Selasa, Mei 07, 2013

who is your hero?

ini sebuah kisah cinta.




sweet sgt.

tagline:
"mother hold their children's hand for a short while, but their hearts forever"

Mimin share video ni kat FB die.
oleh kerana video ini terlalu sweet, saya rasa tak boleh kalau tak share kat  sini.





hah.

sebelum tu,
saya ada book wish list.

#1.




#2.



husband and wife menulis.
saya jeles.

saya pun nak menulis buku juga.
tak apalah.
saya mulakan dengan angan-angan dulu.
mungkin di masa depan ada jalannya kalau ini yang terbaik.


malam semalam saya dan kakak ipar keluar Kuantan Parade,
jalan-jalan.
saya jumpa kedua-dua buku ni di Kedai Buku Al-Ansar tapi malangnya,
saya tak mampu nak beli.

hihi.
sabar ajelah.

nanti bila saya kaya,
saya beli.
InsyaAllah.


balik kepada video atas.
ok.

well, dengan sekali tonton saje saya dah menangis.
haha.

teringat kat Amma bila tengok video ni.

*sekarang pun dah rasa macam nak menangis*


*senyum*


teringat masa kecik-kecik,
saya teman Amma mengseterika baju sekolah kami 4 beradik, 2 pasang sorang, sampai tengah-tengah malam.
saya pernah dilempang on the spot kerana menyampuk Amma bercakap dengan mak sedara.
saya pernah terpecahkan cawan sebagai tanda protes dipaksa basuh pinggan. terus 'dapat' dari Amma.
(saya malas sebenarnya)
saya dan Amma sama-sama berniaga di pasar Ramadhan.
sama-sama memasak segala jenis kuih muih dan nasi lemak.
and our last holiday, Cameron Highland.


masa kecik,
saya memang banyak habiskan masa dengan Amma.
tapi sejak saya masuk asrama dari Tingkatan 1 hinggalah pengajian PhD, saya berjauhan dari Amma.
tapi macam oarang kate, jauh bau bunga, dekat bau tahi.
kalau jauh, ok.
kalu dekat, gaduh sokmo.

haha.

Alhamdulillah,
bila Amma sakit, saya dapat peluang duduk dengan Amma.
kami travel ke Gombak.
ke Sunway.
teman Amma tidur di hospital.
teman bercakap dengan Amma sebelum kami berdua tertidur.
penolak wheelchair Amma setiap kali ke shopping complex.
gelak dengar lawak Amma.
bawa Amma ke klinik.
menjadi driver bawa Amma ke rumah Auntie dan rumah arwah Abah Kuantan.

tapi,
still bergaduh jugak.
haha.


semua tu ada dalam kenangan.
selagi saya bernyawa, saya jadikan pengajaran hidup.
InsyaAllah.

kasih sayang Amma pada kami adik beradik,
tak terhitung.
Amma bukan jenis manjakan anak-anaknya.
perempuan, ke dapurlah.
perempuan, basuh bajulah.
perempuan , kemas rumahlah.

terlalu klise kn.
kolot.
lapuk.

tapi, itulah cara Amma didik saya.
cumanya tak menjadi sebab saya ni pemalas dan kuat tido.
haha.
serius ni.

untuk keluarga yang bakal saya miliki kelak, (InsyaAllah)
saya tetap akan gunakan konsep lapuk ni.

tapi Amma tegasnya bertempat.
belajar mesti belajar.
masa untuk berseronok pun ada.

saya rasalah kn,
saya seorang saja dalam femili yang tak pandai main badminton.
petang-petang dulu kala, kami main badminton di depan rumah.
Abah belikan raket untuk saya warnanya pink.

