaik sahaja jantung saya bebas dari lemak-lemak tak baik, saya akan register sebagai organ donor.

:)


Ya Allah,
berkatilah keluarga mereka,
teguhkan iman mereka untuk berdepan dengan takdir-Mu.

Amin Ya Rabb.

Jumaat, Disember 27, 2013

join us


situasi:
One Non-Muslim asked, "is it true that all Non-Muslim are going to hell after they died?"

Our answer: "Yes"

Non-Muslim reply: "Where's the justice in Islam? You said Islam is a religion of peace and justice."



What would be our answer?





*diam sekejap*




inilah salah satu contoh soalan Non-Muslim pada Muslim.

sadly, apabila kita terdiam kerana tidak tahu jawapan kepada soalan mereka, kebisuan kita adalah jawapan dari agama Islam pada tanggapan mereka.

we, Muslim represent Islam.
when we keep silent, its means our religion doesn't have the answer for their questions.


fyi, this is one of the example of misconceptions of Islam.
and of course, the most important part is,
how to equip ourselves (Muslim) with knowledge to answer those kind of questions from Non-Muslim.


the tip is:
our aim is to win their heart, not the arguments.


for those who doesn't have the answer to the above question, its a sign that we doesn't have enough knowledge about Islam yet. Say, we are Muslim since we was born 30 years ago, how much is the age of our Iman?

care to learn new knowledge?
want to know the correct answer to that question?
want to know the right way to deal with misconception by Non-Muslim?

like this FB page: Interactive Dakwah Training for more answers.

:)

see you there!

Selasa, Disember 24, 2013

jalan-Mu

di penghujung 2013.
besok Krismas.

duduk bekerja di sini,
kerjanya banyak.
penat.

expenses minyak kereta tinggi.
tol lagi.
kering poket.

sebelum ni, malam hari bila kelas tak ada,
saya akan berlepak di rumah sampailah saya rasa bosan.

sekarang,
setiap malam saya ada pengisian
dari malam ahad hingga malam Jumaat.
lagilah penat.

tapi,
ini semua buat hidup saya lebih bermakna.

berkenalan dengan Interactive Dakwah Training (IDT) dan Hidayah Center Foundation adalah antara 2 perkara yang paling terpenting dalam hidup saya.

satu method yang saya punya buat masa ini untuk mendapat berbagai-bagai faedah.

terima kasih pada Kak Yan yang memperkenalkan Sheikh Nuruddeen Lemu pada saya.
terima kasih kepada Afiq yang menyuluhkan jalan. 
terima kasih pada adek Sue kerana sudi meneman, menjadi driver,  dan menghabiskan wang ke TTC Unity in Diversity di UITM Shah Alam di masa itu.

Alhamdulillah.

satu permulaan.

sehingga sekarang.

Alhamdulilllah.

Allah Maha Besar.
Maha Suci Allah.

Allah berikan saya teman-teman yang berpaksikan jalan menuju redha-Nya.
Alhamdulillah.

betapa banyak ilmu yang telah saya belajar.
tentang Usul Fiq dan Maqasid.
tentang perbandingan agama.
tentang Kristianisasi.


saya telah berdoa pada Allah.

saya mahu lama di jalan ini.
kerana bagi saya inilah jalan untuk saya
mengumpul dana ke alam barzah sana.

seandainya ada jodoh saya,
saya mohon dia juga berpaksikan jalan dakwah ini.
sama-sama sampai akhir nyawa.
anak-anak legasi penyambung cerita.
InsyaAllah.

kerja duniawi-saya dah ada.
kerja akhirat -saya dah jumpa.

*senyum besar*


yin dan yang.
balance.
itu yang Allah ajarkan.


Ya Allah, izinkan saya terus istiqamah di jalan-Mu Ya Allah.
Ya Allah, berkatilah kami yang sedang di jalan-Mu,
Ya Allah, berikanlah hidayah pada yang jauh dari-Mu,
Amin Ya Rabb.

Selasa, Disember 17, 2013

yin yang

terlalu rindu pada menulis.
pada blog ni
yang selalu setia terima setiap buah huruf dan kata-kata.
terlalu setia.



*tarik nafas*
*senyum sikit*


Alhamdulillah, saya dapat surat offer lecturer di IUKL. permanent.

Alhamdulillah.

ini kerja yang saya hendakkan sejak berhenti belajar dari UTP dulu.

*diam*



tapi saya tak gembira.



*air mate bergenang*


tiba-tiba,
di hari ini,
saya teringin nak pergi sambung phd di Brunei.
pagi tadi teringin sambung phd di German.
harga kenaikkan barang menyebabkan saya rasa increment gaji terlalu sedikit tak logik dek zaman
sedih sebab tak dapat join IDT team pergi Medan
sedih sebab buat KPI tadi, dah tau banyak lost points.


benarlah,
manusia ni memang tak tahu bersyukur.


dulu,
sewaktu saya sedang berpanas matahari berdiri di tepi pam minyak Shell,
saya soalkan pada Allah: "Ya Allah, bilalah aku nk dapat kerja lecturer ni?"

dulu,
di saat tangan saya melecur terkena kuali McD panas,
saya soalkan pada Allah: "Ya Allah, bilalah aku nak dapat kerja lecturer ni?"

dulu,
di waktu Amma masih di sisi saya,
Amma soalkan pada saya: "Bilelah awok nak dapat kerja ni Ebby?"


*nangis*



kita manusia biasa,
kita takkan dapat semua yang kita nak.


dan hidup kita macam yin dan yang.
dalam baik pasti ada yang tak.
tapi itu bukan masalahnya.

yang penting adalah balance.
yang penting adalah bersederhana.

Allah jualah tempat bercerita.
tempat memohon pertolongan.
Allah sajalah.


ada nilai yang sedang Allah uji sekarang.
ada kebaikkan sedang menanti saya nanti, jauh sana.
setahun ke,
dua tahun ke,
saya tak tahu, Allah je tahu.


"Ya Rahman, Ya Rahhim,
Allah, tabahkan saya sepanjang tempoh ini.
Saya belum cukup iman lagi"





yang jauh tu,
bila saya dah sampai,

saya akan pandang balik hari ini,
saya akan baca semula post ini,
saya akan lihat bagaimana hidup saya berubah dari satu halaman ke halaman yang lain.

semoga saya akan sedar erti bersyukur dengan ujian hidup adalah nikmat hidup yang sebenarnya.
sebagai tanda Allah sayang. Allah tak buang.



Ya Allah berkatilah hidup setiap kami di atas muka bumi ini.
walau apa pun pegangan hidup mereka,
semuanya. berkatilah.
Amin Ya Rabb.