*senyum*

tapi sayang, saya tak pernah pandai main,
sampai tua la ni.
haha.

dem!

kalau ada sesiapa yang main beregu dengan saya,
konfem kalah.
haha.

namun,
Amma bukanlah perfect.
jodoh Amma dengan Abah terhenti di umur saya 12 tahun.


namun,
Amma semangatnya Allah sajalah yang boleh beri.
setelah pisah kasih, hidupnya demi kami adik-beradik.
demi kami.
tiada untuk dirinya.


mungkin inilah sebabnya,
saya kesal Amma pergi sebelum saya sempat balas jasanya.
kesal dengan tidak tertunainya mimpi-mimpi kami.
mimpi ke Fukui bersama-sama.
mimpi ke Mekah bersama-sama.
mimpi buat Amma bangga saya mendapat kerja yang ribu-raban gajinya.
mimpi buat Amma lega hati lihat saya bernikah.
mimpi nak belikan Amma kerusi urut Ogawa.

saya ada Bucket List.
ok.
rilek-rilek.
saya bukan ada sakit yang membawa maut.
ini bukan series Korea Scent of A Woman.

bukankah kita semua pasti akan mati?
whay don't you prepare one small book for your own bucket list?


saya buatkan Bucket List ini kerana kepentingannya yang besar.
buat saya kuat di kala lemah dengan ujian.
peringatan untuk saya bahawa masih banyak belum selesai jika sedang bersantai atau bertangguh.
peringatan bahawa hidup saya ada sebabnya.
ada tujuan.



sekarang,
keadaan kewangan saya ibarat semakin pupus.
tapi,
saya akan kuat.
saya mesti ikut kuatnya semangat Amma.

my mother is my hero.

*senyum*

dengan bangga.
Alhamdulillah.
Terima Kasih Allah.

Khamis, Mei 02, 2013

PRU 13

saya tidak mengundi tahun ini.

rugi.
sangat rugi.


sejak layak mendaftar sebagai pengundi,
saya tak pernah ambik kisah untuk mendaftar.

saya tak minat politik.
politik malaysia kotor.
kutuk - mengutuk sesama sendiri.
sama je.



jadi, saya rasa keputusan saya untuk tidak menyebelahi mana-mana parti adalah selamat.
asalkan saya hidup aman dalam negara saya.

saya rasakan dengan tidak mendaftar dan tidak mengundi,
adalah bijak.
sebagai tanda saya tak gemar politik dan saya malas masuk campur.




sayangnya,
saya membazir masa saya.

baru sekarang terbuka mata saya.
kerana apa?
kerana saya telah belajar.
ilmu yang saya dapat, saya bandingkan dengan realiti.
dan, hasilnya, saya dapati banyak kepincangan.


aduhai Malaysia.




saya telah pergi ke pajabat pos untuk daftar mengundi tahun lepas,
dengan harapan dapatlah mengundi kali ini.
tapi, terlambat sudah.


tak apalah.
saya yang salah selama ni kerana terlalu malas ambik kisah.
jadi, di sini,
saya nak merayu undi daripada para pembaca.


oleh kerana saya tidak mengundi, undi saya bukanlah rahsia.
(walaupun hakikatnya pada yang mengundi pun, undinya bukan rahsia jugak)


kepada adik-adik di luar sana yang layak mengundi tapi tak tahu nak undi siapa,
saya mohon, undilah calon PR ( Pakatan Rakyat).
undilah bagi pihak saya.
saya minta tolong yang sangat-sangat.


kerana apa?
manifesto  PR: hutang PTPTN akan dimansuhkan sekiranya mereka memerintah.

saya punya hutang PTPTN berpuluh-puluh ribu dik.
bukan sepuluh, atau dua puluh ribu tapi tujuh puluh dua ribu.
( and the numbers are increasing because of the 3% riba that are charged every month)

that 3% represent RM 150.
bayangkan hutang saya bertambah RM 150 setiap bulan sepanjang waktu ini.
saya telah tamat belajar pada 2005.
sejak 2006 hingga 2013, riba ini meningkat terus.



PTPTN kata, 3% atau 1% adalah kos perkhidmatan.
kos perkhidmatan apa RM 150 sebulan untuk seorang peminjam?
RM150 x 12 bulan = RM 1800 untuk seorang peminjam.
yang meminjam dengan PTPTN bukan saya seorang.
sila kira dengan kalkulator.

haih.
banyak korapsyen.


ini adalah antara sebabnya saya mahukan PR menang PRU13.


untuk yang layak mengundi tapi tak mahu pergi mengundi.
jangan!

pergilah mengundi.
dan undilah calon PR.
bagi pihak saya.
bagi pihak peminjam-peminjam PTPTN yang tak mampu nak bayar hutang yang sangat berat.


walau cuma satu,
undi anda sangat berharga.


terima kasih banyak-banyak pada yang sudi.
hanya Allah yang Maha Mengetahui sahajalah yang dapat membalas kebaikan anda-anda.



ini entri rayu undi.
dan saya justifikasikan tindakan saya.
bukan untuk memburuk-burukkan parti kerajaan.
cuma minta fikir.
kita ubah.

ini kalilah!


Hasbunallah, wani'mal wakil
ni'mal maula, wa ni'man nasir.

Amin Ya Rabb.

Sabtu, April 27, 2013

yang penting doa

Jumaat haritu,
saya ber'pillow talk' dengan budak 6 tahun.
dia tanya tentang Mekah, Kaabah, Madinah...

saya tanya dia
" Zidane nak pergi umrah?"

si dia senyum malu-malu dan angguk.
"nak"



*senyum*

betapa bertuahnya budak kecil ni.
saya sedang umur macam ni dulu kala,
jangankan niat nak pergi umrah,
tak kenal pun Kaabah tu apa.


ini peringatan untuk saya.
InsyaAllah kalau saya diberi rezeki berkahwin,
diberi rezeki mempunyai anak sendiri,
saya mesti mendidik anak saya ke jalan Allah.
InsyaAllah.


*senyum*




saya nak kongsi di sini,
kalaulah anda semua ada teringin hendak menunaikan umrah,
doakan tanpa putus.
harapkan dalam hati sungguh-sungguh.

tak ada baget, tak apa.
doa saja.

tak ada mahram, kena cari.
doa lah hari-hari.



ini kisah saya.
sewaktu Amma selesai operation pada May 2010 dulu,
Amma niat nak menunaikan umrah setelah sehat dari chemotheraphy yang terakhir.


takdir Allah sangat besar,
jemputan datang untuk menjadi tetamu-Nya pada 4 Februari 2013,
namun, hajat Amma tak kesampaian.
Amma pergi pada 16 hari sebelum tarikh penerbangan.

saya berseorangan membawa hajat kami bersama.
tapi itu bukan kisahnya.


saya ini penganggur.
kerja yang pernah saya buat adalah bekerja di restoran McDonald's dan
bekerja di stesen minyak.

xcukup nak simpan duit untuk ke umrah.
sedangkan hutang PTPTN, masih berlambak-lambak tertunggak.


setiap kali saya memandang gambar Kaabah,
hati saya sebak.

setiap kali saya mengetahui sesiapa sahaja menunaikan umrah,
hati saya cemburu.

saya mohonkan pada orang yang tak saya kenal,
dan orang itu pun tak kenal saya,
saya mohon dia doakan supaya saya pun dapat ke sana.


saya layari website astro, mencari-cari ruang untuk menghantar surat pada program
Jemputan Umrah.




*senyum*



secara mudahnya,
hendaklah niat di hati untuk membuat umrah dengan selok seselok seloknye.

ok?
faham maksud selok?

selok = beria-ria
selok= bersungguh-sungguh



setelah beberapa masa dengan perasaan selok,
akhirnya Allah perkenankan doa saya.



cara Allah memberi kad jemputan kami untuk ke sana bermula begini:
seorang dermawan bersetuju memberi sejumlah dari rezekinya kepada kami berdua untuk menunaikan umrah.

di saat dermawan itu meluahkan hasratnya,
saya dan Amma terus menitiskan air mata.


Ya Allah,
terima kasih Allah.
Alhamdulillah.


tak sangka ada orang yang sanggup berkorban harta sebanyak itu.


banyak persediaan yang perlu dilakukan sebelum ke sana.
dengan keadaan kewangan yang serba kurang,
saya bimbang.

pasport.
suntikan.
pakaian ihram.
ubat-ubatan.
semuanya  jadi ada.
saya sendiri pun hairan, dari mana saya dapat duit tu.


kemudian, saya jadi risau tentang perbelanjaan di sana,
namun kuasa Allah sangat besar,
saya sampai ke Madinah dengan wang berjumlah RM 2 k.
di KLIA pun masih ada yang menghulur wang belanja buat beli aiskrim.


*senyum*


saya balik Malaysia, masih ada RM 40 dan SR 50.
tak habis belanja pun duit.



kesimpulannya,
saya miskin.
tapi Allah tak.
Allah itu Maha Kaya.
Allah itu Maha Pemberi Rezeki.
Allah Maha Berkuasa.


jadi beginilah,
semiskin manapun kita,
sebesar manapun dosa kita,
teruskan berdoa pada Allah.


kita doa yang baik-baik,
InsyaAllah, Allah berikan rezeki dari ceruk yang kita tak terfikir pun.
bila Allah beri,
Allah beri cukup dari A sampai Z.
dari sebelum, sedang, dan selepas.


yang penting DOA.

Selasa, April 09, 2013

kasih sayang lebih tinggi dari langit


hidup kita adalah ujian.
saya ada ujian saya sendiri.
awak semua pun ada.

ujian kita xsama.
tapi kita sama-sama kena uji.

dulu, saya ada tempat mengadu yang paling saya sayang.
saya sedih, saya telefon Amma.
saya rasa takut nak jawab exam sbb susah, saya telefon Amma.
saya jalan kaki dalam gelap malam nak balik ke hostel dari lab, saya telefon Amma.
saya gembira sangat-sangat, saya telefon Amma.

tapi sekarang, Allah dah bawa Amma pulang ke sisi-Nya.
saya dah hilang tempat mengadu suka duka.

selain Amma, saya ada ayah sedara yang paling banyak bantu saya dan femili.
Abah Kuantan kami panggil dia.
saya pergi umrah dengan dia bulan 2 aritu.
Allah jemput arwah kat Mekah sana.
kami balik Malaysia tanpa dia.


saya rasa saya dah hilang seorang lagi tempat saya bergantung.
saya rasa sunyi.
dalam ramai pun saya rasa sunyi.


nak mengadu, tak tahu pada siapa.
bukan tak percaya pada orang lain,
bukannya saya tak tahu ramai yang sayang pada saya,
Abah, mama, abang-abang, adik-adik, kezen-kezen, sedara mara, kawan-kawan.
tapi mereka tak sama dengan Amma.
tak sama dengan Abah Kuantan.


saya dalam melankolik untuk satu jangkamasa tu,
tapi lama-lama,rasa puas jugak.
lepas nangis, nangis,
lepas nangis, nangis.
takde keje lain.

sampai satu tahap,
saya rasa nak hidup.
hidup yang betul-betul.


tak ada kuasa yang boleh kembalikan saya ke dunia nyata,
tak ada kuasa yang boleh bangkitkan hati saya,
tak ada kuasa yang boleh pujuk hati saya,
selain dari Allah.


ubat yang paling mujarab buat saya adalah:
dalam bilik sorang diri,
saya mengadu pada Allah.

tentang semuanya.
tentang bimbang.
tentang sunyi.
tentang rindu.
tentang sedih.
tentang syukur.

semuanya saya dahulukan dengan solat.
saya doa di akhirnya.
saya menangis mengongoi dalam sujud.

sampai sesak hidung dengan hingus.
sampai sesak nafas baru bangun dari sujud.
sampai sakit belakang membongkok baru saya duduk.

lepas tu,
saya rasa lega.
saya lebih bersedia untuk hadap masalah dan realiti hidup.



*senyum*


Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka).
Surah Al-Baqarah, 2:186


Hasbunallah wani'mal wakil (Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar).
Surah Ali `Imran, 3: 173


ini peringatan untuk saya.

Allah nak bagi saya sedar yang;
Allah sahajalah sebaik-baik tempat untuk saya mengadu,
Allah sahajalah sebaik-baik tempat saya bergantung hidup dan mati.

Amma dah takde.
Abah Kuantan pun dah pergi.

tak bermakne saya takde tempat mengadu.
tak bermakne saya takde tempat bergantung.

Allah nak beritahu saya yang;
Allah ada.
bila-bila masa je.


saya asyik kenangkan yang telah pergi,
saya lupa hargai yang masih hidup.
saya lupa nak bersyukur pada Allah atas kasih sayang yang mereka limpahkan pada saya.
saya lupa nak berterima kasih pada Allah atas kurniaan-Nya yang tak terhitung pada saya.


*kesat air mata*


dear all,
walau macam mana super dasyat pun ujian yang awak semua sedang tanggung sekarang;

percayalah,
di sebaliknya,
ada pengajaran,
ada jalan kebenaran,
di mana kasih sayang Allah lebih tinggi dari langit.


Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua.
Amin.

Selasa, April 02, 2013

poor them, all they have is money.

dalam hidup kita, selalunya berkonsepkan yin dan yang.

ada orang kaya.
ada orang miskin.

ada orang baik.
ada orang jahat.

ada orang gembira.
ada orang sedih.

antonim dan sinonimnya ada.
pasangannya ada.



haih.
*mengeluh pendek*

xjumpa perkataan perumpamaan untuk saya umpamakan perasaan saya.

senang kate macam ni lah:

" saye kecik hati dengan orang kaye yang rase die boleh kontrol orang2 miskin ni terutamanya; menggunakan duit."


Alhamdulillah.
terima kasih Allah ketemukan saya dengan orang kaye yang macam ni.
saya banyak belajar.
saya belajar untuk bersabar apabila saya dimarah depan orang lain.
saya belajar untuk merendahkan diri di hadapan mereka kerana martabat saya miskin dan mereka kaya seperti mana yang orang2 kaya ni mahukan.
saya belajar terima hadap perangai buruk sprt: biadap, tak menghormati orang lain, suka mengarah, cepat menuduh melulu, selalu ada persepsi negatif terhadap semua orang.

saya minta maaf ya Allah,
atas semua angan2 saya yang jahat2.
yang buruk2.


sepatutnya saya doakan:
"Ya Allah, ampunkan mereka dan berikan petunjuk serta hidayah kepada mereka".


nampaknya, hati saya masih belum cukup sabar.
saya masih belum lulus ujian dari Allah kali ini.



dengan hati yang sebak  rasa maruah dipijak2 henyak, hati penuh marah dan dendam,
saya doakan:
" Ya Allah, berikan balasan yg setimpal dengan perbuatan mereka kepada kami"



Ya  Allah,
memang maruah kami orang miskin dibawah tapak kaki mereka.
sedih hati tak dapat nak luah.
hinanya kami kerana kami orang miskin.


Ya Allah,
sabarkan saya tempuh sebulan ini.

Ya Allah,
ingatkan saya di saat saya lupa pada-Mu.

Ya Allah,
pimpin saya ke jalan yang Kau mahu saya sampai.

Ya Allah,
sabarkan saya di saat sabarlah yang paling menipis di hati saya.

Ya Allah,
Ihdinassiratalmustaqim.

Jumaat, Mac 08, 2013

fynn jamal - puisi bunda

tadi, saya terjumpa dengan tidak sengaja.
atau Allah sengajakan pertemuan ini.





di setiap bait
yang terkesan di hati jiwa saya

luluh rasa mengalirkan air mata
sakit.
sakit sangat.


*kumpul semangat*



untuk semua yang masih mempunyai bonda,
jangan sia-siakan,
jangan jadi anak derhaka.

betapa kau tak faham deritanya menahan hati,
melihat anak berkurang ajar terhadap bondanya.
betapa kau tak faham deritanya menahan hati,
ingin memeluk bonda, bonda sudah tiada.
betapa kau tak faham deritanya menahan hati,
ingin semua bonda menjadi bonda hati kita.


bonda kau busuk,
bonda kau buruk,
bonda kau miskin papa kedana,
bonda kau apa-apa je lah anak,
bonda tetap bonda.

walau apa rupa parasnya,
walau apa lukisan hatinya,
walau apa jerit tengkingnya pada batang hidung kau,

jangan kau sia-siakan anak,
sembahlah kakinya,
kau ciumkan.

katakan : "aku sangat sayang padamu bonda."
setiap hari.
sambil kau cium dahi dan pipi tuanya.


*senyum*


kerana
apabila bondamu sudah tiada,
kata-kata murah itu takkan bawa bondamu ke syurga.
kecuali doa.

Bonda

sudah 3 hari saya berusia 30 tahun.
kalau diikutkan takut dengan angka 3 series tuh,
itulah yang membuatkan saya tak reply satu pun birthday wish di fb.

mungkin saya takut,
takut kerana semua wish itu mengingatkatkan saya
bahwasanya saya sudah makin hampir dengan tua.




*senyum*


orang kate,
age is just a number.

really?

*tangan ke bahu dan mata ke atas*


umur yang makin tua ni,
mengingatkan kita yang mati makin hampir.
sudah-sudahlah menipu diri sendiri dengan ayat klise tuh.


ingat mati bukanlah sesuatu yang buruk.
tak.



*lihat diri sendiri*


saya harap 30 tahun hidup saya yang lepas, hidup saya berguna pada yang lain.
saya harap 30 tahun hidup saya yang lepas, hidup saya bukan bergelumang dosa yang sama.
saya harap 30 tahun hidup saya yang lepas, saya hidup.

sampai sekarang, saya takut saya tak hidup.
loneliness can kill you, you know that?


saya akui,
saya lemah.
lembik.
benyek.

balik ke Malaysia, ke rumah ini,
menambahkan rindu pada tanah suci Mekah dan Madinah.

hari-hari saya sakit,
fizikal dan mental,
rindu pada semua yang indah 2 minggu di sana,
rindu pada arwah Amma,
rindu pada arwah Abah Kuantan,

hari-hari saya tidur.
kalau saya bangun, saya akan menangis.
tiap-tiap solat rasa sakit terpaksa laksanakan.

mesej FB dan phone xada yang saya reply.
saya pilih untuk tak mahu bercakap dengan sesiapa.
saya takut saya akan menangis.
saya malu.

air mata saya akan jatuh di mana-mana saja
di mana-mana masa pun.

kerana setiap inci ruang rumah ini,
mengingatkan pada arwah,
baju-baju arwah masih banyak tergantung.

tersedar nasib diri sakit berseorangan,
tiada lagi prihatin dan belaian dari Amma,
buat saya menangis lebih lagi.


*air mata jatuh*




sampai sekarang,
saya masih mencari Amma dalam mimpi-mimpi saya.
saya mencari Amma dalam diri saya.

dalam mimpi, Amma sangat hidup di sisi saya,
tapi bila saya bangun,
baru saya sedar yang tadi cuma mimpi.



Realiti sangat kejam.
*kesat air mata*





M. Nasir

Bonda

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga


Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi


Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu


Oh! bonda
bonda